Thursday, January 17, 2013

perjalanan balik yang panjang


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

penat balik dari Kelantan masih terasa lagi. even bukan nik yang drive..haha
hari selasa petang bertolak dari HUSM kul 2.30 petang. sampai ke Puchong dalam kul 11.30 malam
tak lama mana pun bagi yang dah biasa.

kalau sesiapa yang dah biasa guna  laluan dari KL ke Gua Musang melalui highway Karak, Bentong, Raub, Kuala Lipis, Gua Musang,tau la kot macam mana keadaannya jalannya.

lori balak yang slow and steady kat atas jalan melembabkan lagi perjalanan. sabar jea lah.
nak potong kena hati - hati, sebab jalan berbukit-bukit, tak nampak kereta dari depan. kang salah potong, naya jea
tapi cuak jugak kalau duk belakang lori balak tu, fikir bukan-bukan dah nik ni. buat nyer kayu balak tu bergolek.huhu

sempat jugak adik-adik nik singgah beli  bantal ulat di Machang... hehe...kedai tepi jalan.
bantal tu harga dalam rm 14 sebiji

pastu singgah pulak untuk makan tengah hari dan solat kat hentian baru di Gua Musang.
1st time nik singgah hentian ni. hentian baru ni lebih selesa dan tandasnya pun masih bersih.



Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami. nik dan adik-adik telah selamat kembali ke Puchong.
minggu depan khamis dan isnin, cuti sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam
so harap dapat balik lagi ke Kelantan. insyaAllah, mintak-minatk kali ni hubby dapat la cuti kan :)

32 comments:

  1. hati2 dlm setiap perjalanan ya..

    ReplyDelete
  2. Puas juga memandu Nik. Letih kalau tak boleh memotong kan. api yg seronok dapat singgah-singgah..

    ReplyDelete
  3. R&R gua musang tu mmg best kan, besar tandas dia hehehee I looike.

    rindu sungguh ni kat highway ni, (orang rindu kampung :p)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..seronok dalam perjalanan kan.

    rasanya ramai je amik coti mggu depan.saya pun nak balik kg gaks ni..hehe

    ReplyDelete
  5. bila tah nak smpi kelantan ni... last p kelantan tahun 2009 kot... lama dah...

    ReplyDelete
  6. dlm pnt2 tuh smpt jugak membeli belah ye

    ReplyDelete
  7. hehehe.. memang bahaya duduk belakang lori.. kalau saya, saya sedaya upaya akan memotong atau pun menjarakkan diri daripada lori.. amat bahaya..

    ReplyDelete
  8. biasa la kak, kalau jalan tu gak..memey kalut ngn sek balak laa...hihi...camana ngn pembedahan adik kak nik? update ok.

    ReplyDelete
  9. hentian gua musang? teringat p cameron.huhu kalau x p cameron mmg xsinggah dah situ

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..semuanya selamat..

    walaupon bkn kt y drive..tp duk dlm kete pjalanan jauh mmg letih sgt2

    ReplyDelete
  11. pjalanan jauh klu tak menyinggah mmg tak sah..pnt drive...

    ReplyDelete
  12. @Haryati Faizal dah penah pi la kelantan. nnt ada masa boleh pi lagi

    ReplyDelete
  13. @Mimie sempat. tak penat lagi masa ni..hehe

    ReplyDelete
  14. @boni kacak tau tak pe. nak memetong tu bukan main susah

    ReplyDelete
  15. @jaakechik sibuk ngan diorg jea kan.

    dah update

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^