Sunday, October 30, 2011

bola tu bulat



Assalamualaikum semua

kepada penyokong terengganu mesti ade yang rasa kecewa kan sebab terengganu tak berjaya rebut Piala Malaysia semalam.

memang down la rasa lagi2 bila lawan dapat gol time last minit.time harapan yang cukup tinggi yang pasukan kita sokong akan menang

sama jea keadaan nya time Piala FA, Terengganu lawan Kelantan dulu.so saya faham perasan penyokong terengganu.beberapa saat jea nak tamat, terengganu dapat gol time tu.huiss..rasa down beb.

tapi kena terima la.kalah menang adat bertanding kan.
tak fair la nak salahkan Sharbinee Alawi jea. ni kan permainan pasukan.
cuba lagi tahun depan yea :)
peace no war.

apa pun yang berlaku TRW tetap di hati ( tetiba kan..huhu)
so TRW akan jumpa N9 di Piala Sumbangsih 2012 nanti.

maaf la yea.bab bola ni saya bersemangat skit.
lagi2 pasukan TRW dah jadi antara pasukan yang terbaik buat masa ni kat Malaysia.yea la.dulu duk sokong negeri lain jea..huhu

baca kata-kata ni buat anda rasa semangat dengan pasukan TRW



Seperti kata seorang pengulas sukan tersohor tanahair,
"sukar untuk anda mempercayai ada seseorang atau sekumpulan penyokong bolasepak di Malaysia sanggup terbang dan memberi sokongan kepada pasukan mereka di luar semenanjung, tetapi bagi penyokong Kelantan semuanya itu bukan mustahil bagi mereka, mereka boleh berada di mana-mana di dunia ini selagi pasukan mereka ada perlawanan."
Sabah Lawan Kelantan.

Teringat luahan Irfan Bakti pada tahun lepas,
"suasana bolasepak dan sambutan penyokong di Kelantan seperti bolasepak eropah.
Jika anda ingin rasai suasana bolasepak sebenar pergilah ke Kota Bharu"

Luahan Datuk M Karathu sewaktu ingin memulakan tugas di Kelantan,
"Suasana bolasepak di Kelantan seperti suasana bolasepak di Brazil"

Tan Sri Annuar Musa
'THE BEST IS YET TO COME...LETS WELCOME 2012...LETS WELCOME SUPERWARRIORS'

SENARAI PEMAIN YANG DIKEKALKAN

Norshahrul Idhlan Talaha
Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Shahrizan Ismail
S Subramaniam
Mohd Farisham Ismail
Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid
Daudsu Jamaluddin
Zairul Fitree Ishak
Mohamad Ab Aziz Ismail
Muhd Badhri Radzi
Shakir Shaari
S Chanturu
Nurul Azwan Roya
Mohd Ramzul Zahini Adenan
Mohd Nizab Ayub
Mohd Izuan Solahuddin
Khairul Izuan Rosli
Mohd Aris Zaidi
Mohd Zamri Ramli
Nik Shahrul Azim Abd Halim


yess...Piya kekal dengan TRW
Apex dan Shahrul Idlan Talaha pun sama

sumber pic
The Red Warriors Network

Saturday, October 29, 2011

Yana Samsudin yang comel



Assalamualaikum semua

selamat hari sabtu.how are we doing today? harapnya semua sihat walafiat.
weekend ni korang buat apa.nik lepak jea dekat umah sambil basuh baju yang berlambak2 tu.
heran btol.basuh baju untuk 2 orang jea tapi apasal la rasa macam tak penah abis.
kalau la 15 org kat umah ni mahu pengsan dibuatnya.ade jugak kena hantar dobi kang..huhu

ok la. entry kali ni entry suka suki saje. tetiba idea datang nak update tentang pelakon yang saya suka tengok sejak akhir2 ni.



suka la dekat Yana Samsudin ni.
dia comel jea.kalau berlakon citer comel dan manja mmg menjadi la.

lakonan dia dalam Love Nora best.rugi korang tak tengok citer ni.walaupun hanya pelakon pembantu tapi watak dia menonjol.sama gak dengan filem Adnan Sempit yang dia berlakon jadi wawa tu.comel jea.



potongan rambut mcm ni buat dia nampak lagi comel la :)

yana ni pun blogger juga.ni link blog dia

http://www.yanasamsudin.com/

tapi jarang sangat dah dia update.mesti busy ni.


ala sweet jea diorang ni.
dengar2 gosip dia bercinta ngan shaheizy sam.ok gak tu,dua2 comel :)

apa pun good luck untuk karier dia.makin glamer dia skarang
ni.suka dia sebab dia glamer bukan sebab gosip.semua atas bakat dan usaha dia.so keep up your good work yana.

bila la agak2 nya dapat jumpa yana yg comel ni.hehe

ok la
till then and have a blissful weekend.

Resepsi | Yasmin Hani + Sha'arin


Assalamualaikum semua

sambung gambar wedding Yasmin Hani.kali ni majlis resepsi lak
dah lama nak update citer ni.minggu ni baru sempat..huhu

ape pun, enjoy this pictures yea :)


Duchess Place, Ampang, Kuala Lumpur


sweet :)




masyuk la hatta dolmat ni kan.
kebanyakan artis tempah baju nikah dengan dia :)








Dekorasi+Pelamin by: Ari Wedding Couture








cantiknye make up dia..look natural kan




baru perasan, Qi rupanya pengapit pengantin lelaki :)
tak jumpa lak gambar Yuna..maybe tak datang kot






alahai cutenya dua orang pengantin baru ini














nak tunggu majlis artis ni pulak
kalau jodoh dia ngan Farid Kamil mesti wedding dia lagi gempak kan.. :)))











sumber gambar awesome ni

G.i Photoshoot
REDphotography

A Wedding



Assalamualaikum semua

lagi dan lagi gambar wedding artis yang cantik.
kali ni gambar wedding Yasmin Hani & Sha'arin.
banyak sangat gambar menarik wedding yasmin hani ni






org nyer cantik pic pun cantik..ohhsemm la


berseri-seri wajah pengantin baru








baju dia simple but adorable






Sha'arin ni rupanya abang kepada Qi (pengacara Jalan-Jalan Cari Makan di TV3).
bekas pemain dram Black Rose dan bekas duda Ida Nerina.
umur dah 47 tahun tapi muka mcm umo 30 an kan
awet muda gitu





















congratulations to both of u
may allah bless both of u

gambar pre wedding dia sempoi dan sweet jea
suka tengok









sumber pic yang cantik ni dr sini yea
REDphotography
G.i Photoshoot

busuk.org