Saturday, June 23, 2012

12 Rahsia Dato' Siti Nurhaliza


Assalamualaikum semua ..... (",)


oleh sebab takde idea sangat nak membebel di blog ntah apa-apa ni, kita tempek gambar Dato' Siti Nurhaliza la


comel ♥


gambar Siti yang super natural


cantik

gambar cantik ni dari sini
MiG Online


12 perkara menarik mengenai Dato' Siti

1. Siti mengakui seorang yang geli kepada lipas. Pernah ketika zaman kanak-kanak sewaktu di berek polis, Siti memberitahu serangga itu berjalan di atas mukanya. Sehingga sekarang, penyanyi itu akan pastikan lipas telah mati ataupun tidak berada dalam biliknya. Apabila sudah pasti, baru beliau boleh tidur dengan aman.

2. Umum mengetahui Siti pernah menjual kuih seperti donut dan karipap sardin pada zaman kanak-kanaknya. Menurut pelantun lagu 'Nirmala' ini, beliau turut mengajar pembantu rumahnya itu cara membuat kuih tersebut bagi memudahkan beliau apabila teringin memakannya.

3. Jangan tidak tahu, penyanyi cantik ini gila mengumpul cadar sejak dari dulu. Difahamkan, penyanyi lagu 'Percayalah' ini gemar mengumpul cadar berwarna putih dan cerah. Walaubagaimanapun, Siti mengakui sudah mengurangkan tabiatnya itu.

4. Siti turut berkongsi dimana sebelum berkahwin, pernah ada lelaki psiko mengikutnya. Lelaki tersebut akan sentiasa tenung dan tengok Siti dan pernah sekali, Siti menerima hadiah tuala wanita dari peminat 'psiko'nya itu.

5. Adik kepada Saida ini memberitahu mempunyai persamaan dengan ibu mertuanya iaitu tidak suka memakan kuning telur.

6. Penyanyi ini mempunyai satu tabiat iaitu suka menghidu makanan yang pelik untuk tahu apa bahannya. Siti juga tidak cerewet dalam pemakanan dan memberitahu berani mencuba apa saja makanan yang pelik.

7. Impian Siti adalah untuk menjadi pereka fesyen. Siti memberitahu mempunyai mesin jahit di rumahnya dan suka menjahit bila ada kelapangan. Mempelajari teknik mejahit ketika di sekolah, Siti mengakui pandai menjahit selendang dan pernah berjaya mengecilkan bajunya.

8. Kakak kepada Saerah ini teringin melakukan 'bungy-jumping' namun sehingga kini, beliau mengakui tidak berani lagi untuk mencubanya.

9. Siti mengakui 'dating' dengan Datuk K melalui 'Yahoo Messenger'.

10. Penyanyi lagu 'Nian Di Hati' ini suka membeli baju dan terus memakainya waktu itu juga. Ada juga di mana beliau suka membeli baju baru, tetapi tidak memakainya dan memberikan kepada orang lain.

11. Siti mengakui tidak pandai menghias rumah di mana kelebihan itu ada pada suaminya, Datuk K. Menurut Siti, Datuk K sangat kreatif dan pandai dalam menghias sudut rumah mereka.

12. Siti pernah mencuri betik muda di kawasan berek polis sewaktu zaman kanak-kanaknya. Kesan dari perbuatannya itu, bibir Siti gatal apabila memakannya.

* Mengaku cair dengan anak saudaranya seramai 13 orang itu di mana beliau akan selalu membeli baju untuk mereka.
* Gemar mengumpul set 'manicure' kerana mengakui merasakan dirinya seperti pakar bedah apabila menyimpan alat-alat seperti itu.

sumber
http://www.gua.com.my/

enjoy video You Came To Me 
kolaborasi antara Sami Yusuf dan Dato' Siti Nurhaliza




till then
bye



15 comments:

  1. wahh. hari ni dapat belajar subjek siti nurhaliza. hoho. lipas, karipap sardin, peminat psiko bagi tuala wanita, nak cuba bungee jumping, dating kat ym.. datuk k pandai hias rumah? wow.. done.. dah kenal cik siti ^^

    ReplyDelete
  2. nakal jugak siti time zaman budak2 yer . btw thanks share this

    ReplyDelete
  3. skin dia lawa walaupun x pakai make up :)

    ReplyDelete
  4. sedutzone : terima kasih sebab datang melawat :)

    ReplyDelete
  5. M Fizan ; amboi.dah tahu 12 rahsia dah kenal siti.bagusnya..hehe

    ReplyDelete
  6. teratak hati : yea la.rahsia siti dah terbongkar.bukan rahsia dah :)

    ReplyDelete
  7. ezyra daniel : ur welcome dear :)

    ReplyDelete
  8. Mishter Izwän : biasa la zaman budak2 kan.lagi2 yg duk kat kampung.mcm2 aktvt nakal blh dibuat..haha

    ReplyDelete
  9. AmyZana ; kan.lawa sgt skin dia.jeles tgk.hehe

    ReplyDelete
  10. nak kulit cam siti gak. licin je kan. jelesh jelesh.

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^