Friday, February 1, 2013

Trip to Langkawi : Part 1 | Perjalanan ke Langkawi


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

i'm back! ada yang rindu kan saya? ^___^ . baru berkesempatan nak update kisah percutian.

sebenarnya nik dan en hubby plan nak ke Langkawi dalam akhir bulan 12 tahun lepas. 
tapi terlewat lak. tak kisah la. janji dapat pi bercuti. 2 minggu sebelum gerak pi Langkawi, dah google sana sini pasal Langkawi. 

holiday kali ni kami pi sendiri je, tak guna package. pi sendiri lagi best daripada ikut package. percutian ni untuk 3 hari 2 malam. bercuti merangkap sekali dengan anniversary vacation

ambil masa 6 jam lebih dari Puchong ker Kuala Perlis. 
kami gerak awal dalam kul 12 tengah malam. bajet nak sampai awal pagi ker jeti Kuala Perlis.
tol  RM54.40 dari Tol Sungai Buloh ke Tol Alor Star (Utara)
nak check kadar tol boleh terjah PLUS
tiba ke jeti Kuala Perlis uolsss
feri..dah sampai Langkawi

first time jejakkan kaki kat Pulau Permata Kedah ni, excited!!
macam kami yang berbajet sederhana, kena la rancang dulu perjalanan sebelum sampai di Langkawi

info sebelum memulakan perjalanan. 

Jadual feri 
feri beroperasi daripada beberapa pelabuhan tapi yang popular of course dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis .bermula jam 7.00 pagi dan terakhir pada jam 7.00 malam.
boleh rujuk jadual dan harga tiket feri ke Langkawi
Langkawi Ferry Services Sdn. Bhd
 harga tambang feri untuk dewasa RM 18 untuk perjalanan sehala. tiket pergi balik RM 36
 kalau dari Kuala Perlis ke Langkawi perjalanan lebih kurang 1 jam 15 minit


TIPS
tak perlu berebut .nombor tempat duduk ada tertera pada tiket. 
jangan risau, semua boleh duduk, tak ada pun yang berdiri dalam feri

Parking kereta
dua kategori tempat parking kereta kat Jeti Kuala Perlis ni , ada yang terbuka dan berbumbung .
RM10.00 sehari bagi terbuka dan  RM15.00 sehari bagi  yang berbumbung
kami dapat RM 10 jea bagi yang berbumbung. kena la pandai tawar menawar.
RM30 untuk 3 hari

Kereta Sewa
yang ni memang wajib . sebelum bertolak ke Langkawi dah survey online dulu kat mana nak sewa kereta kat sana
ada beberapa blogger suggest guna perkhidmatan En Zaini.

En Zaini - 012-5275019

inilah kereta sewa kami kat Langkawi. kereta Viva manual jea.
masih lagi baru. bersih jea dalam kereta.

kereta pakej skali ngan peta..hehe
pi 2 orang so kami pilih kete kecik sudah. asal ada transport nak ronda-ronda Langkawi. 
kereta sewa yang kami dapat agak murah la, rm 60 sehari. 
murah la compare dengan yang lain. maybe sebab manual kan.  ker korang dapat lagi murah? hehe

deposit dah bagi awal-awal sebelum ke Langkawi.
kalau korang nak pi langkawi boleh deal ngan En Zaini. senang sangat nak berurusan dengan dia.tak berkira pun bila lewat pulangkan kerete.
sepanjang 3 hari 2 malam , kami tuang minyak dalam RM45.00 . tu pun masih ada 1 bar.

TIPS
bersepah orang yang tawarkan perkhidmatan kereta sewa kat Langkawi tapi takut kereta yang di tawarkan tak berfungsi dengan baik. so pastikan booking kereta awal-awal dengan orang yang boleh di percayai.

Hotel
hotel pun nik survey dan booking awal gak.
walaupun nik pi bukan musim cuti sekolah tapi 28hb-30hb tu musim cuti umum kat sesetengah negeri. mesti ramai gak yang pi bercuti kat Langkawi kan :)
kang kalau sampai Langkawi baru nak terjah, kot tak dapat hotel jea.
ada jugak yang tido dalam kereta sewa  nanti kan.kuikuikui

nik stay kat Casa Fina Fine Homes untuk percutian 3 hari 2 malam ni. excited tengok gambar-gambar bilik yang ada kat Casa Fina Fine Homes ni. 
gambar cilok SINI
harapnya what we see is what we get la ^__^

teruju bila tengok gambar-gambar ni semua.
takut jugak dalam gambar jea nampak cantik tapi  bila pi tengok realiti, hampeh jea.huhu
tentang hotel ni, nik akan review di entry yang lain nanti. 

skarang mau sarapan coklat.muehaha
k bye

next entry : Casa Fina Fine Homes




32 comments:

  1. wah cantiknya..suka2..teringin nak pi sne jugak :)

    jom beri pandangan kat sini :)

    http://muslimahcintaiilahi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. seronoknya bercuti... di saat kerja banyak macam ni kalau akak ada peluang bercuti tentu seronok...tapi kalau tu mmg tak leh pakai... kerja dulu kemudian baru senang hati nk bercuti..
    setakat ni tengok ajelah gambar nik ni,,.hhe..tumpang seronok aje la

    ReplyDelete
  3. patutlah hilang lama... ekekeke... ala... tak ajak pung? ^_^

    ReplyDelete
  4. hm...sonok tengok orang melancong, tambah pergi langkawi. kalini nik pulak pegi, huhu~...jeles! nak kena masuk dalam list jugaklah untuk trip tahun ni...oklah, bertolak ke langkawi dari k.perlis, kalau dari k.kedah lama sikit, boleh mabuk laut tu kalau lama-lama sangat...

    ReplyDelete
  5. teringin jugak nak pi langkawi dengan hubby cuma tak plan betul betul lg, nnati bolehla ambik mana yang nik suggest kat sini :)

    ReplyDelete
  6. langkawi.!!!...best2!
    nnt review byk2 gambar sini ek..best2!

    ReplyDelete
  7. syok jugak kan? tak penah lg travel sendiri ngan famili selalu klu pi pun ramai2...

    ReplyDelete
  8. Kakak dapat cuci-cuci mata dari gambar yg nik tunjuk jadilah.. nampak nyamannya duduk bawah pokok tu nik:)

    ReplyDelete
  9. best nay jejalan kat langkawi~ bulan madu ke.. hehe

    ReplyDelete
  10. wah wah wah. wajah berseri2 dapat p langkawi.(mcm tahu2 je kan)

    ReplyDelete
  11. wuiyooo, bestnya bercuti! hehe

    ReplyDelete
  12. Yayyyyy Langkawi!!! and of course I miss u. Banyak2 cerita ok, nak tau more Langkawi terkini, yer la nak pi sendiri dah payah dah.

    ReplyDelete
  13. bestnya tgk hotel tu kak, syok la akak berhoneymoon nanti yer...hehehe... salamt bercuti kak nik!

    ReplyDelete
  14. @nur azian nnt boleh pi sana tau.mmg best sgtt

    ReplyDelete
  15. @Aisy Nasiha tak pe sis. nt ada masa boleh bawak anak2 pi bercuti

    sekali sekala kena pi bercuti tuk tenangkan fikiran .

    ReplyDelete
  16. @Farah Waheda Wahid kikiki..mana boleh ajak.pi berdua ngan hubby..hehe

    ReplyDelete
  17. @Orga

    sila pi Langkawi..mmg best sgt.kena masukkan dalam list bercuti tau

    naik feri kat kuala perlis mmg dekat skit tapi bosan gak la duk dalam feri tu.huhu

    ReplyDelete
  18. @muis ismail kena plan la. nnt kat sana tak ada la duk tercari2 kan. skarang semua senang. boleh uruskan dari jauh.just call jea.

    ReplyDelete
  19. @Nens Collection itu harus. harap ada info la untuk org yg nak ke langkawi nnt.hehe

    ReplyDelete
  20. @Haryati Faizal ngan tempat yati tu mesti dah dekat dah tu

    langkawi mmg best kalau pi ngan family.

    ReplyDelete
  21. @Kakzakie mmg best kak. nnt akak boleh plan pi sana.pasti lagi seronok.

    ReplyDelete
  22. @MarnieyZ mmg best sgt2. just holiday jea.hehe

    ReplyDelete
  23. @hana hadi mesti la berseri2.dapat pi holiday..hehe

    ReplyDelete
  24. @Miss A besttt sangat la.rasa nak stay lama lagi kat sana.

    ReplyDelete
  25. @Nastyna byk lagi citer langkawi ni..tungguuuu...ewahh

    ReplyDelete
  26. @jaakechik dah balik dari bercuti dah pun..hehe

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^