Tuesday, January 31, 2012

Pixy UV Whitening Two Way Cake



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers :)

entry kali ni nak share tentang satu produk yang dah lama nik guna, bedak compact Pixy UV Whitening Two Way Cake.

INFO Pixy UV Whitening Two Way Cake
2 way cake ( foundation + bedak asas )
 with UV Whitening
SPF 15

Pixy UV Whitening 2 Way Cake

apa yang nik suka tentang Pixy UV Whitening Two Way Cake
harga murah berbanding brand yang femes..tapi kualiti superbb
ade refill, so kalau korang nak jimat beli jea yang refill
boleh guna 2 cara, samaada nak pakai span kering or pakai span basah
rasa ringan bila tempek kat muka
mula2 pakai rasa macam putih melepak walaupun sapu macam biasa jea, tapi bila lama2 akan nampak natural 
senang nak cuci

apa lagi yea...ermmmmm...nak tahu kena la try sendiri :)

Jenis Bedak PIXY

1. Oriental Yellow – Untuk kulit cerah / kuning langsat
2. Golden Beige – Untuk kulit cerah
3. Natural White – Untuk kulit cerah
4. Yellow Beige – Untuk kulit kuning langsat
5. Tropical Beige – Untuk kulit gelap
6. Natural Beige – Untuk kulit sederhana gelap
7. Ivory – Untuk kulit yang kemerahan / kuning langsat
8. White Cream – Untuk kulit putih & cerah


nik pakai Natural White



nik selalu beli kat watson . harga bawah rm 20.

k la.till then
bye

Monday, January 30, 2012

kecintaan pada maxi dress ^_^




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers :)




maxi dress . cantik sangat =)
bestnye kan kalau ade duit banyak, boleh shopping sakan..haha


gaji lambat masuk pulak bulan ni.
bonus? 
jangan berharap la nak dapat walaupun keje separuh mati pun..huh...malas nak citer.kan citer lebih2 kata tak bersyukur pulak..opsss

company nik ni tak kira la raya cina ker, krismas or raya puasa sekalipun, gaji tetap masuk akhir bulan.

dapat cuci mata jea la yea ^_^

sekarang ni saya gila nak beli maxi dress.
selalu la duk usha2 kat poplook.com. berkenan sangat ngan maxi dressnya
huh. cute kan?

harga maxi dress kat sini berpatutan la. mampu  beli. banyak lagi dress2 yang menawan hati ade kat sana.

cantik color ni kan.
meraung tengok baju ni.sebab cantik sangat ^_^






k la.till then

sumber : ThePopLook.com

Sunday, January 29, 2012

debaran AJL 26




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers :)

berdebar tak nak tunggu AJL 26?
 nik memang tak la sebab bukan nik yang bertanding pun. huhuhu
kecoh pulak la kalau nik yang nak berdebar kan. bukan kita yang bertanding.




Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu AJL ke 26 (AJL 26)

1.Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
3. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
4. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
5. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
6. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
7. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
8. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)9
10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
11. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
12. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

bukan calang-calang finalist dalam AJL 26 ni kan.lagu-lagu pun banyak yang popular

Lagu Pilihan saya
Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)


8 || Quote of the day




Assalamualaikum


JODOH tu rahsia ALLAH


ツ SEKUAT mana kita setia
ツ SEHEBAT mana kita merancang
ツ SELAMA mana kita menunggu
ツ SEKERAS mana kita bersabar
ツ SEJUJUR mana kita menerima


ツ.. •.♥• Jika ALLAH Tidak Menulis JODOH Kita Bersama dia..
Kita Tetap Tidak Akan Bersama Dengannya •.♥• ..


Kerana tulang rusuk dan pemiliknya TAKKAN PERNAH tertukar dan akan bertemu PADA WAKTUNYA.. InsyaAllah ♥




jangan risau jika korang belum bertemu jodoh. setiap manusia di jadikan berpasangan.
maybe belum masanya korang bertemu si dia.
bagi yang masih mencari, jangan putus harapan.yakin dengan janji Allah.
jodoh pertemuan semua di takdirkan olehNya.
 sentiasa berdoa moga Allah temukan dengan si dia yang sesuai.

Saturday, January 28, 2012

variasikan tudung bawal anda



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers :)

perasan tak skarang ni ramai yang pakai tudung bawal balik kan. tapi dengan cara yang berbeza.
yea la .trend sentiasa berubah.memang takkan boleh nak ikut trend sangat. senang ikut apa yang kita selesa lagi bagus kan.
inspirasi style tudung ni katanya dari fashion designer terkenal kat indonesia, Dian Pelangi


cool kan style macam ni
hanya dgn tudung bawal, korang boleh nampak trendy.

style tudung ni paling nik suka, tapi tak penah nak try pakai kat luar.
cuba2 jea dulu kat umah..hehe

sebelum ni asyik dgn style-style tudung dari arab
ape kata  try tudung style ala asia pulak kan
jom tengok video tutorial  yang  ade kat You tube.


style 1





http://adrinastory.blogspot.com




style 2


http://aimierifdi.blogspot.com


style 3





nik lambat skit bab2 style ni
still lagi dengan style tudung bawal pin sebelah kanan dan kiri..hehe
 suke pakai tudung bawal sebab flexible
tudung bawal tetap menjadi pojaan hati ku




Hijab is an attitude, not a fashion.

boss belanja KFC! haha nyum2



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers :)


happy weekend semua..mari bergumbira di hujung minggu... apa plan korang ari ni?
nik  ingat nak keluar berjimba hari nie. tapi last-last duduk rumah jugak.
so masa bermesra dengan blog kesayangan la yea ...winks


sepatutnya setiap kali jumaat, kat opis memang ade sarapan free.
tapi jumaat lepas boss tak sempat nak bagi kami duit tuk beli sarapan.so boss belanja kami makan tengah hari kat KFC.


boss bagi jea kami duit. so kami lepak makan2 kat sana
selalu kami ade shif time lunch, tapi bila boss bagi kebenaran keluar makan ramai2 ni mmg syok abis la


makanan kami

anak sapa la rajin sangat ni

hari tu nik bedal dua ketul ayam goreng
.sedap hingga menjilat jari :)

opsss


girls lunch out


till then and bye

Friday, January 27, 2012

(gambar ) Majlis Pernikahan Ally Iskandar Dan Farah Lee




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers :)


gambar sekitar majlis pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
tersengih2 tengok gambar diorang ni.sweet sangat :)




Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.
Manakala, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.
kelassnye hantaran.huhu















manisnya pengantin perempuan ni :)
sejuk mata memandang kan












debaran Ally Iskandar sebelum diijabkabulkan












sweet dan simple.masha Allah love it!


suka sangat sinsing lengan si ally ni


















soooooo sweeeettt... ;)




selamat pengantin baru Ally dan Fara
semoga kekal hingga ke syurga..amin..

video  Pernikahan Ally Iskandar Dan Farah Lee


gambar awesome ni dari
Ministry Of Moment
OhBulan

busuk.org