Saturday, July 24, 2010

sy tak suka..!!


tak suka guna bahasa yg nik rasa kasar atau yg mencarut..contohnya WTF(ni prkataan org skarang suka nak guna)..ataupun perkataan 'nate' (biasanya org kelantan suka prkataan ni maksudnya binatang)..selalu guna bila nak marah atau tak puas hati..dlm family kami tak di ajar guna bahasa yg kami rasa kurang sopan

tak suka bila time pilihan raya..masa tu la nak buat baik ngan rakyat..masa tu la nak bg bantuan..masa tu la nak janji mcm2..bila dah menang nak pi jumpa tuk mintak tlg pun susah..nak pilihan raya lg sekali siap tulis kat papan tanda lg apa jasa yg dia dah buat sepanjang memerintah..ntah apa2 kan..nampak sgt tak ikhlas buat keje..(nik ckp berdasarkan apa yg nik tgk..bukan mereka2 cerita)..coz sebab tu agaknya masa pilihan raya dia kalah..keje tak seberapa tp cakap beria2 jea..org dah pandai menilai la..org kampung pun pandai berfikir yea.jgn ingat kami duk kat kampung kami ni ikut org jea

tak suka org yg suka malukan org depan org lain..contohnya boss tak puas hati ngan pekerja..nak tegur pun tgur la sorang2..tak perlu nak tegur n marah depan org ramai..tak de adab namanya tu..kalau org malukan ko depan org ramai apa ko rasa???

tak suka org yg suka bodek ni..depan baik...tp blakang bukan main kutuk lagi.

tak suka org yg suke berdebat tak kena tempat..seolah2 tak leh terime pendapat orang lain..asyik die je nak betul.. memang tak suke orang macam tu.kwn sekerja dulu mcm tu..memang meluat tul...last2 dia juga yang salah..hampeh..

tak suka ngan org berlagak pandai dan ckp besar padahal penipu..cthnya mcm ex boss nik dulu..tak respek la setakat ade Phd tp penipu..patut la bisnes dia buat tak untung byk pun..coz tu fikir nak menipu saje..aihhh..apa jenis org daa


tak suka la jenis nak ajak2 join bisnes MLM..kena kuar duit pastu cari org..kalau ade yg nak perkenalkan nik ngan bisnes mcm tu baik lupakan coz nik langsung tak minat..dah tgk kwn2 join benda ni..byk kena tipu jea..yg diorg nak cuma duit..yg dah kaya pasal MLM sibuk la duk tunjuk umah dan kete besar hasil MLM..nampak sgt berlagak okey..kata nak tunjuk hasil tp tak perlu la nampak mcm org riak sgt ngan hasil MLM tu..

sy tak suka ngan org2 yg kutuk MB kelantan..nik rasa dia lah manusia sebaik2 manusia yg harus di contohi dan dihormati..org bergelar tok guru pun kita nak kutuk dan fitnah so sapa lg yg layak dipuji dan dihormati..nak puji or hormat artis dan pemimpin luar negara ker???



18 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Orang zaman la ni lebih senang nak mencarut dari berzikir serta berselawat. Ia tidak mengira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Persekitaran sewaktu mereka membesar dan dibesarkan menjadi salah satu faktor yg membentuk akhlak dan minda seseorang.

    Berkenaan dgn fitnah terhadap Tuan Guru Nik Aziz, sy ada terjumpa salah satu blog yg begitu membenci tuan guru dan partinya sehingga mereka yg ada kemahiran dlm bidang edit photografi mengedit gambar papan tanda di salah satu bandar / pekan di Kelantan dgn menyatakan "Menipu Itu satu Ibadah...". Dlm gambar itu diletakkan jg gambar Tuan Guru. Blog itu benar2 mengguris perasaan sy..!

    Berkenaan dgn MLM, sy juga telah menyertai dan sedang menjalankannya. Sy tidak memaksa org lain utk join, kerana sy sendiri x suka dipaksa. Sy begitu memilih perniagaan MLM yg benar2 tulen. Contohnya skrg, sy join MLM jual topup prepaid.Satu tu je yg sy join, yg lain malas nk buat.

    Mereka yg ditipu itu kerana begitu taksub, ghairah, tamak dan mudah "kelabu mata" dgn keuntungan yang dikemukakan tanpa meneliti & mengkaji sesuatu MLM itu sblm menyertainya. Org kita asyik fikir nak kaya cepat, untung cepat... MLM yg tulen adalah sama jg seperti perniagaan konvensional yg lain. Ia memerlukan masa dan ketekunan.Tiada apa yg lebih baik melainkan usaha yg berterusan, mengikut cara yg berhemah,jujur dlm tindakkan & tawakal pd Allah S.W.T

    ReplyDelete
  2. Ahmad Zaki :hal MLM tu sy tak kisah sapa2 nak join.tuk hak masing2 cuma tak perlu la nak paksa org lain nak join kan.biar ngan kehendak sendiri.

    tentang tok guru tu..manusia ni sifat nya kalau jahat mmg la sgt jahat.sanggup memfitnah org yg baik2..kalau artis blh lak dipuja2.kalau tak nak puji tok guru pun tp hormati dan jgn la nak kutuk .kalau anda kenal mcm mana tok guru tu mesti anda kagum ngan sifat mulia beliau.

    ada yg tak suka politik yg dia perjuangkan tp still pi jumpa dia dan hormat dia .pi mintak air penawar ngan tok guru .

    ReplyDelete
  3. Asssalamualaikum...

    Dalam beberapa tahunkebelakangan ni ramai juga artis yang datang berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz, antaranya Siti Nurhaliza & suami, Amy Search dan Ringgo Arrow. Ada artis yang masih mempunyai fikiran yang terbuka dalam hal politik serta kugum dengan keperibadian Tuan Guru Nik Aziz.

    Hal ini diakui sendiri oleh Siti dalam kenyataan yg diberikan pada surat khabar yg skrg ni permitnya tidak diteruskan. Beliau berasa kagum dan hormat dengan keperibadian tuan guru dan tuan guru nik aziz adalah insan yg beliau ingin sangat berjumpa.

    Ada artis yg menyokong pemerintah kerana takut tak dipanggil utk membuat persembahan, kena "gam" oleh kementerian tertentu. Seolah olah rezeki pihak pemerintah yg tentukan. Skrgpun dah ramai yg mula sedar siapa pihak yg benar, tp mereka kena tekanan dr pihak atasan dan mereka hanya tunjuk masa hari mengundi...

    ReplyDelete
  4. salam nik rosmawati,
    Abah amat menghormati dan mengkagumi seorang yang bernama Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Abah tidak faham dengan orang-orang yang memusuhi beliau. Orang yang sebagaimanakah lagi yang diharapkan untuk dijadikan kawan mereka? Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka ini...

    ReplyDelete
  5. ahmad zaki:nik suka org yg walaupun berbeza pandangan politik tp still hormati org lain.tak perlu nak kutuk2 org

    bukan nak mintak agungkan dia tp hormatilah dia sbg tok guru.beliau contoh terbaik tuk umat islam.

    ReplyDelete
  6. abah aman: wslam abah
    nik pun harap Allah beri petunjuk pada mereka.dan juga berharap Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sentisa sihat walafiat .

    ReplyDelete
  7. relax2 jgn marah saya sokongan 100%....best layan blog ne

    ReplyDelete
  8. alif: sy tak marah la..thanks sudi singgah blog ni :)

    ReplyDelete
  9. org yg buta hati saja boleh memperlekehkan ulama.

    ReplyDelete
  10. paling stuju xsuka buruk2kan tok guru..

    ReplyDelete
  11. yahaya:moga Allah celikkan hati mereka :)

    ReplyDelete
  12. echah Mahsuri :sama la ngan nik..mmg sgt tak setuju

    ReplyDelete
  13. MissXYZ:we love and support tok guru :)

    ReplyDelete
  14. layout baru kak? huu~ blog kte sakit..tak rawat lg layout nye..hehe

    ReplyDelete
  15. myra anne: blog akak baru baik dr sakit coz baru tukar layout baru..hehe

    ReplyDelete
  16. elmo blurb : yg baik kita kena sokong :)

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^