Tuesday, February 5, 2013

Trip to Langkawi : Part 6 | Underwater World,Makam Mahsuri dan Beras Terbakar


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

masih tak abis-abis lagi kisah bercuti di Langkawi
nasib baik la pi bercuti 3 hari 2 malam jea ... nak nyer pi dalam sebulan dua, mau la berbulan-bulan blog ni duk citer pasal cuti jea kan..muehaha

petang lepas island hoping, balik ke hotel semula,bersihkan diri. and then kami ke Underwater World Langkawi.
dekat sangat dengan hotel kami. jalan kaki jea
kat sini banyak sangat hidupan laut yang cantik dan pelik-pelik, boleh tengok hidupan laut yang unik secara live. ala-ala  Aquaria KLCC gitu


masuk-masuk je dah nampak ikan-ikan yang besar kat dalam akuarium
kebanyakkan ikan kat sini , nik memang tak pernah tengok

penguin
Waktu Operasi :
Daily  : 10.00 am - 6.00pm
School and Public Holiday : 9.30 am - 6.30 pm

Harga tiket :
Dewasa (MyKad - RM28.00) / (Tanpa MyKad - RM38.00)
Kanak-kanak (3-12 years) - RM28.00 (Tanpa MyKad) / RM18.00 (Dengan MyKad)


setel makan tengah hari, kami gerak ke tempat seterusnya iaitu Makam Mahsuri . terletak di Mukim Ulu Melaka. yang ni jauh dari hotel so kena bawak kereta :)

main entrance Makam Mahsuri
nak beli tiket kat sini

Selamat Datang Ke Kota Mahsuri
Makam Mahsuri
penerangan tentang Makam Mahsuri

Perkampungan Kedah
kat sini ada macam-macam jenis rumah tradisional melayu.


alatan tradisional menumbuk padi


Teratak Seri Tama

telaga Mahsuri


kat telaga Mahsuri berlatar belakangkan  sawah padi

siap ada kaunter yang jual air telaga ni.RM2 sebotol.
rumah mahsuri..tak di benarkan masuk.
kawasan sekitar dah tak berapa nak terjaga dah. hope pihak pengurusan dapat ikhtiar sesuatu untuk baik pulih Kota Mahsuri ni.

Wan Aishah, generasi Ke 7 Mahsuri
tak ada apa yang menarik cuma tempat ni ada sejarah tersendiri.
siapa yang nak tahu sejarah Mahsuri, yang telah di fitnah berzina dan dihukum bunuh. 
make sure pi Kota Mahsuri ni kalau bercuti ke Langkawi 

Waktu Operasi : Setiap Hari (8.00am - 6.30 pm)
Harga Tiket: Dewasa (RM7.00) 

sebelum ke Beras Terbakar,  kami singgah kedai gamat.
 teruja  tengok iklan RM5 untuk 12 botol gamat di sepanjang jalan nak ke Kota Mahsuri
rupanya kena beli barang lain dengan harga RM20 baru dapat beli gamat RM5 untuk 12 botol.terus cancel tak jadi nak beli. tak berminat sangat nak beli barang gamat yang lain.walaupun nampak macam menarik jea :)..dah tekadkan hati, nak beli barang yang perlu jea.
kebanyakan barangan kat sini boleh beli dengan kuantiti yang banyak. so sapa yang nak borong barang-barang berasaskan gamat boleh singgah sini tau.




next ke Beras terbakar. terletak di Kampung Raja, Padang Matsirat
salah satu tempat pelancongan bersejarah di Langkawi
pintu masuk ke beras terbakar ni agak tersorok skit. nasib baik nampak pintu gerbang dia di celah-celah kedai. kawasan dia kecik jea. lebih kurang 10 minit jea kami kat sini :)


ingatkan beras terbakar itu sangat lah  banyak... rupanya sikit jea
beras terbakar diletak dalam piring kecik
inilah tapak kawasan Beras Terbakar
kat sini banyak gerai barang-barang jualan macam minyak gamat, baju, kain batik, topi dan key chain.


lepas makan kami terus balik hotel, penat seharian berjalan.  sambung berjalan esoknya plak.
esok memang di khas kan untuk aktiviti shopping jea. nak beli chocolate jea pun.kang beli awal-awal cair lak :)

hari kedua tamat di sini.phewww

19 comments:

  1. wiee ikan2 itu masih sama.
    rumah mahsuri tu macam seram2 sikit kan. huhuhu banyak gambar nya...menarik.

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak pergi melancong ke langkawi.Rasanya pergi sana, time zaman sekolah lagi. Hihi:)
    Seronok dapat tengok ikan2 besar kt underwater world tu:)

    ReplyDelete
  3. @Nastyna seram yea. masa masuk tu tak rasa lak seramm..hehehe

    ReplyDelete
  4. @laskar pelangi besar sgt ikan2 kat sana.seram pun ade.hehe

    ReplyDelete
  5. mahal jugal nak masuk underwaterworld tu yer, 28 hinggit tu...makam mahsuri dengan beras terbakar tu dah lupa dah macam mana, pernah lawat time sekolah jer, nak repeat macam tak kot, kalau ke langkawi pun mesti more kepada aktiviti pantai :)

    ReplyDelete
  6. Maha suci Allah... unik sgt ikan2 ciptaan Tuhan. AKAK ada beli apa2 utk sy tak? Kain sarung pun jadilah. Kikiki

    ReplyDelete
  7. @Orga

    tak mahal kalau ada org lain yg bayarkan..hehehe

    kami tak pernah pi, so harus la pi tgk kan.hehe..nnt kalau dtg lagi langkawi dah tak payah singgah sana :)))

    ReplyDelete
  8. @NinaAz akak beli coklat jea dik.tu pun untuk family jea..hehehe

    ReplyDelete
  9. ikan yang macam paruh itik pun ada lah..hahaha..comelnya

    ReplyDelete
  10. saya suka lah lawat-lawat tempat bersejarah mcm ni..rumah-rumah tradisional lg lah suka hu hu hu

    ReplyDelete
  11. wow..cantik& byk tmpt y sgt2 menarik...
    lya x pnh jejak kaki kat langkawi lg..

    ReplyDelete
  12. laa.. ingatkan boleh masuk kat rumah mahsuri tu..

    ReplyDelete
  13. cantik2 gambo nik amik..

    saya pun suka gi under water world ni.masa gi makam mahsuri,suka area yang ngadap sawah padi tu.haha..jakun sebenarnya tak pernah tgk sawah real life kan

    ReplyDelete
  14. eh dulu beras terbakar bkn byk ke?

    agaknya ramai yang suka amik,tu yang tinggal sket jer hehe

    ReplyDelete
  15. underwater tuh kalo keje kerajaan dpt diskaun..rumah mahsuri tuh best..sy msuk muzium ttg kisah mahsuri tuh seram....

    ReplyDelete
  16. masa pi aritu tak dan nak pi underwater world tu, dah la resort pun area tu... cam rugi pulak...

    ReplyDelete
  17. underwaterworld langkawi, one day jaa nak dtg gak sini, bawak si fikri. fikri mmg suka sgt ngn ikan. jaa boleh bygkan reaksi ia kalau boleh tgk ikan besar2 mcm ni, konfem meleleh air liur dah terjerit-jerit...hepy...

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^