Friday, November 30, 2012

dekorasi ruang tamu idamanku


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

bosannn..arini tak ada apa nak buat, so usha gambar dekorasi rumah. 
pastu berangan nak hias rumah macam mana. elok sangat la perangai macam tu yea..huhu

disebabkan skarang tak berkerja, so kita berangan jea la dulu. ..tak kena bayar pun kan
nanti bila ada duit terlebih, nak hias cantik - cantik  ^___^
skarang ni ruang tamu umah nik simple sesangat. nasib baik mampu lagi beli sofa
nik suka ruang tamu yang ade sofa berbentuk L 
kalau tak dapat pun, biar ruang tamu tu ade set sofa yang lengkap
lebih prefer sofa fabrik dari sofa kulit

 nik tak pandai menghias tapi suka tengok hiasan dalaman yang cantik - cantik.
nanti boleh cilok idea dari gambar kat bawah ni
semua macam menarik jea :))

ruang tamu gabungan warna hitam dan putih ni sangat la menawan



sofa kuning ni menarik jea :)

simple tapi menarik !!

sumber gambar SINI

Petua dalam menghias ruang tamu rumah anda.

1. Pilih perabot yang sesuai dengan saiz ruang tamu.

2. Pastikan jarak di antara satu sofa atau kerusi tidak terlalu jauh.

3. Serikan ruang tamu dengan pokok hidup atau sejambak bunga.

4. Jangan letak pokok plastik kerana ia akan membuatkan ruang tamu nampak kaku.

5. Segarkan ruang tamu dengan meletakkan semangkuk pot-pouri atau nyalakan lilin wangi yang diletak di dalam mangkuk air.

6. Jangan letakkan televisyen di ruang tamu kerana akan mengganggu perbualan. Bagaimanapun jika terpaksa kerana tidak ada ruang lain maka terpaksalah juga meletakkan televisyen di ruang tamu.

7. Jangan terlalu padat ketika menyusun perabot kerana lebih ringkas adalah lebih baik.

8. Bagi ruang yang sempit, warna dinding mestilah terang kerana warna gelap akan menampakkan ruang menjadi sempit. Pilih warna-warna lembut seperti putih, kuning air dan krim. Dinding yang dicat dengan warna putih atau warna lembut mudah disesuaikan dengan apa sahaja warna sofa atau bingkai gambar.

9. Rumah yang mempunyai banyak sudut atau berbelok-belok boleh dicat dengan warna berbeza pada setiap sudut.

10. Rumah yang banyak barang tidak sesuai menggunakan kertas dinding kerana rumah akan nampak lebih berserabut.

11. Rumah yang tak banyak perabot boleh menggunakan kertas dinding tetapi jangan semua dinding diletakkan kertas dinding. Letak pada satu bahagian sahaja.

sumber di SINI

hias macam mana sekalipun, yang penting dapat beri keselesaan kepada kami sekeluarga
so bila masuk rumah akan rasa tenang jea  ^__^


28 sweet comments:

liza♥aufa said...

hehehehe.

bila la nak ada ruang tamu macam ni?

Mimie said...

sy suke pic 1st tuh...idaman kalbu

Arjuna Silvera said...

yang coklat theme tu menarik..

Aisy Nasiha said...

cantik.. saya berkenan dengan decor 2 gambar last tu...

munna said...

cantik2 semuanya.... kak munna pun tgh berangan nak deco2 rumah bila dah siap nanti

Cho Zila said...

kah.. kah.. berangan cam akak gak nik ni rupanya.. kalau suami akak dulu2 di suruhnyer gunting kalau tunjuk kat majalahtu.. geram...

Shereen Yahya said...

cantik , modern & contemporary :)

Nory Zoulkefle said...

nory pon minat deko2 rumah...tp skrg bajet ciput je, so deko ikut kemampuan yg ade jela...heheh

QA's ~ mamapapa said...

memang seronok klau betul2 mampu deco ikut mcm yg kita nakkan? :)

Nastyna said...

I paling suka yg black and white tu, simple yet elegance. Tumpang berangan yer hehe.

dEdEQ dE wIshEs said...

WAHHHHH .. COMEL LA .. COMEL LA

Jna marcello said...

Na paling suka yg warna hitam puteh ...sbb tu adalah fevret kaler naa yeayyyyyy

nik ros said...

@liza♥aufa nik tengah berangan jea dulu ni

nik pun tak tahu bila nik nak ade ruang tamu mcm ni.hehe

nik ros said...

@Mimie
cantikkan pic last tu.

tapi kalau ade anak susah gak tu nak maintain warna kekal mcm tu..hehe

nik ros said...

@Arjuna Silvera yup..memang cantik.semua nampak mcm cantik jea

duit jea yg tak cantik skarang ni :)

nik ros said...

@Aisy Nasiha cantikkan. kerusi kayu.

simple tapi menarik :)

nik ros said...

@munna
best nya kak munna. mula2 berangan dulu yea.

in shaa Allah, jadi kenyataan la tu nanti :)

nik ros said...

@Cho Zila berangan jea la yg mampu skarang ni kak

nak beli tak mampu lagi.nnt kalau kocek tebal baru beli..hehe

nik ros said...

@Shereen Yahya itu yang nik suka. tapi yang penting selesa :)

nik ros said...

@Nory Zoulkefle sama la ngan sis. deco ikut kemampuan jea la.

nanti ade duit lebih ,kita beli la brg lain :))

nik ros said...

@QA's ~ mamapapa kalau ade duit semua boleh jea

yg tak ade ni kena kumpul la dulu skit2 :)

nik ros said...

@Nastyna boleh tumpang.jom sama2 berangan :)

nik ros said...

@dEdEQ dE wIshEs comel kan...comel kan..hehe

nik ros said...

@Jna marcello walaupun bukan feveret kaler. tapi sis suka gak deco runag tamu tema kaler hitam putih tu :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Cantiknyerrrrr....best klu jd kenyataan ni hikss

nik ros said...

@Wanieys a.k.a IbuQalief tol la. memang best kalau angan2 jadi kenyataan :)

Haryati Faizal said...

cantikkk....!

nik ros said...

@Haryati Faizal cantik sesgt. so mampu berangan jea :)

Related Posts with Thumbnails

busuk.org

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink