Wednesday, November 30, 2011

Puisi Zahiril buat Shera


Assalamualaikum semua

puisi Zahiril Adzim untuk isteri tersayang, Shera Aiyob
sweet sangat..tersentuh hati bile membacanya.
bait2 kata yg amat indah :)

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.


sumber pic : SSgraphy

Selamat Pengantin Baru
Moga bahagia hingga ke Syurga

Tuesday, November 29, 2011

Panas!!!!!



Assalamualaikum semua

khairul fahmi dan kontroversi memang tak dapat di pisahkan agaknya.ade jea isu tentang dia kan.isu arak lah, isu curang lah..tak abis2 dengan kisah kontroversi. aduhai! susah jadi orang femes ni oii


errrm..mula2 kisah Khairul Fahmi putus tunang.

lepas tu kisahnya dengan si Dahlia Teck

sekarang tentang Shida Harmi pula



to APEK
tak kisah la ko ngan sape...dahlia teck ke, shida teck-teck ker.
hal peribadi gua tak nak masuk campur.
nak kutuk lebih2 pun tak guna sebab kita tak tahu hal sebenar kan.
nanti kita pun turut sama berdosa.
apapun ..he is the best keeper in malaysia.
saya sokong dia as keeper Malaysia saje !!

pssttt
mood bosan.maka terbaca la blog2 gosip..haha

Monday, November 28, 2011

Happy 2nd Anniversary



Assalamualaikum semua

Alhamdulillah syukur Ya Allah atas segala nikmat yang diberikan selama ini
esok, 29/11/11 genap 2 tahun ikatan perkahwinan kami.sekejab jea masa berlalu kan.
tak dapat nak celebrate anniversary sebab en hubby kat atas kapal lagi (-_-“)


ucapan awal dari en hubby

kami ni bukan jenis yang buat sambutan beria2 untuk anniversary.
plan nak celebrate anniversary nanti pun hanya pegi makan2 tempat yang best skit jea kot.pastu pi bercuti ke penang.
harap2 menjadi la plan ni :)

kenangan 2 tahun lepas





our first Hari Raya as husband and wife


we celebrate our second raya as husband and wife at Simpang Renggam, Johor



hope more happy moment will come


to my dearest Hubby
MOHD HAFIDZ ABD SALAM

Happy Anniversary, my love
I'm glad I found you
I love you and keep loving you more and more
semoga kita berdua semakin matang dan tabah dalam menempuhi dugaan dan cabaran
dan
semoga rumahtangga yang dibina akan berkekalan sampai ke syurga.
Amin :)

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H :)


Assalamualaikum semua

Salam Maal Hijrah 1433H buat semua Muslimin dan Muslimat sekalian.
Moga kehidupan kita sentiasa dilindungi Allah SWT
Pray that Allah will guide us to the right path
dan Moga Allah mengampuni dosa dosa kita.
Amin :-)


Count our blessings.
Stop thinking about what we don't have
and be Thankful for what we have. Alhamdulillah.
LOts of LOve

menang di puja kalah di maki


Assalamualaikum semua

update pasal bola lagi.
sikap tipikal rakyat Malaysia tidak berubah, kalau menang di puja dan kalau kalah di maki.


SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa.“Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya.”
Ahmad Fakri Saarani
Kosmo! Online - Sukan
dia dah buat yang terbaik.sapa main tak nak menang oooi.orang main nak kalah tu hanya orang gila jea kot..huhu
saya rasa geram jugak tengok games lawan INDONESIA tu sebab banyak peluang yang Fakri lepaskan.tapi geram time tengok jea la.tak de la sampai nak kutuk over2.sampai siap post mcm2 dekat wall facebook.siap kutuk nama dia lagi. nampak sangat orang macam ni kurang ajar.


maksud nama yang indah dalam islam, kau hina2 pulak dia.

harap dia tabah terima kutukan tu.belajar dari kesilapan yea fakri.jangan di layan orang yang tak tahu menghargai.
bila Fakri jaringkan gol kemenangan untuk Malaysia ke final korang tak nampak,bila Fakri buat silap nampak pulak


gol yang membawa malaysia ke FINAL sukan SEA :)

to rakyat MALAYSIA yang suka dok kutuk2 tu

berilah si fakri nie ruang untk memperbaiki kelemahan dia...bagi la dia kata2 semangat supaya dia dan yang lain2 bole improvekan permainan mereka.bukan tak boleh nak mengkritik tapi kritik la dengan cara berhemah.kalau dah sampai mengaibkan orang tu bukan mengkritik namanya.
player ni semua manusia jugak , ade mase mereka bertenaga , ada mase mungkin die letih.
jangan asyik duk cari kesalahan orang.korang kutuk pun korang dapat apa.dapat dosa jea tau.
Fakri dapat rm 30 ribu la..kau ade?..hehe

Jika tidak mampu untuk menyokong ketika kalah,
Anda masih tidak layak untuk bersorak menang!!
fikir2 kan lah yea.

Thursday, November 24, 2011

tragedi november



Assalamualaikum semua






malang tidak berbau.
kejadian ni berlaku semalam.jambatan yang menghubung kan kampung kami ke bandar bachok runtuh.
yang tak di sangka2 rupanya ayah nik yang terlibat dalam kejadiaan ni.nasib baik tak ada perkara buruk yang berlaku,Ya Allah, terima kasih sebab masih panjang umor ayahanda kami.
bukan saje tak mengalami apa2 kecederaan , trauma pun tak.syukur sangat la.

berita ni kuar paper myMetro

BACHOK: “Mulanya saya terdengar bunyi seperti letupan sebelum jambatan bergegar dan runtuh. Saya tidak sempat berbuat apa-apa dan terjatuh dalam sungai,” kata warga emas, Nik Mahmud Nik Hassan, 68, yang nyaris maut selepas sebuah jambatan di Kampung Kuau, Perupok, dekat sini, runtuh, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berada di atas jambatan melihat arus deras sungai sebelum jambatan itu tiba-tiba runtuh.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia baru selesai bersarapan di sebuah warung dan singgah di jambatan itu selepas ‘teringin’ melihat arus deras sungai.

Katanya, ketika leka melihat arus sungai itu, dia terdengar bunyi seperti letupan sebelum terjatuh dalam sungai bersama runtuhan konkrit jambatan itu.


“Dalam sekelip mata, saya terjatuh dalam sungai, namun sempat berpaut pada sebuah bot yang berada di pinggir sungai. Orang ramai yang berada di warung berhampiran segera membantu menghulurkan buluh untuk saya berpaut ke darat.


“Saya amat bersyukur umur masih panjang kerana saya mungkin lemas atau ditimpa runtuhan konkrit jambatan itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.



masuk jugak paper sinar harian


ayahanda kesayangan saya


sumber pic : BERNAMA

Caption:
BACHOK, 23 Nov -- Jambatan Kampung Kuau yang menghubungkan lima buah Kampung runtuh akibat arus Sungai yang deras setelah hujan turun tanpa henti selama tiga hari di sini hari ini.

Sinar Harian versi Kelantan

Warga emas nyaris maut jatuh sungai
Seorang warga emas yang sempat berpaut pada sebuah sampan, terselamat selepas terjatuh ke dalam sungai apabila jambatan kampungnya runtuh dekat sini pagi semalam.

Nik Mahmud Nik Hasaan, 68, berkata, ketika kejadian, dia baru sahaja selesai sarapan kira-kira jam 8.30 pagi di gerai berhampiran dan berjalan di atas jambatan untuk melihat arus sungai yang lebih deras dari kebiasaan.

Ketika berada di atas jambatan, dia terdengar tiga letupan kuat berterusan sebelum merasakan kakinya bergegar dan melihat jambatan tersebut runtuh sekelip mata.

“Saya tidak sempat melarikan diri ketika berada di atas jambatan dan turut terjatuh ke dalam sungai bersama runtuhan itu.

“Alhamdulillah, ketika itu ada sebuah sampan di bawah jambatan, dan saya berpaut padanya sebelum diberikan pertolongan oleh penduduk yang ada berdekatan,” katanya ketika ditemui pemberita dekat sini semalam.

Nik Mahmud berkata, dia kehilangan wang sebanyak RM70 yang dibawanya untuk membeli keperluan harian, namun bersyukur kerana usianya masih panjang selepas berjaya melawan arus deras.

Manakala, Mohd Salleh Awang, 56, terpaksa memecut laju kereta yang dipandunya apabila mendapati lantai jambatan di belakang kenderaannya mula merekah sebelum runtuh ke dalam sungai.

“Ketika itu, saya dalam perjalanan ke tempat kerja. Sejurus saya melepasi jambatan itu, bunyi yang kuat kedengaran dan apabila saya lihat, jambatan sudah runtuh.

“Mujurlah saya terselamat dan tidak terheret sama dalam runtuhan tersebut,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohamed Abdul Rahman, 58, berkata, jambatan sepanjang 200 meter tersebut dibina pada 1997.

Ia menjadi kegunaan utama penduduk empat kampung iaitu Kampung Kuau, Kampung Keluat, Kampung Paya Teratai dan Pengkalan Cina yang berulang-alik ke pusat bandar.

Mohamed berkata, jambatan yang runtuh itu turut menyebabkan sebilangan besar pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terputus hubungan untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok, SMK Badak dan SMK Nipah hari ini.

“Pelajar terbabit terpaksa dihantar oleh ibu bapa masing-masing ke pusat peperiksaan menggunakan laluan alternatif dalam jarak yang jauh.

“Mereka seharusnya diberi tempat tinggal di asrama bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi sepanjang musim banjir ini.

“Saya harap jambatan ini dapat diperbaiki segera,” katanya.

Wednesday, November 23, 2011

disebalik kekalahan INDONESIA


Assalamualaikum semua

terbaca artikel ni dekat Oh!Media . katanya ini artikel dari orang INDONESIA sendiri.pandangan dia di sebalik kekalahan Indonesia di sukan SEA.
menarik artikel ni.

Ada apa sebenarnya? Kenapa Indonesia selalu kalah dengan Malaysia di partai puncak? Banyak yang beranalisis tentang masalah teknis seperti teknik, team work, mental dan lain-lain. Tapi saya mencoba menganalisis dengan cara lain. Kenapa Indonesia tidak bisa mengalahkan Malaysia di GBK? Jawabannya adalah karena motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energi yang sangat NEGATIF. Maka begitu berkumpul di stadion yang penuh dengan aura kebencian dan dendam energi negatif itu terakumulasi besar sekali. Dan percaya atau tidak energi negatif itu akan menular ke dalam lapangan. Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadion yang menyumpah serapahi negara lawan. Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan. Justru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. Kenapa? Karena mereka termasuk orang-orang yang teraniaya,sebagai tamu mereka bukannya dihormati tetapi malah disumpah-serapah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan mengabulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul.

Oleh karena itu marilah kita luruskan niat, saat pertandingan olahraga tidak perlu membawa kepentingan politik dan membawa kebencian di lapangan. Bertandinglah untuk menghibur, untuk mencapai prestasi karena ingin mengharumkan nama bangsa tanpa menginjak martabat bangsa lain. Bukankah seorang pemenang sejati itu adalah mereka yang “Menang tanpa kesombongan dan kalah tanpa banyak alasan”.
sedih bila lihat layanan INDONESIA pada pasukan MALAYSIA terutamanya penonton bola sepak meraka.
team bolasepak Malaysia kena naik kereta perisai lagi untuk ke stadium .
sepatutnya bukan sukan SEA di adakan untuk mengeratkan hubungan antara negara asia tenggara tapi sebaliknya berlaku di sukan SEA Indonesia.

takkan la Indonesia mahu di kenang sebagai penganjur sukan terburuk yang penah di anjurkan.
mmg tak salah kita penyokong negara sendiri tapi tolong jangan terlalu OBSES sehingga anda tak menghormati negara lain.

bukan saja tiada semangat kesukanan tapi wujud diskriminasi.mcm mana nak eratkan silaturrahim kalau layanan mereka macam ni.

nik masih ingat dulu 2 tahun lepas di sukan SEA dekat LAOS.walaupun mereka kekurangan kemudahan tapi layanan meraka jauh lebih baik dari Indonesia.maybe sebahagian saja rakyat Indonesia begitu tapi sikap sebahagian tu sebenarnya dan mencemarkan nama Indonesia sendiri.

sudah sudah la bergaduh..kita kan serumpun
to INDONESIA
kalau sekalipun terlalu menyampah dengan kami, sekurang-kurangnya berilah rasa hormat kepada tetamu

moga kita rakyat MALYSIA menjaga tatasusila kita sebagai rakyat yang berbudi bahasa.biarpun apa yang berlaku.kita harus bersatu.dah terbukti dengan kemenangan kita dalam misi mempertahankan EMAS negara.jangan la duk kutuk negara lain.


mcm pengawas sekolah lak tengok apex pakai baju macam ni.

Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH!! Alhamdulillah, syukur. we love you HARIMAU MUDA.

Assalamualaikum semua



Alhamdulillah..I feel like wanna cry.tak dapat nak di gambarkan dengan kata-kata.
EMAS Sea games milik kita :)
berdebar giler tengok games tadi.nak gugur jantung tau tak

Kepada wira2 negara,congrat dan terima kasih diatas perjuangan kalian.
bukan senang kita nak menang dengan INDONESIA.perlukan mental dan semangat juang yang tinggi untuk menahan sorakan dan cemuhan dari penonton mereka.tapi akhirnya kita berjaya.


video Penalti Malaysia vs Indonesia Final Sea Games 2011

hanya satu tendangan daripada Badrol, sudah cukup untuk meremukkan hati berjuta2 rakyat indonesia

semoga pasukan bola sepak negara terus mengukir kecemerlangan
boleh tido sambil tersenyum sampai pagi esok

to pasukan INDONESIA
cuba lagi tahun2 depan yea

Monday, November 21, 2011

nak cuti-cuti malaysia



Assalamualaikum semua

this year planning nak pergi macam2 tempat tuk melancong tapi banyak lak problem saat2 akhir so plan tu selalu tak jadi.STRESS tau takk..huhu
so sebelum nak masuk tahun baru 2012, kena gak pegi bercuti2 malaysia.tapi kena la tunggu en hubby turun dari kapal.



kami rancang macam nak ke Pulau Pinang.banyak sikit tempat2 menarik nak singgah kan.nak pusing satu penang boleh?
sapa2 orang Penang boleh tak suggest tempat menarik yang patut kami pegi?
or makanan yang patut kami makan?

yang dalam kepala ni skarang memang teringin nak ke Pantai Batu Feringgi, Padang Kota Lama, Bukit Bendera,Taman Rama-Rama dan Toy Museum.

nak pergi bercuti ni memang seronok kan.lagi2 sebab dah lama tak bercuti pastu dapat spent masa dengan yang tersayang.kan seronok tu?.
asyik keje, keje, keje.tapi tak jugak naik gaji.huhu
harap2 bila bercuti ni akan lebih bermotivasi la bila masuk kerja.ataupun terus resign jea. boleh tak en hubby ???..haha


Pulau Tioman :)


Pulau Langkawi

hati teringin nak ke Pulau Tioman dan Pulau Langkawi jugak.tapi kena tengok masa yang sesuai la kan.kena rancang btol2.kang tak jadi lagi, saya jugak yang stress..haha

lama jugak tak bergambar dan update gambar banyak2 kat blog.so time bercuti harus la bergambar puas2 kan.

pssst !!!
en hubby
please balik cepat..sayang tak sabar nak pi bercuti ni.

Sunday, November 20, 2011

sometimes


Assalamualaikum

Sometimes when you love someone you will get tired of them, too many fights, misunderstandings, argument, forgiveness and sorry.
And when the time comes you will realize that all of the sacrifices and tiredness will make your relationship STRONGER.



Sometimes I wish I could just be a little kid again. So when life gets tough you can just play pretend
I wanna go back to no hurt...and no pain...just laughter. When everyone always lives happily ever after.
A good apology has three parts:

1. I am sorry,
2. It is my fault,
3. What can I do to make it right...

But most people miss the third part - If you want to say sorry, mean it and do something to make it right.
Forgiveness is not something we do for other people. We do it for ourselves to get well and MOVE ON.


Saturday, November 19, 2011

jumpa di FINAL ^_^


Assalamualaikum semua

tahniah Harimau Muda dapat ke final SUKAN SEA 2011 . moga kita dapat pertahankan pingat EMAS yang kita menangi di Laos.
thumbs up to FAKRI SAARANI dan KHAIRUL FAHMI untuk games separuh akhir tadi.



impressed :)
semestinya sokongan malaysia akan diteruskan tak kira apa pun berlaku di final :)
let's show our support to our national football team!

nik harap kita jumpa vietnam di FINAL.
penyokong indonesia terlalu fanatik..sampai pemain kita nak keluar stadium pun kena naik kereta kebal,kalau lawan INDONESIA tak tau lah macam mana nanti.

tapi kalau jumpa INDONESIA lagi sekali pun tak pe.mental pasukan kita dah kuat.kita dah biasa dengan provokasi dari penonton mereka.harap kita bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi.jadikan provokasi mereka sebagai semangat untuk kita menang :)
It's great to love but it's wrong to be obsess
peace no war

Friday, November 18, 2011

tahniah! tahniah! dan tahniah!


Assalamualaikum semua

baru sempat update
TAHNIAH skuad bola sepak Malaysia yang telah berjaya ke separuh akhir.
puas hati la tengok bola semalam walaupun rasa nak gugur jantung ni.

walaupun menang tipis 1-0 pun tak pe la.yang penting menang.hahaha
kita bukan saja menang games tapi kita menang dari segi mental jugak.ingat senang ker nak lawan depan penyokong Indon.

thumbs up buat SHAHRUL AZWARI dan KHAIRUL FAHMI.



SEMI-FINAL
MALAYSIA vs MYANMAR
( Harimau Malaya VS The White Angle )

Sabtu, 19 November 2011, 5 Petang
Gelora Bung Karno Stadium, Jakarta.
kita tak perlu RIAK & BANGGA sangat seterusnya hina menghina indonesia dan negara lain (tak kira siapa mulakan dulu), cukup dengan raikan kemenangan, boleh jadi kita menang @ kalah game esok, apapun doakan yang terbaik buat mereka. HARIMAU MALAYA BOLEH
-HarimauMalaya-
buat Harimau Malaya
jangan hampakn HARAPAN kami. demi maruah negara, pingat EMAS mesti di pertahankan.

Thursday, November 17, 2011

congrats my beautiful niece



Assalamualaikum

alhamdulillah anak saudara nik dapat 5A dalam UPSR.
I'm proud with your result
tahniah kakak !!!
you deserve it..usaha kakak selama ni dah berhasil kan.
moga ini permulaan untuk kejayaan yang lebih cemerlang.



macam baru jea semalam teh jumpa kakak buat pertama kali kat hospital temerloh.kakak dalam bekas kaca time tu.pakai penutup mata biru sebab demam kuning.



kakak dah besar sakarang.dah jadi anak gadis pun..hehe
moga kakak membesar menjadi insan yang berguna.
luv u kakak :)))

psst
kalau nak hadiah mintak dekat Ayah teh.hikhik


Tuesday, November 15, 2011

entry khas untuk suami


Assalamualaikum

sejak berkahwin, nik tak pernah berpisah jauh or lama2 dgn en hubby.paling lama pun 3 ari kot. tapi sejak en hubby bertukar keje ni kena la biasa kan diri.
dah seminggu 'ditinggalkan' en hubby atas tuntutan kerja
so nak kurangkan rasa rindu dalam hati, terpaksa la sibukkan diri.
dah jauh ni la rindu dia lebih sikit

tadi en hubby tegur naper saya dah beberapa ari tak update blog.
so arini saya update entry khas untuk dia.hehe



My husband is the love of my life
I am so happy to be his wife
He is so wonderful and strong
In his arms is where I belong

I thank God I found such a treasure
My love for him there is no measure
My husband means the world to me
There is no place I would rather be

When I look into his beautiful eyes
I know there will be no more gray skies
Though we spend many days apart

He is always there with me in my heart
He will always have everything I have to give
I promise to love him as long as I live

Saturday, November 12, 2011

perempuan yang pemaaf



Assalamualaikum

happy weekend semua.apa aktiviti weekend korang? my weekend without en Hubby, a boring weekend !
tapi nak buat mana. en Hubby jauh di Miri.hope dia sihat saje di sana.

walaupun suami nik keje offshore, sekurangnya tidaklah jauh sangatkan.boleh lagi calling2 kan.pastu tak de la berpisah lama sangat kan.

masing2 setiap kita ade cabaran dan dugaan sendiri .
tapi time berjauhan camnila ade jugak yang best..rindu tu lebih sikit.bile tahu hubby nak balik, rase saat2 first time jumpa dulu2.excited ..hihi



kembali pada tajuk entry kita hari ni

perempuan yang pemaaf

perempuan ni senang jea nak memaafkan lagi2 memaafkan lelaki yang dia sayang.

opismate nik dia dapat tahu pakwe dia ade scandal dengan pompuan lain.bila dia tanya, lelaki tu marah2 sebab katanya mcm tak caya kat dia.just tanya kot.kecoh btol mamat mcm ni kan.

bagi nik la lelaki tu mmg sengaja nak menutup kesalahan dia.sebab tu marah2 jea bila tanya.kalau tak bersalah tak yah nak marah dan mengelabah mcm tu.

bagi nik la lelaki tu mmg sengaja nak menutup kesalahan dia.sebab tu marah2 jea bila tanya.kalau tak bersalah tak yah nak marah dan mengelabah mcm tu


:


:


:

beberapa minggu kemudian


opismate nik ni terima balik lelaki tu.kata nya lelaki tu pujuk dia balik

tengok tu..perempuan ni lembut hati kan.kena tipu pun still lagi terima.punya la sayang.dah la lelaki tu katanya panas baran. nik mmg pantang lelaki panas baran.

bagi nik la, opismate nik tu boleh dapat lagi yang better.umo muda lagi la.
takkan nak korbankan masa muda nak kapel dengan org mcm tu.

tak fun la perhubungan mcm tu.nik pulak yang rasa geram.rasanya baik single la dari kapel dengan lelaki mcm tu.


please la ladies kat luar sana

jgn la sibuk duk ikut orang, orang nak kapel korang pun sibuk nak kapel.
lelaki cakap loving2 sikit, pompuan dah mula lemah gemalai.
memaafkan memang sifat yang bagus, tapi terima lelaki tu balik dengan perangai yang tak matang , selalu buat korang sedih dan banyak menyakitkan hati memang tak berbaloi.
Focus on what you have. Focus on the people who make you smile, not the “things” that make you cry.
tapi kalau lelaki macam tu jugak pilihan korang, teruskan lah.tak de sapa nak halang.akibatnya tanggung sendiri tapi harap2 semuanya baik2 saja la.
Don't believe guy that tells you, he loves you
believe guy that shows you, he loves you



Wednesday, November 9, 2011

ini entry emosi..stress dengan keje


Assalamualaikum

hari ni mood ke laut. bila mood ke laut datang, semua tak kena.aishhh..
stress dengan keje.lama-lama kalau macam ni boleh cepat tua saya.walaupun keje tak banyak tapi sesak nafas tau tak.

bos pulak macam hape je. sebelum bercakap pasal org lain cermin dulu diri sendiri tu.cepat sangat ker dia buat keje.opsss! terlebih sudah

kami juga manusia.punya perasan.memang kami di bayar gaji tapi berpada-pada la.kalau boss nak mintak saya resign pun saya dah tak kisah.selama ni saya rasa dah cukup bersabar.

mula-mula macam best jea keje kat sini.time interview korang akan rasa nak start keje terus jea.manis btol mulut boss.semua nampak prefect la.tapi lama-lama jadi tak best .saya tak suka boss yang menabur janji manis tapi satu habuk pun tak de.lebih baik tak yah berjanji, itu lagi bagus kan.hati pekerja pun tak sakit :)

or maybe saya perlu bercuti untuk hilangkan stress ni.
kali ni rasa nak bercuti lama skit.maybe seminggu.boss tak bagi pun ade saya kisah :))


Smile. It might not make your problems disappear, but it will stop people from asking what's wrong with you

till then
nite darlings


#10 : Wordless Wednesday - cantiknya mereka :)


Assalamualaikum










Wordless Wednesday
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)

Tuesday, November 8, 2011

simple suprise


Assalamualaikum semua

macam mana raya aidiladha korang tahun ni? best atau tak best? atau ada yang masih bercuti raya macam nik?. nik esok baru start keje.tapi rasa malas jea nak pegi keje..huhu


saya pakai kaftan untuk raya aidiladha tahun ni :)

kaftan yang tak sempat dipakai time raya aidilfitri aritu :)
first time nik beraya di kemaman terengganu. tu pun perancangan last minute.tetiba jea adik ajak ke terengganu, umah abang kami.
walaupun tak dapat beraya dengan en hubby sekurang-kurangnya saya dapat beraya dengan family.syukur sangat :))

sebelum en hubby ke Miri atas urusan kerja, sempat jugak kami habiskan masa berdua.en hubby belanja makan dekat secret recipes. pastu dia sempat lak belikan bunga beberapa hari lepas tu:)

en hubby mmg suka suprise kan saya dengan bunga.
setakat ni en hubby selalu ingat jea tarikh2 istimewa kami. kami sambut biasa2 jea.
yang best anniversary perkahwinan kami nanti en hubby dah turun dari kapal.so boleh sambut bersama2.




saya jenis perempuan yang ingin dihargai lagi2 dari insan yang saya sayang. bukan lah jenis yang sensitif atau terlalu manja or mengada2.rasanya mana2 perempuan pun macam tu kan.tak dapat menghargai dengan hadiah pun sekurangnya ucapkanlah terima kasih setiap kali perempuan cuba berbuat sesuatu untuk korang wahai lelaki yang baik hati :) . (tetiba jadi dr cinta lak..huhu)

so kalau rasa mcm en hubby dah kurang beri perhatian tu saya akan terus terang dekat dia.nasib baik dapat en hubby yang jenis yang memahami.

Dearest hubby

awak, saya sayang awak. saya tahu kadang2 manja saya itu berlebih-lebihan, . saya tahu kadang2 risau saya tak kena masa,ruang dan tempat. merimaskan awak

saya cuba untuk perbaiki segala kelemahan ini kerana saya mahu menjadi seorang Hawa yang melengkapi Adamnya hingga Syurga. insya Allah.



takpelah sayangkan isteri tinggal2kan :))

busuk.org