Monday, April 30, 2012

Didik Hati Jangan Bersedih



Assalamualaikum

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…


ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..InsyaALLAH.

Ketika hati brsedih kita perlu untuk memilih..
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar.

new look...hehe

credit to HERE



Sunday, April 29, 2012

edisi sentap



Assalamualaikum

kadang2 tak de niat pun nak buat status post dekat facebook untuk sakitkan hati orang lain
tapi tak sangka ade yang terasa kot

saya post ni kat wall.


pastu post 1 lagi dekat wall mukabuku


en hubby komen la weeekk kat situ
kwn sy ingat hubby saya lak yg sentap. katanya saya ni pesan suh jgn sentap tapi hubby sendiri yg sentap.bila baca status dia rasa nak gelak kot.ade jugak yg ambik kisah hal status sy yea..huahuahua

hubby saya biasa la....wekkkkk...zzzz
tu komen biasa dari hubby .bukan tanda sentap okey.

kalau dia baca ni mesti dia perli saya lagi.sebab benda mcm ni pun  nak tulis dalam blog kan.tapi ade saya kisah.saya rasa nak tulis sebab rasa benda ni remeh tapi kelakar..hikhik

apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita

apa pun saya mintak maaf kalau saya buat awak sakit hati yea.tak de niat pun.
peace no war



suami isteri yang tak sentap
kami cool jea :)))

terimalah pandangan berbeza tanpa emosi
saya tak mintak anda sokong saya tapi
Allah bagi kita akal fikiran. so fikir la dulu. jangan main redah je
berfikir guna fakta, baru pendapat kita org respect

Saturday, April 28, 2012

with LOVE


Assalamualaikum

dah lama tak update blog
bukan tak mau update tapi tak sempat
tapi sekarang i'm back.. kami berdua baru balik dari Pulau Pangkor semalam
siap bersnorkeling  lagi
later2 la saya citer yea.





so far trip to pangkor memang best.
lagi2 bercuti dengan yang tersayang :)

Sunday, April 22, 2012

dekorasi menarik untuk ruang tamu


Assalammualaikum

minggu depan kalau ade rezeki akan pindah rumah.so duk umah teres la kami nanti.

rumah tu tengah renovate skarang. siap cat warna kuning okey.atas bawah warna kuning.hubby yang pilihkan kaler.so selamat tinggal apartment ku.
tetiba excited nak deco rumah walaupun bukan rumah sendiri.
tapi mana tahu kalau rezeki boleh beli rumah ni terus.haha

saya ni tak de specifik tema untuk decorasi bagi ruang tamu.
asal nampak cantik dan menarik kira okey saje.


perabut macam ni sesuai intuk ruang tamu kami yang sempit 
muat untuk letak sofa dan meja makan
simple tapi menarik :)





5 cara idea segera dekorasi bagi ruang tamu.
tips yang simple tapi dapat beri impak yang besar kepada ruang. 

#1-Ubah kedudukan perabot
Bagaimana kedudukan perabot di ruang tamu anda? Adakah anda mempunyai sofa 3+2+1 atau sofa 2+1+1? Jika anda mempunyai armchair, sudutkan kerusi tersebut 30 atau 45 darjah. Jika kedudukan asal sofa/kerusi di kiri anda, tukarkan ke kanan anda atau alihkan meja sisi ke sudut lain.

#2-Tambahkan kushion
Jika sofa anda ada dua kushion sahaja, tambahkan menjadi empat atau lima kushion.Kushion boleh bentuk berbeza atau sama. Ini bagi mewujudkan cozyness and a bit of luxurious.

#3-Letakkan sofa throw
Adakah anda mempunyai throw, skaf atau helaian kain yang cantik? Letakkannya di sofa. Anda boleh ratakannya di sofa atau sekadar gantungkannya dilengan sofa.

#4-Berikan bunga-bungaan segar
Tiada apa yang lebih indah secara semulajadi dengan memberikan ruang tamu anda dengan bunga-bungaan yang segar.

#5-Buku dan majalah sebagai aksesori dekorasi
Di rumah penuh dengan buku dan koleksi majalah? Hanya dijadikan sebagai hiasan kabinet buku sahaja. Adakah anda ingin tahu bagaimana mengunakan buku/majalah sebagai barang hiasan?

Caranya, susun rapi buku/majalah di atas meja kopi anda. Tujuannya, supaya ia boleh  dijadikan topik perbualan kita dengan tetamu dan mereka boleh membacanya dahulu sementara menunggu kita berhias diri atau menyiapkan makanan.

Sebahagian buku/majalah tersebut boleh dijadikan alas pasu bunga atau aksesori dekorasi lain. Buku yang dijadikan alas perlulah yang jarang kita baca. Kalau tidak sikit-sikit mahu alih buku dan aksesori tersebut.


credit  HERE

pssttt
banyak barang nak kena beli bila pindah rumah baru ni
yang penting langsir harus ku borong dulu..rumah teres so banyak la tingkapnya..


promosi blog Part III


Assalamualaikum

kembali ke entry promosi blog. tak sangka banyak lagi group kat facebook untuk korang promosi kan blog. nik terjoin beberapa lagi group kat blog.
Alhamdulillah, trafik blog semakin meningkat. makin ramai kenalan nik :)



perlu ke letak gambar yang tak ade kaitan dengan entry
ikut suke la kan…blog sendiri so tak yah nak pikir orang suka ke tak..rase nak letak..go on je..haha

entry terdahulu





























 

Friday, April 20, 2012

Nasi Arab di Restoran Saba’ @ Cyberjaya



Assalamualaikum ^____^

minggu lepas punya cerita, arini baru nak kongsi cerita dekat korang
sabtu lepas kami satu family ramai2 singgah makan tengahari di Restoran Saba, Cyberjaya.
restoran ni berkonsepkan makanan arab. kali ni family akak join sekali. lagi meriah la.
 tu pun tak cukup korum. ade lagi yang tertinggal

Restoran Saba, Cyberjaya

and the menu




pilih makanan dulu


LOVE them :)








my MAMA


candid..hehe







tak rugi pun makan nasi arab tu sebab harga lebih kurang RM15+ sepinggan 
serving size nasi arab kan besar portionnya
boleh share 2 3 orang lagi.









berselera semua orang makan. makanan best or memang tengah lapar ni :))







service kat sini ok walaupun ramai orang

not bad food dia kalau ikut selera nik
although i'm not a fan of arabian food :)

SABA’ RESTAURANT
4800 SUITE, 0-2 GROUND FLOOR
BLOCK A1, JALAN PERDANA
CBD PERDANA CYBERJAYA
TEL: 03-83202544

happy dapat spend time dengan family

Thursday, April 19, 2012

can't wait .. time for holiday



Assalamualaikum ^_______^

tak sabar nak cuti. rasa macam nak pergi malam ini jugak. :)))
dah applied leave semalam, and now I'm counting days to it.
nak enjoy puas-puas.. tak nak langsung fikir pasal kerja

tak sabar jugak nak berenang-renang dengan ikan yang comel
 (macam la tahu sgt berenang..ermmm)
tak sabar nak melihat keindahan ciptaan Allah  di Pulau Pangkor ^____^
dah yang penting, dapat berhoneymoon dengan suami tersayang sebelum dia naik kapal lagi


 doakan perjalanan kami selamat


Monday, April 16, 2012

rumah kembali sunyi


Assalamualaikum

adik dah terbang ke London semalam. ma dan ayah balik dah pagi tadi. for sure rumah akan jadi sunyi laaa sket 
seronok sangat bila dapat kumpul ramai-ramai
walaupun tunggang langgang satu rumah. huhu

bulan 5 nanti kita kumpul ramai2 lagi k

to adik...Good Luck untuk exam




Sunday, April 15, 2012

rumah sewa


Assalamualaikum ^_____^

excited nak tengok rumah yang di jangkakan akan kami sewa . tengok depan rumah not bad la.
cer korang tengok.not bad kan.

tapi bila sampai depan pintu, mak kecewa tengok noksss
 pintu ada yang dah tercabut, lantai atas banyak yang rosak.
kata tuan rumah,akan ada kontraktor yang datang baiki.
 tapi rasa2 nik makan masa jugak nak siap.

hati ni macam dah rasa tak minat nak sewa tengok keadaan rumah macam tu
kalau di baiki pun mesti tak elok jugak

tak faham la dengan tuan rumah yang boleh buat iklan sewa rumah tapi rumah rosak,
haishhh..misi cari rumah sewa lagi la kalau macam ni

acara mencari rumah sewa ni betol - betol menguji mental dan fizikal
tengah pening mencari rumah sewa.
dah klik kat mudah.my tapi semua dah ade orang booking.
kalau ada pun mesti mahal atau jauh.

Insya'allah kalau ada rezeki tak ke mana kan.


Wednesday, April 11, 2012

my Baby Bronze



Assalamualaikum ^_____^

hampir 2 tahun dah kete ni berbakti pada kami
alhamdulillah, banyak jasanya


my Baby Bronze

en hubby dah ubah macam2 dekat kereta ni
hubby dah pasang carbon fiber sticker dekat bonet depan kereta


nak nampak sporty katanya :)))
jimat sebab pasang sendiri

first2 dapat kereta, dia tinted  . panas katanya kalau tak tinted
apa2 jea la en hubby asal awak bahagia

lepas  tu hubby dah tukar  eksoz kereta bunyi macam  guruh okey.
yang ni saya kureng suka skit. perghhhhhhhhh sakit telinga dengar
tapi nasib baik dia dah tukar  balik kepada yang asal. berkesan jugak bebelan saya yea..haha

setahun lepas tu, hubby tukar tayar dan sport rim sekali.
pasng lampu spotlight.


ade duit sikit, dia tambah la benda alah ni
hurrmmmm


macam-macam sticker dah yang tertampil kat kereta persona kami ni :)



latest, baru pasang skirting .


pasni tak tahu apa lagi yang en hubby nak ubah.kena tunggu la kan.