Wednesday, October 10, 2012

Melaka Part 4 | River Cruise dan Umbai


Assalamualaikum  (",)

Okey, mari sambung cerita cuti - cuti di Melaka
malam hari ke 2 di Melaka.
kami ke Melaka River Cruise
mahu lihat keindahan malam di Melaka River Cruise




cantikkan lukisan kat lobby ni

sebelum tu singgah minum di belakang Kapal Portugis. ade gerai makanan kat sini
 bot gerak dalam  kul 9.30 malam. so lepak minum dulu yea





Harga Tiket
RM10 untuk Dewasa
RM5 untuk Kanak-kanak

 Waktu operasi dari 9 pagi hingga 11.30 malam.


sebelum ni dah pernah naik River Cruise time siang hari  (klik SINI untuk baca entry)
of course view waktu malam lagi cantik nak compare dengan view waktu siangnya
sebab ada light effects sepanjang laluan bot
tapi korang kena la tahan bau - bauan 'wangi' air sungai tu sikit :p



just relax and enjoy the scenery
perjalanan pergi balik sekitar 45 minit
masa ni tak berapa ramai sangat yang naik so selesa juga




Homestay Kampung Morten







Replika Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka

so sesiapa yang belum naik River Cruise, sila la naik yea.best!

nak ke kereta, lalu lagi muzium ni..ehehe

ikut saya, tak plan pun nak ke Umbai
sebab berdua jea kan.mcm tak happening lak. tapi en hubby beria ajak so ikut kan saje la.
caj rm 1 nak parking kat sini
dah penah makan kat sini  (klik SINI untuk baca entry) tapi gerai yang lain
kali ni kami pilih gerai makanan yang lain pulak. Ikan Bakar Parameswara pilihan kami :)
kedai ni letaknya kat hujung .kedai ni yang paling besar kat sini rasanya


sebelum tu kena pilih apa yang nak di makan.korang bgtau la nak masak apa.
dah tak banyak pun makanan laut sebab masa kami pi pun dah malam sangat dah. ade sebahagian kedai dah tutup



pastu nanti dia akan bagi benda alah ni.
so korang cari la tempat tuk korang duduk yea.


kami order Ikan cencaru bakar,  udang celup tepung dan Kailan ikan masin
makan berdua jea.so makanan yg kami order tak ade la meriah mana.cukup la tuk perut 2 orang makan.




Teh o ais

Air asam dan  sambal kicap dia terbaik.sedap sangat :)
nikmat la bila cicah dengan ikan bakar tu


boss besar pi bayar. rm 26 untuk semua makanan kat atas.
murah la kennn..2 orang jea makan.


sambung terus citer hari ke tiga kami di Melaka




sarapan kat cafe bawah. 
banyak jugak la pilihan menu kat situ
kami makan nasi lemak dan teh o panas
tekak orang melayu, nasi jugak dia cari pagi - pagi ni..ehehe





sebelum ni en hubby ngadu badan dia gatal2. so lepas sarapan kami ke klinik
doc pun tak tahu sebab apa gatal.nak kata sebab tempat tido , kami tido katil yg sama 
nak kata makanan, kami makan makanan smaa jea sepanjang kat sana

kesian la pulekk tengok suami tergaru2..huhu
so kami decided balik johor dulu.terpaksa la batalkan hasrat nak jalan - jalan kat Ayer Keroh :(

dah makan dan sapu ubat gatal, dia makin ok.
sampai2 kat johor elok la pulekk,tak ade la menggaru masa mula2 kena dulu.masih pelik la kegatalan tu di sebab kan apa..jeng jeng jeng..seram pulak bila fikir.mula la terbayang benda pelik2 ni..haha

suami janji lepas balik johor , kami akan singgah dulu ke Ayer Keroh, Melaka.
tunaikan hasrat saya nak ker Taman Rama - rama :)

di sebabkan itu entry akan bersambuang ke part 5..huhu




16 sweet comments:

rahayu said...

akak tak pernah sampai kat tempat ikan bakar ni...mcm best je..kena cuba ni

dEdEQ dE wIshEs said...

WOW .. BESTNYE IKAN BKAR .. UDANG TU .. BYAKNYE TEMPAT MENARIK AT SANE .. BRAPE LA BAJET SEMUA KAN .. FUH ..

Arjuna Silvera said...

ok la tu..yang penting sederhana dan sesuai untuk 2 org...nice photo jugak

Arjuna Silvera said...

nice photo...and macam u both have fun... keep it up

nabila azmi said...

aaa...sedpnyeee..ritu nbila blik kg pun gi cruise gak=)

jaakechik said...

oo bercuti melaka rupanya dia..muka berseri2 tuu... honeymoon sape pon suka kan? jaa pon nak gi gak melaka. tapi xtau bila la masanya..heeee

QUEEN of Heart said...

best kan melaka, banyak aktvt boleh buat

nik ros said...

rahayu : best sgt kak.kalau pi ramai2 lagi la meriah.

nik ros said...

dEdEQ dE wIshEs : semua mkanan yg akak order sedap2.lagi2 air pencicah ikan bakar tu..hehe
kalau nak jimat blh pilih hotel yg murah.kat melaka byk hotel murah.
tempat2 dia tak ade la jauh mana antara yg lain so kalau pi ngan kete jimat minyak :)

nik ros said...

Arjuna Silvera : kami mmg sedeehana.tak mampu nak bermewah2.asal seronok sudah :)

nik ros said...

Arjuna Silvera : thanks..kami mmg happy sgt2 masa kat sana :)

nik ros said...

nabila azmi : sis lagi suka naik cruise masa malam.tak ramai org..hehe

nik ros said...

jaakechik : ade masa nnt boleh pi melaka.best kat sana :)

nik ros said...

QUEEN of Heart : best sgt jiey.byk tempat boleh gi.

Haryati Faizal said...

mcm nak pi lagi lah!...besh kan?

nik ros said...

Haryati Faizal : best sgt..boleh pi :)

Related Posts with Thumbnails

busuk.org

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink