Wednesday, November 14, 2012

percutian akan datang : Pulau Langkawi


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

kami tengah planning nak bercuti - cuti Malaysia ni.
nik suka tempat yang tinggi dan sejuk. hubby lak suka pantai.
di sebabkan percutian akan datang ni di tanggung sepenuhnya oleh en hubby,
 so kena ikut pilihan dia la kan  ^___^

ehsan en google

hubby decided nak ke Langkawi. kami tak pernah jejak kaki lagi ke sana.
nik okey jea sebab best kat sana coz boleh shopping. phewww
harus la shopping chocolate kalau kat langkawi...tak sah kalu tak beli kan.
tu yang syiokk tu. dah la nik suka chocolate.
pinggan mangkuk ni,  nik tak brapa minat sangat nak beli.

InsyaAllah , rancangnya hujung tahun ni nak pegi. harap - harap jadi la kan.
susah gak rancang cuti time musim cuti sekolah kan. mesti bersesak dengan orang nanti. 
harga hotel mesti naik dari biasa. tapi kalau tak pegi bercuti skarang, hubby naik kapal lagi nanti.
 tengah survey lagi tang hotel, sewa kereta dan tempat mana yang menarik tuk diterjah dan shopping..hehe

niat di hati nak jelajah semua pulau yang ade kat Malaysia ni. time blaja pernah ke Pulau Redang.pastu ke Pulau Pangkor dengan hubby. Pulau Pinang pun dah.. ehh..pulau gakkan.
hope kali ni dapat ke Pulau Langkawi pulak.

korang yang dah pi Langkawi,  please share tempat menarik kat sana.
nik nak terjah bila ke sana nanti
  (◠‿◠) ♥

psttt !!!!
jiey, my classmate dan matrikmate yang come lotte
kalau baca entry ni sila komen yea.
 jiey lagi familiar kat Langkawi sebab penah mengajar kat sana.


UPDATE !!!
buat blogger Orga
tak dapat terjah blog sebab blog awak terkena malware virus.

buat blogger nur azian
naper tak dapat nak komen. memang disable komen kat blog yea.



39 comments:

  1. Salam Nik..Bestnya nak g Lnagkawi..bila la k.atie nk sampai lak:(

    ReplyDelete
  2. hehe...rindu langkawi..nabila dulu study sane..=)...

    ReplyDelete
  3. K & hubby pun plan nak ke Langkawi.. K selalu pergi, tapi, hubby tak penah sampai.. Maybe bln 1 nnt kot kitorang akan g.. Hopefully, plan kali ni menjadi.. aminnnn~

    ReplyDelete
  4. yeker blog saya malware virus?tapi saya buka ok jer, tak nampak la pulak malware virus tuh.risau nya...anyway, thanks sebab inform :)

    ReplyDelete
  5. yes.

    pilihan terbaik.

    pulau langkawi memang best lelagi tasik dayang bunting.

    pastu pantai cenang...

    pastu naik kebel...

    g mat cincang...

    pastu jalan2 ke semua pantai yang ada kat sana....

    selamat bercuti :)

    ReplyDelete
  6. wahb bestnya;D

    semoga berjalan lancar yer;D

    ReplyDelete
  7. kak munna pun baru sekali ke langkawi.... sana semuanya best... tapi sayang hari tu tak sempat pergi island hoping... org kata aktiviti tu best

    ReplyDelete
  8. best langkawi. kitorang selalu lepak beach jer, tak meronda sgt so tak leh nak recommend sgt. keta kabel tu pun i blom pernah naik, huhu.

    ReplyDelete
  9. seronok kak pg langkawi...tp kalu pg time cuti skola mmg semua harga naik

    ReplyDelete
  10. saya dah pergi..selalu..sbb dulu dok kedah n sy org kdah.dulu la..skrg tidak lg.

    Hi, sbnrnya sy nk ajak empunya blog ni join contest dr QIOS Blog Shop. Senang gila nk join. sy pun da join. Jom, support 4 gadis powerpuff girls ni yg br brusaha nk buka kedai online yg jual mcm2, tips, etc. Jom join contest! http://qiostestblog.blogspot.com/2012/11/contest-peraduan-mereka-cipta-nama-blog.html

    ReplyDelete
  11. Pulau Langkawi best.. pergilah kalau tidak kau akan menyesal.hehehe

    ReplyDelete
  12. Langkawi best! Jangan lupa pergi Island hopping :)

    ReplyDelete
  13. best nya sokmo gi melancong...hihi... jaa xpernah gi langkawi lagi ni.... maaf ler xleh nak share...

    ReplyDelete
  14. @Cik Sumie tak ade la untung mana. suami yg rugi sebab dia yg kena kuarkan duit belanja semua :)

    ReplyDelete
  15. @♥♥azatiesayang ♥♥ dlm perancangan lagi ni. harap2 jadi la nak ke sana :)

    ReplyDelete
  16. @Arjuna Silvera tol tu. mmg tempat menarik. lagi menarik kalau dpt shopping...hahaha

    ReplyDelete
  17. @nabila azmi bestnya dapat pi study kat langkawi. kalau akak study kat sana kan seronok. blh borong coklat byk2..haha

    ReplyDelete
  18. @Puan K sama la ngan nik. harap sgt plan ni menjadi. tak jd hujung tahun ni, awal tahun depan mesti kena pi :))

    ReplyDelete
  19. @Orga
    tadi bukak tak ok.
    smlm pun try gak. dia bgtau ade malware virus. skarang dah ok :)
    boleh jea komen kat blog

    ReplyDelete
  20. @liza♥aufa seronoknya. byk tempat menarik kat sana yea.

    ReplyDelete
  21. @munna
    biasa la tu. kalau byk tempat menarik mmg tak semua kita sempat nak pegi kan. tapi ok la.ade alasan nk pi skali lagi...hehe

    ReplyDelete
  22. @Nastyna lepak kat pantai pun ok. nik pun tak la pi jln sgt. nak pi 2-3 tempat yg menarik jea. selebihnya jln kat pantai jea kot ngan hubby :)

    ReplyDelete
  23. @Adriana tu la. tak suka sgt pi time cuti sekolah. plan nak pi hujung tahun. so harap time tu org dah tak ramai...haha

    ReplyDelete
  24. @Syaza Syahira bestnya umah dekat pulau ni.blh selalu pi kan :)

    ReplyDelete
  25. @Hnahdy
    harus pegi ni. tak nak menyesal..hehe

    ReplyDelete
  26. @nur
    ok. mmg nak kena pi island hoping ni.
    mesti menarik ni

    ReplyDelete
  27. @jaakechik tak ade la sokmo gi. kalau ade masa dan cukup bajet blh la pi.
    ni pun sbgai reward sebab suami lama kat kapal. nak gak rehat2 kat badan kat tempat yg menarik :)

    ReplyDelete
  28. bestnye.. hajat kite nk g ngan hubby x kesampaian lg wat ms ni..
    p/s: nk kirim 'kuali ajaib' blh? murah je kat sane. RM70 la, lebih kurang :)

    ReplyDelete
  29. @aizu's life ade 'kuali ajaib' kat sana?. tak tahu la pulak.mcm mana rupa dia.naper dia panggil ajaib.hebat sgt ker kuali tu.nak gak tahu ni :)
    mcm menarik jea

    ReplyDelete
  30. bila la hubby saya nak ajak g langkawi nie...huhuhu

    ReplyDelete
  31. langkawi dekat dah ngan umah sy...

    ReplyDelete
  32. Saya g langkawi dolu..makam mahsuri, kereta kabel, pantai ape lupa lak nama dia, leh mandi. muzium tun mahathir..lg ape ek..shopping complex yg bebas cukai tu la. beli cam baju untuk cenderamata pun murah sgt

    ReplyDelete
  33. @mrs kayrul ala..tak yah la tunggu hubby ajak.ajak jea hubby tu :)

    ReplyDelete
  34. @mummy alisha bestnya.mesti selalu pi langkawi ni kan.

    ReplyDelete
  35. @Noraziha ok. nnt nik terjah tempat2 tu semua. byk tempat menarik kat sana yea :)

    ReplyDelete

  36. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^