Monday, April 8, 2013

ini bukti kuasa boikot


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers



tetiba jea McDonalds buat iklan gini. kesimpulan yang nik boleh buat, berjaya la orang Malaysia boikot McDonalds. sejak kecoh isu boikot ni, macam-macam iklan dari McDonalds.dengan burger percuma, sarapan pagi yang berkhasiat dengan McDonalds ..hehe

tahniah pada yang boikot.yang tak nak boikot tu hak masing-masing.di ulang sekali lagi, hak masing - masing yea. kami boikot McDonalds tak ada kaitan dengan isu halal or haram
 nik pun ada jea guna barangan lain yang menyumbang kepada israel...hohoho * kantoi
akan cuba ganti dengan barangan yang lain.

memang susah nak boikot benda yang dah jadi sebahagian dari diri. tapi bila fikir dengan waras, mana ada perjuangan yang mudah? nak tak nak kuatkan iman terus boikot selagi boleh! di ulang sekali lagi, boikot selagi boleh !!!


komen Pengerusi, Aqsa Syarif, Dr. Hafidzi Mohd Noor tentang McDonalds
Saya beri pandangan terbuka utk En. Nasir. Sebenarnya langkah terbaik ialah tidak mempromosi McD secara terbuka apatah lagi mengaitkan penghayatan Islam anda dan keberkatan bekerja di McD.

Yang menjadi sasaran boikot ialah McD, bukan pekerja-pekerjanya. Kenapa En. Nasir beria-ia bahkan merelakan utk dipergunakan untuk mempromosi McD sehingga sebegitu rupa. Bagaimana Islamik sekalipun penampilan pekerja atau bagaimana 'Islam-friendly' sekalipun McD (meraikan pekerja muslim dan menyediakan tempat solat), itu tetap tidak mengubah hakikat McD Corp menyokong ekonomi Israel.

Bekerja di McD satu perkara, dan memboikot McD satu perkara yg lain.
Kedua-duanya menuntut kepada pendirian yang berbeza. Seruan boikot ini ditujukan kepada pengguna. Bagi yang bekerja langkah yang wajar ialah berikhtiar utk mencari pekerjaan lain kerana seperti yg En. Nasir kata 'rezeki ada di mana-mana' dan 'halal bukan pada makanan sahaja'.

Tetapi kalau En. Nasir sudah bekerja di McD selama 22 tahun sehingga sukar untuk meninggalkan McD teruskanlah bekerja disitu ; pilihan di tangan kita. Tetapi paling minima yang En. Nasir boleh buat untuk Palestin ialah tidak membiarkan diri anda diperguna atau anda sendiri mempromosi McD apatah lagi dengan mengaitkan pula dgn Islam.

Semoga teguran ini diambil dengan semangat persaudaraan Islam dalam kerangka 'tawasi bil haq; tawasi bil sabr.' (berpesan dgn kebenaran; berpesan dgn kesabaran). Semoga perkenalan kita berpanjangan dan kita terus berada di atas jalan kebenaran.

Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif.

17 comments:

  1. Tah kenapa, sy mmg x suka mkn mcd sejak dlu.. hohho.. sejak nmpak video lembu dikisar hidup2 beberapa tahun lepas kt fb, sy betul2 x leh msuk dh mcd nih.. huhu..

    ReplyDelete
  2. =) tu la kan..bagus pandangan yang bawah nun..

    ReplyDelete
  3. betol2... kita boikot bukan sebab halal haram.. tapi kerana palestine...

    ReplyDelete
  4. i suspected bila dah keluar iklan macam ni, mesti sales performance diaorang dah drop... this is to attract consumer attention balik ni... pity them jugak pun ada... hu hu hu...

    ReplyDelete
  5. anak akak hafal iklanni.. terpulang ler yerk....

    ReplyDelete
  6. Tulah selalu dengar iklan ni pandai betul McD buat promotion kan Nik

    ReplyDelete
  7. in shaa allah..jom sokong barangan muslimin plak yg lebih dijamin halal...

    ReplyDelete
  8. Salam Isnin sayangku... hihihi
    Tak sia2 lancarkan boikot.

    ReplyDelete
  9. saya baru perasan tentang iklan tu...oh ada udang di sebalik mee rupanya...

    ReplyDelete
  10. makan burger bakar 100% buatan orang kita lebih sedap, hehe...teruskan memboikot :)

    ReplyDelete
  11. jaa pun pelik ngn iklan tu, mcD nak ubah minda org yg boikot kot. padahal langsung xde kena mgena... kan? jaa sampai saat ni belum lagi makan MCD sejak kempen boikot israel hari tuh!

    ReplyDelete
  12. ya betul. pilihan ditangan kita. akibatnya pun nnti kita yg tanggung. ;)

    ReplyDelete
  13. wah, mmg berjaya la kalau mcm tu boikot McD di M'sia.. syabas orang M'sia... besar kan kuasa boikot ni :)

    ReplyDelete
  14. ala kita sebenarnya rindu nak makan McD tapi kat tempat kita tak de McD, so alhamdulillah, mungkin itu boleh dijadikan asas untuk turut boikot McD.
    Tapi cam konpius sikit, sebab macam pernah terbaca yang mengatakan McD Malaysia tak menyumbangkan apa2 ke dana ekonomi Israel. Agak tak faham kat sini. (malasnye nak mencari secara terperinci, kot2 ada yang sudi write up hal ni).
    :)

    ReplyDelete
  15. Haishh ade jugak iklan mcm ni.. Ros mmg dh lama xpergi sana.. Tp milo ade lg duk minum.,insyaallah pelan2 cuba boikot..kihkih

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^