Sunday, December 2, 2012

AFF SUZUKI 2012 | Harimau Malaya vs Garuda


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Harimau Malaya, Garuda ,Malaysia vs Indonesia

Tahniah Harimau Malaya ke separuh akhir AFF SUZUKI 2012 , berjaya mengalahkan Garuda
Harimau jangan gembira sangat dengan kejayaan malam ini
paling penting kena kerja keras lagi untuk nak tewaskn Gajah tu nanti.

kita akan berdepan denganThailand di Bukit Jalil pada 9/12 (Ahad) dan di Thailand pada 13/12 (Khamis). Thailand ni di katakam pasukan pilihan :)
apapun Gomo Rimau Gomo..hehe

video jaringan
Malaysia (2) vs Indonesia (0) - AFF SUZUKI 2012



adat permainan ada kalah dan menang.
ramai sangat update status pasal bola tapi maki - maki... Allahu Rabbi
korang tak payahlah la kot nak keluarkan kata -kata yang tak manis. buang masa saja
 anda boleh menjatuhkan maruah kita dan negara tercinta sendiri kalau anda masih degil nak buat perkara yang tak berfaedah tu
tunjukkanlah contoh yang baik
sukan untuk kesihatan dan eratkan silaturrahim, so tunjukkan semangat kesukanan yang positif
SELAMANYA HARIMAU MALAYA

tertarik dengan status facebook di Bolasepak Malaysia
melihat sahabat-sahabat Ultras Malaya dan Ultras Garuda bersolat jemaah sama-sama di Surau Stadium Nasional Bukit Jalil untuk solat fardhu. Imamnya Ultras Malaya sebab Ultras Malaya adalah tuan rumah dan makmum ramai di kalangan ahli-ahli Ultras Garuda. 
Lepas doa saling bersalam-salaman dan ucapkan "Gud Luck Bro!". Kemudian dalam hati masing-masing doa pasukan negara masing-masing menang

Itulah yang berlaku di Surau Stadium Nasional Bukit Jalil sekarang. Kat facebook je yang kelihatan banyak sangat provokasi berlebihan. 
- Bolasepak Malaysia -
senang hati bila baca status macam ni
kan bagus kalau macam ni. kita sesama islam kan ^__^
dalam padang kita lawan, di luar kita kawan :)

psttt
lepas ni market Wan Zack Haikal naik la
gadis-gadis tak pandang dah Apex..hahaha


28 sweet comments:

SuDu Biru said...

hai..i follow http://yieweezer5915.blogspot.com/ blogwalking :)

khairul hassan said...

tahniah Harimau

nik ros said...

@SuDu Biru thanks sudi follow :)

nik ros said...

@khairul hassan yea.. tahniah untuk mereka

so kena keje kuat lagi untuk menang dengan thailand

Shasha Yacob said...

Sejuk perut i bila baca . Haha

Shasha Yacob said...

Ini yang i suka. Hihi

Nastyna said...

haaa mcam tu kan elok, jemaah... dapat jugak ke final si Rimau ni yer.

boni kacak said...

tahniah harimau malaya.. selamanya harimau malaya :)

nik ros said...

@Shasha Yacob sis sejuk hati baca :)

nik ros said...

@Shasha Yacob sapa la tak suka kalau bola yang kita sokong menang kan

nik ros said...

@Nastyna tak ke final lagi.ni baru ke separuh akhir :)

nik ros said...

@boni kacak yea...selamanya harimau malaya :)

cinta siswi said...

huuu.. suke tgk wan zack.. haha.. comel!

nik ros said...

@cinta siswi ramai la gadis minat wan zack . popular wan zack sebab aff ni :)

♥ sitifarhana ♥ said...

yeayyy ! msia menang ! *joget2* kikiki

nik ros said...

@♥ sitifarhana ♥ yeay...jom support malaysia lawan thai lak.harap menang jugak :)

Nora Karim said...

yey.... menang 2-0... heheh

Hatimi Tahirruddin said...

lawan thailand nanti mcm agak mencabar jugak...apa2 pun kalau pertahanan tidak leka dan bahagian depan byk menyerang ada harapan kita menang di bukit jalil...lepas tu kat bangkok kita main berkampung depan gol dah cukup dah...haha

nik ros said...

@Nora Karim yeay...menang !!!

nik ros said...

@Hatimi Tahirruddin semua kena mainkan peranan. harap2 dapat perbaiki lagi prestasi diorg kat padang.

lawan kita ni bukan calang2 negara. musuh tradisi gak ni :)

liza♥aufa said...

lepas goal ke 2 saya tak tgk, perut kecut dah hehehe

nik ros said...

@liza♥aufa nik tengok dari mula sampai abis games

berdebar pun berdebar la..huhu

Mimie said...

harimau malaya terbaekkk

syiela said...

riuh rendah kat rumah mertua.. semua pakat balik tengok kat kg hehehhe

nik ros said...

@Mimie
diorg buat masa ni mmg terbaik.so harapnya terbaik bila menentang thailand nnt :)

nik ros said...

@syiela
syiokk la.dapat tgk ramai2.sis tgk berdua jea dengan adik :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tahniah malaysia

nik ros said...

@Wanieys a.k.a IbuQalief tahniah untuk malaysia/so kena kerja keras utk lawan thai nnt :)

Related Posts with Thumbnails

busuk.org

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink