Monday, September 10, 2012

berat badan turun lagi :(


Assalamualaikum (",)

semalam sempat timbang berat.berat badan turun lagi
sedihhh  :(
susahnya jadi spesis yang susah nak naik berat badan ni.tapi kalau bab turun cepat je
orang cuti raya badan naik sebab makan banyak kan. nik lain. makin turun ade la.
sepanjang bulan puasa aritu, berat naik ker 40kg. skarang tengok la.dah turun ker 36 kg
nak kata penimbang tak btol, rasanya tak la. sebab dapat rasa badan ni makin kurus .
seluar dah longgar. kena pin kot

ayah tiap kali datang umah mesti membebel tanya kenapa saya kurus sgt. dia lagi suka badan saya masa zaman-zaman U dulu. tak cantik katanya bila kurus sangat
takut sangat anak dia  "anorexia" kot..ehehe


harap pipi jea tembam.aishhh
makan tido makan tido pun tak jugak gemuk2.
cuba gak makan tengah malam.tak berkesan jugakk..huh

siap google lagi macam mana nak tambahkan berat badan

1. Banyakkan makanan yang tinggi kalori, protein dan garam galian. Gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi ataupun anda boleh mengambil nasi, dan sejam kemudian roti.

2. Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan 3 hidangan utama bersama 2 atau 3 hidangan snek sehari. Pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Anda juga digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.

3. Makan secara kerap. Jika anda tidak mempunyai selera makan, boleh makan 5 atau 6 hidangan kecil sehari. Ambil hidangan yang sihat. Amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat, tetapi juga melambatkan proses metabolisme tubuh.

4. Pada waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protein tinggi. Minum satu gelas susu setiap hari, roti atau telur separuh masak. Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak.

5. Bersenam secara teratur. Lakukan senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan, 30 minit setiap 3 atau 4 kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika anda menjalani proses menambahkan berat badan.

6. Selepas selesai senaman, anda boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi. Ambil makanan yang mempunyai sumber protein dan karbohidrat. Ini untuk menggantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.

7. Amalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia. Lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan, kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan.

sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

ade tips lain? rasa nak makan vitaman or supplement tapi tak tahu mana yang elok
harap impian nak dapat berat badan ideal ni akan tercapai.



23 comments:

  1. bestnya berat badan cepat turun, kayrul nie lagi raya lagi mencanak-canak berat naik..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Turun berat lagi?
    Penat sangat kot?

    Tu lah...

    Berat sangat pun tak elok
    Kurus sangat pun tak elok

    Amik yang sedang-sedang je elok kan
    Baca entry saya sekali ye
    Mana tau ada yang menjawab masalah Nik
    Nie cadangan untuk penyelsaian masalah Nik

    ReplyDelete
  3. cuba try makan ayam setiap hari. who knows dpt membantu ? sye suke makan ayam and almost everyday sye makan. berat jarang turun. naik pun jarang. maintain :D

    ReplyDelete
  4. Cuba lebihkan makanan yang berprotin pulak. Macam body builder tu ...kalau takat angkat berat je tanpa minum protin jangan harap badan tu nak nmpak tough dan ketul-ketul..hehehe.
    Makan putih telur banyak sikit ya.

    ReplyDelete
  5. mknla VCO huhu..sy plak nk turun brt badan..tebalik dh kita sis :)

    ReplyDelete
  6. yati dulu pun cam nik jugak, susah nak naik berat badan, makanlah byk manapun sama je, kdg2 tensen bl org kate, tak makan ke???

    bl dah kawen dan ada anak barulah ada perubahan sket.

    ReplyDelete
  7. Bestlah berat badan turun bila musim raya macam ni

    ReplyDelete
  8. SIS .. ALA RINGANNYR .. HIKHIK ..

    OPSSS .. SIS .. XYAHLA AMIK PIL OR VITAMIN ..

    RISAULA .. SBB HRITU KWAN KITE DA MKN .. N ADE SEBB MENDE NTAH .. TIBE2 DIE BENTI MAKAN ..
    LAST2 .. NAIK GILER2 BDAN DIE .. DLU SLIM CUN JE ..

    MKAN IKUT WAKTU N KENA CRA INSYA ALLAH

    ReplyDelete
  9. jika kamu hadapi masalah kekurangan berat badan...sy lak lebihan berat badan..huhu..

    jenuh control makan...time puasa tu..best turun banyak...bila dah raya...errr...penimbang tu kalau la boleh bersuara...dah tentu dia menjerit kesakitan bila saya berdiri di atasnya...hehehe.. ( tinggi tul imaginasi ;P )

    ReplyDelete
  10. Ala ringan yer.l. Ros ni nak capai berat 70kg pun susah.. Bestnyer... :)

    ReplyDelete
  11. @mrs kayrul tu la pelik.selalunya time raya la berat badan naik.sis lak berat badan turun.

    ReplyDelete
  12. @Rawlins byRawlins penat sgt ngan keje kot.byk fikir sampai mkn pun skit jea.harap berat bdan bertambah la nnt.tak suka kurus sgt

    ReplyDelete
  13. @AmyZana sis mmg suka mkn ayam.setiap hari kalau lauk ayam pun tak jemu .tapi tu la.tak jugak naik2.

    ReplyDelete
  14. @Lina md. munir thanks untuk info ni.berguna untuk nik ni.nnt nik cuba yea

    ReplyDelete
  15. @[sutera kasih] sis mmg makan VCO.badan tak naik jugak.haha..

    ReplyDelete
  16. @Haryati Faizal kan...selalu kalau kurus mesti kena tegur.tak makan ker.
    nik tgk badan yati ok jea.anak 2 pun still maintain

    ReplyDelete
  17. @MuhdJijiee tak best bagi sis.sebab berat badan turun jadi kurus kering la sis ni..hehe

    ReplyDelete
  18. @dEdEQ dE wIshEs uissshhh.takut jugak kalau mcm tu kan.tetiba nak berisi jea tapi terus ke gemuk.bahaya jugak tu

    ReplyDelete
  19. @nabilah_2908 setiap org ade masalah masing2 kan.so kena usaha la nak tambah berat badan ni.chayok2.
    semua untuk kesihatan

    ReplyDelete
  20. @♥ ROS ♥ ringan sgt dah ni.dah jadi tak elok dah.

    ReplyDelete
  21. @Hnahdyringan sgt.BMI tak ok.underwight tau..huhu

    ReplyDelete
  22. @Hnahdyringan sgt.BMI tak ok.underwight tau..huhu

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^