Monday, May 30, 2011

baru balik dari kampung



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

baru hari ini , nik sempat update entry baru.
nik EL (emergency leave) arini sebab penat baru sampai dari kampung. malas btol nak bangun pergi kerja.nak kate penat sgt tu tak de la sebab bukannya nik yang memandu pun.huhu

baru jer balik daripada kampung en hubby..setelah 2 hari 2 malam kami berkumpul kat sana..
sebenarnya, balik kampung yang tak di rancang . MIL sakit kena serangan angin ahmar so balik jenguk sekejab.
moga mak cepat sembuh

tak sabar nak tunggu ahad ni.cinta hati saya datang kl. sila gembira untuk saya yea
hoyeahhh !!!!


family is everything to me
bila tengok balik gambar mereka buat saya bertambah rindu
tak sabar nak kumpul ramai2 lagi. rinduuuu dekat family nik, rinduuuuuuu sangat !!!
dah la raya tahun ni tak balik kelantan, *huwaaaaaaaaaaaaaaaa!!! * nak nanges jea

so minggu depan ni la blh kumpul ramai2 mcm ni.


Friday, May 27, 2011

thinking about resigning ??!!



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

i really think about that, seriously. i wanna resign.

actually, sejak akhir-akhir ni, nik agak kurang bersemangat nak kerja.asyik fikir nak resign jea.tak suka betol perasaan mcm ni.
masuk keje jea duk fikir bila lak nak balik.


i cannot stand anymore, i have to do something.
i have to move on.

* arini rasa mcm dah ari sabtu
malas nya nak keje

Sunday, May 22, 2011

sharing is caring || Wedding Planner



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

entry tidak berbayar
entry ni melibatkan penggunaan gambar yang banyak. so kalau loading lambat tu jangan marah yea.huhu

siapa2 yang tengah mencari wedding planner untuk majlis bersejarah boleh la try risik2 kat sini.mana tahu berkenan.

Mega Bridal Creations ni di usahakan oleh Jaslina Binti Haji Ngatman, aka biras saya.kiranya dia kakak ipar kepada en hubby saya. nak senang lagi kiranya dia isteri abang ipar saya.ade faham ka?hehe
Mega Bridal Creations ni letaknya kat Johor.so time kenduri nik dan en hubby itu hari , kami ambik pakej dari Mega Bridal Creations la.

ni la biras saya,saya panggil dia kak lin.
kak lin bersama model2 pakaian pengantin.

Mega Bridal Creations ni family bisnes.ayah dan mak kak lin buat catering. adik dan abg kak lin lak pandai bab make up .yg ni hasil sentuhan abg kak lin.


ok fine.saya tahu.
mmg la pengantinya tak cantik tp make up nya cantik.segala jerawat boleh tutup.nampak natural.tak de la mcm tepung gomak.huhu

ni antara contoh2 pelamin









sebahagian pakaian pengantin di butik kak lin.banyak lagi yg cantik dan up to date.rambang mata korang nak pilih tau.






so sapa2 berminat nak tahu detail tentang pakej yg diorang tawarkan boleh hubungi detail kat bawah yea.
kalau nak murah skit cakap la korang tau tentang bridal ni dari blog nik. so harap2 kak lin bagi la diskaun.hehe


Mega Bridal Creations

N0. 67A, Jalan Pulai 21,
Taman Pulai Utama,
81300 Skudai,
Johor Darul Takzim.
E-mail : mega_bridalcreations@yahoo.com

Jeslina (Wedding Planner)
+6013-774 0377
+6019-791 0878
+6017-777 2275

Fairuz (Make Up Artis, Photographer, Designer)
+6012-777 9598
Facebook : Fairuz & Artistic

Jess/Along (Interior Designer)
+6010-704 1964
+6013-776 6544

Juliana (Make Up Artist)
+6019-798 7761

E-mail : mega_bridalcreations@yahoo.com

Tuesday, May 17, 2011

movie at GSC ALAMANDA



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

ini budak manyak hepi sebab dapat cuti 4 hari.

isnin semalam nik dah en hubby keluar jln2 kat alamanda.ingat nak pegi tgk wayang fast and furious 5 tp sold out lak. so en hubby beli tiket filem Kongsi. first time tengok movie kat GSC Alamanda.selalu tgk kat IOI MALL jea.


based dari my point of view, cerita ni biasa-biasa jer .bukannya nak kutuk filem melayu, tapi filem Kongsi ni memang tah la.tak brapa nak menarik la.

kalau korang minat Shaheizy Sam boleh la tgk citer ni.lakonan dia mmg tak mengecewakan cuma jln citer filem ni skit membosankan. lawak pun tak brapa nak menjadi.tu pendapat ikhlas nik jea
so kalau sapa2 yg tak pegi tengok lagi pegi la tengok.pendapat kita tak semestinya sama kan.

alahai farid kamil.. perlu belajar mengarah lagi yek

okey lah. good nite and sweet dreams readers
kena tido awal.esok dah nak keje.

Yakini hatiku


Assalamualaikum


Ya ALLAH.. Tetapkanlah hati ini untuk terus mencintai dirinya.. Titipkanlah kerinduan di hati ini yang hanya ada untuk dirinya.. Kekalkanlah kemesraan antara kami berdua agar ianya terus mekar mewangi selamanya.. Payungilah rahmat & Sinarilah keberkatan akan jalinan cinta dua jiwa ini.. Aminn


PUISI BUAT SUAMI

Suamiku
Usah gusar
Bila melalui jalan sukar
Kerana kita harus sedar
Hidup tidakkan mudah
Jika semangat kita lemah

Suamiku
Usah membisu
Jika ada rasa terbuku
Bukankah kita ditakdirkan bersatu
Berkongsi rindu dan sendu
Kerana kita harus tahu
Beratnya beban menanggung pilu

Suamiku
Memang tidak mudah
Untuk memulakan alam baru ini
Tetapi kita tongkah dengan seribu tabah
Dan…semusim sudah kita bersama
Semua yang pahit jadi indah
Bila haluan kita searah

Suamiku
Menjelang malam ini
Ingin kupinjam cahaya bintang
Biar ia menyinar
Hingga ke siang
Kerana kilaunya adalah
….KASIH SAYANG ISTERIMU…

Kiriman:
Nur Hikmah

Sumber: Majalah

I dedicated this song to my beloved hubby


Aku bersyukur kau di sini kasih
Di kalbuku mengiringi
Dan padamu ingin ku sampaikan

Kau cahaya hati
Dulu ku palingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oh inilah janjiku kepadamu


Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku


Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku

Kau anugerah Sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih penguat jiwaku
Berdoa kau dan aku di Jannah

Ku temukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oh inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku

Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku

Bersamamu ku sadari inilah cinta
Tiada ragu dengarkanlah
Kidung cintaku yang abadi

Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku

Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu
Yakini hatiku

Sunday, May 15, 2011

ucapan yang tak sempat di ucap



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

happy weekend uolsssss!!!
this week ni ramai yang cuti panjang kan. sure ramai yang apply cuti Isnin, mcm nik kan.hehe..so boleh la cuti sampai selasa kan. sebab selasa kan wesak day.mood happy jea bila bercuti panjang ni. so entry simple2 jea.

entry ucapan untuk my sista family.tak sempat nak buat entry satu2.so gabung ucapan la.

anyway, I just wanna say HAPPY BIRTHDAY for my lovely niece.

first ucapan tuk my niece, Damia

happy belated birthday kakak.my niece turns 12 on 23 april
teh sayang kat kakak.
gd luck untuk UPSR yea sayang.jgn tension2.

happy bday juga tuk Dinie
anak saudara saya yang paling banyak mulut
jangan nakal2 yea dik

kamoo berdua menceriakan hidup teh

To My Niece
You are a joy to my heart and a delight to my eyes
You are a precious gift to our entire family
and a wonderful addition to our lives.
-Janie Anthony-

ALSO
happy anniversary untuk my lovely sista.satu2 nya kakak saya kat dunia.

gambar bersanding semula :)
sweet tak ??

happy 13th anniversary to both of u
13 years of being in love
moga bahagia hingga akhir hayat & hujung nyawa

oouhhh time is running so fast

Sunday, May 8, 2011

untuk mak mertua yang tak pernah dikenali


Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

sempena hari ibu ni teringat lak kat mak mertua yang tak pernah nik kenal.buat mak, selamat hari ibu.moga mak sihat dan berbahagia. ade jodoh kita jumpa.

hubby anak angkat so dia tak penah tgk rupa mak dia sejak dia lahir.
harap raya puasa nnt dapat raya dengan mak.


saya tahu suami saya tabah
di sebalik senyuman dan gelak ketawa dia sy tahu dia teringin sgt nak jumpa mak kandung dia
mesti teringin nak peluk mak, teringin nak cium mak, teringin nak tahu mcm mana rupa mak dan mcm mana keadaan mak.

moga Allah permudahkan segala urusan kami
doakan kami yea :)

semua yang berlaku didunia ni ada hikmahnya
kerana Allah tahu ape yang terbaik untuk kita

Friday, May 6, 2011

sambutan hari ibu HARAM ?



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

Tiba-tiba saja semalam saya terbaca kenyataan bahawa sambut hari ibu haram kerana perayaan itu mula disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama Kristian. Kononnya Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Manakala Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

pic en google

Persoalannya adakah Greek kuno dan Roman kuno beragama Kristian? Kalau begitu jawapannya, sah hari ibu itu diasaskan oleh orang Kristian. Tetapi kalau benarlah diasaskan oleh Kristian, tidak bolehkah kita mencontohinya? Apakah sambutan hari ibu itu terdapat pengaruh agama Kristian atau atas kesedaran mereka sendiri yang tiada kaitan dengan agama?


Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”


Pendapat Dr Yusuf itu mengesahkan bahawa sambutan hari ibu itu tiada kaitan dengan agama Kristian tetapi timbul kesedaran masyarakat barat betapa perlunya mereka menyayangi ibu. Pada mereka kalau tidak boleh setiap hari kenang ibu, cukuplah sehari yang khususkan untuk ibu.


Jadi, kalau sambutan ini tiada kaitan dengan agama, sudah tentu tidak salah kita mencontoh sesuatu yang baik daripada orang lain. Tetapi kalau memang ada kaitan dengan agama Kristian tidak bolehkah kita mengambilnya sebagai contoh tetapi pengisiannya kita sesuaikan dengan Islam?

Sebenarnya sambutan hari ibu seperti yang disambut oleh masyarakat dunia tiada langsung kaitan dengan agama. Pengajur memilih hari ibu sesuai dengan keadaan negara. Negara kita memilih setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei.


Walau bagaimanapun bagi orang Islam, setiap kerja dan usaha kita pasti dinilai sebagai ibadah termasuk menyambut hari ibu. Maka kalau kita ikut panduannya kita akan beroleh pahala dan dinilai sebagai kerja agama. Jadi, sambutan hari ibu walaupun orang lain sebagai sambutan biasa, kita diberi pahala oleh Allah. Kalau begitu, bagaimana kita menghukumkan sambutan hari ibu sebagai haram.

kita yang lebih patut menyambut hari ibu berbanding orang lain. Sayang kita kepada ibu sepatutnya berganda berbanding orang lain. Oleh sebab itu, sambutlah hari ibu dengan memberi penghormatan kepadanya. Berikah kasih sayang yang paling tinggi pada hari tersebut. Namun pada hari-hari lain, kasih dan sayang kepada ibu harus dikekalkan setiap hari. Menghormati ibu tidak ada musim cutinya. Inilah yang membezakan Islam dengan bukan Islam.

Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Editor Majalah Solusiaaa

dengan menyambut Hari Ibu, kita dapat menggembirakan wanita-wanita yang bergelar ibu kerana perbuatan membuat baik kepada manusia adalah suatu perkara yang sangat dianjurkan oleh agama

menggembirakan para ibu dengan menyambut Hari Ibu adalah suatu perkara yang dianjurkan oleh agama selagimana tidak berlebih-lebihan dan tidak menyambutnya dengan mengadakan perkara-perkara yang berbentuk maksiat dan menyambut Hari Ibu untuk mengagung-agungkan Tuhan Ibu adalah perkara yang jelas kekufurannya dan menyekutukan Allah adalah suatu dosa besar di sisi Allah SWT.

sumber
http://azhari4ummah.blogspot.com

my opinion :

dalam agama Islam , apa yang kita buat mesti beserta dgn niat. Selagi niat kita tak bercanggah dgn syariat Islam, rasanya tak salah nak wish selamat hari ibu.

sama jugak mcm sambutan hari guru.tiap2 hari boleh bg perhargaan untuk guru tp tak salah adekan hari khas untuk sambut hari ibu sama mcm sambutan hari guru .

saya dan family tak penah beria2 sambut hari ibu, cuma kami adik beradik bagi ucapan sahaja.
tiap2 hari kami sayang ibu kami.

Selamat Hari Ibu buat Cikgu Rokiah Che Hassan



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

mesti ada yang tertanya-tanya kan Hari IBU brapa hb? so nak ingatkan korang 8th May ini adalah hari IBU yea. nik saje jea buat entry awal2 . entry khas untuk IBU kesayangan saya.


Selamat Hari Ibu buat Cikgu Rokiah Che Hassan! Sayang sangat dekat MA!
you are alwaz in my heart
... thanx for everything...
semoga MA sentiasa di dalam lindungan Allah selamanya

nak mohon maaf kalau ade salah dan silap selama jadi anak MA.halalkan makan dan minum, halal kan setiap titik susu MA yg nik minum.

this song is dedicated to my dearest Mum

Mawar Putih Untuk Mama


Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

A man's work is from sun to sun, but a mother's work is never done.
~Author Unknow

Buat ibu mertua nik.selamat hari IBU mak.terima kasih kerana menerima saya sebagai menantu.doa nik semoga mak sentiasa sihat,panjang umur dan bahagia selalu.

also Happy Mother's Day to All beautiful mothers out there

psttt..!!!
tak boleh tulis banyak-banyak, takut menangis nanti, taip ni pun mata dah berair

Tuesday, May 3, 2011

tak de monday blues tapi muncul tuesday blues lak.huhu



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers


Ape khabar semua? alahai rasa penat dan mengantuk lak
plus malas nya nak pegi kerja arini.tuesday blues katakan.hehe..tapi rasanya setiap hari pon ada blues?semuanya sebab nak kena kerja.

kalau kita tak suka keje tu, mcm2 la kita cari alasan untuk tak pergi kan.bila dah suka, demam pun sanggup pegi.itulah nik.
hari ni sangat tak bersemangant nak pegi keje. sangat2 liat nak bangun tido tadi.
lepas abis cuti selalu mood ala-ala tak puas lagi bercuti tu datang la. dah cuti 3 hari free pun tak puas lagi kan.

okay la.nak bersiap nak pegi keje
bye

Monday, May 2, 2011

jalan-jalan cuci mata di The Mines



Assalamualaikum
hello lovely readers. hello beloved followers

hari minggu korang buat apa ?
kami jalan2 kat the Mines jea .mmg dah lama sgt tak pegi the Mines ni.
sian lak kat adik sy datang dari kedah tp duk umah jea kan.mula2 ingat nak ajak tengok wayang.tapi ramai giler kot yg beratur tuk beli tiket..malas la pulak.
so, kami jalan-jalan sambil cuci mata jea la.
Ok la daripada duduk terperuk je kat rumahkan.

sampai je sana, kena isi perut dulu sebab lapar giler
so decide nak pegi makan dulu sebelum cuci mata..hehe...kat kfc dan mc d semua dah penuh.so makan kat food court jea la.

So yang gambar di atas tu makanan kami
tidak habis nik makan
order makanan lain2 tapi bila dapat mcm sama jea..cuma bahan dalam tu jea berbeza.hehe

pilih jangan tak pilih
nik berkenan kat baju tu tp tak beli gak
mmg tu la perangai nik..kalau ade baju yg berkenan bukan nya nak beli
pastu balik rumah mula lah teringat dan rasa rugi lak tak beli
ntah apa2 kan

jalan2 cari sandal tuk adik. singgah banyak kedai kot
banyak yg tak berkenan
tp at least jumpa gak yg berkenan di hati
mahal skit pun pejam mata jea la beli
hehe

saya duk cuci mata sibuk lak en hubby duk snap gambar
bosan la tu..sian dia
mcm ni la kalau teman pompuan shopping :)

lepas dah puas cuci mata kami balik la.
duk lama2 kat sana tp tak beli apa2, buat pe gak kan.hehe

tak perasan la en hubby ambik pic ni
nak kena beli baju ni.asyik duk ulang tayang baju yang sama jea

pstt..!!!
nak ucap selamat hari pekerja tuk semua
keje rajin2 yea