Sunday, April 3, 2011

My Dad, My hero..the best man in my life



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

saya nak sambung fakta tentang ayah saya. sebelum ni adik saya, YUNNIE ade buat
so saya pun mengada gak nak buat.tambah dari apa yg adik saya tulis tentang ayah kesayangan kami.


❤ dia tahu ma penat bekerja.so byk tugas di umah dia akan buat kecuali ke dapur coz ayah sy mmg tak pandai masak..hehe.ayah saya akan tolong ma kemas rumah , basuh baju, layan kerenah anak yg kadang2 mengada-ngada.

❤ ayah saya basuh sendiri baju sekolah dan kasut sekolah kami.guna tangan jea.sebab tu baju kami bersih jea.kalau nak harapkan kami mmg kotor la.

walaupun kami semua perempuan tp gayanya mcm lelaki.kalau bab2 round kampung tu mmg kami jaguh la.kalau cuti lagi la.kadang2 keluar pagi,petang baru balik.

kotor mmg tak usah cakap la.kami jd pembersih pun sebab ayah.dia akan sental kaki kami ngan berus basuh baju yg lembut tu.coz kalu gosok ngan tangan takkan tanggal segala kotoran kat kaki.hehe


❤ kira time kami bercinta ni ayah dah sporting la.dulu masa akak sy bercinta atau lelaki dtg ke rumah dia akan duduk jea tgk akak sy borak ngan lelaki.hehe.akak nak ajak lelaki jln2 umah pun takut

tp skarang ni ayah sy boleh ajak lg bf adik2 ke rumah.dia mula terbuka dan maybe dia percayakn kami.

❤ ayah sentiasa akan support kami lg2 kalau dapat bab pelajaran.tapi dia tak de la paksa kami belajar jea.tak de paksa kami pergi tuisyen tu tuisyen ni.


❤ Ayah saya penah gagal dlm perkahwinan pertama.ade yg dengki dia sampai sanggup buat mcm2 kat dia.hanya yg hebat dan punya hati waja mcm dia tetap akan bertahan.dan mungkin sebagai balasan Allah kurniakan dia wanita hebat mcm Ma saya.

mereka bahagia skarang.sy tgk balik org yg penah buat jahat kat ayah sy.hidup dia tak bahagia pun.tua2 lagi sengsara.

❤ sblm kawen ngan ma ayah saya ni berdikari.contoh skarang nak byr bil letrik dia biasa pegi ker TNB jea.kalau mintak byr kat pejabat pos dia takkan pegi.ma la yang pegi.manjakan ayah saya..hehe
ayah saya pergi tempat yang biasa dia pergi jea, kalau tempat tak biasa tu dia akan ajak ma sekali.


❤ ayah saya ni mmg semua benda dia nak buat cepat.

❤ dia bangga bila citer pasal anak2 dia.anak dia blaja kat situ,anak dia buat apa, anak dia keje apa, anak dia bina umah.mintak2 impian dia nak adik bongsu saya jadi Doc tercapai.

❤ dia sensitif org nya.lagi2 sejak dah berusia ni. dia tak boleh borak lama ngan adik saya kat UK.mesti dia akan sebak.maybe rindu coz sorang anak dia jauh dr dia.

❤ dia jadi rujukan tuk adik2 dan saudara mara.kalau apa2 masalah saudara kami akan tanya pendapat dia.


❤ ayah saya penah tampar seorg peguam sebelum ni.peguam ni tolong sepupu sy yg nak mintak cerai ngan laki dia.ayah saya marah sgt sebab sepupu saya yang bangang lari ikut jantan lain walaupun dah ade laki.pastu peguam tu berlagak dan cuba nak sorok sepupu sy lak.
nasib baik dia tak jumpa sepupu saya, kalau tak sepupu sy tu jea yg pttnya bg penampar.
sampai sekarang sy masih tak boleh maafkan sepupu sy tu.

dia buat ayah saya mcm apa jea.suami dia pun bangang.dulu dtg umah siap nangis lagi bila isteri lari.bila isteri dah balik , batang hidung dia tak nampak.

time raya tak nak lak datang.takut kah?
sorry saya emo skit kalau ade yg kurang ajar ngan ayah saya ni.

❤ ade penah dia bercerita , yg sstgh saudara duk kutuk dia tak berpelajaran .sebab tu dia nak anak2 dia blaja.Alhamdullilah, kesemua 6 anak pompuan dia masuk U.
tapi dia still kata tu tak cukup.dia nak anak dia berjaya dunia dan akhirat jugak.


Ma kata sebagai Ayah dia dah cukup baik tuk kami.bg kami dia terlalu baik.bersyukur Allah kurniakan dia pada kami.

bersyukur kami lahir dr kasih sayang dia.

6 comments:

  1. ayah dan ibu yg trbaik!ho yeah!! :) http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. tibe2 rindu sgt2 kat ayah bile bace entri ni . wuwuuu :')

    ReplyDelete
  3. IFA Athirah : mereka mmg terbaik :)

    ReplyDelete
  4. Dudu : sy pun rindu ayah saya..huhu

    ReplyDelete
  5. hehe.so sweet.muka sis byk ikut mak eh :)

    ReplyDelete
  6. sizuka[Izzati] : sis tak perasan la muka byk ikut sapa.hehe..tp ramai yg kata ikut muka mak.

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^