Saturday, December 31, 2011

isu hangat Adam Adli





assalamualaikum

macam2 reaksi dan pandangan yang kita dapat tengok bila isu hangat ni timbul.
apa pun moga  kita jaga bahasa dan percakapan kita
jangan kita kutuk orang tu biadap tapi kita lebih teruk dari tu

kalau orang muda buat salah, mungkin sebab dia belum matang. jadi yang lebih berumur nie tolong lah tegur dan bimbing. dengan cara yang betul.
sebab politik kita sanggup bergaduh kan.kalau berkaitan soal agama, jarang pulak .sedih tengok sesetengah sikap manusia sekarang.
harap saya bukan di kalangan orang sebegitu.moga Allah ikat hati saya kepada perkara kebaikan :)

bukan niat nak berpolitik pun. tapi sangat2 tertarik dengan artikel kat bawah ni


Semenjak isu Adam Adli hangat, saya sentiasa terfikir untuk memberikan buah fikiran. Tetapi saya banyak diam, melihat apa yang berlaku dan meneliti.

Kadang-kadang rasa kelakar. Seorang pemuda berumur 22 tahun, turunkan bendera, 5 minit, kemudian naikkan semula dengan baik, dikecam hebat, diugut bunuh, dan pemimpin-pemimpin saya membiarkan sahaja semua itu. Seakan-akan merestui.

Beginilah.
Adam Adli, dari satu sisi, benar boleh dikatakan 'tidak menunjukkan adab kesopanan melayu'. Datang tempat orang, kemudian pergi turunkan harta kebanggaan milik tuan rumah. Jawapannya di dalam video pun, pada saya tidak kuat. "Untuk memanaskan keadaan." Baik, Adam Adli 'kurang sopan'. Namun sekurang-kurangnya, dia tidak memijak, mengoyak, menconteng, dan 5 minit kemudian, menaikkan semula bendera itu dengan baik.

Kalaulah saya menjadi pemimpin saya, Dato' Seri Najib, saya akan buat begini:
Saya akan buat sidang media. Dan berkata - "Saya maafkan sahaja Adam Adli. Dia bukannya buat apa-apa. Turunkan bendera wajah saya, tetapi kemudiannya dia naikkan semula. No big deal. Tak payahlah nak pukul-pukul, sampai nak bunuh. Buat apa? Tindakan mahasiswa, maka kita kena matang menanganinya. Apatah lagi, tiada pun undang-undang yang menyatakan salah turunkan bendera. Ini hanya melibatkan adab dan sopan sahaja."

Sah-sah rakyat akan lebih sayang Dato' Seri Najib kalau dia cool buat begitu. Tetapi nampaknya tidak. Membiarkan saudara-saudari saya di bawahnya berkeliaran melakukan kezaliman terhadap Adam Adli. Jauh lebih biadab, menganggu keluarganya, mengugut bunuh dan sebagainya. Buat gambar yang tidak senonoh, menuduhnya gay, dan sebagainya.

Jika begitu, oleh kerana ini isu 'adab dan sopan', saya suka juga mahu claim tindakan yang kencing pada banner bergambarkan Tuan Guru Hadi dan Tuk Guru Nik Aziz. Kencing sudah satu hal. Cuci balik tak? Mengapa isu itu tidak digembar-gemburkan?

Saya boleh terima 'ketidak matangan' Adam Adli. Nak hukum dia? Boleh. Hukum yang setimpal(setimpal dengan turun bendera la Semestinya pukul, bunuh, bukan dari kalangan 'setimpal'). Tetapi saya tidak boleh terima ketidakmatangan ayah-ayah dan ibu-ibu saya dalam 'menangani masalah Adam Adli'. Dan kalau nak hukum sangat, bagi adil. Adam Adli boleh kena, mengapa tidak kenakan kepada orang-orang yang menyokong Kerajaan saya hari ini, yang turut tidak beradab dalam banyak hal juga(tanpa menafikan, ada juga yang beradab.)?

------------------------------------------------
Patutnya, inilah peluang tarik undi.
Secara general, orang boleh terima 'budak yang tidak matang'. Tetapi susah orang nak terima 'ayah-ayah dan ibu-ibu yang tidak matang'.
Maka dengan adab yang hilang,
undi pun terbang.
^^

sumber artikel


8 comments:

  1. a,ah..saya sokong artikel tu. kata org,pe2 pun jangan cepat melatah.

    ReplyDelete
  2. kak, knp dgn adam adli ni ? hehe sy kurang ckit la info ni.. anyway, sy setuju seratus duploh lapan kali dgn pndapat akak. manusia skrg jahil dlm tindakan.

    ReplyDelete
  3. sailaaf : yea la.apa2 isu jangan cepat melatah.kalau melatah , takut akan memalukan diri sendiri :)

    ReplyDelete
  4. adam adli turunkan kain bermuka PM Najib selama 5 minit .orang kata tu cara yang kurang ajar so patut ambik tindakan terhadap dia.
    bg akak ambik tindakan boleh tapi jangan la org lain hukum dia pulak.sampai ade yang ugut hukum bunuh, nak ludah2 .menakutkan betul pemikiran manusia skarang.sikit2 nak bunuh..huhu

    ReplyDelete
  5. tu la nmenye mainan politik kan..baeklaa kite g beramal dari memfitnah orang ;)

    ReplyDelete
  6. saya pun tak mengikuti isu ni...api mmg benar la keadilan yg betul2 adil 2 mmg ssh kan...

    ReplyDelete
  7. betul..
    perkara kecik.. tak usah la dibesarkan.
    buat apa bergaduh bagai.
    kedua - dua pihak jugak yg rugi.

    ReplyDelete
  8. politik sepatutnya menjadi medan perpaduan bukan medan perpecahan..

    selamat tahun baru akak :)

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^