Saturday, May 14, 2011

Sultan yang harus dicontohi..Sultan kesayangan rakyat Kelantan..ALLAHUAKHBAR!!!!



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V

sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana

Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya

Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab.

Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena redha, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.

Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.


Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.

Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.

sumber
syahirul.com

*********************************

Mana nak cari lagi sultan macam ni, sanggup gugurkan "Daulat Tuanku" kepada "Allahu Akbar" semata-mata kerana mahu rakyatnya memperolehi pahala sewaktu melafaznya

Sebut sahaja seruan الله اكبر dah berpahala berlipat-lipat kali ganda. Sungguh mulia hati Tuanku yang seorang ni.
memikirkan cara membantu rakyatnya menambahkan pahala

bangga menjadi rakyat tuanku. Semoga Allah memberkati Tuanku.
dah lama saya tunggu saat pertabalan Tuanku.akhirnya, Tuanku Sultan kami :)
ALLAHUAKHBAR!!!!

Info Sultan Kelantan
Tarikh lahir : 6 Oktober 1969, Kota Bharu, Kelantan

Tengku Mahkota Kelantan : 6 Oktober 1985

Pemangku Raja Kelantan : 24 Mei 2009

Pemasyhuran Sultan (Sultan Kelantan ke-29) : 13 September 2010

Pendidikan:
1974-1975: Tadika Fatimah Convent, Kota Bharu

1976-1981: SR Sultan Ismail 1, Kota Bharu

1983-1989: The Alice Smith School, Kuala Lumpur dan Oakham School, Rutland, England

1989-1991: St Cross College (Pengajian Diplomatik) dan Oxford Centre for Islamic Studies (OXCIS)

Huron University College, London (Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan)

Deutsche Stiftung Internationale Entwickung, Berlin, German .(Hubungan Diplomatik)

European Business School London (European Business Administration)
tak salah kita berbangga dengan negeri sendiri kan.asal jangan terlalu taksub.setiap dari kita mesti bangga dengan negeri masing2 kan.

congrats to Red Warrior .ganah sek kito.
gomo kelate gomo
penuh stadium..kuatnyer sokongan fan kelantan ni.


semangat anak jati kelate

tak pe la negeri saya di katakan tak maju pun.tp saya ade Sultan yang terbaik.
kadang2 saya tak faham kenapa ade yang tak suka org kelantan.siap ade entry khas tuk org kelantan.org kelantan suka beraduh la, lelaki kelantan panas baran la.diorang bercakap mcm diorang ni kenal sgt jea org kelantan.

sapa ko nak kutuk2 orang ni.rasa diri hebat sangat kah ?
org kata kalau tak kenal maka tak cinta tau.so kenal2 la dulu sebelum nak berkata.

22 comments:

  1. la... kito samo klate ruponyo.
    i like sultan klate... Alllahu Akbar,
    suko tgk gmbr penonton2 bola klate solat berjemaah di stadium!

    ReplyDelete
  2. wahhhh...beshnyerrr...dapat tgk bola da lama tak tgk life sejak ader baby nikh

    ReplyDelete
  3. Saye syg Raja saye, sy bangga jd rakyat kelantan...hi3...Allahu Akhbar!!!

    ReplyDelete
  4. semangat org kelantan nie lain......setahun duk KB mmg nmpk semangat dorg...nak2 time tgk bola...pergh...!!! memang terbaik....
    p/s : umah sewa dpn stadium...mmg gempak stadium.....hee~~

    ReplyDelete
  5. fa10 : la org kelate gak yea.kalau gitu meme sama la.hehe..nik pun suka.kat mana2 pun boleh solat kan.bagus btol :)

    ReplyDelete
  6. MYA EL QAYREENA AZRYAN : nik tak penah pegi tgk bola kat stadium.teringin gak nak pegi kan .tp ntah bila la.

    ReplyDelete
  7. Ct Aja : saya pun bangga jadi rakyat kelantan.mesti berbangga coz kita ade Sultan yg terbaik :)

    ReplyDelete
  8. NURUL NADIAH MAMAT : btol tu.hanya org kelantan dan org yg duduk kelantan tahu mcm mana org kelantan sebenarnya.

    semangat diorang luar biasa.lagi2 kalau bab bola ni.

    ReplyDelete
  9. tau xpe....kadang2 gerun gak tgk dorg.....rasa2nya kalo time bola tue mmg penuh ngn penyokong red warrior je...pnykong phk lwn mmg xde kot....hee~~

    ReplyDelete
  10. owh sek kelate rupanya...:)..sulte kitow tuh..berjiwa rakyat..kawe suko benor..payah nak cari sulte pesen lagu ni..santai dan sempoi..comelnya stadium kita penuh lautan merah..kalau beki stadium ni..pergghh 100K pun boleh muat lagi..heehh

    ReplyDelete
  11. Allahuakbar..sy syg sultan sy..mintak share ye entry nie..:)

    ReplyDelete
  12. akak ore kelate ek?
    patotla..huhu

    ReplyDelete
  13. sy pn ske sgt2 sultan kelantan ni..:))

    ReplyDelete
  14. NURUL NADIAH MAMAT : nik tak penah tgk live.so tak tahu la keadaan dia mcm mana kan.hehe
    pengokong pihak lawan pun gerun agaknya :)

    ReplyDelete
  15. Syuxer : btol tu.nik pun suke sultan kelate loni.meme mesra rakyat la.tu la sultan yang ptt di jadikan contoh.sultan kesayangan rakyat kelate.meme bangga jadi rakyat kelate ni :)

    ReplyDelete
  16. Obat Sakit 2011 : setuju.sultan berjiwa rakyat yang ptt dijadikan contoh.

    ReplyDelete
  17. Tulip Putih : boleh share dear.akak pun ambil dari website lain jugak.sharing is caring kan :)

    ReplyDelete
  18. fiq. : yup.akak anak jati kelantan

    ReplyDelete
  19. kirani+mia : sama la kita.akak dah lama tunggu dia jadi sultan kelantan :)

    ReplyDelete
  20. Mampir juga.....salam kenal juga....Nice blog juga.....happy day

    ReplyDelete
  21. Salam kenal mbak.....nice blog

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^