Saturday, April 18, 2015

2 tahun di sini


Assalamualaikum

hai.. lama betul tak membebel sal kerja kat sini.
diam tak diam, arini dah 2 tahun kerja dengan company skarang.
untuk tempoh 2 tahun ni, macam-macam dugaan ada. tak sangka boleh bertahan sampai skarang 

2 tahun kat sini, macam-macam ragam manusia nik jumpa
6 bulan pertama tu,  setiap malam tak boleh tidur lena bila fikir sal kerja yang banyak dan esok pagi  nak kena mengadap orang2 kat ofis. 
apa lagi si polan tu si polan ni  akan buat.
ragam manusia ni kadang2 buatkan nik rasa down, stress dan tak happy
ada yang suka cakap belakang, perli depan2 pun ada,
ada yang tiba-tiba masam muka, tak puas hati, berkira dengan kerja.
susah la ada jenis manusia yang konon perasan kalau tak ada dia , orang kat opis tak boleh buat kerja. macam dia jea yang tahu semua benda.
kalau ikut hati yang menyampah ni, nak bagi  jea penumbuk sebijik*amboi amboi.haha..tapi selalu nik buat derk je kalau jumpa orang macam ni.biar diorang sakit hati sendiri.

nik tak perfect, ada silap sana sini, tapi selagi  boleh cuba la jaga hati orang lain
jangan berkira pasal kerja, tapi jangan tak berkira langsung nanti akan ada orang ambik kesempatan plak. diri yang susah nanti nak kena buat semua. 
just buat or tolong selagi mampu.


yang ni salah satu penyebab diorang tak suka nik *wink wink

tahun ni jea dah 4 orang bahagian operation resign. 
setiap bulan terpaksa back up kerja orang lain. phewww. 
nasib baik  skarang dah kembali normal. staff baru dah masuk :) . 
suka dengan suasana kerja skarang.
happy jea kerja  sejak 2 senior yang bermulut laser tu resign.
tak sangka, mulut jea tak ada insurans tapi hati macam tisu.
please jangan rindu kami kat sini. kami baik2 jea tanpa kamu berdua. sumpah tak tipu..muehaha

setakat ni, cukuplah kerja yang ada ni, ada masa untuk diri sendiri dan family.
gaji skarang pun alhamdulillah. boleh bagi family sikit dan simpan skit. 
Alhamdulillah sangat-sangat.work pressure. biasa la, kat mana-mana ada pressure.terpulang kat diri sendiri macam mana kita handle pressure .kalau attitute tak berubah kerja kat mana pun sama jea dear *wink wink

kerja kat sini sebenarnya seronok.
hubungan antara boss dan staff rapat, macam family. boleh bergurau.
kalau ada masalah boleh terus direct jumpa dan bincang dengan boss.
hope boleh bertahan untuk tahun-tahun seterusnya

2 tahun yang sangat indah..* mata ke atas tangan ke bahu..bahaha
dulu suka buat OT hari sabtu. 
best buat kerja sorang2 tanpa gangguan.


team bulding 2013


dinner 2013


 dinner 2014





selain my boss dan ex-manager Angeline
2 orang kat opis ni banyak bantu saat sukar saya. 
terima kasih Anira n Kak Haida 

Thursday, April 16, 2015

Adik featured dalam Majalah Lisa Malaysia


Assalamualaikum

akhirnya, dapat juga beli majalah Lisa Malaysia ni

selalunya admin Lisa Malaysia akan update sapa cover majalah setiap bulan dalam FB page, tapi dah masuk pertengahan April still tak ada update.
rupanya dah keluar pun edisi April.

adik nik dalam ruangan Efisen. tu yang excited sangat nak beli majalah ni
first time keluar cerita adik kat majalah. bukan senang nak keluar citer kat majalah dan peluang ni bukannya datang berkali-kali.
tak ada seisi photoshoot bagai , wartawan just email soalan tuk adik jawab
gambar pun just ambik kat instagram jea.hihi
Alhamdulillah. adik dapat share kisah sakit kanser nya.macam mana adik lawan sakit.
lagi2 bila jauh dari family. moga jadi inspirasi buat semua. 

muka depan majalah Lisa Malaysia edisi April gambar Amyra Rosli

suka title ni
"Menangis dan bangkitlah semula- gadis pelawan kanser


doakan adik saya terus tabah,sokongan dan doa semua amatla kami hargai. sapa-sapa yang berkesempatan tu,jangan lupa dapatkan majalah Lisa Malaysia keluaran April 2015  :)

Wednesday, April 15, 2015

cerita Ahad lepas


Assalamualaikum

cerita Ahad lepas, en hubby ajak tengok Fast and Furious 7
tonton kat GSC Alamanda.nak tengok 3D tapi tiket 3D kul 3 lebih.
 lewat lak nak ke rumah adik nanti.


sebelum tu, lunch di Kenny Rogers ROASTERS
berpuluh kali masuk ni pun , menu tetap sama.tak berani nak try menu lain
order Roasted 1/4 Chicken wth 3 Sides
mashed potato tak ada so tukar pada baked beans.
tengok gambar ni, rasa lapar balik.sedapnya

dah janji nak lepak rumah adik, jumpa adik bongsu yang nak fly balik UK
dapat la jumpa budak bambam manja ni
masa jumpa, dia tengah nak lelap. tapi Teh kacau.
terus buat konsert nyanyi lagi sedu sedan..bahaha
makin besar makin banyak ragam bf i sorang ni.geram

happy 2 months old kesayangan Teh.

please don't grow up too fast baby


dia dah buka mata. jaga2. konsert bermula..muehaha
pipi badan semua makin bambam mashaaAllah

adik nik masak laksam dan puding favorite nik.
 request puding suh adik masak
siap tapau bawak balik lagi.haha





malamnya hantar adik kat KLIA.
flight adik kul 12 lebih. sempat tunggu dalam kul 10 jea
sorry dik. sakit kepala sangat2. balik rumah makan ubat terus tido sampai pagi.haha

Monday, April 13, 2015

Sanah Helwah Adikku


Assalamualaikum

kami adik beradik memang panggil dia Adik
anak-anak sedara panggil dia Che Su. sekejap je masa berlalu. rasa macam baru semalam jea saya tak pegi sekolah sebab ma nak bersalin. macam baru semalam jea dengar tangisan dia yang kami ingat kami dapat adik lelaki :)
harini adik dah kat U pun . tahun depan InsyaAllah akan grad. 

adik ni kalau balik Malaysia jadual confirm penuh jea.
kalah isteri PM uolss. * wink wink
so semalam baru sempat celebrate birthday . 
semalam jugak dia dah fly balik UK. birthday adik  11 April. 






 A birthday shout out to my adik
Selamat ulang tahun yang ke-24 dik! *jerit
moga panjang umur, murah rezeki , dikurniakan kesihatan yang baik.
sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya
cemerlang dunia akhirat. di percepatkan JODOH.aminnnnn
ehem..ehemm.bab jodoh tu amin panjang skit. haha