Sunday, March 27, 2011

katakan tak nak pada MLM



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


nik SANGAT tak suka Multi-Level Marketing.apa lagi nak join.
tak berniat jahat nak kondem MLM ni. tapi tengok kawan2 join banyak ajar nik supaya berhati-hati dengan mereka yang promote MLM ni.

taktik yg selalu di lakukan tuk ajak join MLM.nik penah alaminya

* lama tak jumpe, tak rapat sangat pun masa kat matrik tetiba boleh call dan nak ajak kuar,siap offer nak datang ambik kat umah lagi.

* kalau tanya nak pegi mana dia cuma suh ikut dia pegi 1 tempat jea.nnt akan tahu la apa yg dia buat.kalau bisnes yang betul kenapa nak berahsia sangat, kan.dia tak nak bgtau awal2 la takut nik tak nak ikut.
mula2, nik ingat dia nak tolong nik cari keje la coz time tu nik tak keje.nik yang lurus bendul ni ikut la.

* pastu pegi tempat MLM tuk bgtau la tentang MLM.kononnya nak pujuk la.nak bgtau MLM ni bagus.kononnya kalau join MLM ni segala apa yg di impikan akan dapat.kalau makan gaji mana boleh dapat semua tu.

* tunjukkan gambar org2 yang dah berjaya buat MLM.bulan ni dapat kete, bulan depan lak dapat beli umah.
bulan depan satu lagi nikah baru.yea la.dah kaya kan.buat apa simpan duit banyak2.huhu..tak de lak cakap pergi haji ker , umrah ker. oh yea, maybe yg tu mana boleh heboh2 kan.

* bercerita kononnya ni sistem baru yg boleh dapat untung lebih dan ia tak sama dr MLM yg lain.kalau kita lambat join nt kita akan ketinggalan la.

annoying bila dia mula cakap mcm ni
" saya takkan lupa member, kalau kita kaya, kita kaya sama2..sebab tu la kita ajak kamu join ni"
yang lagi annoying bila diorang akan contact kita selagi kita tak join benda alah ni.


satu cara lain tuk promote MLM ialah menggunakan facebook.antara ciri org yang join MLM bila

* suke letak gambar duit dan tag name orang dgn caption:
"nak tahu bagaimana utk jadi kaya? PM saya cepat!!"
" jangan lepaskan peluang, saya sudah mencuba, anda bila lagi "
* pastu suke letak gambar kete besar, rumah besar, bini besar.yeala, dah kaya la..kena la tunjuk semua besar.yea tak?? setakat kete persona ni tak pandang la kan.


* suka post kat wall bercakap besar.nak suh join, tak perlu modal tapi untung berlipat kali ganda.
semua penipu.

* ade yang siap print screen lagi brapa duit masuk dalam bank dia tiap2 ari.

yang tak boleh terima dek akal, siap ade yg join ni sanggup berhenti kerja semata2 nak buat MLM ni secara full time.katanya kena la buat full time kalau nak kaya cepat.susah manusia yg fikir nak kaya jea.sempit btol fikiran. tolong la, sebelum anda betol2 kaya baik anda kerja dulu.jangan mengada nak berhenti.

diorng tak fikir ker duit yg diorg dapat tu dari org bawah diorg.yang kaya nya org yang lagi atas la.dia lak sibuk duk cari org bawah.anda harapkan duit downline anda tuk anda kaya.adilkan?

jarang kita dengar arkitek, jurutera, doktor atau juruterbang join MLM.
selalunya semua datang dari golongan yang tak pernah 'cukup duit'.
kalau tak cukup duit salah satu cara lain adalah berbisnes.

MLM ni akan sentiasa wujud coz ade orang yang nak cepat kaya dengan cara yang mudah.
mana ada benda senang kat dunia ni cik kak oii

kalau senang kaya, baik dia suh mak ayah dia, adik, abg , kakak dia dulu try .. biar ahli keluarga semua kaya dulu..ni naper nak cari kawan dulu..
banyak dah kita dgr berita penipuan yg libatkan MLM ni..tp masyarakat still jugak nak join MLM.lepas dah kena tipu baru nak ambil tindakan. dari dulu tak nak jauhkan diri.

psttt..!!!
ini pendapat peribadi saya saje.anda tak nak terima ia terpulang pada anda.anda nak join anda tanggung la risikonya.

14 comments:

  1. Point yg menarik untuk saya gunakan sbg bahan perbincangan dengan rakan2 saya.. terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Seperti juga manusia.., ada yang baik ada yang jahat.. Begitu juga sesebuah sistem atau modal perniagaan dan salah satunya mlm. saya juga tidak suka dengan sistem mlm yang dipromosikan secara melulu atau secara tipu helah. Biasanya yang jadi mangsa ialah mereka yang "pendek akal" dan ada perasaan nak cepat kaya sedangkan ada mlm yang dijalankan secara baik dan berhemah.

    Tetapi saya tidaklah menyalahkan sistem mlm atau mana-mana sistem yang seumpama dengannya. Oleh sebab itulah dalam banyak2 perniagaan mlm yang ada dan yang diperkenalkan pada saya, sehingga hari ini saya hanya menyertai satu jenis sahaja. Yang lain lebih kepada program affiliate di laman web atau blog. Jadinya kita kenalah selidik sesuatu mlm jika nak sertainya. Jangan main daftar aje.

    Biasanya yang kena tipu tu mereka yang gelojoh, dah kena tipu dengan program entah apa2 tu, sibuk nak marahkan sistem mlm pula. Tak patutlah begitu. Sistem mlm tak salah yang salah cara orang yang membawa sesuatu sistem itu.

    Kesimpulannya.., risiko kegagalan dalam MLM boleh dielakkan jika kita mengkaji sesuatu model perniagaan sistem MLM itu dengan sejelas-jelasnya. Jika ada yang kena tipu, maka pertama sekali salahkan diri sendiri yang alpa serta lalai dengan kemewahan yang ditayangkan. Jangan gelojoh nak kaya, sistem MLM yang tulen adalah mendapat keuntungan jangka panjang dan logik.

    Saya pernah membuat artikel penerangan mengenai perihal mlm ini. Lawatilah blog saya di alamat berikut :

    http://smskey.blogspot.com/2010/07/petua-memilih-perniagaan-berbilang-aras.html

    ReplyDelete
  3. salam...
    memang tak sukan ngan MLM...menyakitkan hati...ni dok selalu jerit kat kotak jerit..menciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  4. emm btul tu tayang duit sana sini,tak la pulak rasa bangga tgok dieorang yg kononnya berjaya.makin menyampah ada..

    ReplyDelete
  5. sy pun pnah kene tipu ngn kwn baik sy psl MLM ni
    smpai skrg benci.
    huhu

    ReplyDelete
  6. pernh terkena.. huhuuhu... selepas tu kalau ade org kt shoping mall konon de promote2 wat dek jek..

    ReplyDelete
  7. hehe..itu kata awak..
    skarang ni, bukan semua MLM tu MLM yg sebenarnya..Yg direct selling pun kata diorg ni MLM..tapi mmg nasib awak kena dgn yg x betul..
    Spt yg awak nyatakn, letak gambar duit, gambar kereta dan duniawi yg lain, itu semua sebagai 'pancing', sape terkena, na'zubillah..
    OmOt dah 5 tahun buat MLM..mmg every month, dh boleh byr duit ansuran kereta..dlu takat bayar bil je..rahsia? xde wart sungguh pun, memain je..tp istiqomah dan yakin 9/10 rezeki dtg dari perniagaan..klu ikut, mmg dh ckup sara diri dgn kerja skang ni..tp, fikir masa dpan..skang ni, RM50 snang2 je melayang klu p psr mlm..klu p hypermarket, pling koman rm200..so, fikir2 kn..
    Moga saudari dapat yg terbaek...
    kOmen sekupang dari OmOt...~

    ReplyDelete
  8. rashidmoto : ur welcome.tapi tu pendapat peribadi saya saje.

    ReplyDelete
  9. Ahmad Zaki : selalu org nak kaya cepat ni mudah tertipu dengan MLM. kat atas cuma pendapat nik saje.kalau awk tak setuju nik no hal la.

    ReplyDelete
  10. pak long : sama la kita.mmg nik pun tak suka ngan MLM ni.

    ReplyDelete
  11. Puan Kutu : tau tak pe.dah kaya duk diam2 sudah.tak yah la nak menunjuk2.

    ReplyDelete
  12. mengenaldiri : sama la ngan akak.kena tipu gak.harap2 akak tak jumpa dia lagi :)

    ReplyDelete
  13. saya YANA : akak pun sama.tak berminat nak join.kalau ade yg promote benda tu akak buat dek jugak.

    ReplyDelete
  14. Omaq oTai : thanks sebab komen.mmg nasib nik tak baik agaknya.jumpa kwn yg ajak join MLM yg tak btol tp nik tak join pun.nasib nik baik sebab tak trpengaruh tuk join.

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^

busuk.org