Sunday, June 10, 2012

kisah di IJN


Assalamualaikum

ayah dah setuju untuk di operate
insyaAllah, 5 july nanti ayah nik akan jalani pembedahan pintasan jantung di IJN.
kalau ikut ayah, memang dia tak setuju la tuk di operate bagai ni.
tapi dapat support dari family and saudara mara, so terpaksa la dia setuju..ehehe




pengaruh adik jugak yang kuat.tak sia2 hantar blaja jauh. berjaya pengaruh ayah untuk di operate
ma pesara kerajaan. so kos operation FOC. Alhamdulillah :)
dari segi kewangan kami tak perlu bersusah payah macam sesetengah orang.syukur sangat
kalau tak free pun kami sanggup kumpul duit,  asal ayah di operate. kami ade sorang ayah jea.
tanpa dia tak lahir la gadis secomel ni kan.ahakkk


* isteri sapa la yang perasan ni kan mohd hafidz


ayah cakap dia dah tua. so tak kisah pun kalau meninggal.
ayah tak tahu betapa pentingnya dia dalam hidup kami. tak sanggup saya kehilangan dia.
tapi kalau sudah ketentuan Allah kami tetap redha


kata nak pi konvo adik kat London 3 tahun lagi.
so ayah kena kuat.pejam celik pejam celik dah tak lama dah tu.
impian dia nak sangat salah sorang anak dia jadi doktor. harap tercapai la kan. InsyaAllah

berseri-seri jea muka dia kalau dia bercerita hal anak-anak.
saya tahu dalam hati dia tak ada niat membangga diri atau riak tapi dia bercerita sebab gembira.
anak-anak la buat dia gembira
apa lagi yang ayah harapkan kat dunia ni selain nak tengok anak dia berjaya kan

kagum dengan Ma.sepanjang masa dengan ayah
isteri yang sanggup bersama saat susah dah senang
moga Allah lindungi kedua ibu bapa yang saya sayangi



jadual pemakanan kat IJN ni bagus
diorang akan bagi menu untuk kita pilih. so ayah nik tak makan benda yang sama jea tiap2 hari macam dekat hospital Putarajaya sebelum ni
kat IJN ni makan 5 kali sehari. menu dia pun ade banyak pilihan
sepatutnya semua hospital kena ikut macam IJN

setiap bilik akan di sediakan botol yang di isi air panas air masak
so tak perlu nak bawak dari rumah

kalau dapat bilik single kat IJN memang terbaik la. ade sediakan katil untuk sapa2 yang menunggu.
so Ma tak perlu berkongsi katil dengan ayah



memang selesa la bilik kat IJN ni
tapi ayah lak kata boring.
kalau kat hospital Putrajaya kongsi 1 bilik 4 orang. so boleh la dia borak2
time kat Putrajaya tu jugak la kami jumpa arwah Kuman.




Allah uji kami sekeluarga
moga kami berjaya harungi ujian ni
harap kita dapat berkumpul ramai-ramai lagi masa raya puasa nanti
tu pun kalau hubby dapat cuti raya ni
waaaa

6 comments:

  1. semoga ayah akan cepat sembuh.. bykkan berdoa k...

    ReplyDelete
  2. moga kembali sihat seperti sedia kala^^

    ReplyDelete
  3. betul nik, selagi bley usaha, usaha la bagi baik jugak...ayah takde tukar gantinya, masih dia ada ni lah kita berbakti kat dia, gembirakan hati dia...mcm yati arwah abah takde dah, sedih...tp redha dgn ketentuanNya.

    ReplyDelete
  4. Suhana Shuib : insyaAllah.thanks.akan sentiasa doa moga operation ni okey.

    ReplyDelete
  5. Haryati::Faizal : Al - fatihah untuk arwah ayah yati.
    tak dapat bayang mcm mana perasaan kehilangan ayah.harap2 semua akan ok la.

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^