Friday, January 18, 2013

ujian demi ujian


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Alhamdulillah...adik dah selamat di bedah. keadaan dah stabil cuma masih di ICU
ermmm..semuanya ni jadi dalam sekelip mata jea. macam mimpi pun ada gak. adik ke hospital sebab rasa macam ada ketulan kat buah pinggang, check itu ini pastu terus kena admit kat hospital.

siapalah kita untuk agak apa yang akan jadi pada masa depan..Allah lebih mengetahui segalanya. 
tumor tu dah jadi sebahagian buah pinggang. terpaksa buat pembedahan segera buang buah pinggang sebab bimbang akan membesar.
doktor jangkakan berkemungkinan tumor tu dah lama ada.kami sangka tumor biasa tapi rupanya kanser.Subhanallah.
berjaya keluarkan kanser seberat 12 kg. ni hanya sebahagian .
yang lain dah di bawa ke makmal untuk ujikaji.sebelum operation dah masukkan darah coz adik berdarah rendah.semasa operation kena masukkan 10 lagi bag darah.adik darah AB, so sesuai untuk terima dari semua jenis darah.

doktor kena check untuk pastikan tiada saki baki kanser yang merebak ke bahagian lain.kalau ada, terpaksa la adik buat kimoterapi. minta jauh semua tu. macam mana la keadaan adik bila dia tahu tumor tu sebenarnya kanser :(
kami adik beradik pun kena berjaga-jaga. kanser tu berkemungkinan berasal dari genetik family.
tapi setakat yang kami tahu , tak ada family yang terdekat yang di sahkan pengidap kanser.
sebagai manusia kita kenalah redha walau apa pun yang terjadi pada masa akan datang. yang penting kena stay positif
doakan kami berjaya harunginya :)

58 comments:

  1. besarnya... semoga adik nik cepat recover ......

    ReplyDelete
  2. :( Ya Allah... be strong okay... ;')

    ReplyDelete
  3. Ya Allah...besarnya tumor 2??IKa doakan adik nik cepat sembuh ya...

    ReplyDelete
  4. ya allah,

    kuat kan semangat , berat mata memandang ya allah.

    liza doa kan semua kembali pulih seperti sedia kala :(

    ReplyDelete
  5. oh Tuhan, terkejut tengok pic tu. semoga adik awak cepat recover yea... :),

    ReplyDelete
  6. bila baca entry ini, teringat anak buah kakak dulu pernah dibedah kerana ada tumor di buah pinggang...dan dia terpaksa melalui chemotheraphy... masa tu umur dia baru jer setahun lebih...

    kesian dan menitik air mata tengok rambut dia gugur dan jadi botak akibat kesan ubat yang sangat panas tu kot...

    Alhamdulillah sekarang dia dah semakin sihat dan membesar seperti kanak2 biasa yang lain... dah Form 3 dah pun...

    ReplyDelete
  7. Ya Allah... doa for your adik.

    ReplyDelete
  8. moga adik awak cepat sembuh dan sihat...=D

    ReplyDelete
  9. seramnya tgk ketulan yg dibuang tu. mesti sangat sgt kan nak menanggung. semoga adik akak cepat sembuh

    ReplyDelete
  10. semoga adik nik cepat sembuh,,harap adik nik tabah..memang susah nak terima hakikat kita ada cancer,tapi setiap yang terjadi ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  11. semoga adik nik cepat sembuh..

    ReplyDelete
  12. as salam.. semoga awak.. adik awak n keluarga tabah yer.. cer cuba try bagi minyak habattussawda... nie sunah nabi.. "ubat bagi segala penyakit kecuali maut.." minum sesudu teh setiap pagi n malam.. bersama air kosong yg suam beserta selawat n fatihah n niat.. amalkan sepanjang hidup.. berikhtiar n bertawakkal...mana tau.. sunah nabi kan..

    ReplyDelete
  13. besarnye tumor tu..mcm berat budak2..hu hu hu..semoga adik awak kuat semangat dan begitu juga utk awak sekeluarga...Amin

    !hug

    ReplyDelete
  14. Semoga adik nik cepat baik.... risau juga bila kena cancer ni... harapnya tak merebak ke tempat lain

    ReplyDelete
  15. hope adik sis cpat smbuh . mntak jaohkan la buat kimoterapi tuh :( .

    ReplyDelete
  16. adik akak dah bedah? alhamdulillah. semoga dilindungi Allah key kak. Akak pun kena kuat. Kalau ta macam mana akak na bagi semangat dekat dia betul tak? Pray for youu (:

    ReplyDelete
  17. besar nyeee.....boleh taw mcmne boleh dtg nye tumor tu kak???

    apapun Na doa kan adik akak cepat sembuh.

    ReplyDelete
  18. adik sis kuat thats why ALLAH bg ujian tu ,hope sis n family sabar yer terutamanya adik sis...

    ReplyDelete
  19. besarnya menda tu..
    ape2 pun sabar eh..

    ReplyDelete
  20. just checking here again.. and praying for your sister as well. harap all is fine there.

    ReplyDelete
  21. Ya Allah besarnya kanser tu ..moga2 semuanya ok lah lepas ni yer

    ReplyDelete
  22. sabar banyak-banyak eh kak. saya faham perasaan akak sebab dulu arwah ayah saya pun sakit jugak and noe dia dah meninggal. Bila tengok balik keputusan MRI dari hospital, ayah saya disahkan kanser,tapi kehendak ALLAH, nak kasi ayah pergi dulu before nak kena hadap betapa sakitnya kanser tu, kesian :(

    Now, akak kena banyakkan berdoa, moga family akak lebih alert, stay together no matter what happen. In shaa ALLAH, doa itu senjata orang mukmin, adik akak kuat, in shaa ALLAH :')

    Be strong, my dear!

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah.. semuaga si adik cepat sembuh...

    ReplyDelete
  24. Ya Allah...
    besarnya...
    Semoga nik sekeluarga terus tabah menghadapi ujian Allah

    ReplyDelete
  25. Ya Allah nik besarnya tumor tu..moga dik nik cepat2 sihat yer

    ReplyDelete
  26. besar tu..ap pon..alhamdulillah dpt kuarkan..semoga trus kuat utk pulih spti biasa lpas ni...

    ReplyDelete
  27. Uih..kita yang nengok pun sedih.

    Alhamdulillah...da selamat jalani pembedahan.mudahan adik nik diberi kesihatan yang baik selepas ni.dan ceria melalui hari harinya.
    Get well soon ya adik..kem salam nanti...

    ReplyDelete
  28. Allahuakbar! besarnya tumor tu. mcm mane la adik akak yg alami tu.

    insyaAllah adik akak tabah mengharunginya.

    ReplyDelete
  29. @Farah Waheda Wahid ala siannyer doa. kecik2 lagi dah di uji kan.

    Alhamdullillah..dah sihat yea

    ReplyDelete
  30. @Nida Husna tgk gambar pun dah seram kan. besar jea

    ReplyDelete
  31. @istiqomah thanks. in shaa Allah, boleh terima

    ReplyDelete
  32. @Kuazue Mohd dah cuba sebelum buat rawatan kat hospital. akan di cuba lagi nanti.

    nik pun ingat nak amalkan jugak.

    ReplyDelete
  33. @Syahira Adisa thanks dear. semua dalam family kuat sebab menyokong each other kan

    ReplyDelete
  34. @Miss A thanks dear.sedihnya kisah awak. awak pun kena sabar yea.

    Al-fatihah untuk arwah ayah adik.

    ReplyDelete
  35. @ashra alhamdulillah. harap2 kesihatan makin baik

    ReplyDelete
  36. @Jna marcello adik dapat rasa yang mcm ada ketulan kat buah pinggang dia.gi check doc cakap kena opearate

    thanks Na

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^