Saturday, February 16, 2013

[video + gambar ] meteor terhempas di Chelyabinsk Russia


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

sekurang-kurangnya 1,000 orang dilaporkan cedera apabila meteor dari angkasa terhempas di bandar Chelyabinsk, Ural, Rusia pagi Jumaat, waktu tempatan.
meteor yang seberat 10 tan itu dikatakan meletup ketika diudara

kemunculan meteor itu telah menyebabkan tingkap-tingkap bangunan pecah akibat gegaran yang berlaku dengan kira-kira 300 bangunan dilaporkan rosak, termasuk sekolah, hospital dan bangunan kilang serta stadium hoki ais.
kebanyakan mangsa yang cedera mengalami luka kecil dan lebam akibat terkena kaca yang pecah.

Wilayah Chelyabinsk merupakan kawasan industri utama di tengah Rusia, dipenuhi dengan kilang-kilang dan kemudahan lain termasuk loji kuasa nuklear serta pusat penyimpanan dan merawat sisa atom Mayak.






 ni impact meteor tu jatuh


INFO: Tahi bintang
* Tahi bintang adalah ketulan batu dari angkasa yang masuk ke atmosfera bumi
* Tahi bintang biasanya mencapai kelajuan 30,000 kilometer sejam
* Tahi bintang yang lebih kecil biasanya lepasi atmosfera bumi lima hingga 10 kali setahun
* Tahi bintang besar yang jatuh ke bumi biasanya berlaku setiap lima tahun
* Tahi bintang yang terakhir berlaku pada 2008 apabila ia meletup di Sudan tetapi tiada siapa cedera
* Tahi bintang yang dijual mempunyai nilai sehingga AS$670 (RM2,010) satu gram
* Bertanggungjawab atas kepupusan dinosaur 66 juta tahun lalu
* 20,000 petugas kecemasan ditempatkan di kawasan kejadian untuk bantu penduduk
sumber : Utusan dan Berita Harian

pstt!!!
tempat  loji kuasa nuklear rupanya. bayangkan kalau meteor jatuh ke loji tu.lagi teruk kesannya nanti kan
meteor meletup di udara pun boleh cederakan ramai orang, kalau meletop terkena manusia. agak-agak apa yang jadi... Subhanallah
adakah ianya petanda amaran dari Allah SWT ? wallahualam


15 comments:

  1. salam... tq sharing info, nasib baik lah Allah lindungi lagi kita drpd terkena malapetaka ni.

    ReplyDelete
  2. Ingatan daripada Dia,
    jom sama-sama pertingkat amal :)

    ReplyDelete
  3. I heard another one hit Austria lasnight. Ya Allah, takut... petanda mungkin.

    ReplyDelete
  4. sama2 la kita amik iktibar dr kejadian ni....

    ReplyDelete
  5. itu ler...menakutkan jugak tengok vc ni, tapi teringin nak tengok dari dekat sebenarnya. sebab mende bukan berasal dari bumi, mesti teringin nak tau lebih kan...

    ReplyDelete
  6. uishh, takutkan bila tengok ni T.T

    ReplyDelete
  7. thanks sharing.
    aritu tak sempat tgk berita,duk tau dari orang je..

    ni baru puas tgk =)

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar! Ni semua kuasa Allah.

    ReplyDelete
  9. tu la kan..ni pon sipi2x je dh rmai cedera....

    ReplyDelete
  10. Sunhanallah.... dan syukur sebab tak beri apa2 effect pada orang ramai...

    ReplyDelete
  11. hu hu hu..cek cek ada superman tak..hu hu

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^