Saturday, January 12, 2013

tak wajar tuduh orang Kelantan pelik


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Amaran : . entri ni bukan bersifat kenegerian, sekadar nak berkongsi
terima ker tak nak terima itu hak korang..ecece

kepada Diana Bahijah yang menghina rakyat Kelantan isu anda telah keluar dalam surat khabar semalam. Harian Metro telah menyiarkan kata-kata anda luahkan dalam twitter tempoh hari.
sumber gambar : I KELANTAN
Baru-baru ini seorang wanita menulis di laman Twitternya meminta dijauhkan daripada mendapat suami orang pantai timur, terutama dari Kelantan kerana dikatakan berperangai pelik.

Untuk lebih jelas, ini yang ditulis wanita itu: “Mintak2 dijauhkan la drpd calon suami orang pantai timur ni esp kelantan...tak suka la orang Kelantan ni... pelik2.” Lalu, Twitter berkenaan tersebar di laman sosial Facebook, malah boleh dilihat sehingga kini.
Kata seorang rakan, bijak sungguh wanita itu dan akibat kebijaksanaannya berbakul kata makian diterimanya. 

Apakah yang cuba dilakukan wanita itu dengan berbuat sesuatu yang terangan-terangan mampu menimbulkan kemarahan orang lain? Adakah mahu menambah lagi garam di luka? 

Semai kebencian 
Penulis katakan demikian kerana sebelum ini, banyak tampalan sama ada di Facebook atau laman web tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyemai kebencian kepada orang Kelantan.

Hakikat yang perlu diakui, mana-mana negeri ada penduduknya yang berperangai tidak senonoh, ini tak kena dan itu tak kena dan bukannya hanya orang Kelantan. Bagaimanapun, tidak perlulah meluahkannya di alam siber yang boleh mengundang kemarahan.

Zaman sudah berubah dan orang Kelantan tidak seperti dulu. Mengambil contoh bola sepak, orang Kelantan akan menjadi mangsa tuduhan dengan ungkapan “kalau kalah, mesti nak gaduh...kalau kalah, mesti pecah memecah”. Tidak adil untuk terus mengungkit peristiwa rusuhan di Stadium Sultan Muhammad IV pada April 2009 kerana perbuatan itu dilakukan hanya segelintir penyokong dan bukannya semua orang Kelantan.

Kembali meriah bola sepak 
Penyokong bola sepak Kelantan kini semakin matang dan bertanggungjawab, malah mereka boleh diibaratkan tulang belakang yang menghidupkan kembali suasana meriah bola sepak di negara ini.

Tidak perlu takut untuk duduk bersama mereka jika menonton bola, walaupun anda penyokong dan memakai jersi negeri anda. Minat terhadap bola sepak pada diri penulis juga kembali membara ketika ditukarkan ke negeri ini pada Mac 2011. Atmosfera bola sepak di negeri ini memang memberi impak, itu belum lagi jika The Red Warriors melangkah ke final Piala Malaysia atau Piala FA.

Jika ada yang mengatakan orang Kelantan masih kuat semangat kenegerian, mengapa pula hendak dipersoalkan? Orang Jawa seperti penulis juga ada semangat Jawa, jika bertemu orang Jawa, seboleh-bolehnya mahu bercakap Jawa.

Penulis bukan orang Kelantan dan bukannya mahu mengangkat orang Kelantan. Apa yang penulis hendak sampaikan, tidak kiralah orang Kelantan, orang Jawa, orang Bugis, orang Banjar, orang KL, orang utara, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.

Perbuatan mencetuskan sentimen kebencian terhadap penduduk negeri lain, apatah lagi di alam siber perlu dihentikan supaya tidak menjadi ikutan

Penulis Ketua Biro Harian Metro Kelantan


tak sangka. siap keluar paper lagi . femes adik Diana Bahijah kita
ramai orang kelantan yang sentap bila baca twitter tu, maaf kan la dia. tak guna pun duk kutuk-kutuk dia. 

jika rasa benci sekalipun anda terhadap negeri Kelantan yang dikatakan miskin ini cukuplah anda pendam dalam hati anda sorang 
moral of the story. kena fikir sebelum berkata-kata.
kita hidup berkongsi bumi ciptaan Allah..jadi tak perlu ada sifat benci membenci 


peace no war


40 sweet comments:

Nory Zoulkefle said...

tak patut betul die luah mcm tu kat laman sosial..sebab isu ni kat isu sensitif..sesiapa pon boleh terasa hati..kalau yer pon die tak suka, takyah lah sampai nak sebarkan kat laman sosial..ke die saje je nak cari publisiti murahann lettew..hehehe

NinaAz said...

Malunyaaaa laaa kalo jd org tuu. Xpasal2 nama jd xbaik. Huhu. Kesian dia. Kelate terbaikk

Arjuna Silvera said...

glamer lah dia..

maria firdz said...

hehe... semaanagt betul dia tak suka org kelantan.. tapi biasanya apa yg tak suka tu lah Allah akan bgi.. sbb pngalamn saya, dulu sy x berapa suka kat tentera, last2 khwin gak dgn tentera kan... hehe... suami sy tak suka org baling sebab cakap pelik.. last2 dapat juga khwin dgn saya org baling.. hehe.. jagan tak suka sgt, nnt itu la yg dapat... :)

Kakzakie said...

Aha.... sekarang nak kata apa? Nasi dah jadi bubur. Kakak org Johor tapi bila final bola hari itu kakak sokong pasukan bola Kelantan (sedihlah juga sebab kalah - kalau tak kerana negro tu naik belakang pemain tentera tak adalah tentera dapat tendangan percuma, masa tinggal 6 minit ah... tak kisahlah). Penalti punya pasal pasukan yg kakak sokong kalah tapi kakak tak marah pun...

Banyak yg buat sebab kenapa kakak suka Kelantanese tau.

ayu Ismail said...

Tak sensitif betul...luah ikut perasaan...terus budak ni glamer kan tapi akak pun jeles dgn org kelantan ni...comel2 and lawa2..bg petua nik hehe

Nastyna said...

wah femes la dia tu skang, mesti bangga kennnn. I am proudly Kelantanese, Malaysia is my pride. Wieeee (teruja kenapa?)

LYAfrina said...

huhu.sampai sesirus ni.. yela..kt duk 1 malaysia.. ptt hormat negeri n budaya masing2 kan

ayut said...

takut yg tak nak tu la dpt kang..huhuhu..takpelah..ap pnulis tu ckp btul pon...stiap negeri/orag mane pon klu jumpe geng mesti lupe diri jap..hahaha..ap pon fikirlah sblm bt pape kan kat sini :)

combi said...

org pantai timur pon manusia jgk.....

iAmCekbolat said...

klau tak suka pun toksah lerr nak canangg 1 malaysia . simpan dalam hati . bukan semua kelantanese ni jahat .

jaakechik said...

betul tu kak, moral of the story,kena fikir sebelum berkata-kata. sokong 200%!

cik halaluya said...

mm..tgk sudah lah..nanti x dia kahwin ngan ore kelate..mn tau seksok2..anak2 dia, cucu cicit plak yg khwin ngan kelantanese...hahah..ajal jdoh, rezeki kuasa Allah Taala belako..

nik ros said...

@Nory Zoulkefle btol. isu ni mmg sgt2 la sensitif. so mmg tak ptt di keluarkan dlm twiiter

nik ros said...

@NinaAz mmg kesian jugak la kat dia. tapi nak buat mcm mana. dia yg buat kan.so kena la tanggung..huhuhu

nik ros said...

@Arjuna Silvera mmg glamer dah la. kuar paper dah :)

nik ros said...

@maria firdz tu la. jgn cakap tak suka nnt dapat apa yg kita tak suka tu

ala.kalau tak suka tak payah cakap kat org lain. simpan dalam hati jea..hehe

nik ros said...

@Kakzakie suka akak la mcm ni. nnt jemput datang ke kelantan tau.

nik pun suka org johor, lagi la suami pun asal sana kan.

nik ros said...

@ayu Ismail nik tak layak nak bg petua sebab tak comel..comot ade la..huhu

nik ros said...

@Nastyna harus bangga kan. asal usul negeri kita tu. hehe

nik ros said...

@LYAfrina setuju. kita kena hormat semuanya.

nik ros said...

@ayut
setuju.. fikir sebelum berkata2 kan

nik ros said...

@combi yea la. manusia biasa gakkan. tak ada la pelik mana..hehe

nik ros said...

@iAmCekbolat setuju. tak suka bagusnya simpan dalam hati jea

tapi lagi baik tak yah la tanam sifat tak suka tu dalam diri. tak bagus..hehe

nik ros said...

@jaakechik mmg kena fikir. sebab ni isu sensitif..

nik ros said...

@cik halaluya setju tu. maybe bukan dia .mana tahu anak cucu yg kwen ngan org kelate.nak cakap apa lepas tu. takkan tak nak bg kot..huhu

pha is said...

tak nk calon suami org klantan sebab pelik..? hahaha.. biasa je tengok org kelantan ni.. ramai je member2 org klantan..

cma sayangnya, mak kurg berkenan kalau beristerikan org klantan. mak x prefer org "jauh2".. hehehe..

liza♥aufa said...

ni ler org melayu kan, x abes2 nak rosakkan bangsa sendiri...

sabo ye nik~

doa kan yg baik2 je utk deme2 ni~

amin~

نورعيم said...

yeahh sep kito jange pecoh!

semangat kenegerian tu penting la. kau ore lain nk join sekaki pn buleh jah. dialu alukn pn.

N.Aima K said...

ntah apa-apa je lah dia nih...

Mimie said...

fofular ko jah satu malaysia

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

ader jg org mcm tu...ckp xpikir dh tu...tu mesti penah putus cinta dgn org kelate haha

fa said...

Kelas kau jah....ala...sedangkan Nabi kita ampunkan umatnya..forgive her la...we built new relationship boleh kan geng....

nik ros said...

@pha is kena ikut cakap mak k..hehe

nik ros said...

@liza♥aufa tak terkesan pun dgn kata2 dia. biar la kan..hehe

nik ros said...

@نورعيم setuju :)

nik ros said...

@N.Aima K dia yng pelik yea...hehe

nik ros said...

@Mimie mmg popular sgt dah..hehe

nik ros said...

@Wanieys a.k.a IbuQalief mcm tu la gamaknya..hehe

nik ros said...

@fa

bagi nik.nik tak marahkan dia pun. hak dia la nak cakap apa pun.

sebenarnya benda yg kita tak suka ttg seseorg tak perlu kita cakap kat public. harap ni jd pengajaran kat kita semua .

Related Posts with Thumbnails

busuk.org

 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink