sangat memenatkan weekend lepas. tapi sangat best..menghitung hari balik kelantan..lalalala.
okeh.. mari nik ringkaskan ape yang berlaku pada nik sepanjang ketiadaan di dunia blog ni.
weekend lepas balik johor..sekejab jea blk..yea la..raya ni balik kelantan so bulan pose ni balik sekejab kat jhr..sempat borong biskut..murah coz beli sendiri ngan tokei biskut..huhu
my own car :)
kete yg di tunggu2 dah sampai..sempat la guna tuk balik johor..tak sabar nik nak balik kelantan ni.tggal lebih kurang seminggu lg nak balik. mak dan ayah nik mesti tak sabar nak jumpa anak kesayangan dia ni..hikhik
5 ari lg nik keje..pastu ct selama 2 minggu
gadis bertudung pink yg sangat menggedik.
mana2 jea sempat bergambar
smlm sempat antar adik buat visa dan beli laptop..sian dia penat.terpaksa tunggu dr pg sampai ptg semata2 nak buat visa..10 jam lamanya.hah..!! sapa suh pi blaja oversea..terima la kesusahan ni ngan redha yea dik..huhu..
tak pe dik..susah dulu..nnt dapat duit MARA tersenyum lebar la.blanja makan kek secret recipes pun ok..nak blanja makan kat subway lg okey..hikhik
alhamdullillah, bulan ni genap 9 bulan sudah berkahwin. perasaan? happy la .mau tanya lg ka..lg2 tahun ni first time beraya sbgai husband n wife.
semoga kita terus ceria & happy sampai bebila yea b?
ok2 stop2 membebel.mahu keluar sekejab pi pasar ramadhan.
Assalamualaikum. Hai. Dah masuk 11 Ramadhan kan. Cepat je
Alhamdulillah..semalam sy, hubby dan 2 org adik terchenta iftar bersama2.kami makan kat Kenny Rogers ROASTERS Restaurant,di alamanda, putrajaya.
awl giler kot pi tempah meja dlm kul 3.30ptg.takut ramai org kalau lewat nnt.sblm tunggu nak berbuka tu sempat la pusing alamanda sampai lenguh kaki ni.
enjoy the pics :
Perkara wajib!! Hahhaha
Dont stop posing sis!!.. The camera is loving us
luv this pic..hikhik sian adik sy..pakwe tak ikot
stok muka ayu. jangan terpedaya ye kwn2. ;p **ayu ker ..??
me.. AGAIN..?? hikhik
pose malu2
it's time for Kenny Rogers ROASTERS
me and hubby
my sis : anis+ja
muffin
Yummy!! Its for my tummy!! hahah... hungry..
Yesterday was a really fun day.... :)
psst..!! adikku nik ayunnie dan nik idzni..jgn jeles tau..nnt kita buka sama2..tunggu kami balek umah yea..huhu
skarang ni mcm2 gaya tudung.sampai tak sempat nak ikt.dah tak tahu mana gaya yg terkini .byk sgt pilihan nak gayakan tudung.
gaya tudung nik biasa2 jea.ikut mood dan kerajinan.
tudung awning
Actually tudung jenis ni memang mudah, tak payah nak letak pin sebab just saut jea.
tp hubby nik tak suka nik pakai tudung mcm ni.dia kata mcm bibik ..tp nik pakai jea, lg2 kalau time mls nak gosok tudung.saut jea tudung yg tak yah nak gosok ni.
shawl
kdg2 nik rasa pakai shawl ni buat muka nik nampak lg bulat dan kdg2 blh nampak kurus..huhu.tak pandai nak gayakan cara pemakaian shawl.gaya sama jea nik gayakan.
try gak tiru dlm majalah2 fesyen tp mesti tak jd mcm yg di ajar tu.huhu..
tudung bawal
lebih suka tudung bawal.sesuai dgn bentuk muka nik.ni la tudung nik yg rasa plg sesuai.hubby pun lebih suka nik pakai tudung mcm ni.
penah tak anda rasa nak delete perkara yg penah jd pd anda dan pengalaman tu tak nak anda ingat sampai bila2 dan anda sgt berharap ia tak penah terjadi dlm hidup anda
sy penah alami nya tp sy tahu perkara tu takkan boleh sy delete dlm memori sy maybe kalau sy lupa ingatan baru sy tak kan ingat kot
maybe apa yg berlaku pasti ade hikmahnya kalau perkara tu tak terjadi ..sy takkan jadi diri sy yg skarang ni
Terima kasih Ya Allah..masih beri hambaMu ini tuk meneruskan kehidupan merasai nikmat dan pahitnya kehidupan ni
hambamu ini akan sentiasa tabah dan sabar moga diri ini sentiasa di bawah perlindungan Mu
syukur atas nikmat hidup yg di berikan ..punya family ,hubby dan kawan2 yg sentiasa memberikan sokongan.
psssst..!! teringin nak ade kwn yg duk dekat..smua dah jauh2 dan buat hal masing2..nak jumpa pun dah susah..kdg2 teringin gak nak ajak kwn2 kuar..window shopping ker..borak2 kosong pun jd la.
ade sapa2 sudi jd kwn sy tak..?? yg penting kena la ikhlas berkawn yea.
mahu kongsi artikel menarik ini tuk anda, pembaca blog sy
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
dah jd kemestian la..kuar mana2 tak sah kalau tak camwhoring..tak pun suh hubby yg snap..naseb la dapat wife gila kamera ni.
tp ade perkara yg nik elakkan bila bergambar.
*tak suka ambik gambar nampak gigi..buruk la..so kalu korang perasan pic nik mmg tak penah nampak gigi..huhu
nik gambar candid so ternampak lak gigi tu.
*bila camwhoring nik cuba ambik gambar nampak pipi sblh kiri..kalau kanan muka nik nampak chubby tau..dulu lg la tak suka snap pic close up muka coz muka sgt chubby walaupun ambik dr arah mana2 pun.hikhik
tgk pic ni..hidung pun nampak mcm mancung skit la tp kalau tgk real mmg kembang..huhu tp still tak blh cover mata yg mcm panda tu
*muka kena tempek bedak 4 inci dulu baru leh snap pic.nak hilangkan parut2 jerawat dan jerawat2 yg ade..plus muka nik ni jenis muka yg berminyak mmg guna bedak la tuk tutup apa yg blh di tutup..hikhik
jerawat kat dahi tu tak blh nak tutup ngan bedak 4 inci nik..huhu
walau apa pun nik ttp bersyukur ngan kurniaan Allah ni..tak pe la tak dapat kulit yg flawless pun ..tgk org lain yg muka lg bermasalah, nik sgt simpati.
congrat buat my bongsu sis..dapat result gempak tuk a-level medic dan dpt future study kat UK.nak ikot blh..huhu..best nyer
raya ni jadi la kita buat kenduri kesyukuran.tak sabar nak baik kg.moga semua berjalan seperti yg di rancang.
dan InsyaAllah..5 tahun lg family kami ade seorg doktor..dan akan tertunailah hasrat ayah nik yg nak sgt salah seorang anak dia jd Dr.
Alhamdullillah dapat buka mata org2 yg penah kutuk ayah sy. yea..mmg ayah sy tak blaja tinggi tp Allah bg kelebihan lain..kelebihan pada anak2 tuk blaja sekurang2 ke peringkat ijazah .
kami bangga punya ayah dan ibu sehebat mereka berdua
seorang yang simple..saya menjalani kehidupan serba sederhana.happily married. full time wife.isteri kepada suami tercinta mohd hafidz bin abd salam.
email :leoni.nik84@gmail.com