Sunday, January 20, 2013

perkembangan yang positif


Assalamualaikum  (",)


baru sampai dari kampung. bertolak dari kelantan kul 6.30 pagi, sampai Puchong kul 2 petang tadi.
penat sangat! tapi nak update jugak blog.

nik dan adik-adik sebenarnya tak merancang pun nak balik kampung jumaat lepas. sebab ingat cuti Maulidur Rasul ni nak balik lama skit. tapi tak tenang hati iolss ni kalau tak tengok sendiri keadaan adik.
nik dan adik-adik gerak balik ke Kelantan pagi jumaat. Alhamdullillah, petang jumaat tu ngam-ngam kami sampai, adik dah di pindahkan ke wad biasa :)
badan adik still lemah, tapi boleh lagi bagi senyuman .siap tunjuk tangan yang sembab tu kat kami ni.hehe..lega dapat tengok dia.  
still kena masukkan air coz adik tak di benarkan makan or minum lagi. Ma bagi minum air zam zam dulu.tu pun letak sikit2 jea kat mulut.
sama keadaan macam ayah nik dulu. lepas operation mesti demam.
tido sepanjang hari. kesian sangat . ada gak la bangun sekejab2 mintak air.

peneman setia. Ma nik tak nak tau orang lain jagakan adik.kalau dia balik ke rumah pun, hati dia takkan tenang so baik dia yang jaga . sian sebenarnya kat Ma. peneman hanya di sediakan kerusi jea :(
tapi semalam dah belikan tikar dan bantal. pastu akak suh bawakkan tilam kecik dari rumah.senang Ma nak baring-baring.
tak pernah tengok Ma penat. selalu bertenaga jea.tak pernah nak merungut.
maybe sebab Ma dah biasa jaga family yang sakit. tetiba terbayang kisah dolu2.nenek nik dulu banyak kali gak la keluar masuk hospital.setiap kali tu, Ma la yang akan jadi peneman.petang sampai ke malam jaga nenek, pagi pulak mengajar kat sekolah..kami adik beradik, pagi2 dah bangun nak ambik Ma kat hospital, bawak ke sekolah.lepas abis sekolah hantar Ma balik ke hospital untuk jaga nenek.huhu..ulang alik macam tu la sampai nenek saya sembuh

hope saya akan buat macam tu jugak bila Ma perlukan saya nanti. terima kasih Ma sebab selalu tunjukkan contoh yang baik buat kami adik beradik.banyak nak kena belajar dari Ma.sumber kekuatan saya . miss u so muchhhh..
ehhh..tetiba melalut ke citer dolu2 yea

doakan moga adik saya cepat sembuh. pembedahan tu sebenarnya dah buat segala organ lain tak duk kat kedudukan asal. so ambik masa untuk organ lain berfungsi dengan baik.
doctor mintak kami bagi tempoh kat dia sampai Rabu untuk adik pulih. 
ambil la masa sebanyak mana pun doc, asalkan adik saya sembuh dan sihat macam dulu

psttt!!

tak sempat nak terjah blog korang semua lagi.
thanks pada yang sudi singgah dan bagi kata-kata semangat :)
InsyaAllah, kami kuat :)


36 comments:

  1. Semoga adik nik cepat sembuh dan ceria spt slalu..
    Inilah pngorbanan seorg ibu kpd anak2 nya...biar penat namun smangat tuk melihat anknye kembali sembuh mengatasi segala....

    ReplyDelete
  2. ur mom is a strong woman. syukur keadaan ur sister is better now kan.

    Masa my mom hospitalised dulu kan, my sister konon jaga my mom, tapi dia boleh bantai tdo tak sedar apa, my mom pulak jaga dia, kot2 ada nyamuk la apa la. hahahaha at least dia try. Just sharing something funny ;)

    ReplyDelete
  3. Salam kak nik..im one of your silent reader and i do love your blog!!

    saya doakan moga adik kak nik cepat sembuh yee! ;)

    ReplyDelete
  4. semoga adik kak nik cepat sembuh! insya Allah. terharu dengan cerita ma kak nik. moga pahala itu membawanya ke syurga.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  6. Semoga adik nik akan kembali sihat and lepas nie leh sambung semula study..pasnie leh jadi doc yang baik!!!....
    Ma nik memang kuat semangatnya..pengorbanan seorang ibu mmg tak ternilai harganya..

    ReplyDelete
  7. family will always stick together, my dear sis :)

    Bersabar dengan ujian ALLAH k :)

    ReplyDelete
  8. Nik... sungguh kakak terharu sangat dgn pengorbanan mama nik. Sebenarnya mama sihat tapi dek kerana adik nik sakit jiwanya tak tenang itu yg dia sugul. Moga adik nik segera sembuh dan mama senang hati..

    ReplyDelete
  9. get well soon.. mak memang akan sentiasa ada bila kita perlukan dia.. sayang makk...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah...semoga adik nik cepat sihat

    ReplyDelete
  11. Sayu hati..
    Mudahan nik dan keluarga tabah ye..
    Yang penting,da selamat jalani pembedahan.

    Bagi adik rehat sepenuhnya k.insyaallah....kalu hati die pun tenang,rehat cukup...cepat sembuh dan bertenaga..
    Will pray for her

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah adik akk dah semakin sembuh. semoga cepat2 sembuh ye.

    ReplyDelete
  13. betulla org kata pengorbanan mak terlalu besar, tak penah kata apa pun, yang penting sentiasa bersama famili tersayang...

    ReplyDelete
  14. @Ena's Palace setuju. tak kisah penat.asal dpat jaga anak yg sakit depan mata kan

    ReplyDelete
  15. @Nastyna selalu mak mmg di beri kekuatan luar biasa kan.

    bbg kelakar la adik u..hehe..penat sgt agaknya dia.

    ReplyDelete
  16. @eyqaaman. tak sangka akak ada silent readers. thanks dear :)

    ReplyDelete
  17. @ira_bluebee in shaa Allah, jd pengalaman untuk dia.

    ReplyDelete
  18. @Kakzakie mama nik sentiasa sihat. jarang jatuh sakit. Alhamdulillah...moga ma sihat sentiasa

    ReplyDelete
  19. @ashra

    Alhamdulillah.makin sihat. berkat di jaga oleh ma ni.

    ReplyDelete
  20. @Haryati Faizal setuju. bukan saja tak pernah kata apa2.tapi tak pernah tunjuk muka letih pun

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^