Tuesday, January 24, 2012

si cantik manis Izara Aishah



Assalamualaikum  :)

tengah layan Vanila Coklat kat tv3
suka sangat tengok Izara Aishah dalam drama Vanila Coklat.agak klise kan tema kahwin paksa ni, tapi tak kesah pun, sebab nik suka sangat tengok dia

Izara Aishah Tanpa Make Up. COMEL! :) 


Biodata
Nama Komersial: Izara Aishah
Tarikh Lahir: 28 September 1992
Usia: 20 tahun
Asal: Bakar Batu, Johor Bahru
Pencapaian: Tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010
Drama: Keranamu Laila, Kasih Najihah dan Jejaka J,Soffiya
Telefilem: Hantu Gigi


oh my, she's so beauty :)

7 perkara unik tentang Izara Aishah

1. Izara sebenarnya lebih meminati bidang tarian berbanding lakonan. Untuk makluman, Izara mengetahui pelbagai jenis tarian yang semuanya dipelajari sendiri. Apabila diberi peluang untuk berlakon, Izara pun mengambilnya kerana bidang lakonan merupakan pilihan kedua selepas bidang tarian.

2. Tidak gemar memakai selipar yang flat. Jika terpakai, Izara akan berasa pelik dan tidak selesa. Nasib baiklah zaman sekarang sudah ada wedges. Banyak sikit pilihan kasut untuk Izara pakai.





3. Izara pernah belajar Muay Thai ketika berumur 16 tahun. Sayangnya aktiviti tersebut telah terhenti akibat tiada masa untuk ke gym. Berkemungkinan besar Izara akan aktif ber”Muay Thai” semula di masa akan datang. Jadi hati-hati kalau berjumpa Izara. Takut di”Muay Thai”kannya nanti. Hehehe.

4. Izara tidak boleh bawa motor. Izara pernah bawak sekali dan akhirnya kena langgar di depan rumah. Akibat Izara tak boleh jalan dan terpaksa guna tongkat. Kini Izara fobia dengan motor. Jadi kalau nak ajak dating, pastikan anda ada kereta. Hehehe.





Looks naturally :))


5. Izara tidak boleh minum air kosong atau pun air mineral (ini bahaya, sila jangan tiru). Air yang diminum oleh Izara kena ada warna. Paling pelik, jika Izara minum air suam, dia akan terasa nak muntah. Tambah memelikkan, apabila Izara minum milo dia tak boleh tidur. Namun kalau minum kopi, akan terus mengantuk. Misteri sungguh kan?

6. Sehingga hari ini, Izara masih menari setiap hari. Bila sedih, happy, penat, stress atau ada problem, Izara akan menari sampai tak boleh bangun. Ini ialah salah satu cara untuk Izara lepaskan segala tekanan. Senang cerita, menari ialah passion Izara.




7. Dan fakta yang paling menarik ialah, rambut Izara sebenarnya kerinting macam Maggi. Tak percaya? Sila tengok gambar di bawah.





7 comments:

  1. serius..ana suke dia..nama cantik n empunya bdn pun cun..yg penting x de kontobasi..ngeh3

    ReplyDelete
  2. suka izara juga..suka lakonan la..hehe

    ReplyDelete
  3. suka sangat tengok senyumannya yang manis tu...

    ReplyDelete
  4. comel comel comel!

    p/s: part klise tu setuju sangat! theme kawin paksa memanjang =___='

    ReplyDelete
  5. Dia cantik kan? Manis senyumannya. :D

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^