Sunday, May 22, 2011

Drama NORA ELENA best ker?



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

sekarang ni mesti ramai yang tengok drama Nora Elena tiap-tiap petang kan. nik dah terjatuh hati lak dengan drama tu. jarang drama tayang kat slot Akasia ni menarik minat nik tuk tgk. tp bila drama Nora Elana ni di tayangkan, nik mmg melekat la kat depan tv duk nengoknya.huhu

drama yg diadaptasi daripada novel "Kasih Yang Suci" oleh Meen Zulaikha.
ramai yang kata novel ni best.so harap2 drama ni pun sama best dengan novelnya.

drama ni lakonan Aaron Aziz, Siti Saleha, Zul Ariffin, Erry Putra, dan Wan Sharmila.
pelakon dia cantik dan hensem2 tau.huhu


site saleha aka NORA ELENA..heroin drama

bagi yang tak tengok lagi, ni sinopsis drama tu (cilok dr en google)

sinopsis
Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.
Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth?
skarang tgh geram dan menyampah sangat kat Eid tuh .boleh pulak dia putuskan tunang.amboi tak nak wanita di tebuk tupai yea.mcm la dia baik sgt.emo btol tgk drama ni.

tak sabar nak tengok sambungan drama ni isnin nanti.

20 sweet comments:

vLurv Planta said...

yeah,,citer nie bes la..geram giler ngn kid.tah hape2~

fiq. said...

wah, gitu sinopsis dia,

kire ok lah tu
dapat kahwin ngn org2 yang betul2 kene bertanggungjawab..mueheheheh

sizuka[Izzati] said...

wah byk drama best dkt Msia skg ni eh.sobs sobs cepatlah balik Msia nak tgok drama *ttiba kan* :P

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Nik...episode pertama mmg k.atie xtgk...sbb ,mcm xbest jer.oastu mmgu lps trtgk...eh!sonok ghupanya citer nie....!!

nik rosmawati said...

vLurv Planta : btol tu.geram giler tgk perangai dia.lelaki yang tak nak terima penjelasan.dia rasa dia jea yg btol :)

nik rosmawati said...

fiq. : tp mesti susah nak terima gak.org yang penah rogol dia pastu tetiba jd suami sendiri.tak dapat nak bayang kalau perkara tu btol berlaku kan.

nik rosmawati said...

sizuka[Izzati] : tak pe.nnt tgk kat you tube.kalau drama popular mesti ade punya dlm you tube.hehe

nik rosmawati said...

♥♥azatiesayang ♥♥ : nik pun tak penah gak tgk episod pertama dia tp episod lain nik tgk.terus jatuh cinta tau.hehe

khadijah said...

saya pun suka sgt tgk citer nie..until now cari novel kasih yg suci...tp mostly dah sold out...cedihnya...

nik rosmawati said...

khadijah :org suka tgk drama ni, sebab tu la novel dia blh sold out kan.

khairul akmal azman said...

mcm cerita dia..
laju je jejaka yg nodai dia..
gnti tunang dia n jd suami..
pergh! jalan short cut nak dapat cinta..

HonEyBuNNy said...

ila pun layan cerita ne kak...tapi tgk dekat tonton ja..

ohh...seth rupanya yg rogol dia..ingatkan polis tu...(lapa lak nama polis tu)hehe...

siti saleha cantik la...suka sangat tgk..;_0

imnabila said...

citer ni mmg sgt bestt.. rugi spe x tgk.. heee ~ :)

fa10 said...

dlm ramai2 p[elakon tu saoa kenal aaron jah, mmg minat suggoh ko dio.. hensem kae!

My Name is Mar said...

Cerita novel and cerita drama tu ada sedikit bezanya..
Apa bezanya?...
Update it in my blog later:)

Ct Aja said...

cite ni best, tp sy hr2 blik keje lwat x smpat tgk, skali smggu jerk dpt tgk..hi3...

[sutera kasih] said...

laaaaa...rupanya si seth tan tu yg rogol nora dulu?ingtkan yg sorg tu huhu

cpahniza said...

terbaekkkk

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...

mmg best citer ni...tp jrg tgk sbb xberkesempatan...huhu

emydollie said...

best sangat2 lah cerite dia. suke

Related Posts with Thumbnails

busuk.org

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink