Monday, February 28, 2011

I want this..Ohh plss !



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

one of my wishlist.
I'm super loving it :))

can I get this? ;)


Opsss! Ini sekadar gambar hiasan ;p

entry melekat || exchange link



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


kali ni saya nak memenuhi sidebar saya dengan link kawan-kawan.ni untuk
personal blog sahaja. exchange link free je.

nik letak link korang, korang pun kena letak link nik jugak kat blog korang tau.adil kan

URL blog nik : http://nikminijournal.blogspot.com/

kadang-kadang , masa nik blogwalking baru tau ada kawan-kawan yang letak link blog nik.kalau nik tetiba terjumpa, nik akan add link blog korang.

tapi mesti ade yang nik tak tahu kan.
so boleh tinggalkan link di ruangan komen di bawah.

atau email nik

leoni.nik84@gmail.com

so kawan-kawan sudi2 lah exchange link dengan saya yea.hehe
pastikan link korang tu valid okey.

Sunday, February 27, 2011

sharing is caring || kursus kawen


Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

ini bukan iklan berbayar.cuma mahu berkongsi info menarik bagi bakal pengantin yang nak pergi kursus kawen.

ade yang kata pergi kursus kawen ni tak best.duduk saje pastu dengar ceramah sepanjang hari.

tapi bagi nik pergi kursus kawen la antara perkara yang nik suka.lagi2 bila kita pergi tempat yang best.tempat kursus kawen yang nik pegi , ustaz2 yg bg ceramah sume kelakar2.tak sempat nak terlelap pun.asyik nak tergelak jea.

kursus sepanjang 2 hari.kalau ada untuk seminggu pun saya sanggup pergi.hehe.

nik berkursus kat Pusat Bimbingan Sri Permaisuri / Pusat Bimbingan An Nisaa di Bdr Sri Permaisuri.
mesti korang tertanya-tanya kat mana Bandar Sri Permaisuri? sebenarnya Bdr Sri Permaisuri terletak di dalam kawasan Bandar Tun Razak. berdekatan Taman Tasik Permaisuri, dan 1 km dari HOSPITAL HUKM.

ni address nya :


Pusat Bimbingan Sri Permaisuri / Pusat Bimbingan An Nisaa:
Plaza Dwitasik BLOK A TKT 4 Lot A4-6
Bdr Sri Permaisuri, Jln Tasik Permaisuri 1
56000 Cheras Kuala Lumpur.

No Tel: 03-9171 6789, 03-5637 1880 H/P 012-2100789

Bayaran tuk kursus adalah rm80 seorang.

kesian kereta kami :(


Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

sebelum ni saya ade buat entry pasal kereta kami yang di langgar lari .sampai memaksa kami menukar lampu belakang kereta persona elegence.kerete dah tak nampak macam persona elegence coz lampu dah berubah.try cari lampu persona elegance tapi harga dia mahal sangat.so mampu tukar lampu ni jea.


tapi tup tup ari khamis lepas cover lampu tu jatuh.
memaksa kami tukar lagi lampu belakang kepada yang ini.

kereta kami dah jadi elegence balik.wuh wuh wuh ...!!!!

Saturday, February 26, 2011

kerja dan tekanan



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

happy weekend semua.how was your day? nik arini biasa-biasa saja.tapi semalam tak berapa nak baik,
macam-macam hal berlaku dekat ofis yang menambah tekanan.

aishhh...mood tak brapa nak bagus tp saya tetap cuba jadi cool.lagi2 kalau dekat tempat kerja.
tekanan kat tempat keje kadang2 boleh buat kita bergaduh ngan rakan sekerja kan.

tapi

kita perlu belajar bertolak ansur
kita perlu belajar untuk tidak cepat melatah
kita perlu belajar bekerjasama
kita perlu belajar untuk berSABAR

macam mana orang nak hormat kalau banyak keje jea mula la nak garang.marah2 orang.nak kata tak matang umo dah tak muda.

kata boss garang .suka marah2 tak tentu pasal tapi diri sendiri pun sama.2 kali 5 jea dengan boss.apa kes? asyik nak marah2 jea.tiap kali banyak keje asyik nak meroyan jea.

di tempat kerje kalau tak reti bertolak ansur, tak reti bersabar baik berhenti la.
fikirla..!!! orang lain pun tension jugak.tak perlu nak marah2 kalau ada yang tak kena.cuba lah belajar bersabar.
garang dan tegas adalah 2 perkara yang berbeza yea kawan-kawan.so nak tegas dalam bekerja memang perlu.tak perlu la nak tunjuk anda garang.anda akan buat orang lain menyampah.

kalau ade yang bertanya susah kah mahu jawab elok2 tanpa meninggikan suara dan buat muka garang.
kamoo akan buat orang sakit hati jea.sungguh annoying orang mcm ni.nik tak penah kena lagi dengan minah ni tapi tengok kawan2 yang dah terkena .nik lak yang sakit hati.
bila tengok minat yang suka marah2 ni rasa nak lempang jea laju2.nasib baik anak orang.

nak tegur kang takut tersentap lak.tak pasal2 bergaduh pulak.ni la kalau berkerja ikut emosi.ermmm....

moga saya sentiasa tabah dan cool.hehe..cara marah2 takkan dapat hilangkan tension kita.bila marah korang akan lagi tension.btul ta?

so lebih baik kita cool saje
peace no war

have a nice weekend

pssst..!!!!
maaf, sedikit teremosi.

Friday, February 25, 2011

my favorite movie || Mujhse Dosti Karoge



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers



saya jadi rindu bila tengok video ni.rindu dekat kawan-kawan masa blaja dekat UMT.video ni la kami tengok tiap-tiap hari tanpa rasa bosan.sampai ade yang tegur bila masuk bilik kami.coz setiap kali diorang masuk, video ni yang kami pasang.
laaa sapa suruh setiap kali kami pasang lagu ni ..korang masuk bilik kami .hahaha

i love this medley.the medley was awesome.ni my favorite video dalam filem Mujhse Dosti Karoge ("Will you be my friend?") . gabungan 18 lagu hindustan yang pernah hit.korang yang tak penah tengok patutnya kena tengok.sure korang jatuh cinta .hikhik
dapat tengok macam2 jenis tarian dalam ni.


filem ni akan tayang kat tv 3 kul 2 petang nanti.sangat tak sabar nak tengok..tengok sambil mengimbau kenangan lama :)))

citer ni sangat best.antara filem hindustan paling best nik penah tengok.lagu2 dalam ni pun semua best2.pendek kata semua best la.


kereena kapoor sangat cantik dalam filem ni :)
oh yes she my favorite hindustan actress.not just a great actress but an awesome dancer too.

Tuesday, February 22, 2011

jom join faceblog



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

nik terjoin satu komuniti yang namanya faceblog. nak join faceblog ni syarat nya kena ade blog
so apa mau tunggu.pakat ramai2 kita join yea :)
nak join klik banner kat sidebar sebelah.

Tujuan faceblog diwujud ialah atas dasar untuk mengumpul dan membina satu komuniti blogger khususnya di seluruh malaysia dan dunia amnya. Marilah kita bersatu dan berkerjasama dalam membantu rakan-rakan blogger kita di seluruh malaysia. Sepertifacebook, kami juga mempunyai tujuan yang sama iaitu menjalinkan hubungan yang lebih erat antara para blogger di seluruh malaysia selaras dengan tema yang kami gunakan iaitu seakan-akan temafacebook. Sertailah kami dan bersama kita memeriahkan dunia blog malaysia.

Terima kasih

Sunday, February 20, 2011

bila saya camwhoring :)



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

OMG ( oh menarik giler) .. Its about 2 : 30 am and my eyes still open widely.try to avoid myself from online, but I just cant :))

so terciptalah entry merapu dari saya.


secara jujurnya nik suka snap pitcha sendiri. Dlm erti kata lain, nik suke camwhoring.
kamera digital lumix ni akan sentiasa nik bawak kemana-mana.benda wajib ada dalam handbag.

kalau tengok profile perempuan di FB mesti wajib gambar sendiri ada banyak kan.perempuan & camwhore ibarat lagu & irama.memang sukar di pisahkan. betul tak? hehe

sebab kenapa saye suka snap gambar sendiri

*kalau orang lain yang snap memang saya jadi malu dan kaku..tak tahu nak pose macam mana nnt.
*obsession dan addiction yang susah nak dibuang.en hubby pun naik pening dengan perangai pelik wife dia.haha

bila dan di mana saya suka camwhoring

*suka snap pitcha masa nak keluar rumah.muke time ni agak fresh.baru jea tempek muka ngan bedak 2 inci setengah . segala jerawat dapat di cover dengan baik sekali.
kalau amek gamba setelah bape jam keluar, memang muka ni penuh la ngan takungan minyak.


*feveret tempat untuk meng-camwhoring dari zaman bercinta sampai la ke hari ini...dari dulu..skarang dan selamanya ialah di dalam kereta

nik mana boleh drive so duk dalam kete memang bosan la kalau tak buat apa2. kalau tak camwhoring , keje nik tido jea.so nak isi masa yang berharga tu , snap la pitcha sendiri.


gaya pose wajib

saya rasa pose sambil membuat peace telah menjadik salah satu pose wajib.


juga pose macam pitcha di bawah ni. sebelah tangan mesti ade.letak kat dagu la.kat pipi la.konon nak nampak comel dan sweet la.haha


dan jugak pose tangan di pinggang juga jadi pose wajib tuk saya bila time camwhoring :)


banyak pitcha yang nik snap selalu dari angle tepi atau atas. sangat tak sesuai ambik dari angle depan.sebab nak cover muka yang berisi.


pelik dengan manusia yang nak kutuk2 org yang suka camwhore.siap kata annoying lagi letak pics yg self snap ni kat blog.kalau tak nak tengok, kau jangan la tengok.senang citer kan.dia tak letak pics dia kat blog kau pun kan.jeles tak bertempat ni kenapa.

siap kata pics camwhore yang banyak tu menyebabkan dia nak loading blog tu lambat.nampak sgt la dia mmg suka pegi kat blog tu walaupun kata tak suka tengok banyak pitcha.haha..itu dah di kira jeles kan

manusia yang suka kutuk ni la sebenarnya yang sangat ANNOYING kan.tak kisah la banyak pics dia menyemak kat entry walaupun tak de kena mengena ngan entry pun.tu cara dia berblogging.setiap orang ade cara sendiri nak berblogging.so sila hormat.

biar la pics dia pose sama jea dlm setiap gambar.sekurang2 nya baju dan background tak sama.nak letak pics kat sidebar panjang berjela2 pun itu hak dia kan. blog dia punya.haha

sy seorang yang suka snap pitcha. Tak kesah la kau nak cakap ape pun. Janji I bahagia.huahuahua

ok2.sudah mau stop entry merapu saya.
thanks for reading entry yang merapu dari saya.
mau tido dulu
gudnite semua, sweetdreams ;)

Saturday, February 19, 2011

nice...!!!


Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

mata tak boleh nak lelap.so bukak la internet sambil layan lagu jiwang kat THR.fm ni.
terjumpa pitcha ni kat facebook dan Beautiful Nara.
jeles tengok pitcha cantik2 ni.so nak share ngan korang biar jeles gak..haha

ni majlis resepsi Ayu Raudhah kat Seremban dan di Wellness Hotel . org dah berlambak dah update pasal ni kan.tp nik baru jea nengok pitcha ni.hehe

baju yang cantik...baby blue color

wow.cantiknya kasut






cantikkan pitcha ni




aishhh..cantiknya baju






sweet


sedap jea nampak kek bola tu




cantik la RCW ni





opsss










pakaian ni tak tahu la majlis kat mana


pssttt
wah berapa banyak baju kahwin Ayu Raudhah ni pakai yea ? Mai aih semangat bersanding ni :)))

busuk.org