Thursday, November 1, 2012

berusaha, berdoa dan bertawakal


Assalamualaikum  (",)

* entry ni dah lama bersarang dalam draft. nak publish tapi asyik tak jadi jea.
ingat nak tunjuk la gambar family kandung hubby kan. tapi atas sebab - sebab tertentu kami tak boleh dedahkan mana - mana gambar demi menjaga hati orang sebelah sana.
sebelah kami ni tak ade apa - apa yang nak di rahsiakan , sebab hati kami tak perlu di jaga..phewww  (∩_∩)



pada yang baru baca , dari baby lagi hubby dah diserahkan pada family angkat so dia memang tak tahu kenapa mak kandung dia serah dia pada orang lain 
family angkat pun tak pernah bukak mulut cerita pasal family kandung dia coz mak dan ayah angkat tak tahu apa-apa pasal family kandung dia. 
yea la, nak citer apa kan kalau tak tahu apa-apa.
mak dan ayah angkat lagi sedih kot sebab sejak di serahkan pada mereka, tak ade sapa-sapa pun datang menjenguk dan bertanya.

ade  rakan blogger yang bertanya tentang perkembangan pencarian mak kandung hubby.  thanks for your concern.Alhamdulillah, perancangan Allah adalah yang terbaik.

lepas sehari saya taip entry ni ( klik SINI untuk baca) , mak cik sebelah hubby ade hubungi kami.  setelah bermacam - macam alasan, akhirnya sudi jumpa kami ni.
maybe sebelum ni tak bersedia nak bukak cerita lama. of course kami faham
kami sedaya upaya memahami  dan akan cuba memahami walaupun susah untuk di fahami (∩_∩)

pertemuan pertama kami kat sini


jumpa mak cik dan 2 orang sepupu hubby jea. mak cik hubby mintak bagi masa untuk dia aturkan pertemuan dengan mama kandung hubby. mama kandung hubby dah ade family sendiri. hubby ade 3 orang adik lelaki. opss..maknanya hubby bukan anak bongsu maupun anak tunggal la yea..haha...abang sulung rupa nya suami saya ni.

tapi kan, yang buat kami terasa bila suami baru mak pesan , nak jumpa anak boleh tapi jangan bgtau anak - anak yang lain  (⌣́_⌣̀)
mereka adik beradik kot. sepatutnya mereka patut kenal abang mereka sendiri.
nak jumpa mak sendiri pun kena main sorok - sorok ker.
anak - anak dah besar panjang, pandai la diorang fikir. yang sulung dah umur 24 tahun kan.
takkan tak matang lagi (♉ . ♉). 
kalau ikut hati, nak jea pi rumah mereka terus. dah tahu diorang tinggal kat mana.
tapi tak nak keruhkan keadaan. so bawak - bawak lah bersabar..huhu


moga Allah lembutkan hati mak mertua saya.
moga ade terbit kasih sayang nya pada anak sulungnya ni. 
dah lebih 29 tahun mak. belaja la redha. seperti anak kandung mak yang belaja redha yang mak dia serahkan dia pada orang lain.lain la kalau mak tak ade, boleh la kami nak lupakan macam tu jea.tapi mak still ade.nak jugak anak mak ni tengok rupa mak dia, peluk mak dia.

Alhamdulillah, dapat tengok rupa mak mertua walaupun hanya dalam gambar (⌣́_⌣̀)
hubby tergerak hati nak search nama mak dia kat facebook.
Subhanallah, dengan izin Allah semuanya ni. kami jumpa account fb mak kandung hubby.
tapi account yang dah tak active.

yang buat kami yakin sebab dalam senarai family mak dia ade nama Afif dot dot
sebab sebelum ni dah check dekat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) , anak mak dia  dengan ayah baru ade 3 orang dan salah sorang bernama Afif dot dot
kat situ jugak kami dapat tahu ade lagi 2 nama.

jumpa jugak sepupu hubby
ayah diorang , Pak Cik Jaafar la yang serahkan hubby masa hubby masih lagi bayi
semua ni saya jumpa kat facebook. berguna gak facebook ni. hehe

adik beradik hubby
ketiga - tiganya lelaki

to my lovely hubby
saya tak nak push awak untuk cari ibu kandung awak. 
tapi selagi masih ade waktu ni kena la kita cari .
* sorry yea kadang - kadang saya yang terlebih
kita tak tahu esok lusa apa jadi kan.
jangan risau sangat dan jangan fikir banyak sangat sebab  niat kita baik:)  skarang ni kita kena fikir yang positif jea.
samaada mak dan adik - adik awak boleh terima awak ke tak itu hak mereka, ingat tak ? 
Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah pun bagi semangat suh awak cari family kandung awak
sekurangnya awak dah cuba berusaha untuk cari mereka. 
sekarang kita hanya mampu berusaha, berdoa dan seterusnya bertawakal padaNYA.


pssttt !!!
harap - harap  kami boleh dapatkan copy sijil kematian ayah hubby,
boleh gak kami cari family sebelah sana lakkan
walaupun ayah hubby dah meninggal, tak salah rasanya kami nak cari . bukan niat kami nak bukak cerita lama tapi hubby perlu kenal dan tahu asal usul ayahnya.


30 comments:

  1. harap hubby awak dapat jumpa mak dia amin :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah...semoga segala2 nya dipermudahkn.amiiinnnn :)

    ReplyDelete
  3. sabar ye akak....semoga suami akak dpt cari keluarga kandungnya...=)

    ReplyDelete
  4. betul2 betul..teruskan pencarian..semoga berjaya k

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah mudah-mudahan..
    Banyakkan bersabar dan yang penting kena gak mencari..
    Moga usaha dirahmati..

    ReplyDelete
  6. semoga suami awk akan kembali baik dgn family .. sbg isteri byakan bg semangat n sokongan kt suami ye..

    ReplyDelete
  7. Semoga d permudahkan segala urusan.. Sabar ya nik,Insyaallah, ada hikmah d sebalik kesukaran ni.. gud luck!

    ReplyDelete
  8. insya allah , sekiranya niat kita ikhlas . allah akn permudahkan segala tindakan kita :)

    ReplyDelete
  9. semoga mereka dapat bertemu satu hari nanti......

    ReplyDelete
  10. Terharu sgt baca entri ni. Tak sangka berliku2 gak perjalanan hidup suami nik ye..sampai camtu sekali. Tak dpt bayangkan kalo diri sendiri yg berada kat tempat tu. Semoga sumenya akan selesai sebaik2nya ye nik

    ReplyDelete
  11. Insyaallah semoha hubby nik dpt berjumpa semula mak kandungnya....semoga segala urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  12. InsyaALLAH... kak munna doakan silaturahim pertalian darah ini akan kembali bertaut nanti...amin

    ReplyDelete
  13. Sy igt kisah mcm ni cuma ada dlm drama jer..rupanya ada yg betul betul terjadi.. Doakan yg terbaik utk nik dan suami

    ReplyDelete
  14. @~misshuny~ dapat cari dah. cuma kena bagi masa kat sebelah diorg jea :)
    maybe sebelah sana tak bersedia lagi :)

    ReplyDelete
  15. @Arjuna Silvera dah jumpa dah. cuma org sebelah sana tak bersedia nak jumpa :)
    yg tak jumpa lagi cuma family ayah kandung hubby jea :)

    ReplyDelete
  16. @Myra Jay Thanks.mmg kena byk sabar.lagi2 nak mencari orang ni..hehe
    apa pun thanks :)

    ReplyDelete
  17. @Aisy Nasiha InsyaAllah.saya kan sentiasa di sisi suami tuk bagi sokongan :)

    ReplyDelete
  18. @QUEEN of Heart InsyaAllah jiey. hampir putus asa dah sebenarnya.tapi kalau dah jodoh tak kemana. nt jumpa la kan :)

    ReplyDelete
  19. @zafirah nazri niat kami ikhlas. nak eratkan hubungan yg tak pernah terjalin :)

    ReplyDelete
  20. @nanakimie InsyaAllah.moga pintu hati mama akan terbuka tuk jumpa kami ni :)

    ReplyDelete
  21. @Noraziha thanks.tak pe.walaupun berliku kena hadapi gakkan.

    ReplyDelete
  22. @Haryati Faizal nik lagi sedih nak taip entry ni..huhu

    ReplyDelete
  23. @munna yang tu yg kami harapkan sebenarnya. nak eratkan hbgan family yg lama terpisah

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^