Monday, February 27, 2012

macam pernah ku lihat, tapi dimana yea ?



Assalamualaikum semua

entry santai



bila saya tengok baju Nora Danish time Anugerah  Juara Lagu, saya rasa macam penah tengok jea baju ni

akhirnya dapat jumpa jugak sapa yang penah pakai..
gigih kan saya mencari..haha


*



*


*

tadaaa

Irma Hasmie rupanya
ni time Anugerah Skrin 2010


till then
nite dear

Sunday, February 26, 2012

Life is beautiful..Lets make it sweet



Assalamualaikum semua  ^_____^

entry hari ni tetiba nak berjiwang karat..tolong tahan muntah yea.
kalau tak tahan sangat pi muntah dulu. baru sambung balik baca entry ni.


kami berbeza, tapi perbezaan itu mengeratkan kami
nama pun manusia, pasti berbeza sikap dan perangai
perbezaan tu kadang2 boleh bergaduh jugak. gaduh2 manja jea.mana boleh gaduh lama.
muka tu jugak yang kena pandang tiap2 hari. dia jugak nak peluk time malam2..huhu

beza kami...
sidia penyabar dan saya kureng kesabaran..semua nak cepat jea..eeerrkkkk?
si dia romantik, saya kadang2 jea romantik..maybe lebih pada manja kot.biasa la pompuan yea tak?
saya suka merajuk, si dia terpaksa memujuk.huhu

suami jenis yang peramah,semua org dia nak tegur dan bercerita
saya ni jenis yang pendiam . so memang susah kalau nak ajak berbual. kalau ada pon, just jawab apa orang tanya jea
saya kalau suka sesuatu barang tu memang akan beli terus tanpa fkir panjang.tapi kalau en hubby dia punya memilih tu boleh buat kita pening kepala.last2 sekali tak beli apa2 pun..huhu

kalau dari segi fizikal, saya putih dia berkulit gelap..opsss
saya kurus dia kurus kering..opsss lagi

saya suka mc D , dia suka KFC
saya tak suka minum air bergas, feverat hubby tu minum air bergas

kami berbeza tapi kami serasi bersama
menjadikan hubungan sentiasa ade warna.


miss you dear hubby :)

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu
Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga

tak sabar nak tunggu awak balik

Saturday, February 25, 2012

Trilogi Aku Terima Nikahnya




 Assalamualaikum

nik penah baca buku "Aku Terima Nikahnya"  edisi yang pertama tu.
tak penah lagi baca buku kedua  "Bercinta Sampai ke Syurga."  dan buku ketiga - "Murabbi Cinta"


adik nik beli gabungan ketiga-tiga buku ni. mula2 malas nak baca tapi tetiba rasa nak baca :)
tapi tak abis lagi.baca skit2 jea. tebal kot..orang malas macam nik ni, ambik masa skit nak abis baca.


tapi yang pasti.buku ni memang bagus. banyak info dan pengajaran yang kita dapat dari buku ni.banyak ajar macam mana  mengenal erti kehidupan selepas berkahwin

"Aku Terima Nikahnya" ..buku tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Pemilik blog Saifulislam.Com
buku ni berdasarkan pengalaman beliau sendiri serta realiti sebenar dalam kehidupan berumah tangga

TRILOGI AKU TERIMA NIKAHNYA merupakan gabungan buku best seller Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta. Ia diterbitkan dengan hard cover bersama tajuk depan dengan  Gold Hot Stamping bersama dan teks dalam yang dicetak dwi warna. Turut dihiasi dengan petikan-petikan daripada setiap artikel untuk kemudahan pembaca. Dihasilkan dengan sasaran menjadikannya sebagai cenderamata dan hadiah perkahwinan, juga sesuai sebagai koleksi peribadi.



ayat dalam buku ni boleh buat kita sebak
sebenarnya menitis air mata pun boleh (pengakuan jujur..opsss)

Terima kasih kerana bersama saya menyedari bahawa kita tidak mungkin hidup tanpa ujian kerana ujian-ujian itulah sebenarnya kehidupan kita -Ustaz Hasrizal Abdul Jamil 


Rumah besar belum tentu bahagia.
Rumah sempit belum tentu derita.
Segalanya ditentukan oleh hati.

untuk yang tak terima nikahnyer lagi pun boleh baca buku ni

till then
nite

Thursday, February 23, 2012

rindu ^____^



 Assalamualaikum


Dalam dunia ni orang cantik memang ramai. 
Tapi bukan semua orang cantik tu untuk kamu. 
Dalam dunia ni tak kurang juga lelaki tampan. 
Tapi tak tentu lagi lelaki itu milik kamu. 


Dalam dunia ni masih ada wanita dan lelaki yang baik. 
Namun bukan bermakna dia juga untuk kamu. Hargai la apa yang kamu ada. kerana barangkali dia sebaik-baik yang kamu ada. :)




 ‎:: Mengahwini lelaki yang aku cintai itu adalah satu KEBETULAN. Tetapi mencintai lelaki yang aku kahwini itu adalah satu KEWAJIPAN ::

To My Beloved Husband
miss you :(




Monday, February 20, 2012

sebulan



 Assalamualaikum 



arini saya cuti. petang nanti hantar en hubby ke KLIA.
hidup sebagai isteri yang suaminya keje offshore macam ni la.
kalau diikutkan sangat perasaan, boleh jadi stress


tapi nasib baik sebulan jea en hubby kat sana
sekurang-kurangnya tidaklah jauh sangat.kapal kat persisir pantai jea
risiko untuk mereng tu kureng skit la kan  ^____^
cuma kurang kasih sayang la nanti.huhu



hujung2 minggu lak,terperap je la kt umah..apa lagi layan online jer lah
demi dapat extra duit, terpaksalah.. 
tapi ada sesetengah orang mungkin tak berapa kisah pasal gaji asal tak berjauhan dengan family kot
tapi bagi kami, time muda ni la nak kumpul duit dulu, sebab en hubby bukan nak keje ni sampai tua.
InsyaAllah , moga pintu rezeki lain akan dibuka untuk kami..
harap2 perancangan untuk masa depan yang lebih cerah dan bahagia akan tercapai :)



motivasi untuk saya lawan perasaan sedih ialah merancang percutian selepas en hubby balik dari kerje offshore. kali ni nak kemana erkkkk
sebelum ni  kami ke Pulau Pinang

maybe kali ni ke Pulau Pangkor or Pulau Tioman.
alang2 nak cuti ni,  merancang nak bercuti sakan kali ni


senarai pulau yang teringin nak pegi ( kalau boleh ^____^ )




Pulau Langkawi,Kedah
Pulau Perhentian,Terengganu
Pulau Pangkor, Perak
Pulau Tioman. Pahang
Pulau Sipadan,Sabah
Pulau Manukan, Sabah
Pulau Redang,Terengganu ( ni dah penah pegi zaman  U dulu, kali ni nak pi dengan suami pulak )



Sunday, February 19, 2012

promosi blog




Assalamualaikum readers and blogger sekalian


terima kasih sudi singgah blog,baca entri dan tinggalkan komen
hari ni nak buat jasa sikit utk korang semua (jasa ker..hehe)






bagi yang tak tahu macam mana nak promosi kan blog korang.
apa kata korang join group blogger.  
kat sana korang boleh letak url blog korang .
promosi blog secara percuma jea..cuma kena rajin2 kan diri la
kalau malas, apa pun tak boleh


selain boleh up kan trafik blog.korang akan dapat berkenalan dengan kenalan baru.
macam2 entry yang korang boleh baca dan jumpa dalam group blogger ni.


pastu rajin2 kan la diri lawat blog orang lain jugak.
so nanti orang akan tahu kewujudan blog korang.




antara group yang wujud di facebook ,  yang saya join  ^_________^
antaranya 


































































banyakkan.lebih 30 group untuk korang ping blog korang.
so promote la blog korang sampai bosan :)





penangan Novel



 Assalamualaikum

korang suka baca novel tak?
dah lama rasanya nik tak baca novel.  first and last novel nik beli rasanya novel Ombak Rindu kot.zaman remaja dulu..punya la lama kan
tapi novel yang paling best nik penah baca ialah novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Prof Dr. Hamka. novel  ni nik pinjam dari kawan sekolah.



kat umah nik skarang dah berlambak dengan novel.
bukan nik punya. tapi adik yang punya.
tapi sampai skarang nik  tak berminat nak baca.punya la pemalas nak membaca..haha

paling baik pun nik baca jea sinopsis kat belakang. pastu sambung terus pada bab yang terakhir dalam novel tu..opsss
boleh melayang2 fikiran ni bila baca novel kan...semua macam indah jea
kadang watakdia terlalu perfect..bila fikir tak brapa logik pulak

lagi satu..kalau novel yang tebal-tebal jangan harap nik akan baca
orang pemalas memang takkan suka la baca yang tebal2 ni :)
jenuh la nak baca buka tebal2 ni. banyak part yang takkan di baca la kalau tebal sangat.
hebat la orang yang boleh baca novel ni.siap boleh abiskan masa seharian tuk baca novel jea :)



lagi  koleksi novel adik-adik nik

sekarang ni zaman teknologi..so saya baca blog jea
ok la.kira membaca gak kan  ^_______^



Saturday, February 18, 2012

REZEKI milik TRW




Assalamualaikum semua

Pemain gantian Nor Farhan Mohammad muncul wira Kelantan apabila jaringanya pada masa tambahan membolehkan naib juara Piala FA musim lalu layak ke pusingan ke2 menerusi kemenangan 2-1

Piala FA 2012
Kelantan [2] vs [1] Sarawak

tengok la. brapa ramai pemain import yang kelantan ambik pun.pemain tempatan jugak yang hebat
dah2 la abiskan duit bayar gaji mereka tapi apa pun tak boleh.
baik Ghaddar dan Antwi lagi.
apa pun
 local players done better compare to foreigner player


hero malam ni
terbaikkkk la farhan
nak sangat Farhan masuk ke sebelasan utama kelantan

Kelantan vs Sarawak 2-1 [Piala FA 2012] Gol Indra Putra



Kelantan vs Sarawak 2-1 [Piala FA 2012] Gol Norfarhan


gol kemenangan

si comey lote



Assalamualaikum semua

tetiba je  Eilunie Natasha Nazri ni jadi perhatian kan..cantik orgnya
tak kisah la tentang gosip2 tu ..yang penting majlis E-day dia sangat cantik

suka theme kaler dia..pinky tu..




cantik nyaaaa





















pemilik butik pengantin. patutla majlis E-day dia cantik

gambar awesome dari

10BUCKS PHOTO

Friday, February 17, 2012

reward untuk diri sendiri




Assalamualaikum semua

rasa macam dah lama tak update blog.selalunya tiap hari wajib update 1 entry kan.
perlu spent lebih masa dengan en hubby sebab minggu depan dia dah start keje kat laut.
kena tinggal lagi :(

tak nak la citer sedih2..kang ade yang menangis nanti..haha

just nak share,  nik beli something untuk diri sendiri.
yea la.setelah lebih setahun bertungkus lumus.baru skarang merasa dapat bonus.so apa salah bg hadiah untuk diri sendiri. sebagai motivasi untuk cari keje lagi bagus..opsss
sian dekat en hubby.hari2 dok dengar saya berleter tentang keje.  saya pun bosan dengan diri sendiri..asyik2 bebel pasal keje.


apa yang saya beli untuk diri sendiri


perfume Ralph Lauren
kena tunggu bulan 3 baru dapat bau .hehe
nik pesan dekat adik yang blaja kat UK.




time dah keje ni la dapat merasa guna perfume ni..hehe
opsss...perfume hugo boss kat belakang tu hadiah dari adik bongsu saya.

okey..sebelum melalut ntah kemana baik stop dulu
till then, nite dear




Tuesday, February 14, 2012

gambar- gambar exclusive AJL 26




Assalamualaikum  :)

selamat malam readers2 yg dikasihi dan disayangi
sambil tunggu live bola, sempat la update entry bergambar..huhu
tak abis2 lagi gambar AJL 26. kali ni masa persembahan artis.




cantik kaler jacket yuna ni kan :)
























maxi dress..nice color








mood romantik











baju yg alyah pakai sangat cantik
















































simple jea pakaian Hafiz,t-shirt dengan tracksuit



time latihan :)



















gambar awesome ini dari :
Paradigmastudio Model Management 



apa2 pun GOOD LUCK The Red Warrior
Gomo Kelate Gomo..hikhik





busuk.org