Sunday, September 30, 2012

doakan mereka bahagia


Assalamualaikum (",)

kisah mereka dah masuk Harian Metro !!!
 lambat tol orang paper tahu, saya tahu lama dah kisah mereka ni..haha * tetiba jadi kepochi pulakkan
kalau korang yang ade instagram mesti korang dah tahu Apex dan Leuniey ni kapel.

tapi tak perlu la kita nak kutuk - kutuk mereka.
lantak la diorang nak kapel pun kan.
just doakan mereka bahagia

susah la manusia ni kan.
tak citer salah. dah citer  pun salah jugekkk


. Apek dan Leuniey.
sesuai ..sepadan..secocok..sekelate
Gomo Kelate Gomo

ehhhh... tetiba kannnnn

pstttt!!!!
do follow me @ intagram nik_ros

Saturday, September 29, 2012

tak sabar


Assalamualaikum (",)
happy and fun weekend uols !!!

Alhamdulillah. di beri rezeki untuk berholiday lagi.
dah plan dengan en hubby nak cuti - cuti malaysia
ni consider as honeymoon jugak la sebab masih berdua kan..hehe!


(◠‿◠) ♥ 

kaki dah ter gedik - gedik tak sabar nak jalan - jalan , cuci mata tengok tempat orang 
lama dah tak pi bercuti dengan hubby. our last holiday dekat Pulau Pangkor
kali ni kami pilih Melaka.

yea Melaka lagi..hewhewhew
seriously, suka sangat kami dengan Melaka. tak tahu kenapa.
maybe sebab banyak bangunan dan senibina menarik dekat sana
kalau yang suka bergambar tu memang syiokk la kan ^___^

lepas tu,  terus balik ke Johor rumah in law dekat Simpang Renggam
en hubby kan tak sempat nak sambut puasa dan raya dengan family
bagi peluang la anak bongsu manja nak jumpa mak ayah dia pulak yea

sapa2 orang Melaka  or pernah ke Melaka?
boleh tak suggest tempat menarik yang harus kami pegi?
maybe tempat tu tak femes pun tapi menarik bagi korang?
share plsss

psssttt!!!
cepat la Isnin
tak sabar nak bercuti ni
harap tak ade apa -apa halangan kali ni :)


ada orang rindu


Assalamualaikum (",)

arini tak ke mana-mana. berehat saja di rumah sambil kemas-kemas rumah.
banyak gile barang - barang kat rumah ni sampai tak terkemas.

en hubby lak keluar. keluar ngan  bestfriend dia
arini masa bersama bestfriend dia katanya..sebab dah 2 ari saya berkepit dengan dia jea

ok fineee
kita tak ade bestfriend

tapi kita ade best opismate ever..ehehe
siap update kat facebook rindu kita okey. wink!  wink!
terharu sangat


rindu nak bergosip, rindu nak berkongsi cerita 
rindu nak gelak - gelak,  rindu nak lepak sama sama dengan Mira

 inilah teman bergosip di office , MIRA
dan of course , kawan yang baik akan sentiasa dirindui :)

nanti bila  free, kita keluar sama-sama okay ?
and Kak Nik miss you too Mira  (◠‿◠) ♥
Thanks for everything!

okaylah, nanti  update lagi.
take care and be good
Wasalam.


Friday, September 28, 2012

Hari yang memenatkan


Assalamualaikum (",)



seperti biasa kalau hubby balik memang tak pernah nak melekat kat rumah.
banyak hal nak kena setel
pagi - pagi lagi dah keluar dengar hubby shopping barang rumah

mula -mula isi perut dulu yea
hubby rindu nak makan roti canai kat kedai mamak
so layan kan jea .


pastu berkejar ke Carrefour Puchong Utama beli barang rumah.
alang - alang dah ke sana terus bayar P1 Wimax.
dan upgrade dari 5 gb ker  15 gb . so internet dekat rumah makin laju..hewhewhew



lepas tu, kitorang pergi survey perabot untuk our room
dah lama sebenarnya nak beli tapi asyik tertangguh jea
dah hampir 3 tahun kawen baru terhegeh - hegeh nak  beli set bilik tido..huhu

hati dah berkenan sangat dengan perabot kaler putih ni
kalau dah berkenan tu memang nak sambar terus jea
hubby bagi pilihan yang lain pun still nak yang tu jugak. so acaner?

akhirnya  terpaksa lah en hubby mengalah. beli yang kaler putih jugak..yehaaa
senyum sampai ke telinga la si isteri  ^____^
walaupun harga dia sedikit melebihi bajet
sowie yea en hubby * kelip - kelip mata


masa  tengah survey tu ada berkenan dengan satu almari ni.
memang meronta2 dah hati nak beli jugekkk.
tapi kecewa bila tengok harga, RM 589 okey ...mahal sangat la untuk almari sekecil ni.


balik balik tu terus kemas bilik.
penat pun sebab ni la. kemas bilik sebelum  nak masukkan  perabot baru  :)

k la
itu saje kot.. nanti kalau ada nak cerita,  kita kasi cerita lagi yea
thanks sudi singgah dan baca blog kita :)



Thursday, September 27, 2012

Lunch treat @ Secret Recipe


Assalamualaikum (",)

kali ni entry makan lagi, makan di Secret Recipe 
yang bestnya bila ada orang nak belanja kita. tak kan nak tolak pulak kan. rezeki tu
so today, i'm going to Secret Recipe with someone special..ahakss

jom layan beberapa keping gambar yang sempat disnap

LOCATION : Secret Recipe,Alamanda Putrajaya

menu pilihan saya

Oreo Milkshakes
first time order this drink. selalu order Ice Lemon Tea jea

Spaghetti Meatball Chicken

ini menu en hubby

 Fruit Punch

Nasi Goreng Satay


pastu kami tapau 2 jenis kek

Durian Cheese Cake
one of my favvy

Pecan Butterscotch
kek ini sangat yummy okeh 

oh yeahh!  great food for today
what a happy belly! ehehe

apapun thanks en Hubby sebab belanja makan.
 baru jea sampai pagi tadi terus ajak isteri makan sedap2..ehehe
macam tahu - tahu jea isteri dia teringin nak makan ni
lagipun dia tahu kalau nak suh isteri dia masak macam ni,
tunggu seminggu pun belum dapat makan lagi..opss

psttt!!!

Secret Recipe halal tau
sila semak status halal online atau SMS jakim. 
tapi kalau masih was was jugekkk sila jangan makan ..ehehe


he's back


Assalamualaikum (",)
dan morning uolss!


yeayyy... i am soooo soooo happy
senyum sampai ke telinga  ^_____^
en suami dah balik ke pangkuan isteri tercinta ..ewahhhh.

long distance marriage macam ni la kan

bersiap - siap nak keluar makan.
k bye

Wednesday, September 26, 2012

Kurung Cotton


Assalamualaikum (",)

sekarang ni trend pakai kurung cotton, kan  ^__^
bukan saja murah tapi sangat selesa bila pakai
cotton yg bercorak polka dot dan stripe sangat la comel



nik try cari online . kain saja dah mahal. belum upah jahit lagi
kalau kat jalan TAR ni harga murah sikit
siap boleh beli baju kurung  cotton yang ready made lagi .

 maybe kena cari kat sana jugak la ni kan
nak beli yang macam kat bawah ni :)

corak polka dot + stripe 

corak bunga kecil


ker ade sapa2 tahu online butik yang jual cotton fabric dengan harga yang murah???
sila la share yea



Hujan rahmat


Assalamualaikum (",)
and morning uols!

Alhamdulillah hujan rahmat di pagi rabu.
syukur.. masih bernafas di bumiMU ini YA ALLAH.


 memang syiook tido time ujan kan. sejuk je rasanya
tapi bagi yang bekerja , hujan tu satu cabaran la kan.
mesti rasa liat nak bangun pagi
tapi  bangun tetap kena bangun. kena keje yea uolss
jangan malas -malas okey 

bila hujan ni automatik rasa lapar
nak pi sarapan dulu.nanti sambung citer.

psssttt

syukur alhamdulillah .
suami dah selamat sampai ke darat.skarang dekat  kemaman lagi.
esok flight kul 6.40 pagi.
weee...excited. tetiba berdebar - debar..ahakkkss
* maaf termengada skit

k bye

Tuesday, September 25, 2012

full time housewife


Assalamualaikum (",)


hari ni masuk hari ke-4 menjawat jawatan sebagai fulltime housewife.
seronoknyaaaaa jadi fulltime housewife ni.
tak menyesal pun resign
maybe sebab nik ni jenis yang tak kesah pun duk terperap kat rumah

tapi tak tahu berapa lama dapat bertahan
skang still lagi okey sebab baru beberapa hari duk umah kannn
bila dah bosan nanti kita fikir la apa nak buat
sebelum sampai tahap tu kita enjoy dulu ..lalalala


excited


Assalamualaikum (",)

minggu ni hari khamis pagi , my dear Hubby akan pulang.
Ya Allah .. excited sungguh nak jumpa suami ni
akan berdua kembali...yeay! (◠‿◠) ♥
 ada teman bergaduh dan bermanja nanti
rindu hubby sangat-sangat.


suami (◠‿◠) ♥

banyak perkara yang kami rancang untuk lakukan bersama-sama
 tiada orang yang suka berjauhan dengan suami.dan berjauhan dengan suami bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.
2 hari rasa macam seminggu, seminggu rasa macam sebulan
masa ni lah akan rasa betapa penting pasangan dalam hidup kita
so bila dah jumpa , harus hargai masa bersama-sama kan

selalu ingatkan diri sendiri, ini baru berjauhan sementara.
macam mana kalau berjauhan selama - lamanya. tentu dugaan tu lagi berat kan?
rindu itu anugerah.rindu tu boleh jadi pemanis dah rumahtangga
at least saya tau suami saya ada dan kalau umur panjang kami akan berjumpa

tak nak sedih sangat sebab hubby bukan pi berperang pun
dia pi kerje. untuk isteri tercinta jugakkan
semoga perjalanan suami di lindungi Allah dan selamat sampai


isteri (◠‿◠) ♥

 pegang kata-kata ni

setiap ujian yang kita lalui adalah sentuhan kasih sayang dari 
Allah.



Monday, September 24, 2012

Inai di jari


Assalamualaikum (",)

tak tahu kenapa nik suka sangat pakai inai. suka sangat-sangat. 
nampak lawa je kuku bila ade warna merah - merah .
korang ingat nak kawen je kena pakai inai ? dah kawen pun boleh pakai tau! 
sebab bolehla feeling-feeling pengantin baru. :) ahakk


masa kecik2 dulu, petik jea daun inai kat belakang rumah.
pastu tumbuk dengan lesung batu. letak nasi, arang dan cuka skit. motif?? nasi nak kasi inai lekat kat kuku. cuka dan arang tu tak tahu apa motif.letak jea la org suh letak..haha..maybe untuk bagi merah kot

pastu bila inai tu dah kering sikit cepat2 pi letak air untuk basah kan
motif?? ntah la.kita main ikut orang buat jea .huhu

suka bau inai daun.
skrang tak dapat inai daun pakai inai dari tiub pun jadi la.


tentulah kaler dia tak secantik inai daun tapi mana la nak cari inai daun kat sini kan.
bau dia pun takkan sama dengan yang original.
tapi tak kisah, asal hasilnya bewarna merah..ehehe


psssttt

thanks for reading my blog!
walaupun entry merapu  meraban kan. sorry korang  ^__^ 

jangan marah naa
saje nak share cite ngan korang!
 thanks you so much to all my readers * bajet ramai yang baca
i love you all so much ! hikhik




delay


Assalamualaikum (",)

hubby whatapp semalam, bagitahu yang dia maybe lambat balik. 
errrmmm.. asyik delay jer .. sampai saya jadi stress.ada jer masalahnya.
sebelum ni bagi alasan tak ade orang nak ganti.
lepas tu guna alasan bot rosak , so nak kena baiki pulekkk.


ayat nak sedapkan hati 

"tak apa la lambat, elaun dapat banyak nanti'

ikut hati bukan duit yang kami nak.tapi nak tak nak kena la terima bila keadaan macam ni jadi kan.
kami bukan nak kejar hidup yang terlalu mewah
cukup lah untuk harungi hidup tanpa fikir bebanan hutang dan mintak  belas ihsan orang lain.

 saya harus blaja redha.
kalau pengorbanan tu ikhlas...Insya'allah berkat

sian hubby, dah excited nak balik jumpa isteri , tetiba dapat berita bot kena baiki.
saya tahu hubby  pun stress. dah lebih 2 bulan dok tengok laut dengan langit jea.
lama dah tak tengok isteri dia ni haaa..rindu katanya..hikhik

mood : berharap dan terus berharap
insyaallah...penantian di akhiri dengan kegembiraan





Sunday, September 23, 2012

ole - ole dari Sabah bah


Assalamualaikum (",)

dapat ole-ole dari Sabah lagi . sebelum ni dapat kerongsang dari Sabah.
kali ni dapat t- shirt Gunung Kinabalu tau uolss..

adik nik yang bagi. dia baru balik dari  Kota Kinabalu
 Alhamdulillah. tak yah beli t-shirt dah


congrat sebab berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu
terima kasih daun keladi , lain kali boleh bagi lagi
hiks :)


Saturday, September 22, 2012

makan free @ Pizza Hut


Assalamualaikum (",)
and morning uols.

jumaat semalam, hari terakhir saya di ofis.
bos dengan baik hatinya belanja saya dan semua staff makan di Pizza Hut. 
Alhamdulillah rezeki. sapa tak suka makan free kan?
tetiba rasa terharu  dan dihargai.auwww..
sebelum ni jarang boss belanja bila ade staff dia yang nak resign.
kira saya orang bertuah la ni yea * mata ke atas

here we are at Pizza Hut @OUG Plaza, Jalan Klang Lama



the menu

my girls !!!


meet my super best officemate, Mira. 
semua hal opis saya share dengan dia :)

gambar makanan yang sempat di snap

mushroom soup..feveret

oriental wing 

Spaghetti

 yeahhh..makan pizza orang belanja!
tak lah perlu risau dengan price. sebab boss yang belanja makan kan


ada lagi makanan yang kami order
 tak sempat nak ambil gambar disebabkan masing-masing dah kelaparan 

best makan ramai-ramai ni.
sampai licin okey..berbaloi bawak budak2 ni makan

apapun thanks banyak-banyak kat my boss sebab sudi belanja makan  dan meraikan saya.
moga murahlah rezeki boss ^__^




busuk.org