Friday, September 7, 2012

saya resign


Assalamualaikum  (",)

akhirnya,  setelah lebih 2 tahun kat sini, nik nekad tuk berhenti kerja.
dah takde perasaan nak kerja kat sini. bosan dengan tempat ni,bosan dengan orang-orang kat sini, bosan dengan suasana kat sini. semua benda kat sini buat saya BOSAN.
rasa down sangat-sangat. rasa macam nak berenti keje skarang jugak! huh
bangun jea  pagi , fikiran dah stress.  fikir perlu mengadap keje dan orang2 kat ofis.



bukan mudah jugak nak buat keputusan ni. sebab nik tak ade back up kerja yang lain
tapi dah berbincang dengan hubby dan hubby pun dah redha.sebab tiap2 hari duk tadah telinga dengan rintihan isteri...huhu

mesti ada yang akan kata saya ikut perasaan, kat company mana-mana pun mesti ade masalah, tak boleh lari punya.
 takpe, pandangan masing2 kan. saya terima jea. 

selama ni saya dah cuba bersabar. kuatkan semangat.
akhirnya terpaksa mengalah jugak..semangat dah tak kuat.maybe sebab dah lama simpan perasaan yang terpendam dan terendam.

dah 2 tahun lebih kerja, takde apa pun yang boleh dibanggakan.
bukan niat nak kutuk atau kondem sesiapa..tapi nik rasa nik ada hak nak bercakap.
sebab kalau mengadu dekat boss,  bukan boss ambik pusing pun
bini dia buat semua btol. dia tak tahu yang sebahagian dari pekerja berhenti sebab bini dia.
lagi2 pekerja bahagian sales.


ni luahan kawan saya yang resign sebulan lepas. dia bahagian marketing.tak suka sangat dia kat bini boss dia
bini boss tu kadang2 berfikir or buat perkara yang tak tercapai dek akal kami . haha
malas nak urgue sangat ngan dia.mana boleh ikut kami ikut jea la. dia bini boss maaaa

hantar resign letter..Oh my..tak caya..akhirnya saya hantar jugak surat ni..haha

 notis 2 minggu

lebih 2 tahun nik kerja kat sini, dah lebih 30 org kot berhenti kerja
pelik kan office ni? wahaha
company ni ni kecik jea. staff pun tak sampai 10 org.
kalau bos adil dan tak berat sebelah takpe.nie bos pun lebih pentingkan keuntungan .
tak pandai nak jaga hati pekerja. yang dia tahu keje, keje dan keje

kami tengah2 borak pun dia pandang sinis jea.dulu cover2 jugak bila nak bercakap tapi skarang ni malas nak layan.ko nak tengok sampai terkeluar biji mata pun, ade orang kisah..
patutla pekerja asyik buat hal jea. yang ade ni pun ade yg asyik ambik MC jea.tiap2 bulan MC.logik ker.sakit apa sampai mcm tu sekali. cari alasan, kalau tak ambik MC nanti kena potong gaji..erkkk

sejak akhir2 ni, lady boss tu selalu slow2 jea naik tangga opis. tak nak kami perasan dia nak masuk opis. saje jea kan. nak intai kami la tewwww . haha


gaji makin lama makin lewat. nak kena email dulu baru terhegeh2 nak bagi. salahkan part time account sebab salah kira la. banyak alasan okey dia ni. gaji kami, hak kami.bukan kami mintak advance pun
kena la faham.
kat company ni ade mak budak yang nak kena tanggung 4 orang anak. ade pregnant lady yang nak kena bayar itu ini, ade orang yang nak kena bayar kereta or rumah. kalau bayar gaji lambat macam mana kami nak bayar hutang2 kami tu. ko nak tanggung cas kelewatan sebab lambat bayar ker. tak semua kaya macam ko wahai boss!!!


kad kesihatan saya dah expired lama. kalau korang tengok, kad tu dah expired setahun yang lepas. dia tak ganti pun.takkan ambil masa setahun untuk renew balik kot
yang tak puas hati bila kawan yang yang lain boleh pulak dia renew.
tak boleh renew sekaligus ker? pelik okey.

kenapa saya dianaktirikan? kenapa mesti dibeza-bezakan?

mungkin jodoh saya setakat ni jea dengan company ni
Allah jea yang tahu leganya bila resign.segala masalah yang terbeban di bahu dan  di hati akan hilang.
kesian sapa-sapa yang terpaksa handle kerja yang saya tinggalkan nanti. harap mereka bertahan la yea.
saya dah boleh tersenyum lebar  ^___^
hope ini entry last saya membebel pasal keje..huhuhu

bye-bye lady boss
lega tak perlu mengadap dan mendengar suara kamoo lagi..hewhewhew

InsyaAllah, akan cari kerja lain nanti. rezeki ade kat mana-mana selagi kita berusaha
moga-moga ade kerja yang lebih baik dari yang sebelum ni

21hb ni last day..yeayyyyy
cepat la wahai masa :)


26 comments:

  1. rezeki ada di mana-mana, nik. Sabar je la buat masa ni.

    ReplyDelete
  2. takpelah nik, rezeki tu ada kat mana2 yg penting kita usaha... mungkin jodoh tak panjang kt company nik ni.. semoga nik cepat dapat keje baru ye...

    ReplyDelete
  3. Insyaallah moga dpt kerja yg lbih baik :) kkdg stress ni pun leh kesihtn kita terggu kan :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah! Hehe, stands for our right! :)

    ReplyDelete
  5. @yana halim
    btol..setuju sgt.rezeki ade kat mana2.cuma kena usaha la kan :)

    ReplyDelete
  6. @Haryati Faizal thanks...tak nak jodoh lama2 dah dgn compony skarang.dah sakit hati sgt ni...ehehe

    ReplyDelete
  7. @♥ ROS ♥ stress sgt la.lagi2 kalau kena cover keje org lain.

    ReplyDelete
  8. tak lama lagi dapat la kerja lain tu, kalo hari2 masuk office serabut perut payah gak.

    ReplyDelete
  9. good luck di tempat baru dan in the future...

    ReplyDelete
  10. Tak mengapa
    Kuatkan hati
    InsyaAllah jika ada keberanian dan sanggup berubah, rezki akan sentiasa ada

    ReplyDelete
  11. InsyaAllah jika tabah dan berani membuat perubahan, akan ada rezki juga nanti

    ReplyDelete
  12. Perkara biasa...berenti kat sini..tpt lain ada lagi ..ye tak? Apa ada hal...

    ReplyDelete
  13. AKAQ .. KEJE YG GAJI LEBIH MAHAL N BOS DIE BAIK SEDANG TGGU AKAQ .. HEHE

    SABAR ERK KAQ

    ReplyDelete
  14. Biasalah tu..

    Inilah kes kalau kita tanya berhenti sebab pe, sebab 'x tahan'..

    memang banyak company yang mcm ni..kalau company tu turnover tinggi sebab kes2 mcm ni..

    yang penting rezeki itu di mana2, semoga sentiasa sukses selepas ini.. :)

    ReplyDelete
  15. @rebellion btol...serabut perut dah ,asuk opis tu.sebab tu la nekad buat keputusan ni :)
    yakin.rezeki Allah kat mana-mana kalau kita berusaha

    ReplyDelete
  16. @Arjuna Silvera
    thanks..hope sgt dapat tempat baru yg lagi better :)

    ReplyDelete
  17. @Rawlins byRawlins
    thanks..dah nekad.sebab tu la sanggup berhenti keje tanpa back up keje yg lain...huhu

    ReplyDelete
  18. @Pesta Jiwa hehe...harap2 dapat la keje nanti.sebelum tu kena pi bercuti dulu.release tension..hehe

    ReplyDelete
  19. @dEdEQ dE wIshEs
    harap2 mcm tu la dik.nak sgt keje yg pengurusan dia ok.tak kisah stress pun cuma kena la adil tuk setiap pekerja.

    ReplyDelete
  20. @muhammad asyraf mmg dah tak tahan sgt dah ni.tgh berusaha cari keje lain.harap tak jd penganggur lama la.

    ReplyDelete
  21. dugaan bekerja kan.
    Hmmm.
    kamu dah buat tindakan yang bijak!
    boleh gila kalau kerja lama lama kat situ.

    semoga dipermudahkan rezeki untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik ok!

    ReplyDelete
  22. @zila manaf ehehe..ade org nak ikut jejak langkah saya yea.kena nekad la.lg2 yg berhenti tanpa back up keje.harap suami jea la nnt :)

    ReplyDelete
  23. @Syazwan Che Deraman dah hampir gila dah keje situ..hahaha
    InsyaAllah..moga semuanya di permudahkahkan.

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^