Saturday, April 30, 2011

sudut pandangan seorang isteri tentang kes video seks anwar ibrahim



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


Tak ade niat nak berblog tentang kisah politik . tapi nik terpanggil nak buat entry ni.cuma nik memberi pandangan dr sudut seorang isteri

sekarang ini heboh tentang video seks seseorang yang dikatakan mirip ketua pembangkang, DS Anwar Ibrahim

persoalannya adakah video tersebut tulen atau semata mata untuk menjatuhkan maruah seseorang? adakah benar Anwar Ibrahim terlibat sama didalam kes video tersebut.

jika betul Anwar Ibrahim dalam klip tu?
tak dapat bayangkan betapa sedih dan hancur luluh perasaan seorang isteri
hanya insan terpilih dan benar2 kuat dapat melalui semua ini
ini ujian Allh untuk hambaNya

tapi jika bukan Anwar Ibrahim dalam klip tu?
betapa berdosa orang yang membuat fitnah demi pangkat dan harta
hingga sanggup melukakan perasaan seorang isteri dan anak2 yg sudah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 lagi.
mintak2 la kita sume terlindung dari sebarang fitnah
saya tak dapat bayangkan jika saya yang berada di tempat isteri dan anak2 Anwar

beliau sentiasa mejadi peneman dan isteri yg setia disisi suami tercinta. nik tak rasa yg dia berpura2 kuat. dia mmg kuat dan tabah.bayangkan la suami beliau terbabit dengan kontroversi sejak lebih 10 tahun.org yg kuat sahaja dapat melalui nya.hebatkan hati wanita ini.

tak kisah jika kontroversi itu benar atau salah.org luar jangan sibuk nak bercakap jika tak tahu kisah sebenarnya.wahai wanita, khususnya isteri .bayangkan jika perkara ini berlaku pada anda.adakah anda sekuat Wan Azizah?
saya mencemburuinya.riak wajah nya tenang walaupun di landa pelbagai musibah
dari wanita biasa hingga menjadi seorang presiden
itu semua dari kekuatan dan ketabahan hatinya

apakah layak Anwar menjadi suami kepada wanita seperti Wan Azizah? jangan di bahaskan perkara yg bodoh itu.jodoh semua di tangan Allah.mcm mana ukuran anda mengatakan Wan Azizah tidak bahagia bersama Anwar.dengan hanya melihat kontroversi yg menimpa Anwar anda sudah membuat anggapan yang Wan Azizah hidup terseksa bersama Anwar.ceteknya pemikiran anda.

beliau ade hak untuk mempertahankan maruah suami nya jika dia merasakan suaminya teraniaya
berapa ramai lelaki yang mempunyai wanita hebat seperti Wan Azizah di sisinya
nyata DSAI amat bertuah

sebagai Muslim, Islam melarang kita menuduh seseorang itu bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah.

jadi

adakah Anwar bersalah sebab tidak berani bersumpah laknat?

“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.
Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan. Bukannya mengangkat sumpah laknat" - Dato Md Hashim Yahya (Bekas mufti Wilayah Perseketuan)

jika Anwar sumpah laknat, adakah itu akan menghentikan semua tuduhan ke atas beliau ? adakah semua orang akan percaya beliau tidak bersalah ?

Antara tanda2 kiamat

* Zina bermaharajalela
* Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
* Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
* Orang hina mendapat kedudukan terhormat
* Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
* Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
* Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

rasa macam semakin dekat dengan Kiamat bila baca tanda2 ni kan.
Jika seseorang melakukan zina bertaubat kepada Allah SWT , Allah SWT Maha Pengampun kepada kesalahan hamba-hamba-Nya. Kerana dosa zina adalah dosa di antara hamba dengan Tuhannya.
Tetapi dosa mengaibkan orang lain, membuat fitnah, mengadu domba, memutuskan silaturahim adalah dosa di antara manusia sesama manusia.
Jika manusia yang membuat kesalahan sesama manusia tidak minta maaf secara terbuka semasa di dunia, maka dia akan membawa dosa tersebut dan di hari akhirat akan diambil pahalanya jika tidak cukup dosa orang yang diaibkan akan diberikan pula kepada orang yang mengaibkannya. Maka amat mudah orang tersebut akan menjadi muflis dan dihumbankan ke dalam neraka Jahannam.

sumber
-http://www.abubasyer.blogspot.com/-

psttt..!!!
Buat pemimpin Malaysia, buat la keje anda dengan penuh rasa tanggujawab.bukan sebab harta.Ingatlah sikit, satu hari nanti kita semua akan kembali kepada-Nya. keje kita akan di tanya bila di akhirat .


27 comments:

  1. sangat setuju dengan entry ni. tapi bila tgok wan azizah, beliau tenang je kan. setia di sisi suaminya. huhu.

    ReplyDelete
  2. salam.

    terfikir juga benda yang sama. betapa kuatnya wan azizah di sisi suaminya. itulah isteri..

    ReplyDelete
  3. kte asik dgr pasal cite seks tu kn.tp x prnah lg dgr pndgn isteri anwar.entry yg mnarik :) http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. isteri anwar memang tabahh,,
    tapi kita xboleh menilai mereka salah atau tidak kalau tak tahu hujung pangkal..

    ReplyDelete
  5. dia sangat cekal dan setia pada suaminya..
    betul atau salah kes ini..
    semoga wan azizah sentiasa tabah dan dirahmati Allah.. :)

    ReplyDelete
  6. setuju sgt nik...tabah betul wan azizah.

    ReplyDelete
  7. huh! thumbs up.. hebat n3 kali nie.. ;)

    ReplyDelete
  8. Pd pndangan aku, Wan Azizah tabah sbb beliau yakin suaminya bkn org yg spt digambarkan..

    ReplyDelete
  9. Semuga Allah beri pentunjuk pihak yang manakah yang bersalah nanti..


    Kapalterbang bateri

    ReplyDelete
  10. http://www.youtube.com/watch?v=QYtyoqbGle4

    cbe tygok nih.kite boleh tahu dimana pihak yg bnr.pegang al-quran pun terbalek..Allahuakbar!

    ReplyDelete
  11. semoga berita (video) tu tak betul kan

    ReplyDelete
  12. .m y z. : yea.beliau sgt tenang .itulah isteri yang hebat.macam2 dugaan pun dia tetap harungi dgn ketabahan.sgt kagum kan :)

    ReplyDelete
  13. .........cP~ : wasalam..itulah isteri yang baik.di sisi suami bila suami kesusahan.bukan time senang jea.

    ReplyDelete
  14. Ustad Virtual : selamat hari pekerja :)

    ReplyDelete
  15. IFA Athirah : thanks dear.banyak dah org buat entry pasal kes video seks tu.so akak buat la dr sudut pandangan akak lak.ttg isteri DSAI lak.

    ReplyDelete
  16. ´¯`·.¸¸.·♥ amirah liyana´¯`·.¸¸.·♥: kita tak de hak nak menilai.takut nnt ade unsur fitnah lak kan.kebenaran akan terbukti jugak.kena percaya Allah tu maha adil kan :)

    ReplyDelete
  17. Aida Omar : sama2 la kita doakan wan azizah dan family akan sentisa tabah.dah lebih 10 tahun dia dah lalui pelbagai kontoversi.tp jiwa dan hati dia ttp teguh tuk suami.

    ReplyDelete
  18. yana halim : yea.walaupun kita tak mengenali beliau tp kita boleh lihat sendiri ketabahan beliau.kita nilai dengan pandangan mata hati so kita boleh tahu dia seorang wanita tabah.

    ReplyDelete
  19. IrfanzBlog : dia isteri DSAI.so dia ade ada hak pertahan kan suami dia sebab dia lagi kenal siapa suami dia kan :)

    ReplyDelete
  20. Miecyber : itu yang nik harapkan.semoga Allah memberi keadilan tuk sesiapa sahaja yg teraniaya.

    ReplyDelete
  21. Basya : hehe..kena sound direct jea kan.pegang Al-quran pun boleh terbalik.

    ReplyDelete
  22. fiq. : semoga semuanya akan berakhir dengan keadilan.

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum.

    definitely not a big fan of DSAI atau dacing's, tapi memang saya pun kagum dengan Wan Azizah. Dia memang isteri yang kuat semangat.

    Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau DSAI tidak terkena macam ni, tentu kita tak kenal sangat siapa wanita berhati besi ini kan ?

    :)

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^