Sunday, August 5, 2012

I hate Eyebag


Assalamualaikum  (",)


kiri - gambar tanpa di edit.tak nampak jerawat sebab dah tempek 2 inci bedakkan..haha
kanan - edit.terus jadi putih melepak uolss.

tapi kan.still tak dapat hilangkan eye bag kat bawah mata tu.haishhhhh
Eyebag..Eyebag..Eyebag  please leave me

terus search kat google.cari any tips untuk hilangkan eye bag ni
ni beberapa tips yang dah di ringkas kan

Air Kosong - Minum air kosong sejam atau dua jam sebelum tidur. Ini adalah kerana, air kosong yang diminum sebelum tidur, akan tersimpan di bawah mata sebelum ia disingkirkan menjadi urin. Jadi apabila anda kerap membuang urin, ia akan mengurangkan penyimpanan air di bawah mata, dengan itu ia boleh mengelakkan berlakunya ‘eye bag’.

Massage Mata - buat massage kat area mata..dengan cara gunakan 3 jari (jari telunjuk, tengah dan hantu)... tepuk secara perlahan di kawasan mata bermula daripada kawasan ekor mata, ke arah hidung dan seterusnya di kawasan atas kelopak mata... buat massage ini selama 5 minit

Kapas Muka + Air Sejuk - ambik kapas muka, bubuh air sejuk (air dari peti sejuk pun boleh), keringkan dan tekap kat mata.. biarkan dan relaks

Timun / Uncang Teh - Rawatan meletakkan timun atau uncang teh di mata juga, dapat menghilangkan pembentukan ‘eye bag’. Cara ini lebih jimat dan anda boleh mengamalkannya dua kali seminggu.

Tidur - Pastikan waktu tidur anda cukup. Ini adalah bagi membolehkan mata anda mendapat waktu rehat yang secukupnya.

Eye Roller - ini cara moden. guna Eye roller. mudah bagi anda yang selalu sibuk dengan tugasan seharian. Cuma perlu gunakannya di waktu pagi sebelum bersiap untuk keluar dan sebelum anda tidur.

Cool Eye Pads - ambil Cool Eye Pads, tekapkan pada mata selama 20 minit. Ia akan bagi kesegaran pada mata anda.

Pemakanan - Kurangkan memakan makanan pedas dan berempah. Ini adalah salah satu punca bagi mengundang ‘eye bag’.


Kurangkan Menghadap Computer/Laptop/TV -
setiap hari kita selalu menggunakannya. Tapi jika berlebihan menggunakannya mata kita akan menjadi letih, penat dan lesu. Ia adalah punca terjadinya eyebag ! Cara yang boleh atasi masalah ini adalah letak pokok warna hijau dimeja atau cari pemandangan kehijau-hijauan untuk dipandang selama 10-15minit. Ini dapat merehat dan menyihatkan mata.


sumber info DI SINI dan di google :)

ade tips lain yang lagi cepat dan berkesan.sila share yea.hehe


8 comments:

  1. ika pon xsuka. mcm2 dh buat tp susah btol nk hilangkan. hahaha

    ReplyDelete
  2. kene amal tips ni
    bru ada kesan
    bgus guna timun tu ;)

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum ..

    Tula kan .. Eyebag ni kadang2 menghilangkan seri muka jee .. seriii laa sangaattt ^__^

    ReplyDelete
  4. @Cik Rongoks
    mmg susah sgt nak hilangkan.huhu
    masih mencuba lagi ni

    ReplyDelete
  5. @Qirah Isa dah ade tips kurus.ehehe
    kena rujuk entry lama2 la ..hehe

    ReplyDelete
  6. @Maiyah kena rajin la amalkan.nik ni malas jugak.sebab tu eyebag ade jea..huhu

    ReplyDelete
  7. @AdiaLuze
    tu la.tak berseri sgttt la muka kita bila ade eyebag ni..hahaha

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^