seriously cantekkk seh rekaan baju Jovian
mengenang kan harga sepasang paling murah RM280 , so tak jadi nak berangan untuk pakai..haha
lagipun kite tak cantik, pakai baju mahal pun tetap tak nampak cantik *jujur nih
cuci mata tengok koleksi baju raya rekaan Jovian Mandagie.
antara baju yang berkenan di hati tapi tak mampu milik pun (-.-")
baju ni sangat memikat hati
katanya akan lancarkan koleksi Aidiladha.
telan air liur je lah tengok collection Jovian Mandagie
ya Allah..sesungguhnya KAU tak menguji hambaMU diluar kemampuan ya Allah..
dugaan yang KAU beri ini mungkin untuk kami supaya kami lebih dekat denganMU ya Allah..
sehari sebelum nak balik kampung beraya, dapat berita yang adik ade ketumbuhan dekat buah pinggang
ketumbuhan dah besar. so doctor di Hospital Pakar Perdana KB suggest untuk buat operation buang ketumbuhan sebab takut merebak
yang tak ok bila terpaksa buang sekali dengan buah pinggang
so adik decided tak nak buat operation tu dulu.
walaupun ikutkan boleh sembuh sebelum dia berangkat balik ke UK.
kalau ikut doktor, esok nya terus nak buat operation tu. doktor senang jea kan, ade ketumbuhan buang. tak fikir kot perasaan macam mana hidup hanya dengan satu buah pinggang. memang boleh tapi perasaan pesakit hilang benda yang berharga pada badan. mesti keputusan yang susah nak buat.
so adik decide nak try cara tradisional dulu.berharap kutumbuhan tu akan mengecil or sekurangnya tak membesar.
saudara kami ade bukak perawatan islam. so dia suggest makan campuran habbatus Sauda' dan madu asli
"Pada Habbatus Sauda' terdapat penawar segala penyakit, kecuali mati".
[HR Abu Nu'aim kitab al-Tibb, 1819]
Habbatus Sauda di kenali juga Jintan Hitam.
Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
saya baru tahu apa itu Habbatus Sauda :p
banyak kelebihan nya. so harus beli untuk kegunaan sendiri. tak perlu tunggu sakit untuk makan ni
hope boleh jadikan amalan setiap hari, harga dia pun murah.
kena amalkan dengan ayat-ayat Al-Quran. kena yakin semuanya dari Allah
mintak di hindarkan dari penyakit.InsyaAllah pasti berkesan.
Ya Allah! Ya Allah! Dugaan datang lagi.
Kita tidak mungkin mampu mengubah sesuatu yg telah terjadi,seperti mana kita tidak menjangkakan apa yg akan berlaku..semoga dia dan kami terus tabah
ahad lepas adik balik ke UK untuk mohon tangguh pengajian selama setahun.
saya tahu adik saya kuat.kami sekeluarga akan tetap ade di sisi dia untuk bagi sokongan
doakan adik saya baik-baik saje
insyaAllah, adik akan cuba perawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah
mesti korang tahu sebab pemiliknya Hj Lokman dan Ashraf Muslim
pilih tempat ni sebab SERATUS peratus perawatan guna ayat-ayat suci al-Quran
bila kita percayakan Allah, guna ayat-ayat dari Al- Quran. InsyaAllah.semuanya akan okey kan.
ade tu, pesakit kanser tahap 4 pun boleh sembuh (dengan izin Allah) . Subhanallah, hebatnya ayat-ayat dari Al-quran
nak share lagu feveret nik skarang ni. sebak bila baca dan dengar lirik dalam lagu Teman Pengganti gandingan Malique dan Black ni.tak jemu dengar lagu ni.
well done Malique ! such a great song
memang penuh dengan makna. salute dengan Malique, lirik rap dia tak pernah mengecewakan saya. lirik yang sangat indah
*asal dengar lagu ni je rasa touching beb..aishhh
tak mo nangis okey
Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada,seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Ulang *
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
p/s :
semoga Malique sihat senantiasa.
hasilkan karya yang lagi hebat
sentiasa menyokong mu
Lagi gambar perkahwinan Ustaz Don dan isteri , Husna Zahry Rafie di Pulau Pinang
kali ni majlis resepsi sebelah pengantin perempaun :)
majlis yang penuh meriah, tapi still dalam kesederhanaan
jom usha gambar sekitar majlis resepsi mereka
Sweet!
pandai Ustaz Don posing..ehehe
tahniah buat Ustaz Don dan isteri.
Semoga ikatan yang disimpul berkekalan hingga ke Jannah, dan di kurniakan anak-anak yg soleh dan solehah,
jom usha gambar - gambar majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal dengan isterinya Husna Zahry Rafie.
isteri Ustaz Don ni pelajar perubatan dari salah sebuah universiti di Mesir
sorang Ustaz dan sorang bakal doktor
sesuai sangat la
tak jemu tengok gambar pengantin baru yang sama cantik sama padan ni
Manis orangnya
manisnya isteri ustaz...suka tengok senyumannya
Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :
" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260) ♥
lesung pipit..:D
To pengantin baru ,
“Barakallahu lakuma Wa Baraka 'Alaikuma Wa Jama'a Bainakuma Fi Khair"
seorang yang simple..saya menjalani kehidupan serba sederhana.happily married. full time wife.isteri kepada suami tercinta mohd hafidz bin abd salam.
email :leoni.nik84@gmail.com