Sunday, October 24, 2010

stressed out..!!


tak suka bila arini ari ahad..coz esk dah isnin dan sy terpaksa pi keje

tension ngan keje skarang ni.byk keje yg urgent tp mcm2 masalah yg mengganggu

susah ade yg anggap keje dia jea urgent.ingat keje sy tak perlu di siapkan cepat ker.bertimbang rasa la skit.

kita kan bekerja dlm company yg sama.bg la org lain guna gak.takkan sorang nak guna sepanjang hari.adil ker.belajar la kesian kat org lain.

sy ni jenis tak suka nak cari gaduh.tak suka nak paksa2 org dan cepat kesiankan org.coz tu org suka ambik kesempatan agaknya.

moga Allah beri sy kesabaran dan sentiasa tersenyum walau apa pun berlaku.
sy mesti kuat..!!


Psstt..!!
maaf jika entry ni ade yg terasa


Saturday, October 23, 2010

owh weekend...!!!


assalamualaikum my dear friends


macam mana permulaan anda hari ni. Ok ker tak? ade apa2 aktvt tak weekend ni?

yang terpaksa bekerja weekend ni mcm sy, selamat bekerja. jalankan tugas anda sebaik mungkin ya walaupun tension ngan keje.huhu

moga rezeki yg anda dapat ni rezeki yg di berkati..InsyaAllah

balik jea keje bukak you tube..tgk video2 yg blh buat sy tersenyum dan ketawa
sy suka tgk iklan ni.sweet sgt..!!
Tan Hong Ming kamoo comel la



*

*

*

*

*


Big congratulations to my cousin yg dapat baby girl
she's so cute ..tgk la..kecik2 dah pandai pose ni..hehe


NUR MARHA MIZA BINTI ABDUL HAFIZ (091010)
welcome to the world dear..!!!

p/s: can't wait to have mine..!!!

Thursday, October 21, 2010

hye hye hye...!!!

assalamualaikum readers

minggu yg memenatkan.tp still sempat online dan update blog.hikhik

tiap2 ari terpaksa balik lewat.keje berlambak2.bukan mengeluh tp bersyukur..bulan ni rezeki masyuk la sikit.dapat buat OT.hehe..simpan duit tuk raya haji lak.

niat hati mahu membeli lappy.tak penah ade lappy sendiri.dulu2 masa belajar guna pc jea.harap2 jd kenyatan la.

owhh..sebelum terlupa
congrat buat my belevod friend mek ct.
moga jd isteri solehah dear.



ermm..tetiba teringat kenangan indah 10 bulan lepas.
O.M.G...!!! cepatnya masa berlalu
sudah hampir pada tahun pertama usia perkahwinan kami.


luv u so much b..!!
thanks 4 everything

Monday, October 18, 2010

sy nak cuti...!!!

assalamualaikum readers

berkira2 mahu bercuti bersama hubby.hujung-hujung tahun macam ni, mood mahu bercuti memang melonjak-lonjak dalam kepala.walaupun balance cuti dah abis.

ingat nak pi dekat2 jea.cameroon kot.setakat pi cameroon tak perlu ambik ct lama pun.

tgh survey hotel ngan harga berpatutan.sapa2 tahu ade hotel yg murah dan selesa kat cameroon???

owh..cantiknya permandangan...!!

mahu makan strawberry byk2.
feveret nik ni

lgpun dah lama tak buat aktvt bergambar ni.kat cameroon blh la ambik pitcha puas2
blh beli bunga segar berdozen2..haha

bbrp tahun lepas penah pi cameroon ngan family.tu yg first dan last.lepas tu dah tak jejak kaki lg kat cameroon.teringin nak pi.sambut anniversary pertama kami di sana.auww.romantik ni..huhu


sumber pic dr en goggle

Friday, October 15, 2010

i love it when its friday.. horeeyy..!!

assalamualaikum readers

minggu yg memenatkan akhirnya berlalu..tiap2 ari kot buat OT.kalau tak kaya gak tak tahu la..hikhik..jgn berangan nak kaya la nik setakat bbrp jam OT tu.haisshh...!!!

so mcm mana ngan keje korang ok tak..?? setakat ni nik ok saje.kdg2 tension, kdg happy.adat la kan. kena byk bersabar.lg2 kalau ade rakan sekerja yg menyakitkan hati.

tak suka ngan perangai manusia yg kalau menyusahkan org tak pe tp kalau org susahkan dia skit terus sound org tu.walaupun guna email dan tak di tujukan kepada sy tp sy yg membaca ni rasa geram.

menyampah ngan org macam ni.mcm dia jea bagus.ingat dia hebat sgt kot.kita bekerja berkumpulan so salah silap tu biasa la.blh tegur secara berhemah kan. nak kata budak2 lg dah tua..haishh

sy rindu family sy.rindu kat ma dan ayah kat kg.


arini sy juga happy :)))))
tersenyum lebar lagi


tahniah kelate.menang 3-0 lawan selangor.mcm tak caya lak.

Alhamdulillah, syukur pada Allah, kita berjaya sekurang2nya ke separuh akhir.ade rezeki masuk final.kalau rezeki lebih skit menang piala malaysia.apa2 pun yg penting kerjasama.hehe

kesal ngan kejadian yg berlaku aritu. perlawanan suka akhir pertama kelantan vs selangor di stadium shah alam . naper asyik nak salahkan org kelate saje.jahat sgt ke kami ore kelate pada pandangan korang.
***sorry..ter emo lak skit.

sampaikan org meninggal pun blh bergembira.


tp masih ade yg menyokong


tgk pitcha ni.nilaikan sendiri

laporan media


***saloh kito nmpok jah,saloh dio tutup mato dan telinge

naper salahkan kelantan saje.bukankah dua2 pihak patut di salahkan.
mcm mana sy yg nak percaya bila baca paper kalau apa yg di laporkan meragukan saya

sy ckup terasa bila ade org mnyindir rakyat kelantan ni ganas dan lemparkan bermcm kata2 negatif lg.
bukan menuding cari tp cubalah berlaku adil, beri peluang 1 pihak lg memberikan penjelasan


mana semangat 1 malaysia yg di laung2 kan tu.semua negeri sama saje.naper perlu ade sifat benci membenci.

perlu ade sifat kasih sayang pada negeri kelahiran kamoo.tp jangan terlalu taksub.indahnya kalau kita bergaduh untuk menegakkan islam atau menolong sesama islam dr memusuhi sesama sendiri.

sy tak nak komen lebih2 hal yg melibatkan kematian tu coz sy tiada ditempat kejadian.Hanya Allah dan mereka2 di sana saje yg tahu. berani kerana benar kan.cuma jangan mereka2 cerita dan berlaku adil lah . hal ni melibatkan kematian bukan hal main2.

May God bless us all
Be safe and take care

Kelantan tetap di hati :)))))
GOMO KELATE GOMO

psstt..!!!
maaf jika entry ini ade yg terasa

sumber pic dr kelantanFA.com

Sunday, October 10, 2010

ermm..nak sanding lg sekali blh tak...???

101010..cantik kan tarikh ari ni..ramai yg buat majlis nikah kwen ari ni.tarikh ni juga sesuai tuk org2 yg selalu lupa tarikh penting so ngan nikah ada tarikh yg menarik ni senang skit nak ingat..yea tak..??huhu

bila nik tgk Dr Sheik Muzaffar dan Dr Halina bersanding ni, rasa cam nak sanding lg sekali, aci tak..??

mari kita imbas kembali saat2 indah itu :)



kerek nya muka en hubby kan..huhu



:
:
:


buat my ex opismate cik ct


HAPPY MARRIED
SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA
welcome to the wifey club..ahakss

Saturday, October 9, 2010

Picta kereta saya selepas kejadian langgar lari..haishh

assalamualaikum readers

balik kerja ptg semalam.dalam pukul 6.45 ptg.kereta kami di langgar lari..bengang giler kot ngan mamat melayu tu.buat muka selamba.tak berhenti pun.terus blah mcm tu jea.

hubby dapat tgk flat motor dia

BKN 8871
ni no plat moto mamat yg langgar kete kami tu.pakai baju firefighter warna oren.maybe dia kerja kat sana kot.
dunia ni kecik jea bro..kalau sy jumpa moto kamoo tahu la sy nak buat apa

satu hari nanti bila ko kena tahan road block JPJ atau polis pandai2 la jawab yea.

report polis dah dibuat kat bandar puteri pastu kami ke polis trafik seri kembangan buat laporan lg sekali.

tgk picta kereta saya selepas kejadian langgar lari tersebut.

lampu belakang sebelah kiri pecah .bumper lak tercalar.

tak marah pun kalau dia berhenti dan mintak maaf tp rasa bengang bila dia blah mcm tu jea.kurang ajar btol la mamat ni.

sy redha jea ngan ujian Allah ni tp terkilan ngan manusia yg suka lari bila dah bersalah.moga kamoo tenang la jalani hidup ni yea wahai mamat sengal.

setiap perbuatan jahat pasti akan ada balasannya .ade org lain lg teruk kena kan. sabar jea la.

terpaksa lah tukar lampu baru..melayang la duit.

Monday, October 4, 2010

❤❤ Bebelan rindu ❤❤

Today Is Monday


R.I.N.D.U

and this is the mood for today

entah mengapa semenjak 2 menjak ni rindu kat opis lama..aku rindu..specially rindu pada ex-opismate ku..kenangan bersama kalian tak pernah padam..niat di hati nk sgt jumpa..

mereka menceriakan..mereka tempat sy mengadu, tempat sy bercerita coz mereka memahami..betapa tertekan nyer kami keje kat situ

mcm2 pengalaman yg kami lalui brsama walaupun skjb jea bekerja bersama..ingat tak korang masa mula kena buat flyer n di paksa edarkan kat pasar ramadhan..malu giler dowh masa tu..tak penah nik buat keje tu seumor hidup

aktvt wajib bila tak de keje ..hehe

kami buat jahat masa tu..bg skit jea flyer kat org2 kat pasar ramadhan tu..yg byk2 tu buat blk umah..kata nak edar kat kwsan flat ...tp jgn harap la nik nak buat keje free mcm tu..dah la kat opis keje byk..selalu blk lewat..pastu nak suh buat part time edar flyers lak..byk cantik muka kau boss

byk giler nik bwk blk flyer tu kat umah..simpan kat umah..rasa berserabut tgk ..nik buang jea kat tong sampah..hahaha..tak de kuasa nak pi letak satu2 kat peti surat kat umah flat tu..bila bos tanya nik ckp la nik dah letak..tak de la aku nak buat baik ngan boss mcm tu


kami bertiga selalu pi mkn sama2 bila blk keje..rindu la saat mcm tu..walaupun tertekan ngan kerja dan boss tp nik msh blh sbr coz ade mereka..walaupun demam nik akan still pi keje ..tp sejak cik ct tak keje kat situ perasan mls nak brkerja tu ade..coz dah tak de org nak gelak2, bercerita dan mengadu masalah.uhukss

cik ct.me

kalau rasa dah tertekan dan mls sgt nak pi ..nik mmg takkan pi la..kdg2 tak sms pun boss naper tak dtg keje..coz dah fed up tau ngan company tu..asyik nik jea buat baik tp boss tak layan kami ngan baik pun..tahu la kami ni pekerja dia..kena buat keje coz dah di bayar gaji tp jaga la kebajikan kami..bg la kami annual leave dan medical leave

syed.me

boss pandai lak pi ceramah kat org..boss ni mmg di ketegori sebagai penipu besar ..bg training mcm mana nak jg leader yg trbaik tp diri sendiri tak de pun sifat mcm tu..hanya ckp kosong jea..bos tamak..kerana duit sanggup nak menipu.skarang kami bertiga dah tak keje kat situ..smua dah blah dr situ.

mula2 td entry rindu ni dah jd entry membebel dah..sebut hal keje dulu mmg tak sah tak sebut dan ingat hal boss kami yg penipu tu..kalau kami ex2 officemate jumpa mesti akn citer perkara mcm ni gak..boss oh boss..pekerja kau kenang kau bukan sebab kau baik tp sebab kau penipu besar

psstt...!!
entry ni tak blh bertajuk rindu la..nak kena letak tajuk amarah yg masih tersisa kat boss yg kaki penipu..pjg lak tajuknya..hahaha

Sunday, October 3, 2010

love has no boundaries

saya tahu, bila saya cakap saya gembira, ada orang di luar sana yang lebih gembira dr sy.

bila saya cakap sedih, saya percaya ada orang di luar sana yang lebih bersedih dari saya.

bila saya cakap susah, saya tahu ada orang di luar sana yang lebih susah dari saya.

bila sy cakap penat, ramai yg lg penat dari sy.

perjalanan hidup kita tak sama.akan ada suka dan dukanya.

apa2 pun yg berlaku ..moga kita sentiasa bersyukur atas kurniaan Nya

Love has no boundaries.. It's just love.. & I love these people and
I keep them close to my heart :)





Friday, October 1, 2010

welcome october...!!!


assalamualaikum readers


sedar tak sedar dah bulan 10 kan.

mode: sedang bersedih..tp mahu bercerita kisah gembira pada anda.

cerita gembira 1: my friend salmie yg nikah bln 3 thn ni , now 6 month pregnant.

cerita gembira 2: sepupu yang nikah selepas seminggu sy nikah, bulan 10 ni wife dia dijangka akan bersalin.

cerita gembira 3: kat sini, sini , sini dan sini , para2 blogger bercerita hal baby.

everybody is having a baby
i am happy for my friends and for all the ladies out there.

saya..??

tak de apa2 tanda pun.huhu

tak mahu bercerita panjang2.nnt sy lg sedih..uhukss

ok bai

with love,