Sunday, March 3, 2013

5 polis terkorban dalam serangan hendap di Semporna


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

LAHAD DATU – Seorang pegawai dan empat anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di Lahad Datu hari ini.

Sementara dua dari kumpulan bersenjata turut terbunuh, katanya. – BERNAMA

Ya Allah, lindungilah negara kami terutama saudara kami di Sabah
hanya mampu berdoa.Moga Allah tunjukkan kebenaran dan berikan kekuatan untuk wira negara kita berjuang. Allah maha berkuasa dan maha mengetahui.
Al fatihah untuk pejuang negara yang terkorban, 7 orang setakat ini.


TERKINI: 
seorang lagi anggota Polis terkorban di Semporna dan menjadikan keseluruhan 8 anggota telah terkorban. Takziah kepada keluarga. Al-Fatihah.
- Sumber: Berita Terkini TV3
berikut adalah senarai nama 6 orang anggota yang telah terkorban semasa serangan di Semporna :
1. Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
2. ASP Micheal Padel, (KCKD Semporna)
3. Sarjan Aziz Sarikun, (PGA Btn 14 Semporna)
4. Koperal Mohd Azrul Tukiran, (PGA Btn 14 Semporna)
5. Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
6. Koperal Salam Togiran, (Cawangan Khas, IPD Tawau)
sumber SINI

innalillahi wa innalillahi rojiun

27 comments:

  1. Amin... semoga negara kita kembali aman

    ReplyDelete
  2. Allah......selamatkan Malaysia...takziah pada keluarga mangsa. semoga syahid di jalan Allah

    ReplyDelete
  3. semoga cepat berakhir perkara ni...risaulah...bukan kecil ni, nyawa orang jadi taruhan..

    ReplyDelete
  4. I saw on news. This one related dgn gang Sulu tu jugak ker? Apa pun, doakan semua selamat di sana dan tidak bertambah buruk.

    ReplyDelete
  5. Mudah mudah cepat la berakhir kan...takut merebak pulak.

    ReplyDelete
  6. @Nastyna yup.dgr khabarnya mmg berkaitan dengan org dulu jugak.

    sedih. dah merebak ke semporna dah.

    ReplyDelete
  7. @Tulus Sweet hanya mampu berdoa.moga Allah selamatkan Malaysia

    ReplyDelete
  8. @Aisy Nasiha tu la.melibatkan nyawa ni la yg tak bagusnya

    ReplyDelete
  9. harap perkara ni cepat setel, spaya tak lebih serius..

    ReplyDelete
  10. @Ibu Lala mmg takut sgt la.dari lahad datu dah ke semporna lak.

    ReplyDelete
  11. tak paham sangatlah kenapa tentara kita boleh terkorban, bukan ke kita ada kereta kebal, helikopter, senjata canggih-canggih, dengan kapal laut lagi, kenapa tak digunakan...

    ReplyDelete
  12. @pha is harap mcm tu la.tak nak ada lagi yg terkorban

    ReplyDelete
  13. @Orga

    byk sebenarnya yg jadi persoalan bila berlaku pencerobahan ni. tu pun antara persoalan yg nik pun tertanya-tanya jugak.

    skarang ni hnya mampu berdoa jea. tu jea senjata yg kita ada.

    ReplyDelete
  14. Dgrnya dh 6 org yg terkorban nik..berita tgh mlm td..alfatihah utk pejuang negara!

    ReplyDelete
  15. bilakah semua ini akan berakhir ????...takut

    ReplyDelete
  16. Semoga keadaan kembali aman seperti dulu. Jangan ada lagi yang terkorban.

    ReplyDelete
  17. al-Fatihah ...
    Semoga Malaysia kembali aman tanpa peperangan .

    ReplyDelete
  18. semoga semua ni cepat berakhir.. insyaAllah :(

    ReplyDelete
  19. mesia mmg tak aman.. moga mereka slamat.. doakan sama2 ya

    ReplyDelete
  20. tumpang sedih dgn apa yg jadi..moga semuanya baik2..

    ReplyDelete
  21. hurmm...
    semoga negara kite kembali aman seperti sedia kala secepat mungkinn..

    ReplyDelete
  22. Apa yg menyedihkan dari Lahad Datu dah tiba pulak hingga ke Semporna. Takut kakak nik.

    Kita doakan moga cepat selesailah..

    ReplyDelete
  23. teringat kata kata isteri seorang arwah pejuang . semoga suaminya mati dalam keadaan syahid.


    ReplyDelete
  24. takziah utk semua keluar mangsa yang tekorban...sedih ada takut pun ada

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^