Thursday, May 31, 2012

cinta jarak jauh


Assalamualaikum

pejam celik pejam celik dah dekat seminggu hubby outstation.
sejak hubby kembali outstation di tengah lautan, masa saya hanya di rumah.
dah tak de istilah dating berdua-duaan lagi
sekarang dating melalui phone dan FB jea la.
nak buat macam mana kan, dah rezeki kami macam ni.

alah bisa tegal biasa
remember, absence makes heart grow fonder.ahaks!
kalau dekat ni asyik nak berperang aje pun...ehehehehe

kami penah merasa erti susah, gaji laki bini paras lubang idung jer
cukup2 makan . dulu nak simpan memang tak la.
now, Alhamdulillah, bila hubby dapat keje macam ni memang rahmat besar buat kami.
duit bukan segalanya, tapi kalau tak berduit lagi payah kan

yang penting pasang niat nak cari rezeki untuk family. InsyaAllah lebih berkat
bila hubby balik boleh plan nak gi holiday
dapat la  pegi holiday jauh sikit walaupun dalam malaysia jea yang mampu :)





to my Lovely Hubby

♥ Walaupun jauh, saya tetap SETIA dengan awak.
♥ Walaupun jauh, HATI saya tetap pada awak.
♥ Walaupun jauh, saya akan tetap TUNGGU awak.
♥ Walaupun jauh, saya tak pernah berhenti CINTA kan awak.
♥ Walaupun jauh, saya sentiasa RINDU kan awak.
♥ Walaupun jauh, awak sentiasa ADA di HATI saya




adeeiiii mood tersedih lah pulakkkk
semoga my Hubby sentiasa di lindungi dan diberkati selalu
harapnye perkahwinan kami kekal hingga akhir hayat dan insya Allah hingga ke syurga

en Hubby
ramadhan pertengahan bulan July, so sempat lagi kita buat 1 trip percutian
kali ni nak pi mana erk

Tuesday, May 29, 2012

Little Waroeng Jakarta


Assalamualaikum semua ^_^

Alhamdulillah rezeki, bos belanja makan
entah apa mimpi boss tetiba nak belanja ( alamak...terpuji bos sendiri lak)
apa pun  Thank u bos! nanti belanja tempat lain pulak naa

 this is my first time being here dengan kawan-kawan even though this kedai sebelah jea dengan opis. nampak sgt kami ni jarang explore kawasan sekitar opis ni

boss beli coupun dekat Milk a Deal. so dapat la harga murah.pandai boss.hehe

Enjoy the pics


Little Waroeng Jakarta
kecik jer kiosk ni tapi macam-macam jenis menu ada


WiFi free

kami kena pilih antara 2 menu ni

Ikan Goreng Joget: Indonesian style crispy dancing fish served with steamed rice, sweet black sauces, sambal terasi, keropok bawang, soup soto & lalapan

Ayam Bakar: Indonesian style BBQ 1/4 of chicken with indonesian style kampung fried rice, acar, ikan bilis tempe orek, keropok bawang & lalapan

so kami pilih menu ni


Ayam Bakar
semua opismate pilih menu ni sebab tak minat makan menu satu lagi
sebab macam scary jea tengok gambar ikan tu :)


Mira dan Ju
mereka teman rapat saya di opis


Lin dan saya

tak cukup dengan nasi Ayam Bakar , kami order Ais Kacang




sempat snap pic opismate
gambar kenang-kenangan





boleh kata ok la makanan kat sini.not bad la.sedap

boss beli kat sini
rasanya dah abis kot promosi nya



harap2 nanti bos jangan la segan2 nak belanja kami lagi yea
setakat belanja mcm ni, celah gigi boss jea kan
hehehehe


Little Waroeng Jakarta
GF, Lot 1-0-23,
Pearl Point Shopping Mall, Batu 5, Jalan Klang Lama,
Kuala Lumpur 58200




Friday, May 25, 2012

sms from hubby


Assalamualaikum

masuk 2nd day dah mula rindu Hubby...sob...sob :"(
terkenang  Hubby ku yang jauh di mata
tak pe, jauh dimata tapi dekat dihati

tetiba plak sayu hati baca sms ni
ape la dia tengah buat sekarang

mcm ni la penangan PJJ, kena banyak bersabar dan berkorban
kami berhubung guna internat saja lah.
tak kisah la, janji dapat melepaskan rindu
bila jauh ni rase macam zaman bercinta plak

so pada sapa2 yang senasib dengan saya
semoga semua tabah menghadapi
so , no more entry sedih2
be strong okey

 lama tak letak gambar posing syok sendiri dalam bilik..opsss

Thursday, May 24, 2012

hampir tiba!


Assalamualaikum

hubby outstation lagi :(
kali ni ke Kemaman , Terengganu. maybe lebih kurang sebulan .
so jangan hairan  kalau kebanyakan entry sebulan ni, entry jiwang berkarat :)

memang tak seronok kalau hubby takde
perasaan? hanya Allah yang tahu
 nangis juga time rasa sunyi..hihihi

cuba +ve kan diri
husband cari rezeki untuk kami
balik nanti nak kongsi kesenangan dengan isteri jugakkan  ^_____^
sapa yang untung? isteri jugak

kali ni hubby tak perlu risau sangat
family nik dari kelantan ade kat rumah kami
sebulan mereka kat sini, teman anak dia..hehe

tetap redha walaupun terpaksa

I'm gonna miss you so much hubby *sob, sob*




Wednesday, May 23, 2012

Enjoy dengan Family Mertua


 Assalamualaikum 

sabtu lepas kami ke melaka.melawat saudara mak mertua yang nak buat kenduri. kenduri sepatutnya minggu ni tapi tarikh kenduri clash dengan kenduri saudara yg lain so mereka cadang nak datang awal.

family mertua dari johor, kami dari puchong so jumpa dekat Umbai,Melaka
lagi pun kami berdua dah lama sangat rasanya tak jumpa family hubby.




lepak sini dulu, family mertua belum sampai lagi




sempat rembat fringe magnet yang cantik ni  dekat Pahlawan Walk Market :)
kat sini jual macam-macam barang cenderamata

lepas kami ke rumah bakal pengantin, kami pusing-pusing dalam Dataran Pahlawan Melaka Megamall lagi


Along sempat rembat iron untuk kerintingkan rambut





kami di Heritage House . kat dalam Dataran Pahlawan Melaka Megamall.
tempat untuk membeli souvenir


macam2  kuih tradisional  ada jual kat sini















psttt
sekali sekala kena juga keluar jalan-jalan dengan family macam ni . baru best! 
nikmatilah masa-masa begini selagi. mereka masih bersama kita

Saturday, May 19, 2012

good morning sweethearts



Assalamualaikum

good morning sweetheartsss..bangun awal today sebab nak ker melaka.
ada jemputan wedding dekat sana
weekend cenggini boleh la spend time lebih skit dengan hubby
minggu depan hubby dah naik kapal balik. jadi isteri tinggal lagi untuk sebulan

tak nak sedih2. weekend ni kita enjoy dulu



apa pun
thanks baca blog kita
nanti kita update kisah kat melaka

Thursday, May 17, 2012

rumah sewa, DONE


Assalamualaikum ^____^

entri kali ni aku nak cerita pasal pindah rumah
setelah penat lelah mengangkat barang, berjaya juga kami pindah ke rumah baru.
penat tu tak yah la cakap. sampai skarang tak siap kemas lagi

dapatlah jugak siapkan sikit-sikit mane yang penting dulu.
yang lain ade masa kang baru kemas balik


this is where I currently live
selesa dari rumah dulu.
 sebelum ni kami menyewa di apartment, sekarang Alhamdulliah, dapat sewa rumah Semi - D
pasni kita duk banglo pulak
*tangan di dada, mata ke atas sungguh


sebelum tu, tuan rumah ubah suai skit rumah ni.kasi cat baru. so kami cat warna ni
BERSIH jea nampak kan..opsss


nak jimat kami pinjam lori kawan en hubby
so  en hubby drive sendiri.
barang2 yang tak guna kami sedekahkan.yang buruk2 kami buang jea

barang2 semua kami angkut sendiri.
hebat kan
*tangan di dada, mata ke atas



macam-macam benda lagi nak kena beli.
ruang makin luas. so kalau tak de barang rasa kosong jea rumah.


duit dah banyak melayang kat nilai 3 aritu.
en hubby belikan kerusi ni
dah lama sangat dia teringin nak beli :)


masih gunakan sofa yang lama :)


sempat ko kita rembat meja makan.
supaya satu family tak makan bersila lagi :)


baru jea beli tv
tapi tak sempat nak beli rak tv.lain kali la kan





di sana sini ade cermin

tak siap kemas sepenuhnya lagi
nanti2 nik update lagi tentang rumah
mana tahu dapat beli rumah ni kan

thank sudi baca blog kita
bye

Tuesday, May 15, 2012

Sport Rim


Assalamualaikum

sport rim lama dah bengkok . so hubby decided tukar baru.
katanya kalau bawak kereta, steering bergegar
alasan je nak tukar rim kan?hehe


sport rim untuk my Baby Bronze, wink wink
lawa tak?