Wednesday, November 14, 2012

Salam Ma'al Hijrah 1434 H


Assalamualaikum  (",)

Selamat menyambut Ma'al Hijrah, 1 Muharram 1434 H untuk semua umat Islam
semoga ia tahun yang membawa berkat dan rahmat yang berterusan buat semua
sama - sama lah kita terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan tingkatkan iman agar apa yang kita buat diredhai Allah S.W.T. Insya Allah.

penjelasan Ustaz Azhar Idrus tentang Hukum Doa Awal dan Akhir Tahun Islam



 tidak ada sebarang hadis yang sahih tentang doa awal dan akhir tahun ini, dan ianya bukan Sunnah Nabi Muhammad SAW, tapi boleh dilakukan,
cuma peringatan ianya bukan sebahagian daripada sunnah ar-Rasul
bak kata Ustaz Azhar Idrus ..tak payah duk berbalah hal doa ni..
nak baca boleh, tak nak baca pun tak apa

so kalau sapa nak baca , ni doa akhir dan awal tahun

Doa Akhir Tahun

Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah. 

Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Doa Awal Tahun

membaca doa ini selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, 

Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
sumber di SINI

Bila kamu taat kepada Allah,
hati kamu akan bahagia.
sekurang-kurangnya jika kamu sedang bermasalah dengan dunia,
kamu tahu kamu tidak bermasalah dengan Tuan Punya Dunia.
*Hilal Asyraf(Official)*



26 comments:

  1. thanks for sharing. May Allah bless you always. Amin :)

    ReplyDelete
  2. salam maal hijrah blogger ^^
    dari saya farahin izzati ^^

    ReplyDelete
  3. semoga kita semua menjadi insan yg lbh baik..

    ReplyDelete
  4. Betul tu, tak perlu nak berbalah kan?
    Salam Maal Hijrah :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian...bagus ni...

    ReplyDelete
  6. salam maal hijrah ugak hehe ,eh sis ain tag sis untuk oin GA huhuhu

    ReplyDelete
  7. @liza♥aufa thanks dear. selamat tahun baru jugak :)

    ReplyDelete
  8. @miszfazierra ur welcome dear. may Allah bless u too ^___^

    ReplyDelete
  9. @auni najla Salam Maal Hijrah . yea. moga kita jadi insan yg lbh baik. sis byk lagi kena usaha tuk jadi lbh baik ni :)

    ReplyDelete
  10. @nur
    btol la. tak perlu nak persoalan hal bacaan doa ni.cuma kena set kat otak yg ni bukan sunnah nabi. nak baca, silakan baca.

    apapun Salam Maal Hijrah :)

    ReplyDelete
  11. @jaakechik sama- sama. benda yag baik harus di kongsi. sebab ramai yg salah anggap tentang bacaan doa ni :)

    yg penting doa sentiasa. bukan setakat awal or akhir tahun sahaja :)

    ReplyDelete
  12. @Jiha
    same goes to you. selamat tahun baru jiha :)

    ReplyDelete
  13. @nabila azmi selamat tahun baru my dear darling. moga tahun ni bawa lebuh rahmat untuk adik :)

    ReplyDelete
  14. @Nafisya Ismail salam maal hijrah dear :)
    suka kalau dapat sharing perkara yg bagi info tuk semua :)

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^