Monday, December 31, 2012

(video) Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 1


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

semalam layan siaran ulangan Fear Factor Selebriti Malaysia . menarik jugak :)
Fear Factor Selebriti Malaysia ni hosnya Aaron Aziz.
juara dapat hadiah wang tunai RM200,000 dan RM10,000 untuk pemenang mingguan. wow !! banyak tu.

yang best di siarkan di Asto Ria (104) dan Mustika HD (134) start 9 malam setiap hari sabtu
so nik menang boleh tengok .wink wink
30 selebriti membentuk 15 pasukan secara berpasangan.


video cilok kat SINI

Tahniah Dafi dan Zoey sebab berjaya bawa pulang RM10,000 dengan masa terpantas minggu pertama dan peserta pertama yang tersingkir adalah Roslan Shah dan Azam Pitt

tak sabar nak tengok episod akan datang
sampai menangis Didie Alias dibuatnya

psttt!!!
nik sokong team Jehan Miskin dan Mejar Dr Faiz Khaleed untuk  Fear Factor Malaysia .hehe
kalau korang, agak-agak nak join tak? nik memang surrender dulu dah.tengok gambar ular pun dah seram, inikan pulak kalau di paksa pegang.eiiii

durian crepe lagi sekali!


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

durian crepe lagi.. ini entri nik yang ke-2 pasal durian crepe
tak habis-habis lagi fenomena makan durian crepe ni kan. hehe

adik nik yang belikan durian crepe ni, 1 paket RM 10 . dalam 1 paket ade 5 biji crepe durian
kali ni beli whipped cream tu lagi banyak dari isi durian. patutnya kena tukar nama ke whipped cream crepe
whipped cream dia sedap tapi durian dia ada yang masam. terukkan. jual benda yang tak elok
patutnya try rasa dulu durian tu elok ker tak. ni main letak jea
cukup la kali ni beli ngan dia. jangan harap nak order lagi.

bagi ni rasa durian crepe ni bergantung pada rasa durian.
kalau dah durian tu jenis tak sedap, durian crepe tu pon automatik jadi tak sedap la


kalau nak berniaga ni, biar la ikhlas yea
jangan nak pikir untung jea, tapi kualiti makanan macam apa jea
patutnya kena pentingkan rasa, barulah rezeki yang kita dapat berkat

pstt
 ingat nanti nak buat sendiri, jadi boleh buat besar-besar dan durian pun boleh letak banyak

Sunday, December 30, 2012

(gambar)sekitar Tanah Runtuh Di Bukit Setiawangsa


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Ratusan penduduk Bukit Setiawangsa dikejutkan dengan bencana tanah runtuh yang mengakibatkan sebahagian besar benteng konkrit yang dibina pada lereng bukit terbabit runtuh, semalam.

Benteng konkrit setinggi kira-kira bangunan 25 tingkat itu dilaporkan tiba-tiba jatuh dan menimbus satu-satunya jalan keluar masuk ke Taman Puncak Setiawangsa, kira-kira pukul 10 malam tadi.

penghuni yang terlibat adalah keluarga Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; keluarga Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis serta seorang warga asing bernama Maulana.
sumber : Harian Metro


sumber gambar di SINI



agak terkejut juga bila gambar kejadian tanah runtuh nie tersebar kat instagram. 
moga tak ada kejadian buruk berlaku.
dah la sekarang ni musim hujan. berhati hari lah buat mereka yang tinggal di lereng lereng bukit.
berisiko buat rumah dekat lereng lereng lereng bukit ni
semoga penghuni kat sana dilindungi olehNya.

JoM SaRaPaN PaGi


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

hai hai hai...selamat pagi semuaaaa
korang dah sarapan ker?  kalau belum jom bersarapan dengan saya dan family..hehe

sarapan pagi kami sekeluarga untuk hari ni
Bihun goreng + keropok + teh o panas
jemput makan naaaaaa

pencuci mulut, Sira Labu kegemaran saya
dah lama betul nik teringin nak makan sira labu. akhirnya dapat jugak makan :)
bakal mak mertua adik bagi labu ni. macam tahu2 jea kami sekeluarga memang suka labu..ehehe
kalau kat kelantan...sira labu disediakan sebagai pencuci mulut di majlis kenduri orang-orang kelantan

kepada korang yang belum sarapan pagi tu, silalah pi sarapan dulu yer :)

Saturday, December 29, 2012

dah tak kenal


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

selain family dan kawan2, kat instagram memang nik suka follow retis dan blogger popular.huhu
tetiba duk tengok instagram, terjumpa gambar ni.macam pernah ku lihat pompuan berjubah dan bershawl  hitam itu,..tapi di mana yea?
lol...adik sendiri rupanya.kuikuikui
naper tetiba nampak kurus dan muka nampak glowing. * geleng-geleng kepala tak percaya ^__^
adik bergambar dengan pemenang dara.com 2012.saya memang  follow instagram Ameera Zaini ni. dia jugak model tudung Al-Humaira' Contemporary.ala sebelum ni duta dia Abby Abadi tu..hehe

my sister jadi volunteer untuk event Twins of Faith anjuran Mercy Mission yang berlangsung arini dan esok di Putrajaya International Convention Centre (PICC).  bermula jam 8 pagi hingga 10 malam

whole day korang akan dengar ceramah tentang islam, love dan life
bukan calang-calang orang bagi ceramah ni, kebanyakannya penceramah dari luar :)

harga tiket masuk rm 200 untuk seorang .rasanya berbaloi dengan pengisian 2 hari penuh dari pukul 8 pagi sampai ke 10 malam
tapi kalau korang walk in sana esok, harga tiket hanyalah rm 30. awesome kan !!! best nyer kalau dapat join.

my sista jadi volunteer kat sister's corner.ade spa henna manicure muraaah..hehe
facebook :


(gambar) Majlis Nikah | Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

sebab saya suka pasangan ni, so saya nak letak beberapa keping gambar mereka yang awesome ni kat blog
pada yang tak minat pasangan ni , pi main jauh - jauh..hehe
gambar dari The Photolicious, fotografi rasmi majlis perkahwinan Apex dan Leuniey. 
ni  ladies photographer okey. cantik-cantik semua gambar nya.


simple and cantik corak inai di tangan Leuniey


cantik dan muda mama Leuniey ni kan




Sedikit bingkisan:
1. Dengan sekali lafaz, Launiey Natasha sah menjadi isteri kepada Khairul Fahmi Che Mat.
2. Pasangan ini diijabkabulkan oleh Imam Tua Mukin Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib sekitar jam 10:30 pagi (28 Disember 2012).
3. Mas kahwin dan wang hantaran berjumlah RM19,000.
4. Mereka mula berkenalan sewaktu bersama-sama menjadi duta/model pengiklanan produk SimplySiti.
5. Kedua-duanya berasal dari Kelantan. Sebab tu dua-duanya comel belaka. LOL!

nak tengok lagi gambar awesome , sila terjah 

Minggu 7 | Maharaja Lawak Mega 2012


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

jom layan video Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke 7
minggu ni bertemakan longhat dan kembali ke sekolah

Pusingan 1: Loghat

1. Jambu


2. Shiro


3. Sabon


4. Jozan


5. Boboi


6. R2


7. SayWho
good try. kagum ngan SayWho, buat lawak dalam loghat negeri sembilan. comel jea..hehe
tertukar pulak eden dan jang yea



Pusingan 2: Kembali ke sekolah

1. Jambu


2. Shiro


3. Sabon


4. Jozan
boleh tengok betapa 'cute' nya bila Zizan bertudung.hehehe


5. Boboi


6. R2


7. SayWho
menghiburkan.suka SayWho. memang lawak diorang ni.
ini baru tema kembali ke sekolah. comel Dora. mimpi berenang dengan Wan Zack Haikal..kahkahkah


Peserta terkeluar  : SABON

sumber video :
wwwguatvdotcom2012

video Maharaja Lawak Mega 2012 - Minggu 7 (Full)  boleh lihat di sini
OSemTV

Friday, December 28, 2012

Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apex dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, atau Leuniey Natasha  telah selamat dinikahkan dengan sekali lafaz di kediaman keluarga Leuniey di Kota Bharu, Kelantan kira-kira jam 10 pagi tadi.

gambar - gambar di majlis pernikahan mereka

senyuman manis jelas terukir diwajah Apex dan Leuniey :)
mereka sweet kan?ehehehe

sumber gambar : THR GEGAR

macam - macam kisah cinta yang kita dengar dari Apex.
akhirnya bertemu jodoh dengan orang yang dekat. 
Alhamdulillah semoga mereka berbahagia hingga ke syurga serta diberkati Allah hendaknya.
 Tahniah buat mereka dan keluarga.


Thursday, December 27, 2012

pahit manis sepanjang tahun 2012


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

diam tak diam dah nak masuk 2013. tinggal lagi 4 hari untuk ke tahun 2013. kehidupan nik macam orang lain jugak, ada suka duka. pahit dan manisnya. rasa nak buat review suka duka tahun 2012..ehehe
*cerita di bawah ni tak ikut susunan. nik cerita mana yang ingat jea ^__^

cek dari Nuffnang dan bonus
awal  bulan Jan, dapat cek pertama dari Nuffnang hasil blogging selama lebih 2 tahun
dan
keajaiban telah berlaku kat opis. setelah bekerja lebih setahun, akhirnya dapat jugak nik merasa bonus setengah bulan gaji
bulan 4, hubby lak dapat bonus 4 bulan gaji. first time jugak dapat setelah beberapa tahun bekerja

cuti-cuti cinta di Pangkor dan Melaka
tahun ni dapat melencong ke 2 buah negeri jea.  nak ker oversea tak mampu :)
bulan 4 ke Pulau Pangkor, bulan 8 ke Melaka Bandaraya Bersejarah
tak kisah la percutian ke mana pun asal bersama hubby..ewahhh

Pulau Pangkor


Melaka

Ayah di IJN
3 saluran jantung Ayah nik tersumbat. Alhamdulillah , ayah selamat jalani bypass
luluh hati bila lihat orang yang kita sayang dalam keadaan macam ni.  lagi-lagi masa mula-mula dia di masukkan ke ICU selepas pembedahan. dengan wayar berselirat  kat badan, dengan susah nak bernafas, susah untuk makan* sebak bila ingat balik kejadian tu
tapi hikmah di sebalik ujian ni, kami dapat berkumpul satu family. 

dugaan bulan Ramadhan
adik bongsu di sahkan doc ade ketumbuhan di kawasan buah pinggang
adik terpaksa tangguhkan study dia kat UK untuk balik berubat kat sini 
permudahkan urusan dia Ya Allah.ujian buat dia dan kami sekeluarga
moga adik kesayangan kami cepat sembuh dan dapat continue study. 
moga jadi doktor yang hebat nanti :)

beraya tanpa hubby
raya puasa dan raya haji tak dapat beraya dengan en hubby
dia beraya kat kapal, dan of course nik lak balik beraya di kelantan 
Alhamdulillah, masih ada family
mereka cinta hati saya :)


surprise birthday dari adik -adik
kami adik beradik ni memang jarang sangat la nak celebrate birthday
sebab tu nik tak jangka bila adik-adik nik buat kejutan ni.  konon nak ajak makan-makan jea. rupanya ada udang disebalik mee
apa pun terima kasih adik -adikku..kakak luv u all..ecece

berhenti kerja
setelah lebih 2 tahun , akhirnya nik nekad berhenti kerja. sebab utama ,dah bosan degan kerja.lalala
bosan dengan tempat keje,bosan dengan orang-orang kat sini, bosan dengan suasana kat sini. semua benda kat sini buat saya BOSAN..hahaha
rasa lega sangat bila dah resign. rasa semua beban dah hilang



hadiah birthday dari hubby
dapat hadiah bday dari en hubby. bukan niat nak show off tapi nak berkongsi kegembiraan. ecece
tahun depan nak request apa lak yea? ermmmm

pertemuan setelah 29 tahun terpisah
Alhamdulillah, setelah lebih 29 tahun terpisah, akhirnya hubby di temukan kembali dengan MaMa kandung
dapat extra Ayah tiri dan 3 adik lelaki.hehe
Amir. MaMa. Ayah. Afif. Fahim

serba ringkas kenangan pahit manis di tahun 2012.

SELAMAT TINGGAL 2012, SELAMAT DATANG 2013