Saturday, December 1, 2012

dekorasi bilik tidur idamanku


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

berangan itu best. kali ni berangan nak hias bilik tidur lak
nik dah dapat set bilik tido idaman nik. happy sangatlah  ◕‿◕
cuma perlu tambah something untuk buat bilik tido kami lagi menarik

sebenarnya ade barang yang macam tak sesuai bila digabungkan dengan set bilik tido tu.
tapi fikir balik, takkan nak beli yang lain kot. kalau banyak duit boleh la kan.
so walaupun tak sesuai terpaksa gak la letak kat bilik kami :)
walaupun bilik tidur bukan tuk tatapan umum, tapi nak gak hias biar nampak cantikkan
yang paling penting selesa




sumber gambar klik SINI


nik tak suka sangat dengan aksesori yang banyak-banyak dekat bilik ,
cukuplah sekadar ada meja solek,katil dan almari,
suka kalau ada almari yang boleh simpan macam -macam barang.
so bilik akan nampak kemas dan teratur  :)
suka nyer purple kaler ni. feveret kaler ni .
dapat hias macam ni pun dah kira ok la ni

ok stop. cukuplah seisi berangan untuk kali ini yea. sambung berangan lain kali lak
banyak keje rumah tak siap lagi ni..ehehe
sebelum tu,  ni idea menghias semula bilik tidur dengan cepat dan jimat.

#1 Cat semula
Dengan menukar warna bilik tidur, anda akan mengubah suasananya dengan sekelip mata. Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan warna yang terang (bright color) untuk menggantikan suasana dull sebelum ini. Anda juga boleh menggunakan kombinasi beberapa warna untuk dinding di situ. Bilik tidur anda akan kembali segar dan mengujakan.

#2 Ganti set cadar dan langsir
Satu lagi cara, ganti set cadar, sarung bantal, comforter dengan tema warna yang lebih menonjol. Tumpukan pada pemilihan tema warna yang sesuai. Soal kualiti boleh diketepikan sekiranya kurang berkemampuan. Percaya atau tidak, walaupun hanya menukar comforter dan sarung bantal, anda akan memperoleh perubahan yang diharapkan. Untuk lebih lengkap, ganti langsir mengikut tema baru yang dipilih.

#3 Letak hamparan, permaidani atau rug
Ini cara yang paling mudah untuk menghias bilik tidur anda dengan cepat. Jika diletak ditempat yang betul, hamparan atau rug ini akan menjadi titik tumpuan (focal point) bilik tidur anda.
Pilih dengan bijak hamparan yang ingin digunakan agar kewujudannya mampu memberi kesan pada keseluruhan suasana bilik tidur anda. Contohnya, jika bilik tidur anda berkonsep kontemporari, pilih corak geometri pada hamparan anda.
sumber di SINI

apapun thanks coz sudi baca entry saya dan Alhamdulillah traffic blog makin meningkat
maknanya ada jugak orang yang sudi baca blog yang tak seberapa ni
thanks tau korang


24 comments:

  1. again.... that Black and white menjadi idaman hatiku!!! hehehehe dah boleh nampak betapa boringnya I kan, asyik2 black and white.

    ReplyDelete
  2. @Nastyna cantik la black and white. tapi mcm tak sesuai kalau ade anak yg aktif..hehe

    kena jaga btol2 la perabot tu kan. kalau putih kan cepat kotor :)

    ReplyDelete
  3. nak realitikan sesuatu benda mesti la kena berangan dulu, kalo x, tak menjadi nanti..hehe..

    p/s : moga pasni entry ni dpt sumbangkan trafik dgn lebih kencang lagi..heee...

    ReplyDelete
  4. sedap mata memandang.. sng sikit nk tdo.. tak semak pandangan, tak semak hati dan fikiran...

    ReplyDelete
  5. betul tu nik, yg penting bilik tu simple tapi menarik...

    ReplyDelete
  6. Pewittt... ada masa n peluang ni bek deco elok2...sy da xmenyempat nk deco... 1bilik dgn anak2... katil pun da masuk store sbb xnak anak jatuh katil so sume tdo kt bawah jerk...hihi... ouh eceli suka kaler purple jgk... takpun pink+putih... nmpak ruang lbh luas n romantika... :D

    ReplyDelete
  7. ikea punya barang semua lawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,sukaaaa :D

    lama tak dapat blog awak ...

    ReplyDelete
  8. @jaakechik harap lepas byk berangan ni akan jadi kenyataan la yea..hehe

    trafik tak ade la kencang mana. tapi boleh la kan.

    ReplyDelete
  9. @pha is sedap mata memendang tu yang penting

    tempat untuk tido harusla selesa :)

    ReplyDelete
  10. @Haryati Faizal kan.. simple tak pe.biar selesa dan menarik :)

    ReplyDelete
  11. @Faizah^Ramli biasa la kan. ade anak2 kecik ni susah skit nak deco2. tak pe la. untuk keselamatan anak jugak :)

    ReplyDelete
  12. @onie
    ikea mmg semua lawa2

    harga dia pun lawa jugak..ehehe

    ReplyDelete
  13. @khairul hassan kan...duk dalam bilik jea la

    tak nak kuar2..hehe

    ReplyDelete
  14. Bilik saya tak lawa. Buatlah ape pun, hiaslah macam mana pun, ttp tak byk boleh diubahkan. Sad life -_______-

    ReplyDelete
  15. @AmyZana tak pe.asal kemas dah kira ok la tu

    tak lawa pun tak de la kisah mana pun kan.

    ReplyDelete
  16. wow wowww...mmg lena sgt la tdo kalau dapat bilik cmni..hehe

    ReplyDelete
  17. @♥ sitifarhana ♥ kna..lena dan tak nak bangun2 dah kalau dapat yg mcm ni..hehe

    ReplyDelete
  18. saya suka juga yang warna purple tu... sweetnya...

    ReplyDelete
  19. @Nora Karim kan...nik suka sgt warna purple ni.kan best kalau dapat deco mcm tu :)

    ReplyDelete
  20. @Mimie
    nik pun berkenan kat kaler purple tu.mmg cantik :)

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^