Monday, July 30, 2012

dilema baju raya


Assalamualaikum  (",)

susahnya nak cari baju warna biru yang berkenan dihati .semalam duk sibuk usha baju kurung online kat FB. rambang mata tengok baju cantik-cantik kat  SINI
tapi bila tanya owner hampir semuanya dah sold out. lagi2 baju yang bewarna biru.
tengok la baju yang cantik2 ni semua dah sold out tau.


berkenan sangat dengan yang ni
harga pun berpatutan
frust okey tak dapat yang ni..kalau tak mesti cantik giler nik time raya nanti * haha
harap tak de yang sentap bila nik keluarkan statement angkat bakul sendiri ni yea


ni pun not bad kan





yang ni pun sama..huhu

ingat yang ni mesti dapat punya la ,last-last dah sold out jugak
 * sentaphatimaknak



sumber pic dari SINI

tapi owner online shop ni bagus. nik dah bagitau  nak cari kaler biru, dia usaha carikan baju kaler biru seakan sama dengan yang kat atas tu dari supplier dia

Akhirnya,. Alhamdulillah…arini dah berjaya mendapatkan sepasang baju raya yang berkenan di hati. pastu kena pulak dengan sizenya,
 cukupla sepasang.susah nau nak cari kaler biru ni.
so skarang dah lega.

tapi tak nak show off lagi baju raya tu, nanti dah sampai kita kasi tengok yea.
tak cantik pun baju raya kita. biasa-biasa jea.

thanks en hubby
tahun ni dia sponsor baju raya. *senyum sampai ke telinga
tapi yang tak best tak dapat raya bersama.


Sunday, July 29, 2012

jalan-jalan dengan adik beradik


Assalamualaikum  (",)

sabtu semalam hari berjimba dengan adik beradik perempuan saya.kami ke  Kenanga Wholesale City, KWC.

best sangat kami jalan-jalan kat sana.rasa nak borong je semua apa yang ada kat situ...murah-murah pulak tu. masuk-masuk je dah berpinar  biji mata
tapi fikir duit perlu untuk kegunaan lain, dan gaji pun belum masyuk so baik sedar diri kan







shopping complex ni  dah termasuk dalam senarai shopping complex yang wajib singgah bila nak bershopping. jaga-jaga en hubby * mata ke atas





tak sempat nak singgah semua kedai. mana yang sempat kami singgah jea.  mau lenguh-lenguh kaki kalau singgah semua kedai ..hehe



psttttt
 update pendek je ni, tak smpat lagi nak BW.
ok la.nite all


warna tema baju raya 2012


Assalamualaikum  (",)

Apa khabar. Hope all is well.
korang dah decide dah baju raya warna apa tahun ni? mesti dah kan.dah beli baju raya dah? dah tempah? arghhh kenapa semua orang dah ni,
jeles nya! adik-adik nik semua dah beli. nik sorang jea belum jumpa yang berkenan. dah berkenan saiz lak tak sesuai. ade yang pakai baju lama jugak untuk raya nanti..*sentapmaknak

setiap tahun , family kami akan planning siap2 warna tema yang akan kami pakai untuk raya pertama
tahun ni raya kat Kelantan so harus la ikut tema orang sana.
so diorang dah decide nak pakai color BIRU.
nik memang akan beli baju raya yang dah siap. malas nak pi mintak tailor jahitkan.

warna tema tahun lepas  (2011)  ❤ Hijau


warna tema dua tahun lepas (2010) ❤ Gold

share la warna tema untuk raya korang?
mana tahu cantik , boleh la nik tiru tema tu untuk raya tahun depan lak
tu pun kalau ade lagi kat dunia ni..huhu

Terima kasih sebab sudi singgah blog ni
thank you from the bottom of my heart

Take care. and be good
❤❤ Love ❤❤




Saturday, July 28, 2012

Ramadhan ke 8


Assalamualaikum  (",)
dan Salam Ramadhan semua

Syukur Alhamdulillah dah selesai puasa hari ke 8.
menu utama kami. simple tapi sedap.


nasi, telur bungkus dan Tomyam Putih Ayam Putih. Tom Yam ni Ma masak. memang best wooo , lagi2 bila dapat hirup kuah dia.

arini first time pegi bazaar ramadhan.teman adik. beli air kelapa, air soya dan kuih ondeh-ondeh.
terbaikla air kelapa ni.kami beli yang original.so tak de campuran gula .rasa dia memang manis.harga sebungkus rm 2.70. mahal sikit pun tak kisah la.asal sedap dan ori..hehe

air soya pun beli yang original punya.manis dia manis sedap .
 beza la dengan soya yang di beli dalam kotak.

psttt
terskip post untuk ramadhan ke 7
tak sempat nak buat entry.so arini bersambung terus ke Ramadhan ke 8.hehe

Thanks for reading dear ^____^



Kenanga Wholesale City (KWC)


Assalamualaikum  (",)

sure ramai yang penah ke Kenanga Wholesale City (KWC) kan.
ni first time nik jejak kaki kat sini.

kat sini kebanyakan kedai jual borong.memang murah la kalau beli borong.sesuai sangat untuk orang yang nak berniaga
kat sini selesa.ade aircond. 
tapi yang tak best kena beli borong.kalau beli 1 of course la mahal. sikitsesetengah kedai terima jea kalau nak beli sehelai dua tapi kebanyakannya beli borong yea uolss
minimun untuk 3 item dah boleh dapat harga borong.
so nak pi sini, boleh angkut seramai mana kawan or adik2.so boleh berkongsi beli.hehe



mula2 kami singgah kedai yang jual maxi skirt. murah giler skirt dia. 1 helai rm 35. so kalau beli 3 dapat la rm 25 sehelai..kalau beli online paling kurang pun rm 45 sehelai.
adik-adik nik borong 4 helai koo. kain dia pun berkualiti.



 sempat la shopping baju raya. nik tak beli sebab tak de yang berkenan di hati.hajat nak beli baju kurung biasa jea.tak nak baju berlabuci bagai ni.
tapi size pulak yang tak ade.



penjual kat sini ade sorang mulut macam hareemm jea.nasib baik bulan pose tau.kalau tak pose dah lama dah kena maki..haha..garang okey * takut tak
tapi dia dah kena sound dengan sorang customer.  customer tu siap cakap yang dia bayar okey bukan kami saje2 nak tengok. dia kecoh macam kami ni tak nak beli jea.
nak beli kena la tgk baju tu ok ker tak.kalau tak sesuai bukan nya boleh pulang balik kan.

adik try baju tu pun dia marah. bang oii,  lain la nak mintak try seluar dalam.ni baju jea kot.kena la try nak tau saiz okey ker tak.mengong btol la dia ni.
dengar dia cakap macam tu, nik blah jea dari situ. lagipun adik dah siap beli baju dah. malas nak layan org berlagak macam tu.kita yang sakit hati kan.



dah siap beli baju,  kami singgah cuci mata kat sini.  kot2 ade beg yang berkenan di hati
best woo pegi shopping ngan adik2 ni.
boleh kongsi beli untuk dapat harga yang lebih murah
kami rembat 4 biji beg kat sini. cantik2 beg nya.


meriah kaler2 beg dia uolss.ala2 vintage style
ni bukan namanya  cuci mata, kali ni buat rambang mata ade la.
nik terbeli satu..ehehe

kat sini bagus. boleh beli 1 item jea . tak yah fikir nak beli borong untuk dapat harga murah. so beli la brapa banyak pun harga diskaun 50% untuk satu bag.



nanti ade masa kami akan ke sini lagi
banyak kedai tak singgah lagi. kan best kalau en hubby ade * wink wink
boleh la kikis duit dia sikit..haha

k bye


Friday, July 27, 2012

tanpa dia

Assalamualaikum  (",)

berjauhan dengan suami bukanlah sesuatu yang menyeronokkan
people think that i'm a strong woman. mampu berjauhan dengan suami.
 tapi ada masa-masanya rasa sunyi  jugak.
lagi-lagi bila datang hormon nak bermanja dan mengada-ngada

 banyak benda yang perlu kita korbankan bila duduk berjauhan
mental pun kena kuat..ade masa-masanyan nak  sangat dia ade dekat dengan kita
untuk berkongsi cerita dan rahsia :)


walaupun ade adik-adik.tapi takkan sama dengan adanya suami.
tapi kadangkala berjauhan itu lebih baik supaya saya belajar menghargai dia bila dia tak ada di sisi saya
but i wish you were here B

yang penting niat kena ikhlas untuk cari rezeki yg halal.
sentiasa doakan kebaikan pasangan masing2. InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja.

to my other half
jaga diri elok2,jaga kesihatan 
orang kat sini selalu rindu awak  ^____^


Long distance relationship works.
Trust.
Have faith.
Don't cheat.
Just love








Thursday, July 26, 2012

Ramadhan ke 6


Assalamualaikum  (",)
dan Salam Ramadhan semua

 Alhamdulillah nik masih berpuasa sehingga saat ini.
hari ke 6 ni still lagi tak jejak bazaar ramadhan..tapi teringin pulak nak pi jenguk2 apa yang ade kat sana.hehe..tapi bila fikir kena berhimpit-himpit  dengan orang ramai,  tetiba jadi malas nak pegi

bazar ramadhan kat tempat nik biasa-biasa jea
tak ade yang special pun :)

nak tayang menu ramadhan hari ke 6
ala kadar sahaja..yang penting kenyang
hidangan utama tu masak sendiri kat umah . tak beli kat bazaar ramadhan yea
* tapi bukan nik la yang masak..haha
mana sempat uolss..nik kan keje .sampai umah pun dekat nak berbuka dah ** alasan baik punya kan



makanan feveret saya lagi

daging singgang versi kelantan dan telur bungkus 
orang kelantan ni memang  famous dengan masakan singgang ni.sedap dan yang penting senang nak masak.

dan tiap-tiap hari berbuka mesti ade buah . selalunya betik or epal. Ayah masih dalam proses penyembuhan, so setiap hidangan kena ade buah-buahan
kurma memang tak pernah miss la, mesti ada tiap tiap hari. lagipun sunat berbuka dengan kurma. Ma pesan, bulan puasa ni kena la cari  sebanyak mana pahala walaupun nilainya kecil :)

pastu kena ade kuih feveret kami sekeluarga iaitu onde - onde . ade jugak yang panggil  'kekoh cha' , 'buoh mulong' or 'buah melaka'.  kat kelantan kuih ni famous time pose.

ok.tu saje bebelan hari ni.
k bye

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan ke 5


Assalamualaikum  (",)
dan Salam Ramadhan semua

hari ni dah masuk hari ke 5 Ramadhan. ooomakk aihhh. cepat tol dah 5 hari berpuasa.
tak terasa sangat masa berlalu. maybe sebab bekerja kot :)
Alhamdulillah nik masih mampu untuk berpuasa dengan izin Allah . best nya kalau dapat puasa penuh kan.

jom intai menu kami sekeluarga untuk hari ni :)


konsep masih sama .masakan melayu
ikan bawal masak kicap dan sup cendawan
 makanan yang simple saje tapi menyelerakan..hehe

doa saya semoga Allah permudahkan Ramadhan kita semua

pppsssttt
tak sempat nak blogwalking dan balas comment korang.
nanti nik akan approve comment dan blogwalking sekali tau


Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan ke 4


Assalamualaikum  (",)
dan Salam Ramadhan semua

Ramadhan yang ke-4 dah selesai. Alhamdulillah syukur diberi kesihatan dan kekuatan untuk berpuasa.
arini sangat mencabar dan menguji kesabaran .keja ngan manusia ni memang kena banyak bersabar kan

tak nak keluarkan citer yang tak fun di bulan ramadhan ni. so kita tayang menu berbuka untuk hari ini yea.
hari ni masih dengan menu masakan melayu..hehe

Ayam Masak Kurma
makanan feveret ni 

Ikan Siakap Masam Manis
Nyuuummmmyyyy !!! 

adik-adik saya dah pandai masak. so boleh la kawen lepas ni.hewhewhwe
so apa menu berbuka korang hari ini? ceciter


Monday, July 23, 2012

Ramadahan ke 3


Assalamualaikum  (",)
dan Salam Ramadhan semua


Alhamdulillah dah masuk hari yang ke 3 berpuasa
berpuasa time musim panas memang menguji kan
semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan Allah setiap masa.

apa menu berbuka puasa korang hari ni ek?
ni menu berbuka puasa kami sekeluarga tadi .

kangkung belacan


udang sambal petai

dua-dua kegemaran nik :)
untung kan. adik2 dan Ma ade kat umah.
balik2 umah  jea, hidangan dan terhidang kat meja makan.


berbuka puasa sama-sama dengan family memang seronok sangat kan
berselera je makan

ok la.jumpa di Ramadhan yang ke 4 lak.
tu pun kalau sempat update entry..haha

k bye


Sunday, July 22, 2012

2nd Day of Ramadhan


Assalamualaikum  (",)

Salam Ramadhan semua
puasa ke idok uolssss? hehe
Alhamdulillah..hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa.
semoga Allah SWT menerima ibadah kita hari ini .Amin
dan harap-harap puasa kali ni di permudahkan hingga ke akhir ramadhan

mesti ramai yang terjah ke bazaar ramadhan  kan,
 tapi nik takde plak teringin nak pegi bazaar ni..pelik kan?
maybe sebab malas nak bersesak.pastu tak ade apa yang teringin nak makan pun time pose2 ni.hehe
makan jea la apa yang ada. tak pun kirim kat adik yang rajin ke bazaar ramadhan.



juadah berbuka kami yang sangat simple
arini adik-adik saya rajin masak. siap bakar daging dan ayam lagi

dan esok hari pertama bekerja di bulan ramadhan
harap keje tak banyak bulan ramadhan ni.so boleh bukak pose kat rumah
kan bagus kalau dapat cuti sebulan untuk bulan Ramadhan ni kan. erkk??? hehe

thanks for reading
k bye



1st Day of Ramadhan


Assalamualaikum  (",)

and Salam Ramadhan semua!!
hari ni dan 2nd Ramadhan 
done with first day of ramadhan.. Its been great so far

ni saja jer la nak post gambar makanan berbuka puasa pada hari pertama
memandangkan kita di bulan ramadhan jadi harus la entry pasal juadah berbuka puasa kan.


my Nasi Kerabu
beli kat pasar ramadhan jea la uolss..Ayah teringin nak makan ni.so join sekali la beli..hehe

Alhamdullilah.dapat berbuka dengan family tersayang
tapi sedihh (-,-) this is my first time fasting without my hubby sejak 2 tahun bersama.
 its a mix feeling..ermmm

apapun Syukur, masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan lagi
diharapkan ini bukan tahun terakhir. amin.


Saturday, July 21, 2012

cinta alam maya


Assalamualaikum  (",)

cehhhhh, tajuk entri nak gempak jea kan.
sebenarnya nak share something.
macam2 aplikasi kat phone yang boleh kita guna untuk berhubung dengan orang yang jauh
especially yang guna smartphone
ni senarai aplikasi yang nik guna skarang untuk contact my hubby.
tapi make sure ade internet connection or data plan yea

korang yang ada smartphone boleh install 3 benda ni

1) Tango


kita boleh buat voice call,video call dan mesej video secara percuma.
senang kan communicate guna Tango
orang jauh pun rasa mcm dekat je  :)

nak antar video mssg kat pun boleh
kelass kau maria..dulu hantar sms or mms jea, skarang kita boleh hantar video mssg pulak.
untuk pengguna smartphone Samsung, boleh ambil aplikasi ni dari Market

nak detail boleh klik kat SINI


2) Viber 


viber ni boleh sms dan voice call .
sapa-sapa yang nak call free boleh guna aplikasi ni.
kalau tak guna data plan, pergi je mana-mana tempat yang ada wi-fi.
dah boleh guna aplikasi Viber  ni

nak detail boleh klik kat SINI


3)  WhatsApp 




WhatsApp lah aplikasi paling femes skarang ni kan.
cuma tak boleh call tapi dapat sms dan mms free.
jimat la kredit.
katanya aplikasi ni untuk setahun jea.so sapa2 yang lebih dari setahun tu di kenakan bayaran la.
tak sampai setahun lagi so tak kisah la.kalau kena bayar kita cari benda free yang lain.apa susah..yea dak? hehe

nak tahu lebih lanjut klik kat SINI


macam2 aplikasi skrang ni, pilih saja mana yang sesuai sebab masing2 ada kelebihan dan kekurangan tersendiri
korang ade aplikasi yang lagi menarik? share la



budak happy sebab baru jea menari Tango dengan hubby tadi  .ecece
sebenarnya dapat tengok muka dia masa call guna Tango tadi.
terubat rindu
kira cinta alam maya jugak la ni kan .walaupuun dah lama kawen..hehe


Friday, July 20, 2012

Dapat souvenir dari Sabah dan Korea ^_^


Assalamualaikum  (",)

entry simple je ni . cume nak bagitahu , nik dapat souvenir
Yehaaa..nik ni kan if orang kasi souvenir simple pun dah  happy giler
 tak kisah murah or mahal, besar or kecik, janji dapat kan
setiap pemberian harus di hargai. tanda nya orang ingat kat kita..hew hew hew

sampai jer opis isnin pagi tu...terus one of my colleaque suh pilihkan kerongsang. so nik pilih yang ni


design yang simple dan cantik.
souvenir from sabah
keesokannya tu terus pakai pi keje uolsss.





dapat T-shirt dan mask
ni souvenir dari adik.dia melencong ke Korea aritu..hehe

Thanks Nadzia and Adik  for this souvenir  ^__^ winks
Thanks for reading!