Wednesday, October 31, 2012

pilih kasih


Assalamualaikum  (",)

ini entry untuk saling mengingati
tersentuh hati bila baca artikel di blog Madam Fauziah Mohd Noor
rintihan anak tentang ibu yang pilih kasih. 
Madam, saya dah tak ada ayah. cuma tinggal emak, kakak2 dan abang2 dan seorang adik. Mereka semua berjaya madam. Bila mereka periksa, semua dapat keputusan cemerlang. Saya sorang saja yang tak pandai." Dan saya mencelah, "kalau tak pandai, takkan awak boleh masuk universiti." dia menyambung, "sebab tak pandailah emak saya tak sayang saya. Emak saya kata, saya ni pelik dari adik beradik lain. Saya ni hanya menyusahkan keluarga. Paling sedih emak saya menuduh saya main2 kat sini dan tak belajar. Saya bukan budak jahat madam, saya tak pernah buat apa mereka cakap tu. tapi kenapa emak, abg2 dan kakak tuduh saya macam2."
 "Emak kita bukan malaikat, emak kita manusia biasa, tentu mereka juga akan terbuat kesilapan. maafkanlah emak awak." Dan dia menyambung, "saya tak pernah berdendam pada emak saya atau adik beradik saya, tapi hati saya hancur tengok cara emak melayan saya.

Madam tahu tak, adik beradik lain emak sanggup telefon dan bertanya khabar mereka. cakap lama2 dengan mereka. Tapi dengan saya, saya yang kena call emak. kemudian baru nak cakap, emak dah kata, tak boleh cakap lama-lama sebab kredit dah nak habis. sampai macam tu sekali emak saya bencikan saya madam.
 
saya berniat tak mahu kahwin sebab saya takut akan jadi macam emak saya yang membezakan layanan kepada anak2."
sumber
Wahai ibu dan ayah, dengarlah rintihan kami

ini nasihat beliau :

Setiap orang anak ada hati dan perasaan, jadi..kasihilah mereka sebaik mungkin

Cemerlangnya anak2, bukan dilihat dari keputusan peperiksaan semata-mata, tapi akhlak mereka yang baik juga dikira sebagai anak yang cemerlang. Berikanlah kasih sayang seadil mungkin kepada anak2. kalaupun hati lebih sayang seorang anak dari anak yang lain, tolonglah jangan terlalu ditunjukkan kasih kepada anak emas atau anak emak atau anak bapak.

INGATLAH...manusia boleh meninggalkan kita, membenci kita kerana kekurangan kita, tapi Allah tidak pernah membenci kita, tidak pernah melupakan kita hambaNYA. jangan bersedih lagi, ingatlah Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

utk semua anak2, terimalah ibubapa kita, emak ayah kita, seadanya. terima kelebihan dan kekurangan mereka, kerana mereka juga manusia biasa dan bukannya malaikat. Sentiasalah berdoa utk mereka walaupun mereka kadang2 menghiris hati kita anak2 dengan kata2 dan perbuatan. Jangan berdendam kepada ibubapa sendiri, tak berkat hidup kita kalau berdendam dengan ibubapa


bagi saya, bila berjauhan baru la rasa betapa sayangnya mak dan ayah kita pada kita.
terima kasih kerna tak pernah bezakan kami adik beradik. 

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa ibubapa kami/datuk nenek kami...dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kami kecil dahulu."
Amiin ya Rabbal 'aalamiin.

Sabun Susu Beras


Assalamualaikum

arini nak buat review pasal sabun susu beras. produk yang nik tengah guna sekarang
rasanya  ramai yang dah tahu pasal sabun susu beras ni kan.
original dari Thailand. so no wonder kulit orang sana cantik jea.


selain guna untuk muka,  sabun ini boleh guna untuk kulit badan juga.
harga tersangat la murah so nik beli sedozen terus.
ade 12 ketul . niat nak bagi adik-adik jugak suh cuba.

bau wangi. first time cuci muka guna sabun ni,
kulit wajah jadi tegang dan bebas minyak. 
selalunya sabun pencuci akan buat kulit korang kering,
 tapi sabun susu beras ni tak kan buat kulit kering sebab ade susu dalam sabun ni.
rasa  kulit jadi lebih licin . 

parut jerawat yang susah nak hilang pun dan makin hilang
tapi kena la sabar, sekali dua guna of course la takkan hilang terus yea dakk

Antara khasiat-khasiat sabun beras yang perlu anda tahu.

1) menegang, melembut & mencerahkan kulit.
2) Menanggalkan kotoran, minyak, dan sel kulit mati.
3) Memudar dan menghilangkan jerawat dan jeragat.
4) Menanggalkan kesan solekan.

Khasiat jika diguna sebagai sabun mandi:

1) Menanggalkan bintik hitam atau kesan hitam di ketiak, siku dan peha.
2) Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit bermasalah
3) Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
4) Badan anda tidak akan melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh.
5) Boleh menghilangkan bau badan

Bahan utama untuk menghasilkan sabun susu beras terdiri daripada minyak kelapa, minyak sawit, sodioum hydroxide solution, susu,susu beras muda, biji gandum, glycerine, vitamin C,vitamin E dan AHA

Cara Penggunaannya: 
gosok seperti pencuci muka dan sabun badan selama 2-3 minit
kemudian bilas.

Saiz sabun: 5.5cm x 5.5cm. Tebal = 2.5cm

Harga
1 pcs RM3.00
2 pcs  RM5.00
1 dozen  RM22.00

ni harga yang nik rasa paling murah setakat ni.beli dengan sorang kenalan dekat facebook
 tak semestinya barang murah tak berkualiti . sabun ni murah sebab 100% dari bahan-bahan semula jadi.


nak beli boleh cuba risik kat sini
Rosdiana Bt Haji Din


Tuesday, October 30, 2012

rindu nak kerja balik


Assalamualaikum  (",)

memang rindu nak keje balik. tapi tak rindu tuk keje balik kat tempat lama.
 kalau bagi peluang kali kedua tuk keje kat opis lama. 
memang saya akan tolak.
uishhh..bila fikir balik rasa kagum dengan diri sendiri sebab boleh bertahan selama 2 tahun...hahaha

kita keje kena ikhlas. kalau keje tak ikhlas baik berhenti jea.
keje tu kan ibadah. kalau asyik duk merungut 24 jam rasanya tak baik jugakkan

doa-doakanlah saya dimurahkan rezeki yea. 
dapat keje yang sesuai dengan jiwa saya.


* gambar tak ada kena mengena dengan tajuk entry.
tapi ni gambar paling latest
duk kat umah, makan tido makan tido pun tak jugak gemuk2 ...hohoho


Sarapan : Ubi kayu rebus


Assalamualaikum  (",)

dah sarapan? korang sarapan apa pagi-pagi ni? 
arini nik sarapan dengan ubi kayu rebus.


ubi kayu ni nik beli kat Pasar Borong Selangor aritu.
teringin nak makan uolss..lama tak makan ubi kayu ni.
namanya anak kampung, makanan kampung jugak yang di cari

nik suka makan dengan kelapa parut muda campur ngan garam dan gula 
tapi kat tempat nik susah nak cari kelapa parut muda, 
so makan ubi kayu rebus panas-panas cicah sambal tumis ikan bilis pun sodappp
cicah ngan gula pun boleh
pastu minum lak dengan kopi O..perghh..seriuss sedap. makan tak pandang kiri kanan dah


makanan simple macam ni la yang sedap kan.
jemput makan semua :)


Monday, October 29, 2012

Hilangnya Doa Seorang Ibu


Assalamualaikum  (",)

siapa tengok drama Hilangnya Doa Seorang Ibu  kat TV3 malam tadi. 
bagus sangat drama ni kan..drama ni banyak pengajaran..
pengajaran untuk diri sendiri jugak
Sinopsis drama Hilangnya Doa Seorang Ibu
Drama ini mengisahkan Laila (lakonan Lisdawati) boleh dijadikan idola bagi muslimah moden kerana berjaya menjadi usahawan dengan usaha sendiri. Namun walaupun seorang yang alim, bertudung dan tidak meninggalkan solat, Laila hilang hormat pada keluarganya sendiri kerana lebih berjaya dan kaya dari yang lain. Sedar bahawa doa ibu amat mustajab, Laila sering minta ibunya, Zubaidah doakannya. Dalam pada itu, dia sering mengutuk dan memaki abang dan adiknya yang kesempitan hidup sebagai tak cuba berusaha seperti dia..
tak sanggup la tengok cerita tu. bila tengok confirm nangis
kalau cerita pasal ibu ni, memang la sensitif tetiba teringat Ma kat kampung..huhu





ini  Ma kesayangan saya
memang Ma dah berusia tapi masih lagi kuat. 
Alhamdulillah.. syukur Ya Allah

walaupun pencapaian saya tak sehebat mana, 
tapi saya besyukur dengan kehidupan yang saya ade skarang
ni berkat doa Ma jugak. Ma tak penah putus tuk berdoa untuk anak - anak dia.
tak penah keluarkan kata - kata tak elok untuk anak - anak dia
sebab dia tahu kata - kata ibu adalah satu doa
selalu berfikiran positif. 
kalau ade benda tak elok berlaku pada kami, Ma selalu pesan suh muhasabah diri
tak perlu nak salahkan orang lain. maybe kesalahan tu datang dari kita sebenarnya

selalu pesan jangan lupa solat. ingat Allah saat susah dan senang,
ade masalah mengadu dengan Allah,  kalau jiwa tak tenang banyakkan baca Al - Quran

Ma bukan saja ibu kandung yang baik tapi ibu tiri yang baik untuk abang dan kakak saya.
sampai kan anak saudara tak percaya yang Tok Ma dia ni bukan ibu yang lahirkan mama dia.

Ma sangat simple orangnya. Ma cakap dia dah biasa hidup susah dulu.
masa blaja kat Kolej Tun Fatimah dulu, dia selalu pinjam duit kawan untuk beli makanan.
sebab tu selagi boleh , dia akan pastikan anak - anak dia cukup duit dan keperluan untuk blaja.
kami tak di manjakan. kalau Ma bagi pun semua tu untuk keperluan dan kemudahan kami.

moga Allah beri kesihatan yg baik buat Ma selagi hayatnya dikandung badan
saya sayang dia sangat sangat. i could not ask for a better mother.
you mean the world to me. love you so muchhh Ma

setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )  nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu
- Dato' Dr. Fazilah Kamsah -


Sunday, October 28, 2012

adik - adik saya

Assalamualaikum  (",)



adik - adik  saya
saya ada 4 orang adik. kesemuanya perempuan.
dah besar . dah boleh kawen dah kecuali adik bongsu saya.
tak boleh kawen selagi tak abis belaja

Alhamdulillah ... syukur dikurniakan ramai adik.
saya bahagia. terima kasih Allah  
♥ ◕‿◕ ♥

Saturday, October 27, 2012

menu Aidiladha : Rendang Ayam


Assalamualaikum  (",)

hari ni tiba - tiba lak datang mood terlebih rajin nak masak .
tapi bila penyakit tak brapa nak rajin melanda, dapur pun malas nak jenguk.huhu
so sebelum penyakit tak bagus tu datang , mai la kita belajar masak - masak..hehe

kami masak Rendang Ayam.. first time okey..
sebelum ni dok tengok jer orang lain masak.
alang -alang ade lebihan Nasi Impit dari buat Soto Ayam semalam, 
so adik suggest buat Rendang Ayam. boleh makan dengan Nasi Impit nanti
jemu lak kalau nak buat Soto Ayam lagi kan.

sebelum tu kami ke Pasar Borong Selangor area Sri Kembangan
beli barang nak masak rendang segala.
nampak tak?  rajin kan kami ..haha

resipi?  harus la mintak tolong en google. segalanya di hujung jari anda..hewhewhew
nik kena la tengok resepi bagai...yelah, kita mana la terror masak lagi
peringkat budak baru blaja lagi ni. 

 sila percaya,
rasa rendang ini kira dah cukup bagus la untuk kami yang baru belajar masak rendang

en hubby jangan risau
nanti awak balik saya masakkan untuk awak yea B
tapi of course la tak sesedap yang mak awak masakkan..huhu


Friday, October 26, 2012

menu Aidiladha : Soto Ayam


Assalamualaikum  (",)

bila dah tak balik kampung ni.
rasa macam tak bersemangat nak buat preparation sambut Raya Haji.
malam raya pun just masak Puding Koktail Berkuah.
tu pun sebab teringin sangat nak makan 

adik ajak ke supermarket beli barang dapur. so saya suggest kat adik- adik tuk masak Soto Ayam.
teringin nak makan soto ayam la pulak, dah lama tak makan.
macam sedih pulak pagi - pagi raya tak ada apa nak makan kan :(

kami kuar beli bahan - bahan untuk masak Soto Ayam.
ke Mydin Bazaar dekat Jalan Diplomatik Putrajaya.
 kat sana barang murah nak compare dengan tempat lain. syokk memborong..huhu
tanda harga pun jelas.seronok beli barang kat sini




first time kami masak Soto Ayam  macam tak percaya tapi kena percaya juga tau..
lately ni gigih sungguh nak masak bagai ni.
hubby ade,  tak nak lak tunjuk skill memasak..hahaha

dah lama teringin nak try tapi takut tak jadi.biasanya tengok akak kami yang masak.
tolong kacau - kacau bahan yang ade dalam periuk jea

Ayam Siat. Sambal Kicap. Soon Goreng
Nasi Impit. Sup Ayam

kami ni baru nak blaja masak.so buat yang simple - simple dulu..huhu
kalau makan soto ayam, wajib makan dengan sambal kicap.
sambal kicap lak mesti pedas,  baru terangkat   ♥ ◕‿◕ ♥


first time try masak Soto Ayam, nasib baik jadik. rasa pun not bad la  *clap clap clap
boleh buat lagi lepas ni. kali ni jadik sebab buat dengan adik -adik.
pasni kena try buat sendiri lak :)))


sweet dan sejuk


Assalamualaikum  (",)

tekak manja ni teringin lak nak makan makanan yang sweet dan sejuk 
so semalam buatkan puding cocktail berkuah.
puding ni feveret nik sejak kecik lagi. Ma nik memang suka buat puding.
lagi - lagi kalau time raya. 

sebelum ni buat terkeras skit . kali ni bagi lembut skit puding dia.baru sedap makan.
kuah lak buat pekat .

masukkan kat dalam fridge.
nanti boleh makan time sejuk-sejuk
memang yummy la..ehehe


psttt
nak try buat soto pulak nanti..makanan feveret gak ni
ntah jadi ntah tidak la..huhu


Thursday, October 25, 2012

Apek dan Leuniey dah nak nikah Disember ni


Assalamualaikum  (",)
Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek akan menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihannya yang juga seorang model,Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali dengan Leuniey pada Disember ini.

Berita gembira itu disahkan oleh bapanya,Che Mat Hussain yang pada masa kini sedang sibuk membuat persediaan perkahwinan tersebut termasuk urusan di antara keluarga kedua-dua belah pihak.
Utusan Melayu (M) Bhd
Alhamdulillah.. cepat - cepat kawen
jauhi maksiat dan  perkara yang boleh bawa fitnah :)


personally nik suka both of them
kalau sapa follow instagram diorang
mesti tahu cerita tentang diorang.
diorang tak tunjuk sangat yang diorang ni loving couple 
ayat pun macam kawan - kawan biasa jea 

 pada yang tak suka diorang
be relax and respect okey :)


Wednesday, October 24, 2012

Eh nak raya dah!


Assalamualaikum  (",)

jumaat ni dah nak raya haji ..sekejapnya masa
ade yang dah start cuti raya kan. syok la
ker dah ade yang dah sampai ke kampung ?



best kan dapat balik kampung. nik raya rumah sendiri jea tahun ni.
tak balik kampung punnn.
dah biasa raya haji tak balik kampung, so tak adalah sedih sangat
lagipun 3 orang adik saya pun tak balik raya jugak.so kami raya kat sini aje la yea.

walaupun tak balik kampung, gedik jugak duk tempah baju baru
over kan. ntah pakai ntah tidak..hehe

to my dear blogging friends, readers, visitor and all Muslims
nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua
pada yang balik kampung, hati-hati di jalan raya..
semoga selamat sampai ke kampung halaman masing - masing





hujan di petang hari !


Assalamualaikum  (",)

hujan rahmat

now musim hujan kan . hampir setiap hari hujan
kalau tak pagi, sebelah petang dia turun. tak petang, malam.
tapi selalunya kat tempat nik , hujan sebelah petang
kalau hujan pagi, liat lah nak bangun.
kalau hujan malam, syok plak tidur. sejuk jea . nyenyak tido

kat tempat uols cuaca macam mana?
hujan or  panas
apapun  jaga diri dan kesihatan korang

k bye

Tuesday, October 23, 2012

bubur ayam


Assalamualaikum  (",)

menu untuk sarapan pagi saya untuk hari ni. 
bubur ayam panas

tetiba teringin sangat nak makan bubur ayam ala mcD.
bahan - bahan untuk buat bubur pun ade kat dapur so try la buat kenn..
gigih la pagi tadi duk buat. tak ade suami, gigih pulak saya nak masak bubur bagai ni.
selalu mintak jea suami belikan kat mcD..hahaha


rasa dia not bad la.. first try kan. Kat mcD tak boleh mintak ayam lebih so kalau buat sendiri, ikut suka nak letak ayam banyak mana pun


Monday, October 22, 2012

Yeay! dapat voucher 35% LEGOLAND


Assalamualaikum  (",)

yeay...voucher Legoland dah sampai
terima kasih tuk tuan blog Arjuna Silvera
sebab bagi voucher ni.


dah ade voucher ni, kurang la sikit harga tiket masuk ke Legoland.
35% from the normal ticket price. dapat jimat RM49 untuk 1 tiket dewasa.
 so nak masuk bayar lebih kurang dalam rm 90 jea la.

1 voucher ni boleh dapat 4 tiket dewasa. selain en hubby boleh bawak lagi 2 orang yang lain.
tu pun kalau ade bajet lebih..kalau tak kami jea la yang pegi kan..lalala
yang best sah sehingga 30 April tahun depan.
so banyak masa lagi untuk kumpul duit en hubby. kihkihkih 

Harga asal
1-Day Ticket Adult (12-59) RM 140
1-Day Ticket Child (3-11) RM 110
1-Day Ticket Senior (60+) RM 110


janji


Assalamualaikum  (",)

print screen
kot2 hubby lupa.entry ni boleh ingatkan dia balik
tapi setakat ni tak pernah lagi dia lupa bawak saya pi bercuti setiap kali balik dari kapal.
sebab ade isteri yang asyik duk ingatkan dia berkali2, mana la dia boleh lupa..yea dak..hahaha

dekat-dekat pon okey as long dapat berdua
tak yah hotel mahal - mahal janji selesa.
so let's plan our holiday dear. hewhewhew


Sunday, October 21, 2012

menjengkelkan


Assalamualaikum  (",)

"aku takut jugak kalau ATM menang kan. kot ada yang terbakar stadium tu"
"bersyukur dengan kemenangan Kelantan. selamat kerusi - kerusi stadium"
urghhhh. some people just look more stupid when they open their mouth.
can we just enjoy the game?

ape yang tak best sangat dengan penyokong kelantan sampai korang duk kutuk - kutuk ?
buruk sangat ke penyokong kelantan ni??
kelantan pun berada dalam Malaysia beb
nak berjaya seharusnya berusaha.. jangan duk tunggu bulan jatuh keriba.
so Kelantan dah berusaha untuk terus berjaya... biarkan la... kita sepatutnya  menyokong

kita kan 1 Malaysia !!!!

# copy paste ayat fb kawan - kawan

psstttt!!!
so nanti kalau semua games yang melibatkan kelantan,
sila lah bagi kelantan menang.kang stadium korang kami bakar kang..huh.
terasa hati baca komen orang yang tak suka kelantan ni .


Kelantan juara PIALA MALAYSIA 2012


Assalamualaikum  (",)

ALHAMDULILLAH..Kelantan juara PIALA MALAYSIA 2012
misi treble BERJAYA !!!
3 kejuaraan tahun ni..Juara Liga Super, Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia 2012
Gomo Klate Gomo


proud 2 be kelantanese
mintak maaf la orang Selangor , terutamanya kat Shah Alam
penuh dengan saudara mara saya jea kat Shah Alam sana..hehe

psstt
menang pun ade yang tak puas hati kan
tapi nasib baik la menang. kalau kalah mesti kaw2 kena kutuk ni

Saturday, October 20, 2012

makanan kesukaan saya ! ngeeee


Assalamualaikum  (",)


yang kat bawah semua makanan feveret nik.
sape suka makan tempe ?? angkat kening..hehe

mula - mula  dulu tak layan pun ngan tempe ni.
sebab semua makanan berunsur soya memang nik tak makan
baru mula suka makan tempe masa keje jea.. tetiba rasa nak mencuba,
 sebab ni makanana feveret en hubby. sedapppp !!!!
balik johor jea mesti mak mertua masak ni.


nik ni jenis yang tak suka makan ikan .tapi Ikan kerisi ni ikan feveret nik.
tak payah masak pelik - pelik pun.
 just letak garam kunyit lepas tu goreng garing - garing
perggghhhh...memang sedappp
makan ikan ni kena hati - hati ,sebab banyak tulang, kang ade yang tercekik .hehe


sup ayam ni feveret sejak kecik.. sukaaaaa sangatttt
sebab suka hirup kuah..hehe


lama tak makan makanan kat atas ni..
adehh..terliur plak tengok gambar ..hehe


road to FINAL Piala Malaysia 2012


Assalamualaikum  (",)

W A R N I N G : 
bahasa yang di gunakan mungkin sesetengahnya tidak di fahami oleh anda yang bukan berasal dari kelantan
so mana yang faham tu faham la yea..kihkihkih


HELANG RIMBA vs PAHLAWAN MERAH
Final Piala Malaysia 2012
 Stadium Shah Alam

bagi nik untuk game final malam nanti
kebarangkalian untuk ATM dan KELANTAN menang adalah 50-50
ramai cakap kelantan boleh menang tapi lagi ramai yang nak kelantan kalah kan.
tapi tak pe.sebagai rakyat Kelantan, saya mesti sokong pasukan The Red Warriors (TRW) kami
gi merantau sejauh mano pon,kami tetap anok kelate

apa pun, selamat berjuang pahlawan merahku
ayuh TRW,  berjuang sehingga titisan peluh terakhir

tok kiro la mene kaloh,  redha apo jugok keputusan .. jange buak onar
 pakat jaga kelakuan belako deh
harap bulih trimo blako mugo adat pertandinge,
asal jange agah jah sek kito.
saye kelate sokmo - sokmo , go go TRW!!! 

PREVIEW Piala Malaysia: Apa kata mereka?
HAJI IRFAN BAKTI ABU SALIM
“Walaupun Tentera dari Liga Perdana, mereka ramai pemain berpengalaman dan bakal berulang keajaiban Hai-O. Ketiadaan Ghaddar dan Nor Farhan akan mengurangkan sengat jentera depan Kelantan.”
WAN JAMAK WAN HASSAN
“Kelantan akan menang 2-1. Pemain mereka sudah biasa dengan suasana final dan memiliki kekuatan secara berpasukan. Saya pasti ia satu final yang menghiburkan kerana Tentera juga pasukan yang kuat.”
AZRAAI KHOR ABDULLAH
“Tentera akan menang kerana jentera serangan mereka lebih berbisa. Gandingan Marlon dan Hai-O manakala sayap dan tengah turut boleh jaringkan gol. Kelantan hilang dua tonggak serangan yang pasti menjejaskan permainan.”
ONG KIM SWEE
“Saya memilih pasukan Kelantan untuk muncul juara. Saya percaya kekuatan yang ada pada Kelantan kerana pemain mereka begitu berpengalaman. Bukan sahaja pemain, tetapi pengalaman pasukan secara keseluruhan yang pernah bermain di peringkat tinggi seperti AFC Cup baru-baru ini. Ketiadaan Ghaddar dan Nor Farhan tak begitu dirasai kerana mereka memiliki pemain simpanan berkualiti.”
AZLAN JOHAR - Pengulas TV Astro Arena.
KELANTAN pilihan saya kerana keserasian dan semangat sepasukan mereka. Bahagian tengahnya jauh lebih mantap. Mereka tidak akan bimbang tanpa Farhan dan Ghaddar kerana masih ada Indra dan Mat Yo. Obinna juga mampu mengekang Marlon. Hanya 90 minit diperlukan untuk memastikan mereka melengkapkan tiga gelaran musim ini. 
aty2 lakow sep kitow
moga selamat sapa pada semua penyokong TRW



lagu semangat untuk penyokong  The Red Warriors (TRW)

GOMO KELATE GOMO

kalu tokleh pialo biar buleh namo
hok sedak buleh duo2
ade sifat kenegerian tu bagus cuma jangan ade sifat anti negeri lain




Friday, October 19, 2012

mengidam kek Secret Recipe


Assalamualaikum  (",)


sebelum hubby outstation, kami ke Alamanda .
ke sana semata-mata nak beli kek Secret Recipe untuk cik isteri.
Secret Recipe yang paling dekat dengan rumah hanyalah kat Alamanda. 

so take away 4 slices kek.  3 jenis yang berbeza. tamakkan  ^___^
tapi rezeki jangan ditolak. apa lagi kalau ada orang yang nak  belanja
sebenarnya dah beberapa hari duk mengidam nak makan kek Secret Recipe.. akhirnya dapat jugak


white chocolate macadamia
durian cheesecake
black forest cheese cake

nik paling suka durian cheesecake secret recipe ni.
siap beli 2 slices lagi aritu. dah jadi my my favorite kek.
rasa macam makan betol2 isi durian pastu combine ngan cheese, memang syiokkk abis
seriously sedap giler.
korang cuba la!

korang suka kek ape? share skit