Wednesday, March 28, 2012

weekend activity ! :)




Assalamualaikum 


syukur alhamdulillah..suami saya dah selamat sampai sabtu lepas
so hari-hari saya kembali ceria  ^_______^
boleh bermanja-manja dengan suami tanpa segan silu, kan best tu.hehe

ahad lepas dera dia bawak saya jalan-jalan kat luar. sebulan kot weekend saya sunyi tanpa dia
tak de suami disisi memang rasa janggal. 
si suami yang baik ni terpaksa  layan jea la perangai isteri dia ni
sapa suh tingalkan saya sebulan kan, 
so kena ganti balik masa weekend saya yang bosan tu

pagi2 ahad dah kuar  pegi shopping dengan suami kesayangan


gambar ni poyo kan
kekonon chumel la tewww ;p


si suami memandu, si isteri sibuk bergambar
iloveyou en suami :)


beli barang ni dengan harapan jerawat takkan bertempek kat muka dengan banyak..huhu
dah tua pun still gak jerawat ni tak segan silu nak tumbuh..sedih mak

:

:

:


petang ahad lak kami ke PICC Putrajaya, ade pameran pengantin.
bukan nak tengok pameran tapi nak jumpa orang yang buat pameran.




sebelum masuk kena daftar dulu, dapat la paper bag ni


mrs hafidz


suami kesayangan..i LOVE him
rambut dah macam tempurung kelapa dah..huahuahua
ni baru sebulan kat kapal

actually, abang ipar saya ade bukak booth kat situ.
promote kedai baru dia dekat Klang. MEGA BRIDAL CREATIONS  dah ade cawangan kat selangor okey..dah maju dah skarang.nanti boleh bukak kat puchong pulak.nik boleh berhenti keje jaga kedai pengantin..harharhar



sekitar booth abang ipar dan biras saya :)




antara pelamin tercantik kat pameran ni :)




berkenan kat baju ni. cantik bila tengok live tau :)





pic yang tak brapa nak cantik...tangkap pakai muat jea la.







kusyuk tengok gambar..nak kwen ker dik ooiiii...huhu


tak ramai sangat orang.bagus sgt la.
nik mmg rimas kalau bersesak2 dengan orang ni..opsss





baju dekat booth lain



ini model jea, bukan pengantin yea :)

dapat jumpa siti nordiana..cantik orangnya.lagi cantik bila bertudung.
tapi dapat nengok dia nyanyi dari jauh jea la









weekend akan datang lebih happy dan ceria. sebab semua family akan berkumpul :)
tak sabar nak kumpul ramai2.

Thank you for reading!



Monday, March 19, 2012

for someone special



Assalamualaikum...(^___^)

Seseorang pernah bertanya kepada saya:
"Mengapa sering mengungkap kata-kata yang sama?"

Saya menjawab:
"Kerana ianya adalah kebenaran. Apalah gunanya mengungkap 1000 perkara berbeza, andai 999 daripadanya hanyalah rekaan dan penipuan?"

this quotes was from

opsss!!!


sweet ^____^


nite all
 

Sunday, March 18, 2012

destinasi percutian kami :)



 Assalamualaikum...(^___^)

tak sabar nak cuti . i'm counting days to it. nak rehatkan badan dan otak
asyik kerja je.. sesekali nak jugak pergi jalan2 kan?
bosan jugak boss asyik tengok muka saya jea kat opis

yang best keje swasta ni,boleh je nak cuti bila-bila masa. tak payah nak tunggu cuti sekolah.
time cuti sekolah semua tempat percutian sesak.
tak fun la cuti kalau terpaksa bersesak sesak dengan orang ramai. 
well ! cuti kan ? so , kena lah relax


 destinasi percutian kami next month

PULAU PANGKOR

 so cuti ni kira honeymoon gak la.
semoga dipermudahkan segala urusan

 

Thursday, March 15, 2012

yang dinanti


Assalamualaikum

setiap hari menghitung hari :)  
 menanti kepulangan insan-insan yang tersayang. akhir bulan Mac ni mesti meriah rumah saya
menghitung hari tunggu kepulangan hubby
tak sabar nak tunggu my hubby balik...cepat la balik yea sayang
nak tuntut janji ni..ooppss



menghitung hari menunggu kedatangan ke dua insan teristimewa ni :)
rindunya kat mereka, last jumpa masa raya cina hari tu
rasa macam dah lama sangat tak jumpa
rindu masakan ma..sup ayam yang super duper best

my lovely parent


budak UK ni pun akan balik bulan ni
so, kita pi makan ramai-ramai nanti
adik nak belanja kan .harus pi makan tempat best ni :)

semoga kesayangan-kesayangan saya sentiasa berada dalam perlindungan Allah
tak sabar nak kumpul ramai2 lagi ^______^

pssstt
sorry tau
dah lama saya tak blogwalking ke blog kawan-kawan
weekend ni saya akan balas semua komen korang


 

Sunday, March 11, 2012

.kebahagiaan dan dugaan


Assalamualaikum 


hujung minggu yang membosankan tanpa suami. dari pagi sampai petang dok online sambil-sambil basuh baju dan kemas bilik . online pun duk  bukak facebook dan blog jea.sampai ke facebook suami saya kot, saya bukak. buat spot check sekali sekala, apa salahnya kan..opsss

sedih baca satu wall post dari kawan hubby saya
saya tak tahu apa masalah dia tapi dari tulisan tu saya agak dia ade masalah family maybe dengan isteri kot
berat mata memandang,pasti berat lagi bahu yang memikul kan .




ALLAH ingin menguji  kita.bersangka baiklah dengan setiap ujian dari Allah.
setiap manusia di beri ujian yang berbeza oleh Allah SWT

jangan la asyik nak comparekan diri sendiri dengan orang lain
kebahagian takkan hadir kalau kita asyik melihat kebahagian orang lain dan selalu membandingkan hidup kita dengan orang lain
setiap orang ade cara masing2 untuk bahagia.

apabila kita mencari kesempurnaan dari pasangan kita, kita akan kecewa kerana sudah tentu kesempurnaan tiada pada dirinya.

hanya dengan redha, bersyukur dan mengingati-Nya-lah hati akan menjadi lapang dan tenang. 
hidup di dunia adalah untuk ‘memberi’ yang terbaik, bukan untuk ‘menerima’ kesempurnaan.
-http://diarihati.com-


semoga kita diberi kekuatan dalam menghadapi ujian dan dugaan





hingga saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. kadang2 rasa sedih sangat dalam hati.
saya dan suami, memang teringin sangat nak zuriat.


tapi kami percaya, Allah itu maha adil.. kami anggap ini semua dugaan untuk kami, agar moga suatu hari nanti, bila di kurniakan anak, kami akan menghargai anugerah  Allah itu dan menjaga nya sebaik mungkin.hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita kan,
 Allah wants me to be a better mom, a better wife when the right time comes


syahdu dan sebak bila teringat ujianNya
doakan saya di murahkan rezeki yea kawan-kawan :)


till then
salam sayang dari

Saturday, March 10, 2012

Terima kasih, suamiku



Assalamualaikum

entry untuk suami kesayangan saya. sapa tak sayang suami kan.. lebih2 lagi kalau dapat suami baik, hensem , cool , putih dan  macho lah sangat macam suami saya ni . opssss... ( kembang hidung suami kalau baca ni)...wink..wink...


suami, saya sayang awak sangat2
for my loving hubby. I thank Allah (SWT) for having you in my life

terima kasih kerana menjadi suami saya
terima kasih kerana memahami saya
terima kasih kerana selalu mengalah dengan saya
terima kasih kerana selalu tahan  dengan perangai saya, menerima saya seadanya
terima kasih kerana sering menghiburkan saya, menjadi penyeri hidup saya
terima kasih kerana setia mendengar luahan hati saya
terima kasih, suamiku. engkau terbaik untuk diri ini

kata terima kasih memanglah tidak cukup untuk menggambarkan dan membalas semua yang telah awak berikan dengan ikhlas buat saya

hadirmu adalah anugerah ALLAH yang tak ternilai
moga kita kekal hingga ke syurga


Suamiku, Sahabatku, Kekasihku
saya rindu awak
setiap saat saya rindu awak


love of my life. alhamdulillah. Allah knows best! ♥
saya sayang suami saya dunia akhirat.

melihat suami  mengingatkan saya untuk sentiasa BERSYUKUR pada ALLAH yang  menghantar dia dalam hidup saya di dunia dan INSYAALLAH di akhirat juga
tiada lafaz yang lebih layak melainkan Alhamdulillah.

kehidupan kami lebih baik sejak berkahwin.
saya sangat menghargai apa yang saya ada sekarang
semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat



Ya ALLAH!! andai aku dijadikan daripada tulang rusuk kirinya... ENGKAU panjangkanlah jodoh kami hingga ke Firdausi
-kata-kata dari novel Mahar Setulus Hati-

untuk pengetahuan awak Mohd Hafidz Abd Salam
saya menyintai awak dengan sepenuh hati saya
dan
lagu ni untuk awak

Yuna - Terukir Di Bintang 

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu





"Peluk pasangan anda. Tidak kira berapa kali awak mahu peluk, itu terpulang tetapi peluklah isteri di samping bersyukur kepada Allah SWT kerana anda mempunyai pasangan"
-Dato' Dr. Mohd Fadzilah-


maaf
entry terjiwang pulak malam2 ni :)



Sunday, March 4, 2012

cerita semalam



Assalamualaikum semua

nak story mory sikit pasal peristiwa semalam
semalam kami ke kenduri kawen dekat Rawang. kenduri kawen abang kepada boyfriend adik saya ^____^ . dari bosan duduk terperap kat umah weekend ni,baik keluar  kan. tetiba rasa macam lama jea tak pegi makan kenduri.
tak kenal pun ngan pengantin lelaki or  pengantin perempuan . just teman adik jea.


perjalanan ok cuma sesat sikit je
kul 11.30 pagi dah turun dari rumah. awal kan :)))

gambar tuan blog pembuka entry bergambar..hehe
tuan blog yang bermata panda


kami terjah Jusco AEON Rawang dulu..  jalan2 dan sarapan kat sana
besar jugak la kawasan ni..



adik-adik saya



Secret Recipe




kami sarapan kek .adik nik teringin lak nak makan kek katanya. 
so singgah sini menjamu selera


tiramisu


choc cheese berries




sempat beli ni time pusing2 AEON
tabung duit yang comel :)


lepas makan, kami ke kenduri kawin untuk makan lagi
menuju ke rumah pengantin :)
makan free harus  pergi kan




simple sahaja majlisnya.maybe sebab majlis sambut menantu jea kan.yang penting family semua ade. tu dah cukup kan.

time kami sampai pengantin perempuan belum sampai lagi.
biasala  kalau pergi makan kenduri  mesti nak tengok pengantin. lagi pengantin tak sampai lagi tu lah tak boleh balik..haha


so kami tunggu sampai pengantin sampai. tema majlis color biru. sama dengan color baju saya :)


gula-gula dan potpuri berbau harum



benda wajib untuk tetamu.. goodie bag ^___^


ini pun dapat...comelkan
macam kanak2 la pulak kan




apa pun Selamat Pengantin Baru buat pengantin
opppsss..tak de gambar pengantin kat sini.tak snap gambar pun dengan pengantin..huhu


till then
nite dear


mood :
rindu en hubby..wish you were here B