Sunday, May 13, 2012

Menu Petang - Puding Koktail Berkuah


Assalamualaikum

 ni feveret dessert kegemaran kami sekeluarga
makan sejuk lagilah sedap. senang jer nak buat

cara membuat dan sukatan cilok dari sini
bab sukatan nik tak brapa nak teror sebab buat ni main campur-campur jea. 
sebab dah biasa tengok ma buat.

Resipi

Bahan-bahan Puding Kastad :
900 ml air
20 gm serbuk agar-agar
5 Tbsp gula pasir
3 Tbsp tepung kastad
1/2 tsp garam halus
250 ml susu cair

Cara-cara :
1.Masak serbuk agar-agar dan gula pasir bersama air hingga larut. Kecilkan api.
2.Bancuh tepung kastad bersama susu cair hingga larut.
3.Masukkan bancuhan tepung kastad dan garam ke dalam larutan agar-agar dan masak hingga sebati. Tutup api dan tuang ke dalam loyang. Biarkan beku di dalam peti ais.

Bahan-bahan Kuah Puding :
1 tin susu cair(400 ml) + baki susu cair dari atas tadi
1 tin besar fruit cocktail, tapis dan ambil airnya sahaja
200 ml air masak
4 - 5 TBSP gula pasir
Secubit garam

Cara :
1. Campurkan semua bahan di atas ke dalam periuk kecuali buah koktail.
2. Masak hingga gula larut. Tutup api.
3. Sejukkan kuah ke dalam peti ais.

Kuah puding


 Puding 


dan fruit cocktail.


Cara menghidang :
1. Potong puding kastad 
2. Masukkan puding kastad tadi ke dalam mangkuk bersama buah-buahan campuran yang telah ditapis tadi.
3. Tuangkan kuah puding dan sedia untuk dihidangkan.


sedia di makan



Thanks for reading my blog.
appreciate everyone who takes the time to read my blog
especially those who have left comments .
thanks a lot



10 comments:

  1. sedapp. and nampak macam senang je nak buat . nak try lah. hikhik

    ReplyDelete
  2. Selalu jugak buat time ada kat rumah. Lagi best masukkan sumi jelly:))

    ReplyDelete
  3. sedapnya malam2 ni makan benda sejuk2..:)

    ReplyDelete
  4. @cici tembikai senang sgt nak buat.akak pun bukan reti masak sgt..haha (pengakuan ikhlas)

    ReplyDelete
  5. @laskar pelangi sis tak suka sgt sumi jelly.lagi suka guna cocktail jea

    ReplyDelete
  6. @cinta amerqastrina kena rasa la baru tahu sedap ke tak..hehe

    ReplyDelete
  7. @Tulus Sweetpanas2 makan makanan sejuk mmg tersgt la best

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^

busuk.org