Sunday, March 10, 2013

aargh...senggugut


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

keyword paling popular kat blog nik adalah senggugut.kikiki
mesti frust yang cari tu sebab tak ada pun info sal tu.
ok la, tak nak kecewakan sapa-sapa yang cari info ni meh kita citer sal senggugut

Maksud Senggugut / Menstrual Cramps / Period Pain 
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Tanda-tanda Senggugut
• Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit pinggang serta belakang
• Kelesuan
• Loya dan muntah, kadangkala cirit-birit
• Sakit kepala
• Keletihan dan pening
• Kerap membuang air kencing
• Dalam beberapa kes, kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam hingga kedua-dua kaki terasa lenguh.

Tips melegakan senggugut
nik ada pengalaman jaga kawan - kawan yang senggugut dengan sangat teruk. kesian sangat tengok. sampai nak bangun pun terbongkok-bongkok. terpaksa pegang kat dinding. berair jugak mata ni tengok keadaan dia :(
antara tips yang pernah kami lakukan untuk sekurangnya melegakan senggugut

1. minum air suam.elakkan minum air sejuk dan bergas ( tapi kalau senggugut teruk macam kawan nik, nak telan apa-apa pun memang tak dapat.selalunya akan muntah balik walaupun hanya minum air.teruk kan )

2. bertungku atau gunakan beg air panas. tekapkan di sekitar perut dan pinggang.
tak ada beg air panas, guna tuala dan rendam di dalam air suam. perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. lakukan sehingga sakit reda ( yang ni berkesan , pernah jugak try panaskan batu biasa, bungkus dalam kain.buat macam bertungku)
3. sapu minyak panas di sekitar perut, belakang dan pinggang . gentle massage ataupun urutan lembut pada bahagian tersebut. 
5. mandi air suam.
6. tidur. pastikan anda cukup rehat
7.  makan ubat tahan sakit (pain killer) (tidak disyorkan kerana pengambilan yang kerap boleh mendatangan kesan sampingan)
8. Doa
bacalah surah An- Nahl ayat 69 pada madu.
minum dan amalkan dengan yakin Allah swt Maha menyembuhkan.

ثُمَّ كُلِي مِنj كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

try amalkan, mungkin tak hilang sepenuhnya tetapi insyaallah, dapat bantu mengurangkannya.
korang ada tips lain boleh share :)
nik ada jugak pengalaman kawan yang memang tak boleh nak di sentuh langsung bila dia senggugut
jangan la korang cuba kacau dia. meletus la perang nanti..kuikuikui
jenis ni, kami biar jea macam tu.tak dapat nak tolong la :)





23 comments:

  1. Bantal panas mmg berkesan..

    ReplyDelete
  2. Hahah I kategori yang last tu kot, usahkan orang nak sentuh, jenguk blogs pun rasa nak geget sumer orang.. arrrr hahahaa.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillahhh. . Nina xd masalah ni

    ReplyDelete
  4. Tq nik ros...tip yg menarik di kongsikn...
    Ni la msalah owang pompuan bila dtg bulan....takleh tahannnnn

    ReplyDelete
  5. tq sis for the info..memang sangat berguna sebab sy mmg ada tanda2 senggugut teruk ni..nak try amalkan..=)

    ReplyDelete
  6. hana jarang kena sengugut. kali pertama kena mmg sakit. mmg jalan terbongkok-bongkok.hehe

    ReplyDelete
  7. yati pun penah alami senggugut yg teruk sblm kawin dulu.. klu time tu mang lebih rela amik cuti sbb klu pi keje pun mang tak bley nak buat pe... yg difikirkan masa tu adalah tido..dan period akan ok bila dah muntah @ buang air besar.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ros...betul tu kalau ada senggugut mmg sakit...

    ReplyDelete
  9. nini tak pernah senggugut...so tatau apa rasa senggugut..hehe

    ReplyDelete
  10. sy kalo senggugut, rasa lenguh satu bdan.. cam nak buang je kaki dan perut buat seketika.. kalo dh ok, baru psg balik.. hehehe.. cam robot lah plak kan..

    ReplyDelete
  11. Kira ok lah kot sebab Alia takda la teruk sangat senggugut. Boleh bangun pagi pergi sekolah elok ja. Hehe :D

    Cuma duk bebai jugak la kadang-kadang time PMS tu.

    ReplyDelete
  12. Dulu ada rasa, tapi dh tua, amal exercise tak trasa sgt...Alhamdulilah

    ReplyDelete
  13. sy jarang kene kak, tp kalau dh kene, masyaAllah x senang duduk, sy mmg x suke makan paint killer dan slalunya anis layankan aje :)

    Terima kasih banyak2 kak, syg kak ros =D

    ReplyDelete
  14. Tiap bulan shinju x pernah miss dtg senggugut....sakit ea hanya Allah je taw...selalu guna beg panas...tapi pil x pernah miss,even org cakap x elok mkn pil...beg panas + pill wajib ada stiap kali dtg bulan...apa punca senggugut ni ek nik??taw ke>

    ReplyDelete
  15. ain xpenah kena senggugut hik3..sakit2 biase je heeee...owng yg senggugut mang xleh kaco ..cari nahas tu ahaha

    ReplyDelete
  16. pernah senggugut tp tak teruk sangat. hehehe

    ReplyDelete
  17. senggugut mmg sakit...woo..akak tak tahan..tapi...napa bln ni terlewat sudah ?????

    ReplyDelete
  18. Tq nik sebab berkongsi ni. Saya dedulu masa muda remaja tak pernah kena segugut2 ni, tapi sejak tahun lepas tetiba bila nak period ada rasa cam sakit aje yang dikatakan segugut namanya. :)

    ReplyDelete
  19. nory sebelum ni mmg senggugut teruk jgak..
    tp lepas amalkan makan maajun, dah takde senggugut dah..heeee

    ReplyDelete
  20. Selalu senggugut letak minyak panas je..kurang la sakit ckit

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^