Monday, November 29, 2010

November dan cinta


Assalamualaikum awesome readers.

how are you guys doing? semua ok kan.

Current Mood : Deeply In Love with hubby :)
Current love songs : Percayalah - Siti Nurhaliza

29th Nov 2010.. it was our 1 years Anniversary & still counting. :)
waahhh, terasa begitu cepat masa berlalu.
masih terbayang-bayang saat mahu dinikahkan.terbayang-bayang saat penat lelah menyiapkan persiapan perkahwinan yg sederhana tp meriah dengan saudara mara


semoga ikatan cinta suci kami suami isteri ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat
dan semoga hidup kami dilimpahi rezeki dan dirahmati Allah berkat kesabaran bersama

Buat suami dunia dan akhiratku
Mohd Hafidz Abdul Salam


Terima kasih kerana setia menjadi teman saya masa susah dan senang, sedih dan gembira, suka dan duka..dulu, kini dan selama2nya..moga jodoh kita sehingga ke akhir hayat. AMIN
Thank You Love, for everything

Alhamdullilah. Thank you Allah.

kisah hari ini


assalamualaikum readers

penat tp still sempat nak update blog..hehe..nak jd blogger tegar la konon.tp jgn harap la.tak menjadi pun.

beg baru :)


tadi nik, hubby dan adik pi tengok filem Ngangkung.adik nik sorang ni tak penah tgk wayang so ajak la dia.


filem ni genre komedi seram tapi lebih kepada filem komedi sebab babak seram pun boleh buat org ketawa.masa nak dekat abis baru ada babak yang sedih, tp still tak blh buat nik nangis.

pada yg blum tgk blh pi tgk.jom sokong filem karya tempatan okey.sesuai sgt tuk org yg suka beli nombor ekor ni.






thanks hubby for a sweet anniversary surprises
happy 1st anniversary B



weekend superlicious

Assalamualaikum

hye lovely readers. hye beloved followers


Owh my Gucci...!!!
I had an exciting weekend again.
Alhamdullilah.

first time kami ber enam tgk teater kat Istana Budaya.syiokkk wa cakap lu.nnt nak pi tgk lg la..hehe..kami tgk teater Natrah arahan Erma Fatima.

pehhh..dapat tgk Remy Ishak menari hidustan .so comel la.
fav part dalam teater masa nak ending tu.bila natrah meninggal, sofea jane jalan tgh antara church and masjid. kesian sangat bila fikir nasib natrah mcm tu kan.

thumbs up to all the actors, actress and semua yg di belakang tabir.u guys did such a great job.
lakonan Umie Aida mmg terbaik mlm tu

sinopsis natrah baca DI SINI
kisah nya menyayat hati dan mengores hati org melayu dan islam ketika itu

layan pitcha la yea.tak banyak pun nik snap.

me :)

dapat bergambar ngan poster maya karin dan remy ishak pun jadi la

sebelum msk dewan harus la snap dulu :)

me dan en hubby
yeahh excited dpt tengok teater Natrah

kami kat seat VIP...ehhh tipu yea.kat seat atas jea
mana la mampu nak duk bhagian VIP..hehe

adik2 saya
ja.yunnie.anis.awie

N.A.T.R.A.H
cinta, perjuangan dan airmata

best sangat :)

berair gak mata tgk teater ni.tp cover la kan.hehe

selain pelakon natrah, sy jumpa
fizo omar
m nasir dan wife marlia musa
pelakon halimah jongang tu yg berlakon sbg mak dara (tak tahu la nama dia apa)
Dj Isma Halil (Dj THR)

pada sesiapa yang mahu menonton pi la beli tiket yea.pementasan ni berlangsung sampai 5 Disember. if ada duit lebih nak beli buku Natrah.atau ade yg sudi belikan? nik lg suka.hehe

psttt...!!!
comel la dapat tgk nabila huda depan mata.tp tak sempat nak ajak bergambar.dia mcm tergesa2 nak balik jea.mesti ingat anak ni.

Sunday, November 28, 2010

sy nak ni..blh tak?

cantik...cantik...sgt cantik

sy suka dress mcm ni.dlm koleksi ade 2 jea dress.nak tambah lg koleksi dress labuh ni.sgt cantikkan

ok nik..kumpul duit dr skarang.
tp
mari mencuci mata dulu :)


merah yg hot :)


pink yg sweet :)


kuning yg cantik :)


hitam yg menawan :)







mahu cari dress cantik. cari kat SINI


owhh my Gucci...!!! 776 followers. Ya Allah.
bilangan ni terlampau ramai bg nik.rasa mcm malu jea.tak layak dapat followers byk.

terharu sgt2.tak penah sangka akan ade yg follow.blog pun cter hal diri sendiri jea yg banyak.tak de byk info pun.

thanks tuk si cantik dan si kacak yg sudi follow blog nik. singgah2 la selalu blog nik yea.hehe

may Allah bless you all.

pssttt...!!!
tak sabar nak pi tgk teater Natrah malam ni.

Love,

Saturday, November 27, 2010

cara sy lupakan 'dia'


Salam readers and beloved followers for sure


Jangan terlalu menyayangi seseorang tu, kerana mungkin dia akan buatkan kita
lebih menderita

Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.Jangan
pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya

kata2 ini memberi makna bg saya

kawan sy baru putus cinta.minta nasihat mcm mana nak lupakan sidia.ini cara sy

cara 1 :
jgn gatal nak duk sms or call dia lg.mmg la mula2 rasa tak biasa.yea la.dulu hp tak lepas kat tgn.nak pi tiolet pun blh bwk fon kan.lg2 la ex nik dulu suka sms.beratus2 sms setiap ari.so bila putus sapa tak terasa.

tp nik letak jauh2 hp tu dr pandangan mata.nak guna baru la cari.
ingat ex bukan suatu yg tak normal lg2 bila putus bukan sebab kita yg memutuskan nya.lg sedih bila kita terpisah sebab menjaga hati family kan.rasa sakit itu lg dalam :)

cara 2 :


mula2 pts tu mmg nangis la.sampai bengkak2 mata kot.biasa la wanita kan.airmata dan wanita tak dpt dipisahkan.
tak pe.nangis la sepuas hati jika tu blh buat anda lega walaupun cuma sedikit lega.

tp jgn la sampai menyeksakan diri.ade sampai tak makan la.fikir la dia senang hati kat sana tp anda gila kat sini.so buat pe seksa diri.

Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan

cara 3 :
sentiasa bz kan diri ngan keje lain so tak de la kita rasa sunyi bila dia tak de.bila bz badan penat so terus tido dan tak de fikir apa2.sekali sekala terkenang tu biasa la kan.takkan mudah kita nak lupa kenangan saat indah tu.

lg2 kalau cinta jarak jauh mcm sy dulu.kenangan berdua yg indah sikit la coz jarang berjumpa tp bila berjumpa mcm2 aktvt kami buat dam mcm2 tempat kami jln.lg terkenang la.

*nak makan ikan bakar kat tanjung lumpur.nak jln2 kat teluk cempedak..uhuu

cara 4 :
anggap saje tak de jodoh.alasan ade org ketiga, tak serasi , tanpa restu ibu bapa cuma penyebab saje.terima la kenyataan.Allah akan temukan kita ngan yg lebih sesuai.

tgk mcm sy (cewahhh!!!!! bg contoh diri sendiri lak)...dia mmg terbaik tuk sy.
memahami dan menerima sy seadanya :)


ingatlah ini sayangku

Jika Doa Dimakbulkan, Tandanya ALLAH Menyayangi Kita, Jika Doa Lambat Dimakbulkan, Tandanya ALLAH Ingin Menguji Kita Dan Jika Doa Tidak Dimakbulkan, Tandanya ALLAH Merancang Yang Terbaik Untuk Kita

cara 5 :
bersyukurlah. masih ade family dan org sekeliling yg menyanyangi anda.hargai insan lain di sekeliling anda.mungkin ade yg lain lebih menyayangi anda tetapi anda yg tak perasan.

Kadang kala org yg jauh beribu batu dgn kita, org yg jarang call kita, org yg jarang senyum dgn kita, org yg kita jarang jumpa, adalah mereka yg selalu ingat kat kita

Berpisah bukan bererti hidup kamu telah berakhir.. mungkin ini satu langkah untuk anda membuka lembaran baru

cara 6 :
cara terakhir...cari la kekasih baru (alangkah senang kalau blh beli kat pasar jea kan..hehe)
niat kena la btol.bukan main tangkap muat jea.mulut saje cakap syg tp hati dan otak tu still ingat kat ex.
baik tak yah bercinta.anda akan lg terseksa hidup mcm tu.percayalah.sy penah merasakannnya.

buka lah hati anda tuk org lain.masih ade yg sudi menyayangi anda seikhlas hati.InsyaAllah

dan
kalau masih tak dapat lupakan ex.cuba la doa ni.mana tahu ex anda kembali kepada anda (nik tak penah try..hikhik)

Ya ALLAH kalau dia memang jodohKu, jodohkan lah
Tapi kalau bukan jodohKu, jodohkan lah jugak
Jika dia tidak berjodoh dengan Ku, maka jadikanlah kami jodoh
Kalau dia bukan jodoh Ku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain Ku
Kalau dia tidak bisa dijodohkan dengan Ku, jgn sampai dia dapat jodoh yang lain
Biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diri Ku
Dan saat dia telah tidak mendapatkan jodoh, maka jodohkan lah kami
Kalau dia berjodoh dengan orang lain, putuskan lah
Jodohkan lah dengan Ku
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, biar orang tu bertemu jodoh dgn orang lain dulu
Kemudian jodohkan dia kembali dengan Ku
AMIN

so,
mcm mana cara anda nak lupakan kekasih lama.kongsi la ngan sy.nnt ade yg baik sy mintak kwn sy cuba. sian dia.mcm org sasau dah sy tgk..opsss

Tuesday, November 23, 2010

puas hati sy :)


assalamualaikum readers

tgk la muka org puas hati

memang puas hati la
akhirnya dapat gak beli beg yg di idam - idamkan ni
dah lama kot termimpi2 nak beli, tp tak jumpa yg murah..huahua
serata online blog dan facebook nik cari
akhirnya jumpa gak

cantik kan?

close up skit..hehe

sapa2 nak beli beg yg lawa2 blh usha2 di sini yea

nak cari warna merah sebenarnya tp tak de la
warna dark purple pun ok la
asal dapat design mcm ni

owh...cantiknya

suka dan suka


Monday, November 22, 2010

bday wishes :)




happy bday to my dearest sister

semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia dunia akhirat dan berjaya dalam kerjaya

beza kami setahun jea
so gaduh2 time kecik2 tu biasa la
dah besar ni pun gaduh gak tp tak de lak sampai tak bertegur sapa
Kadang gaduh, lepas tu baik. Biasa lah, we're family.
apapun sy syg semua adik2 sy

moga di cepatkan jodohkan..huahua


Sunday, November 21, 2010

almost a year


assalamualaikum readers


minggu dpn, genap la setahun perkahwinan nik dan hubby.

happy tak??? mestilah!! mau tanya lg..hehe


awk, terima kasih sbb awk terima sy seadanya, awk bersabar dgn perangai sy, awk selalu disisi sy berkongsi rasa suka dan duka, memberi sy dorongan dan semangat, tak jemu mendengar dan membantu

awk cintakan sy lebih dr yg apa yg sy harapkan. awk sayangkan sy lbh dari apa yg pernah sy dpt dulu.


tempoh perkahwinan kita masih terlalu mentah, namun banyak yang telah diharungi bersama.

biarpun ada ujian dan duka merintangi perjalanan, namun kasih sayang-Nya tak pernah putus terhadap kami.

moga cinta kami selamanya diberkati dalam restu dan redha Ilahi.

congrat jugak buat en hubby yg dapat keje kat SAPURA
Alhamdulillah..rezeki kami sekeluarga
harap impian kami nak dapatkan ini tahun depan akan tercapai


pstt..!!!
ermmm. tp nik still tak de plan ape nk buat 29hb ni..hehe

Saturday, November 20, 2010

award tertangguh

assalamualaikum readers

nik nak buat entry yang dah lama tertangguh.nik ade dapat 2 award.baru teringat yg award ni, nik blum buat entry lg.

1. Award Anugerah Blogger Harapan


Thanks kepada pemberi award

Soalan :
nape korang suka Feez Hafizah (pemberi award)
sebab suka baca blog dia

Reaksi korang lepas dapat award ni :
dah lama tak dapat award ni.so happy sgt.

Tag 15 kawan@blogger yang lain
To all my follower
silala ambil award ni
thanks sebab sudi follow sy

2. Award Creative Blogger


Thanks kepada pemberi award

PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Friday, November 19, 2010

errrrmmmmm


gambar hiasan semata-mata

terasa la tgk kwn2 yg dah pregnant.cepat tol rezeki diorang kan.baru jer nikah dah pregnant.nak pregnant gak.uhu..nak ade baby yg comel.suka bau baby baru lahir.


nak rasa mcm mana mengandung ni..best kan..kalau gemuk pun org tahu la sebab apa..hehe

kena bersedia dr segi mental dan fizikal..bukan senang nak ade anak ni..Biar pun tahu mcm mana keadaan org pregnant.tak blh berdiri lama2, kaki akan bengkak, tak blh tido pelbagai aksi, berat badan akan bertambah dan kena bwk perut boyot tu kemana-mana jer selama 9 bln..tp still nik suka..nak merasa smua tu

nak tgk mcm mana la rupa nik bila pregnant..pipi mesti tembam, dagu sah2 la ade dua lapisan..huhu

rezeki anak tu mesti ada kan.nik serah smua pada Allah..Dia yg menentukan mana yg terbaik tuk nik n hubby..kalau ade rezeki dpt anak kami terima

comelkan ibu mengandung

ermmm
God knows what i'm feeling now.

Allah tahu yg terbaik tuk hambanya kan.apa yg kita impikan tak semestinya yg baik tuk kita.

pic ehsan dr google