Friday, August 31, 2012

dugaan akhir ramadhan


Assalamualaikum  (",)
Salam Jumaat

ya Allah..sesungguhnya KAU tak menguji hambaMU diluar kemampuan ya Allah..
dugaan yang KAU beri ini mungkin untuk kami supaya kami lebih dekat denganMU ya Allah..

sehari sebelum nak balik kampung beraya, dapat berita yang adik ade ketumbuhan dekat buah pinggang

ketumbuhan dah besar. so doctor di Hospital Pakar Perdana KB suggest untuk buat operation buang ketumbuhan sebab takut merebak
yang tak ok bila terpaksa buang sekali dengan buah pinggang
so adik decided tak nak buat operation tu dulu.
walaupun ikutkan boleh sembuh sebelum dia berangkat balik ke UK.

kalau ikut doktor, esok nya terus nak buat operation tu. doktor senang jea kan, ade ketumbuhan buang. tak fikir kot perasaan macam mana hidup hanya dengan satu buah pinggang. memang boleh tapi perasaan pesakit hilang benda yang berharga pada badan. mesti keputusan yang susah nak buat.

so adik decide nak try cara tradisional dulu.berharap kutumbuhan tu akan mengecil or sekurangnya tak membesar.
saudara kami ade bukak perawatan islam. so dia suggest makan campuran habbatus Sauda' dan madu asli 

"Pada Habbatus Sauda' terdapat penawar segala penyakit, kecuali mati".
[HR Abu Nu'aim kitab al-Tibb, 1819]


Habbatus Sauda di kenali juga Jintan Hitam.
Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

saya baru tahu apa itu Habbatus Sauda :p
banyak kelebihan nya. so harus beli untuk kegunaan sendiri. tak perlu tunggu sakit untuk makan ni
hope boleh jadikan amalan setiap hari, harga dia pun murah.
kena amalkan dengan ayat-ayat Al-Quran. kena yakin semuanya dari Allah
mintak di hindarkan dari penyakit.InsyaAllah pasti berkesan.

Ya Allah! Ya Allah! Dugaan datang lagi.
Kita tidak mungkin mampu mengubah sesuatu yg telah terjadi,seperti mana kita tidak menjangkakan apa yg akan berlaku..semoga dia dan kami terus tabah

ahad lepas adik balik ke UK untuk mohon tangguh pengajian selama setahun.
saya tahu adik saya kuat.kami sekeluarga akan tetap ade di sisi dia untuk bagi sokongan
doakan adik saya baik-baik saje


insyaAllah, adik  akan cuba perawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah
mesti korang tahu sebab pemiliknya Hj Lokman dan Ashraf Muslim
pilih tempat ni sebab SERATUS peratus perawatan guna ayat-ayat suci al-Quran

bila kita percayakan Allah, guna ayat-ayat dari Al- Quran. InsyaAllah.semuanya akan okey kan.
ade tu, pesakit kanser tahap 4 pun boleh sembuh (dengan izin Allah) . Subhanallah, hebatnya ayat-ayat dari Al-quran


ya Allah permudahkanlah segalanya



6 comments:

  1. InsyaAllah... smoga smuanya selamat...

    mcm mn nk tau ad ye...hmmm...

    jg kesihatan ye anda pon..

    ReplyDelete
  2. yati doakan adik nik akan sembuh ye! sentiasa beri sokongan kat dia agar dia tak rase down... setiap penyakit ada ubatnya...yg pntg usaha dan tawakkal... InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. betul tu,mak nana pun amalkan habatus sauda.kalau x mak nana kena operate fibroid,tapi sebab amalkan makan hs alhamdulillah benda tu mengecut,nana doakan moga adik min cepat sembuh....amin,

    ReplyDelete
  4. semoga semuanya selamat utk adik nik!

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^